"kau marah ke???...", soal alex sedikit gelabah. "hahahaha....", tiba tiba saja avanisha ketawa terbahak bahak. "apasal kau ketawa pula?", soal alex bengong. "kau ni... aku tak marahlah... hahaha...", balas avanisha masih ketawa. "habis tu kenapa muka kau garang semacam tadi?", soal alex tambah bengong. "aku 'action' saja bah tadi tu.... tak sangka pula kau jadi gelabah teruk macam ni... hahaha...", kata avanisha ketawa. "jadi kau tak marah?", soal alex lagi. "tak... buat apa marah, dia cuma ex girlfriend kau saja... dia bukannya girlfriend kau lagi kan?...", kata avanisha dengan wajah yang selamba. "ya... kami dah lama putus hubungan dah...", balas alex. "so tak ada gunanya aku marah... sebenarnya aku tak kisah pun pasal kisah silam kau tu dengan lusiana sebab semua tu sudah lama berlalu. so thats mean kau cuma ada aku seorang saja di hati kau tu kan?", soal avanisha seraya menunjal dada bidang alex dengan hujung jari telunjuknya. "ya...", balas alex sepatah. "jadi tak payahlah kau gelabah sangat... aku 'cool' aje pasal ni... jangan saja kau masih ada hati dengan si lusiana tu sudah ler...", balas avanisha seraya menjeling tajam ke arah alex. "eh... aku dah tak ada hati dengan dialah...", cepat cepat alex menafikan perkataan perempuan itu. "baguslah kalau macam tu... so just about that and lets go to the town now...", kata avanisha dengan pantas. tanpa banyak soal alex pun menganggukkan kepalanya. mereka terus melangkah pergi dari situ.
*** *** ***
kelihatan lusiana menangis seorang diri di dalam bilik tidurnya. hatinya terluka apabila dia mendapat tahu yang avanisha akan berkahwin dengan alex indak lama lagi. sesungguhnya dia indak mahu perkara itu terjadi dalam hidup ini. cintanya pada alex masih membara biar pun dia sudah banyak kali membuang perasaan cinta itu jauh dari lubuk hatinya. namun dia gagal untuk berbuat demikian. cintanya pada alex masih utuh seperti dulu lagi. perlahan lahan dia mengambil mobile phonenya. dia cuba menghubungi alex tapi panggilannya indak di jawap. ini membuatkan lusiana merasa semakin sedih. "kenapa kau buat aku macam ni lex???... aku masih mencintai kaulah... kenapa kau buat aku macam ni??...", lusiana bersuara sambil menangis. kecewa betul dia bila dia dapat tahu bekas kekasihnya itu akan berkahwin dengan perempuan lain. kawan baik dia lagi tu. ketika dia sedang bersedih tu dia teringat akan sesuatu. seminggu yang lalu papa avanisha ada call dia. dia bertanya di manakah avanisha berada. dia yang indak tahu apa apa terus saja cakap yang dia tak tahu di mana avanisha berada tapi itu beberapa hari yang lalu. kini dia dah tahu di mana avanisha berada jadi dia ambil keputusan untuk menghubungi tuan benjamin saat itu.
*** *** ***
setelah urusan mereka selesai mereka mula meninggalkan pejabat pendaftaran. mereka pergi ke shopping mall yang berdekatan untuk membeli barang untuk hari perkahwinan mereka. tempat yang mereka kunjungi adalah bridal shop. sempat lagi mereka memilih dan menggayakan pakaian kahwin mereka depan kamera phone masing masing. maklumlah mereka nak bergaya sakan dengan pakaian pengantin yang ada di situ. pelbagai gaya diorang ambik dengan mobile phone masing masing. selepas penat berposing akhirnya mereka memilih pakaian yang di pakai untuk di pakai semasa hari perkahwinan mereka kelak. semuanya perbelanjaan pakaian kahwin tu di bayar oleh avanisha dengan menggunakan kredit kadnya. kemudian mereka pergi ke gold germ shop yang terletak indak jauh dari situ. seperti yang di katakan oleh avanisha dia membelikan alex sebentuk cincin emas yang di cipta khas untuk lelaki. sebagai balasannya alex membelikan sebentuk cincin silver berbentuk hati untuk avanisha. sempat lagi dia suruh tukang dalam kedai emas tu memahat namanya dan avanisha kat bahagian dalam cincin tu sebagai peringatan. avanisha pun turut menyuruh tukang emas di kedai tersebut memahat nama alex dan namanya di dalam cincin emas itu. sambil menunggu tukang emas itu menyiapkan kerjanya avanisha pun mengajak alex pergi makan kat food court yang berdekatan. setelah mereka memesan makanan dari waiter yang ada kat situ mereka pun mula berbual bual dengan riangnya.
"tak sabar rasanya aku nak pergi tandatangan sijil perkahwinan kita tu...", kata avanisha sambil tersenyum gembira. "aku pun begitu juga... tapi siapa yang boleh jadi saksi kau semasa menandatangani sijil perkahwinan kita tu nanti?", soal alex dengan dahi yang berkerut. "memandangkan si luciana tu ex girlfriend kau so aku tak jadi menyuruh dia jadi saksi sebelah pihakku... aku akan call aunt suzy kat brunai untuk datang menandatangani sijil perkahwinan kita tu... itu pun jikalau dia merestui perkahwinan kita dan dia indak sibuk masa tu...", balas avanisha. alex menarik nafas lega apabila dia mendengar perkataan dari mulut avanisha. "baguslah tu... aku setuju dengan perkataan kau tu...", tutur alex sambil tersenyum. dia gembira akhirnya luciana indak jadi di suruh sebagai saksi sebelah pihak avanisha. sekurang kurangnya dia dapat menghindarkan diri dari bertembung dengan perempuan itu lagi.
setelah makan tengahari bersama sama mereka kembali semula ke kedai emas tersebut. tukang emas dalam kedai itu mengatakan bahawa kerjanya sudah siap. kedua dua cincin sudah di letakkan ke dalam kotaknya. tanpa berlengah lagi avanisha pun terus membayarnya tapi alex menghalangnya. "biar aku yang bayar kedua dua cincin ni...", kata alex. "eh... kau ada cukup wang ke untuk membayarnya?", soal avanisha ingin tahu. "ada... sebenarnya aku ada menyimpan sedikit wang selama aku bekerja... aku rasa ianya sudah cukup untuk membeli kedua dua cincin ni...", kata alex dengan penuh yakin. "hm... ikut suka hati kaulah...", akhirnya avanisha pun membiarkannya membayar harga kedua dua cincin tersebut. setelah alex membayarnya avanisha pun mengajak alex memakai cincin tersebut sebagai tanda yang mereka berdua sudah bertunang secara rahsia. tanpa banyak soal alex pun menyarungkan cincin silver ke jari manis avanisha. "terima kasih sayang...", ucap avanisha seraya tersenyum lebar. "sama sama...", balas alex. kemudian avanisha menyarungkan cincin emasnya ke jari alex. "dengan ini sudah rasminya kita bertunangan... harap kita akan kekal bersama sehingga ke akhir hayat kita...", kata avanisha dengan hati yang gembira. mereka berbalas senyuman tanda gembira. setelah bertukar cincin mereka pun mengangkat barang shopping ke parking lot. mereka ingin balik ke kampung semula.
YOU ARE READING
ALEX (18)
RandomSinopsis: Mengisahkan seorang pemuda bernama Alex yang sedang berusaha mencari kekasih atau jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. dalam memilih perempuan yang sesuai untuk di jadikan kekasih atau jodohnya dia terpaksa menghadapi pelbagai masalah...