"jangan buat kerja gila macam itulah... by the way apasal kau beriya iya sangat hendak berkahwin dengan aku ni? macamlah tak ada lelaki lain lagi di dalam dunia ni...", tutur alex seraya memutarkan bola matanya. "aku terpaksa buat begini sebab aku sudah terdesak...", tutur avanisha di hujung talian. "terdesak? maksud kau?", soal alex macam indak faham pula. "aku terdesak sebab aku hamil anak kita, okay!....", tutur avanisha. "apa???... kau hamil?... hamil anak kita?", soal alex cukup terkejut. "yalah...", balas avanisha separuh bengang. "macamana kau boleh hamil pula padahal aku belum pernah menyentuh tubuh kau?" soal alex cukup terkejut. "kau dah lupa ke yang kau dah tidur sekatil dengan aku tempohari?... buat pengetahuan kau kita sudah banyak kali terlanjur malam tu...", avanisha bersuara dengan pantas. "tapi kenapa aku indak ingat apa apa. honestly aku tak rasa apa apa pun malam tu. aku indak tahu apa sebabnya aku indak ingat...", belum pun sempat alex menghabiskan perkataannya avanisha pantas memotong perkataannya. "sebenarnya aku ada letak dadah dalam air beer kau tempohari dan akui itu adalah kesalahanku sendiri... aku fikir aku cuma ingin berseronok dengan kau saja tapi tak sangka pula aku jatuh cinta pada kau dan hamil anak kau...", tutur avanisha berterus terang. "memang aku dah agak dah kau pasti ada melakukan sesuatu pada diriku malam itu tapi aku indak sangka kau sanggup buat benda terkutuk macam tu terhadap diriku dan sekarang kau nak aku bertanggungjawab di atas perbuatan terkutuk kau tu?...", soal alex cukup marah. "isskkk... issskkk... maafkan aku, lex... maafkan aku... isskk...", avanisha mula menangis di hujung talian. alex terdiam menahan kemarahan di dalam dadanya. "aku akui aku yang bersalah dalam perkara ini tapi aku tak nak anak dalam kandunganku ini indak berbapa... jadi aku merayu pada kau agar kau berkahwin denganku... isskkk... iskkk...", avanisha bersuara sambil menangis. "kalau aku indak mau berkahwin dengan kau juga?...", soal alex separuh jengkel. "aku akan bunuh diri dan anak dalam kandunganku ini akan mati bersamaku...", tutur avanisha.
alex terdiam sebaik saja dia mendengar perkataan dari mulut perempuan itu. dia tahu avanisha seorang perempuan yang nekad dan berani. kalau dia bertekad hendak melakukan sesuatu dia pasti akan melakukannya. dalam diam alex merasa sungguh bimbang memikirkan nasib anak yang ada di dalam kandungan avanisha. "kau yakin ke anak di dalam kandungan kau tu anak aku?", soal alex ingin tahu. "kenapa kau tanya soalan macam tu pula?", soal avanisha cukup bengang. "manalah tahu kot kot ada lelaki lain tidur dengan kau sebelum ni...", tutur alex. "mana ada lelaki lain tidur dengan aku... lex... percayalah cakap aku ni... hanya kau seorang saja yang menyentuh tubuh aku selama ni tau...", tutur avanisha di hujung talian. "jadi kau nak aku bertanggungjawab ke atas apa yang telah terjadi?", soal alex. "yelah...", balas avanisha sepatah. "tapi takkanlah kau sanggup berkahwin dengan lelaki miskin macam aku ni... bukankah bagus kalau kau cari lelaki kaya untuk berkahwin dengan kau. dengan cara itu kau akan dapat memuaskan hati papa kau yang teruk tu...", kata alex dengan pantas. "jadi kau tak nak berkahwin dengan aku ke? ..", soal avanisha bertambah tegang. "macamana aku nak kahwin dengan kau sedangkan papa kau tak nak kau berkahwin dengan lelaki miskin macam aku....", tutur alex dengan nada suara yang bengang sekali. "macam ni sajalah... biar aku pegi berjumpa dengan kau di kampung kau tu... aku nak berbincang dengan kau tentang hal ini... kau cakap saja alamat kampung kau.... biar aku datang berjumpa dengan kau di sana...", kata avanisha dengan suara yang tegas. "indak payahlah kau datang ke sini... aku indak...", belum pun sempat alex menghabiskan perkataannnya avanisha terus memotong perkataannya. "kalau kau tak nak bagi tahu alamat kampung kau biar aku sendiri saja yang akan cari kampung halaman kau tu...", kata avanisha di hujung talian
