"kau kenal dia ni?", soal tuan benjamin pada anak perempuannya itu. avanisha pun terus menganggukkan kepalanya. "ya, pa... aku kenal bah dia ni... dia...", belum pun sempat avanisha menghabiskan perkataannya alex terus bilang macam ni, "er... cuma pekerja biasa kat sini... kami sebenarnya terserempak kat dalam lif tadi... dari situlah dia kenal aku...", dalih alex. sebenarnya dia indak mahu bah rahsia mereka di ketahui oleh semua orang. maklumlah diorang kan bertemu di pub so dia terpaksalah berdalih bagi menutupi perkara yang sebenarnya. "oh macam tu... baguslah kalau korang saling mengenali... anyway, buat pengetahuan kau, alex ni ialah pekerja baru kat sini... dia baru saja 2 bulan bekerja kat sini...", kata tuan benjamin dengan perlahan lahan. "oh i see... baguslah tu... kita boleh bekerjasama dalam satu pejabat... anyway, nice to meet you again, alex chai...", ucap avanisha sambil tersenyum manis. kelihatan sepasang lesung pipit menghiasi pipinya yang gebu. dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan pemuda tersebut. alex terpaksa membalas senyuman perempuan itu. namun dalam pada itu sempat lagi avanisha mengenyitkan matanya pada alex. jadi alex rasa indak selesa apabila di kenyit mata macam tu tapi dia terpaksa juga tersengih macam kerang busuk. selepas sesi perkenalan pendek itu mereka pun kembali melakukan pekerjaan masing masing
ketika alex sedang leka menyiapkan kerjanya tiba tiba, "alex... deputy chief editor yang baru panggil kau masuk ke dalam bilik officenya...", mohd rusdi memanggilnya. "kenapa dia panggil aku ar?", soal alex ingin tahu. "manalah aku tahu...", balas mohd rusdi sambil mengangkat kedua belah bahunya. "haish.... buat apa pula perempuan tu menyuruh aku masuk ke dalam bilik officenya?.... aduhh!... macamana ni?... takkanlah aku masuk ke dalam bilik officenya pula...", alex mula indak senang duduk bila memikirkan semuanya itu. sekejap dia bangun. sekejap dia duduk. sekejap dia bangun. sekejap dia duduk. fikirannya jadi kacau bilau. tiba tiba, "kenapa dengan kau ni alex?... macam kucing yang hendak beranak pula?", tegur satu suara. kelihatan siti ain sedang memerhatikannya tidak jauh dari situ. "er... tolong aku siti... tolong bagitahu pada deputy chief editor baru kita tu yang aku sakit perut ni... aku nak pergi ke tandas sekejap... er... tolong bagitahu dia yang aku mungkin mengambil masa yang lama di dalam tandas tu. maklumlah aku ni sakit perut... oohhh... sakitnya perut aku ni... ouwhh...", alex terpaksa mencari alasan untuk tidak bertemu dengan perempuan tersebut. dia berpura pura sakit perut pula. "okay...", balas siti ain. cepat cepat alex berlari menuju ke tandas yang terletak di hujung koridor bilik pejabat tersebut. dia masuk ke dalam tandas sambil cuba berfikir bagaimana caranya supaya dia indak selalu bertembung dengan perempuan gatal tu. fikir punya fikir dia langsung indak dapat mencari jalan penyelesaiannya. fikirannya sudah buntu. "aduuhh... macamana aku nak elakkan diri dari bertembung dengan perempuan tak guna tu ar?... dahlah dia tu perempuan gatal... tak tahu malu lagi tu... haishh...", gerutunya seorang diri di dalam tandas.
