ALEX 41

118 4 9
                                    

keesokan harinya alex bangun dari tidur. hidungnya dapat menghidu bau masakan neneknya. tentu neneknya sedang sibuk memasak sayuran kampung kegemarannya iaitu pucuk paku pakis yang di petik dari hutan kecil belakang rumah mereka. perlahan lahan alex bangun dari atas katilnya. dia melangkah menuju ke dapur. kelihatan neneknya sedang sibuk memasak makanan untuk mereka berdua. neneknya memang begitu selalu memasak makanan di awal pagi. biasanya mereka akan makan pagi bersama sama. "selamat pagi nek...", sapa alex perlahan lahan. "selamat pagi... kau dah bangun? baguslah tu... mari kita makan sama sama...", tutur nenek yayan sambil meletakkan nasi di atas meja. "tunggu kejap ye nek... aku nak pergi mandi dan berus gigi dulu...", tutur alex dengan lembut. "baiklah tapi cepat sikit tau... nenek tunggu kau...", kata nenek yayan sambil tersenyum. "baiklah nek...", balas alex. dia pun masuk ke dalam bilik mandi yang terletak tidak jauh dari situ. setelah mandi dan berpakaian kemas alex pun kembali semula ke meja makan. dia lihat neneknya sudah sedia menunggunya di situ. "mari kita makan sama sama...", ajak nenek yayan. mereka pun makan makanan yang terhidang sambil berbual bual. "selama kau berada di bandar k.k tu kau ada berjumpa dengan ibu bapa kau ke?", soal nenek yayan ingin tahu. "belum lagi nek...", balas alex dengan malas. "kenapa kau tak pergi berjumpa dengan mereka? bukankah nenek ada suruh kau pergi berjumpa dengan mereka sebelum ni?", soal nenek yayan sedikit marah. "buat apa aku pergi mencari mereka? sedangkan selama ini mereka indak pernah pun peduli sama kita...", soal alex dalam nada suara yang sedikit tegang. "jangan cakap macam tu... mereka tetap ibu bapa kau biar pun mereka sudah lama indak peduli sama kita... sebenarnya aku cuma ingin bertemu dengan mereka sebelum nenek menutup mata ni... nenek ingin meminta maaf pada mereka sebab dulu nenek tak merestui perkahwinan mereka....", tutur nenek yayan perlahan lahan. ada nada kesedihan dalam suaranya.

"apa yang menyebabkan nenek tak merestui perkahwinan mereka tu pula?", soal alex ingin tahu. "nenek tak berapa suka dengan ibu kau sebab dia berkahwin dengan bapa kau tanpa pengetahuan nenek. maksud nenek mereka kahwin lari di negara siami beberapa tahun yang lalu. mereka kahwin lari tu pun gara gara keluarga sebelah ibu kau tak berapa suka dengan bapa kau sebab itulah mereka mengambil keputusan yang drastik tu. dulu semasa mereka baru saja berkahwin mereka sering juga balik ke kampung ni untuk menjenguk nenek di sini sampailah kau berusia 12 tahun tapi setelah bapa kau ada syarikatnya sendiri mereka mula indak datang lagi ke sini... nenek fikir korang dah lupakan nenek buat selamanya tapi tak sangka pula kau masih ingat nenek di sini sehinggakan kau sanggup melarikan diri dan tinggal bersama nenek di sini...", tutur nenek yayan perlahan lahan. "sebenarnya aku tak pernah melupakan nenek sebab nenek begitu baik padaku. dulu semasa aku masih kecil nenek selalu saja ambil berat tentang diriku. tak macam urang tua aku tu. mereka selalu tak peduli tentang diriku. mereka buat aku macam urang asing saja dalam rumah tu sebab itulah aku melarikan diri dari rumah dan tinggal bersama nenek di sini....", tutur alex panjang lebar. "kau tak payah cerita sama nenek pun nenek sudah tahu bah... apa apa pun nenek gembira sebab kehadiran kau dalam rumah ini sudah cukup membuatkan nenek merasa indak kesepian lagi...", tutur nenek yayan seraya tersenyum lembut. alex tersenyum saja apabila dia mendengar perkataan neneknya itu. dia bersyukur ke hadrat ilahi sebab neneknya masih hidup sehingga ke hari ini. jikalaulah neneknya tiada di muka bumi ini entahlah pada siapa lagi dia hendak mengadu. dalam diam alex bertekad hendak menjaga neneknya itu selagi dia bernafas di muka bumi ini. di sepanjang hari itu, alex menolong neneknya membersihkan kebun pisangnya. sudah lama dia indak membersihkan kebun pisang tersebut. inilah masanya dia menolong neneknya itu.

