ALEX 40

134 4 9
                                    

alex sampai di kampung halamannya tepat pada pukul 8 malam. indak terasa jauhnya perjalanan dari bandar KK ke kampung halamannya. maklumlah dia pecut motorsikalnya dengan laju sekali. sebaik saja dia sampai di halaman rumah neneknya, dia terus melangkah naik ke atas serambi rumah neneknya. "nek... nek... aku dah balik...", alex bersuara sambil mengetuk daun pintu rumah neneknya. "oh kau ke tu lex?... tunggu kejap nenek buka pintu ni...", kata nenek yayan seraya membuka kunci pintu rumahnya dari dalam. sebaik saja pintu rumah itu terbuka luas alex terus saja memeluk neneknya itu. "lex... kenapa ni?", soal nenek yayan sebaik saja dia di peluk erat oleh cucunya itu. "nek... kenapa urang miskin seperti kita sering di hina oleh urang kaya?", soal alex dalam kesedihan. "kenapa kau cakap macam tu pula?...", soal nenek yayan ingin tahu. "nek... aku indak tahu bagaimana hendak menceritakannya pada nenek... hatiku sedih dan terluka...", tutur alex dalam nada suara yang lemah. "sebenarnya apa masalah kau ni? ceritalah pada nenek...", nenek yayan bersuara dengan lembut. perlahan lahan alex meleraikan pelukannya. dia meletakkan beg sandangnya. kemudian dia duduk di muka pintu itu. nenek yayan pula duduk menyimpuh di sebelahnya. alex pun mula menceritakan segalanya pada neneknya itu. nenek yayan mendengarnya dengan penuh perhatian. "jadi sekarang kau merasa sedih sebab majikan kau itu menghina kau dengan sesuka hatinya, begitu ke?", soal nenek yayan sebaik saja alex habis bercerita. "yalah nek... siapa tak sedih kalau di hina sedemikian rupa?... kalau nenek di hina macam tu sekali pun nenek pasti akan merasa sedih...", balas alex dengan nada suara yang sedikit tegang. "buat apa kau merasa sedih kalau setakat di hina urang... memang selayaknya kita di hina urang sebab kita ni bukannya Tuhan yang harus di puji urang setiap hari...", balas nenek yayan dengan wajah yang selamba. "maksud nenek?", soal alex seperti indak paham dengan kata kata neneknya itu. "maksud nenek apa yang di katakan oleh majikan kau memang betul. kita urang miskin memang tak layak berkahwin dengan urang kaya sebab kita tak ada harta macam mereka. jikalau kau berkahwin dengan anaknya pun korang belum tentu bahagia sebab majikan kau tu pasti tak merestui hubungan korang. jadi kesimpulannya, tak perlulah kau merasa sedih dengan perkataan majikan kau tu... dia bukannya apa. sebenarnya dia cuba melindungi anaknya dari mengahwini pasangan hidup yang indak sesuai dengannya sebab itulah dia menentang keras perhubungan korang tu... dia fikir kalau anak dia berkahwin dengan kau mungkin anak dia akan hidup dalam kemiskinan sebab itulah dia berusaha menghalangi perhubungan korang...", tutur nenek yayan. "kalau ya pun janganlah sampai menghina urang miskin macam tu sekali... dia ingat kita ni miskin buat selama lamanya ke?... pasti di suatu hari nanti kita akan menjadi kaya jikalau kita berusaha untuk memajukan diri kita sendiri...", tutur alex dengan pantas.