setengah jam kemudian barulah dia melangkah keluar dari dalam tandas tersebut. dia memusing flush tandas tersebut agar ianya kelihatan betul betul membuang air besar saat itu. tiba tiba, "kau dah siap menggerutu seorang diri di dalam tandas tu ke?", soal suatu suara. "oh mak kau!....", alex melatah macam nenek tua pula. terkejut betul dia apabila dia tinguk avanisha berdiri di dekat pintu masuk ke dalam bilik tandas lelaki itu. hampir saja dia terjatuh di atas lantai kerana terlalu terkejut. nasib baik dia sempat mengimbangi tubuh badannya kalau indak mungkin muka dia tersembam di atas lantai tandas tu kot. "hahahaha... kau ni... siap melatah macam nenek tua pula... hahahaha...", avanisha ketawa besar di depan wajahnya. malu betul alex masa tu tapi dia buat muka selamba pula. "er... kenapa kau berdiri kat ambang pintu tandas lelaki ni pula?", soal alex serba indak kena. dahinya berkerut seribu. "tunggu kau lah...", balas avanisha dengan wajah yang serius. dia indak ketawa lagi. "eh... buat apa tunggu aku?... aku kan sakit perut...", alex bersuara separuh bengong. "wei... jangan bohonglah... kau tu bukannya sakit perut pun... kau action saja cakap sakit perut sebab kau tak nak berjumpa dengan aku kan... maklumlah aku ni kan perempuan gatal yang tak tahu malu...", tutur avanisha pula. "eh... apa yang kau bilang tu indak...", belum pun sempat alex menghabiskan perkataannya tiba tiba saja avanisha menarik tangannya supaya keluar dari dalam bilik tandas tersebut.
"eh... apa tarik tarik tangan orang ni?... nanti orang tinguk, malulah....", alex bersuara sambil cuba membuka genggaman tangan perempuan tersebut dari tangannya tapi genggaman tangan perempuan itu semakin kuat pula. bagaikan seekor kerbau yang di cucuk hidung pula dia terpaksa berjalan di belakang perempuan tersebut. semua orang yang ada di dalam pejabat itu pandang semacam ke arah mereka berdua. terpaksalah alex tersenyum senyum macam orang palui pula. sampai saja di bilik pejabatnya yang berhawa dingin itu avanisha terus menarik alex masuk ke dalam pejabatnya. kemudian pintu pejabat itu di tutup dan di kuncinya dengan anak kunci di tangan. "sebenarnya apa yang kau nak dari aku ni ar?", soal alex mula bengang. dia lihat perempuan itu menutup birai tingkap dalam bilik pejabat tersebut. "weh... apasal tutup semua birai tingkap tu?... gelaplah bilik pejabat ni nanti?", tegur alex tapi tegurannya tidak di endahkan. setelah birai tingkap di tutup avanisha pun mula menghampirinya. "gulp...", alex menelan air liurnya. dia berundur ke belakang apabila dia tinguk avanisha melangkah perlahan sambil merenung tajam ke arahnya. langkah kaki alex terhenti sebaik saja belakang tubuhnya menyentuh dinding. avanisha terus meletakkan kedua belah tangannya ke dinding. alex berdiri kaku di situ macam patung cendana. berpeluh dia bila perempuan itu berdiri depan wajahnya macam orang yang nak makan dia pula. dadanya berdebar sakan macam mahu meletup saja jantungnya saat itu. "er... apa... apa ni?... apa yang kau nak buat ni?", soal alex tergagap gagap. sebenarnya dia seram sejuk bah tinguk kelakuan si avanisha yang pelik semacam tu. dia macam mau rogol dia pula. "kenapa ni? kau nampak macam takut saja dengan aku...", avanisha bersuara di dekat wajahnya. "aku... aku... bukannya takut... tapi... tapi kelakuan kau ni pelik betullah...", balas alex separuh tergagap gagap. "pelik?.... hahahaha... kau ni buat aku ketawa saja... hahaha....", avanisha ketawa di depan matanya. "okay, apa tujuan kau mengajak aku masuk ke dalam bilik pejabat kau ni?", soal alex ingin tahu. kali ini dia tidak mahu perempuan tu 'bermain' dengannya. dia mahu perempuan itu menjawap soalannya dengan jujur.
![](https://img.wattpad.com/cover/161774973-288-k501966.jpg)
YOU ARE READING
ALEX (18)
De TodoSinopsis: Mengisahkan seorang pemuda bernama Alex yang sedang berusaha mencari kekasih atau jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. dalam memilih perempuan yang sesuai untuk di jadikan kekasih atau jodohnya dia terpaksa menghadapi pelbagai masalah...