*** *** ***

selepas makan malam alex kembali menghidupkan mobile phonenya. sekali saja dia 'on' mobile phonenya tu sampai sepuluh missed call dan 8 mesej masuk ke dalam mobile phonenya. dia check siapa yang missed call tu. rupa rupanya panggilan missed call tu datangnya dari avanisha. 8 mesej tu pun datang dari perempuan tu. mahu tak mahu alex membuka mesej perempuan tu satu demi satu. "alex, kenapa kau tak nak bercakap dengan aku lagi?... aku ada buat salah dengan kau ke?... apakah di sebabkan papaku marah padaku sebab itu kau mengambil keputusan untuk menyendiri?...", begitu bunyi mesej yang pertama. alex membuka mesej kedua, "alex, tolonglah jangan buat aku macam ni... aku sudah berusaha hendak hidup bersama kau... tolonglah jangan biarkan aku tertunggu tunggu tanpa sebarang jawapan... sebenarnya aku ingin jawapan yang pasti dari mulut kau samada kau nak berkahwin dengan aku atau pun indak... aku dah bagi kau tempoh sehingga hujung minggu ni tapi jangan pula kau menghampakan harapanku untuk hidup bersama kau..." perlahan lahan alex membuka mesej ketiga, "tolonglah jangan senyap macam ni... aku dah banyak kali call kau dan mesej kau tapi kau tak nak jawap call dan mesej aku... kenapa ni?... kau betul betul dah tak nak bercakap dengan aku ke?", alex kembali membuka mesej yang ke empat. "alex... just pick up the phone... pleaseeee... i really wanna hear your voice... i really missed you...", alex membuka mesej yang ke lima pula. "alex... kau buat aku merasa sengsara di biarkan menunggu seorang diri tanpa sebarang jawapan yang pasti... tolonglah jangan buat aku macam ni... aku merayu pada kau... tolonglah angkat phone kau tu... aku betul betul nak bercakap dengan kau ni... please sayang pleaseee.....", perlahan lahan alex berbaring di atas katilnya. dia kembali membuka mesej yang ke enam pula. "lex... i missed you alot... sehari tak bertemu dengan kau... rasanya macam setahun... aku rasa macam terpenjara dalam lautan rindu yang membara ini... alangkah baiknya jikalau kau ada di sampingku saat ini... kita bulih mengulangi semula apa yang kita lakukan dahulu... iaitu minum bersama dan ketawa bersama... aku indak akan melupakan malam pertama aku bertemu dengan kau sayang. ini termasuklah memori indah kita di atas ranjang. ianya masih segar di ingatanku...", alex kembali membuka mesej yang terakhir. "alex, sehingga kini aku masih tertanya tanya... apa yang membuatkan kau tiba tiba saja hendak menyendiri ni?... apakah kau cuba melarikan diri dariku atau pun kau sengaja meninggalkan aku macam itu saja?... apa apa pun aku cuma nak kau tahu yang aku bukan nak  main main dengan kau tapi aku serius hendak berkahwin dengan kau... aku tak nak lelaki lain dalam hidup ini... aku cuma nakkan kau seorang saja... pleaselah jangan biarkan aku ternanti nanti jawapan dari kau... kalau boleh aku nak kau beri jawapan yang pasti malam ini juga... please sayang i really love you...", alex terdiam seketika. dia membaca mesej itu sekali lagi. perkataan yang di tulis oleh avanisha itu sedikit sebanyak meninggalkan kesan dalam hatinya. sebenarnya inilah pertama kali dalam hidupnya dia bertemu dengan seorang perempuan yang beria ia sangat hendak bercinta dan berkahwin dengannya. alex indak tahu apa yang membuatkan avanisha terlalu tergila gilakan dia. dia bukannya handsome sangat pun. namun menurut kata kekasih lamanya si luciana tu wajahnya mirip pelakon korea seo in guk bah tapi alex indak kenal siapa pelakon korea tu sebab dia bukannya minat menonton cerita korea pun. dalam diam alex mula berfikir panjang

ALEX (18) Where stories live. Discover now