"apa?!!!... jangan sekali kali kau...", belum pun sempat alex bersuara tiba tiba saja talian di mobile phonenya terputus pula. "oh shiit!...", bentak alex cukup marah sekali. dia indak menyangka yang avanisha akan bertindak di luar dugaannya. dia tahu avanisha pasti akan datang mencarinya di kampung halamannya sendiri. ini membuatkan alex indak senang duduk. "kenapa dengan kau ni? kau nampak gelisah saja...", tegur suatu suara. alex segera mengalihkan pandangan matanya ke arah datangnya suara itu. kelihatan nenek yayan datang menghampirinya di situ. "nek... avanisha nak datang ke sinilah... dia nak berjumpa dengan aku...", kata alex perlahan lahan. "baguslah tu... bulih juga nenek berkenalan dengannya....", kata nenek yayan pula. "Tapi nek aku indak suka dia datang ke sini...", kata alex dengan jujur. "kenapa pula?", soal nenek yayan. "aku takut papa dia kejar anak dia tu sampai ke kampung kita ni... nanti papa dia fikir aku yang suruh anak dia datang ke kampung ni pula...", kata alex dengan nada suara yang gelisah. "takkanlah papa dia sanggup kejar anak dia ke kampung ni pula...", kata nenek yayan dengan dahi yang berkerut. "manalah tahu kot kot papa dia kejar anak dia sampai ke sini pula. bukankah naya jadinya tu...", kata alex dalam nada kebimbangan. "sebenarnya nenek tak fahamlah... apa masalah korang ni?... nenek tengok kau semakin gelisah saja ni...", nenek yayan bertanya lagi. mahu indak mahu alex terpaksa menceritakan segala galanya pada neneknya itu. "aku fikir lebih baik kau pegi berjumpa dengan si avanisha tu di bandar untuk selesaikan masalah korang tu... selagi perkara ni belum selesai sudah tentu si avanisha akan mengganggu kau... jikalau dia berkeras hendak berkahwin dengan kau sebaiknya kau bawa saja dia ke sini biar nenek yang berbincang dengannya bagaimana nak selesaikan masalah korang ni...", kata nenek yayan pada cucunya itu. "baiklah nek... aku akan call si avanisha tu sekarang juga..", kata alex. perlahan lahan alex menghubungi avanisha. panggilannya terus di jawap oleh perempuan itu. "hello... avanisha... tak payahlah kau pergi berjumpa dengan aku di kampung aku ni... biar aku seorang saja yang pergi berjumpa dengan kau di sana..." *diam sekejap* "ya... kita berjumpa di restoran mcdonald jalan kuchai tu... *diam sekejap* "ya, memang aku nak balik ke bandar pagi ni... so kau kena tunggu aku di restoran tu. aku akan datang menemui kau di sana tepat pada pukul 9 malam nanti, okay??...", alex bersuara dengan tegas. sebaik saja avanisha mengatakan 'okay...' dia pun terus mematikan talian mobile phonenya. "nek... aku terpaksa pulang ke bandar pagi ni juga sebab malam nanti aku perlu berjumpa dengan avanisha untuk selesaikan masalah kami ni...", kata alex bingkas bangun dari atas kerusinya. "hm... ikut suka hati kaulah...", kata nenek yayan seraya duduk di atas sebuah kerusi yang ada di situ. "nenek okay aje ke kalau aku balik ke bandar pagi ni?", soal alex lagi. "nenek okey aje... sebaiknya kau selesaikan dulu masalah kau dengan si avanisha tu tapi ingat jangan pula kau berkasar dengannya... nanti dia sakit hati pada kau pula... korang berbincangsecara elok elok... jangan sampai bergaduh pula...", kata nenek yayan. "baiklah nek... sayang nenek...", alex bersuara dengan manja seraya memeluk dan mencium leher neneknya. nenek yayan hanya tersenyum saja apabila dia di peluk oleh cucunya. selepas memeluk neneknya alex pun terus beredar ke biliknya untuk berkemas. dia mula bersiap untuk pulang ke bandar.
*** *** ***
malam itu seperti yang di janjikan alex pergi ke restoran mcdonald. dari jauh lagi dia lihat avanisha sedang berdiri menunggunya di dekat restoran tersebut. dia berdiri sambil bersandar di tiang dekat premis itu. alex pun menghentikan motosikalnya di tempat parking motor. dia lihat avanisha datang menghampirinya. baru saja alex membuka helmet di kepalanya avanisha terus memeluknya. "oh i missed you so much...", tutur avanisha sambil memeluk alex. hampir saja alex semput nafas di buatnya, maklumlah dia di peluk erat erat oleh perempuan tu. "kalau ya pun janganlah peluk aku kuat kuat...", gerutu alex dalam pelukan perempuan itu. "iskkk... iskkk...", entah kenapa avanisha menangis secara tiba tiba pun alex sendiri indak tahu. "kenapa kau menangis pula?", soal alex kehairanan. "aku sebenarnya menangis gembira sebab akhirnya aku dapat bertemu semula dengan kau. kau tak tau betapa berat rasanya hati ini menanggung rindu selama ini...", tutur avanisha dengan penuh emosi. dia masih lagi memeluk alex erat erat. "tak payahlah kau menangis macam tu sekali. aku dah ada kat sini. dah... dah... dah... jangan kau nangis lagi. keringkan airmata kau tu... malulah kalau di lihat urang...", tutur alex dengan wajah yang serius. avanisha pun terdiam. dia meleraikan pelukannya. dia mengesatkan airmatanya. kemudian mereka melangkah masuk ke dalam restoran yang terletak tidak jauh dari situ.
YOU ARE READING
ALEX (18)
De TodoSinopsis: Mengisahkan seorang pemuda bernama Alex yang sedang berusaha mencari kekasih atau jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. dalam memilih perempuan yang sesuai untuk di jadikan kekasih atau jodohnya dia terpaksa menghadapi pelbagai masalah...