"ya... itu memang betul tapi pendapat dia mungkin berbeza dengan pendapat kita... sudahlah tu... janganlah kau berfikiran hendak meneruskan hubungan cinta kau dengan anak majikan kau tu... jikalau kau masih berkeras sudah pasti majikan kau tu akan marah pada kau dan dia pasti membuang kau dari pekerjaan kau tu...", tutur nenek yayan dengan wajah yang serius. "sebenarnya aku indak bercinta dengan anak perempuannya tu. anak perempuannya tu yang tergila gilakan aku...", tutur alex dengan jujur. dia berbaring di sebelah neneknya lalu kepalanya di letakkannya di atas paha neneknya itu. "oh yakah?", nenek yayan bersuara seraya menatap wajah alex. dia mengelus lembut rambut ikal cucunya itu. "ya nek... majikan aku tu yang tersalah sangka. dia sangka yang aku ni tergila gilakan anak perempuan dia tu padahal aku langsung indak pernah terfikir hendak bercinta apatah lagi berkahwin dengan anak perempuannya itu. tiba tiba saja dia menuduh aku yang bukan bukan. siap menghina aku lagi tu... itu yang buat aku merasa sedih ni...", tutur alex perlahan lahan. "tak apalah lex... biarlah urang menghina kita... yang penting kita indak seperti mereka... apa apa pun nenek gembira sebab kau sudah balik ke sini... sebenarnya nenek merasa rindu pada kau...", tutur nenek yayan seraya mencubit pipi kiri cucunya itu. alex tersenyum sebaik saja dia terdengar perkataan neneknya itu. "aku pun rindukan nenek... itu sebabnya aku balik ke kampung ni. anyway, terima kasih nek sebab nenek sudi mendengar masalah aku ni...", tutur alex di atas pangkuan neneknya itu. terasa ringan pula beban masalah yang di pikulnya apabila dia meluahkannya pada neneknya itu. dalam diam alex bersyukur sebab masih ada lagi insan yang prihatin terhadap dirinya. "yalah tu... bah bangunlah kau... nenek kasi kau makan... sudah tentu kau merasa lapar, kan?", soal nenek yayan. alex menganggukkan kepalanya. dia pun terus bangun. dia menarik tangan neneknya supaya dia dapat berdiri semula. perlahan lahan mereka melangkah menuju ke ruang dapur untuk makan bersama sama.

*** *** ***

malam itu ketika alex hendak masuk tidur tiba tiba saja mobile phonenya berbunyi nyaring. alex cuba memerhatikan siapakah yang menelefonnya saat itu. rupa rupanya panggilan itu datangnya dari avanisha. alex membiarkan mobile phonenya bernyanyi tanpa di angkat. dia tahu avanisha pasti memarahinya kerana dia mengambil cuti secara mendadak. tak pun dia akan memaksa alex menuruti kehendaknya untuk mengahwininya. alex sudah malas hendak berhubungan dengan perempuan itu. dia berbaring di atas katilnya semula. dia langsung indak peduli pada mobile phonenya yang berulang kali bernyanyi minta di angkat itu. setelah mobile phonenya bernyanyi dua tiga kali, kedengaran pula bunyi 'tuk tuk tuk' sampai 3 kali. alex tahu itu pasti ada mesej masuk ke dalam mobile phonenya. dia pun mengambil mobile phonenya lalu di bukanya mesej yang baru sampai itu. "lex, kenapa kau tak angkat phone kau?... aku cuba call kau tapi kau tak angkat phone kau... kenapa kau ambil cuti secara mendadak? bukankah aku dah cakap pada kau yang kau indak di benarkan mengambil cuti? di mana kau berada sekarang? aku hendak berjumpa dan berbual dengan kau...", begitu bunyi mesej tersebut. alex tahu mesej tu datangnya dari avanisha. dia langsung indak mahu membalas mesej perempuan tersebut. alex melemparkan mobile phonenya di sebelah bantal tidurnya. baru saja dia hendak melelapkan matanya tiba tiba, "tuk tuk tuk...", kedengaran bunyi notification mesej di mobile phonenya. alex cuba untuk indak menghiraukannya tapi dia teringin pula hendak membacanya. perlahan lahan dia mengambil mobile phonenya itu. dia membuka mesej itu lalu membacanya... "lex, papaku begitu marah padaku sebab aku ingin berkahwin dengan kau tapi aku indak peduli. aku masih tetap ingin berkahwin dengan kau juga. sebenarnya ada sesuatu yang ingin aku katakan pada kau di sana tapi kau langsung indak mau menjawap panggilanku... jikalau kau indak mau menjawap panggilanku sekurang kurangnya kau balaslah mesejku ini, pleaseee...", begitulah bunyi mesej yang di kirimkan oleh avanisha padanya. alex mengeluh sendirian. dia mula menaip mesej untuk perempuan itu. "nisha.... maafkan aku... aku rasa aku perlukan masa untuk bersendirian. just leave me alone, okay?...", setelah dia siap menaip mesej itu dan menghantarnya, dia pun terus meng'off'kan mobile phonenya. kemudian dia cuba untuk melelapkan matanya...

ALEX (18) Where stories live. Discover now