alex terbangun dari tidurnya tepat pada pukul 7 malam. kuat betul dia tidur sampai tak sedar hari sudah malam. dia terus bangun lalu melangkah menuju ke ruang dapur. kelihatan johnny aka joanne sedang sibuk memasak sambil menyanyi lagu tiga kupang. alex tersenyum saja apabila dia tinguk johnny aka joanne sedang menyanyikan lagu tersebut. dia pun ada belajar menyanyi lagu tu masa dia bersekolah di sekolah tadika dulu.apa bila dia tinguk lelaki pondan tu menyanyi lagu tersebut dia tak ubah macam budak tadika pula. "hai johnny...", sapa alex seraya duduk di atas kerusi yang ada di situ. "oh alex... by the way, tulung jangan panggil aku johnny ya... panggil aku joanne... J-o-a-n-n-e... got it?", johnny aka joanne bersuara seraya meliuk lentukkan tangannya yang sedang memegang sudip itu. "i got it tapi aku rasa peliklah apasal kau suka gunakan nama tu... itu kan nama perempuan. ianya tak sesuai bah bagi urang lelaki macam kau...", tutur alex seraya tersenyum. "hey... aku punya sukalah nak pilih nama apa... yang kau sibuk sibuk ni apa pasal ar?", soal johnny aka joanne dengan wajah yang sedikit tegang.
"aku bukannya bermaksud hendak sibuk pasal diri kau tu aku cuma nak tahu. itu saja... kalau kau tak nak bagitahu sebabnya tak apalah aku bukannya paksa kau jawap soalan aku tu pun...", balas alex seraya bersandar di kerusinya. "okaylah... okaylah... sebenarnya aku tak suka nama aku tu... bagiku ianya tidak sesuai dengan jiwa aku yang lembut ni. thats why aku tukarkannya jadi joanne sebab aku rasa nama tu sangat sesuai dengan diri aku...", balas johnny aka joanne dengan berterus terang. "oh yakah?... sejak bila pula kau rasa yang jiwa kau ni lembut? apakah kau fikir kau tu macam perempuan?", soal alex ingin tahu. "kenapa kau tanya soalan macam tu pula?", soal johnny aka joanne dengan suara sedikit tegang. "yalah... aku tanya ni sebab aku tinguk kau seorang lelaki tetapi kenapa kau cakap jiwa kau lembut pula?... aku tak pahamlah...", tutur alex berterus terang. "memang ramai urang tak faham urang macam aku ni... diurang fikir aku ni ada masalah sakit jiwa or something like that tapi sebenarnya tidak... aku cuma tak rasa macam lelaki sejak aku akil baligh lagi... sebenarnya aku rasa yang diri aku ni macam perempuan sebab jiwa aku lembut dan tidak keras seperti lelaki lain...", terang johnny aka joanne sambil menghidangkan makanan yang di masaknya di atas meja.
"oh i see... kenapa kau rasa macam tu pula? apa yang menyebabkan kau rasa yang jiwa kau tu lembut macam perempuan?", soal alex pula."sebab aku mudah sensitif dengan sesuatu benda... malah aku bulih menangis sendiri jikalau perasaanku terguris atau pun terluka....", balas johnny aka joanne dengan wajah yang serius. "oh... itu sebabnya kau rasa yang jiwa kau lembut eh?... tapi menurut apa yang aku pelajari dalam subjek sains di sekolah menengahku dulu, biasa lelaki lembut ni ada kromosom perempuan dalam gen dia. thats why dia berkelakuan seperti perempuan... tapi tak apa... mungkin dah nasib kau jadi macam ni tapi jangan pula kau lupa yang kau tu di lahirkan menjadi seorang lelaki. bukannya perempuan. so you better remember that...", tutur alex dengan wajah yang selamba. belum pun sempat johnny aka joanne bersuara muncul pula badli dan kumar di situ. "walaweh!... makanan malam sudah siap terhidanglah... jom kita makan...", ajak kumar dengan cukup teruja. dia hendak duduk makan makanan yang ada di situ tapi dia di tahan oleh badli. "eh.... nanti dulu... nanti dulu...", badli bersuara seraya mengangkat kedua belah tangannya ke atas. "ada apa badli?", soal johnny aka joanne ingin tahu.
"apasal kau terlalu baik hati sangat ar sampai kau sanggup sediakan semua makanan dan sanggup buat itu dan ini dalam rumah ni?... apa tujuan kau buat semua ini untuk kami ar?", soal badli cukup curiga. "aku buat semua ni sebab aku nak tulung korang... korang kan sudah baik hati tulung aku selama ni. korang dah bagi aku tempat tinggal ni...", belum pun sempat johnny aka joanne menghabiskan perkataannya tiba tiba saja badli memotong perkataannya, "woah.... woah... woah... apa kau cakap tadi? kami bagi kau tempat tinggal ni?.... wei... kumar kau tak bagitahu kawan kau ni ke yang dia bulih tinggal kat sini buat sementara waktu... bukannya bermaksud dia bulih tinggal di sini buat selamanya...", badli bersuara sambil memandang wajah kumar di sebelahnya. "actually aku belum cakap apa apa pun sama dia...", kata kumar dengan jujur. "laaa.... kenapa pula kau tak bagi tahu dia?... nanti kalau puan sarimah tahu yang kawan kau ni menumpang kat sini lama lama habislah kita kena marah nanti...", tutur badli pula. "jadi aku hanya bulih menumpang at rumah korang ni hanya buat sementara waktu saja?", soal johnny aka joanne separuh terkilan. "ya.... maafkan kami, joanne... sebaiknya kau kena cari bilik sewa yang baru sebab kami cuma mampu memberi tumpangan sama kau selama beberapa hari saja...", tutur kumar sambil menundukkan wajahnya. johnny aka joanne terdiam selepas itu. ada setitis air mata jernih jatuh mengalir di pipinya. "aku fikir korang dapat menerima kehadiranku di dalam rumah ni tapi rupa rupanya indak... kalau macam tu malam ni juga aku akan kemaskan semua barang barang aku dan aku akan keluar dari rumah ni...", kata johnny aka joanne dengan sedih. dia beredar dari situ. "now, look what you've done, badli.... you hurt his feeling...", alex bersuara sedikit marah. badli pula pura pura tak tahu apa apa. dia duduk di atas kerusi dan terus makan. alex cepat cepat mengejar johnny aka joanne dari belakang. kumar pun turut mengekorinya dari belakang.
"nanti dulu johnny...", panggil alex. langkah kaki johnny aka joanne terhenti di situ juga. "jangan pula kau merasa sedih pasal apa yang di cakap oleh si badli tu... dia tu memang macam tu... suka sangat buat orang merasa sedih...", kata alex di belakang lelaki pondan itu. "aku tak rasa sedih cuma aku merasa terkilan sebab dia macam tak suka aku berada di dalam rumah ni", tutur johnny aka joanne seraya menyeka airmata yang mengalir di pipinya. dia berjalan masuk ke dalam bilik tidur yang di kongsinya bersama kumar. alex dan kumar mengekorinya dari belakang. "now listen to me johnny.... badli, bukannya tak suka kau tinggal dalam rumah ni... dia cuma takut puan sarimah tahu yang kau tinggal kat sini lama lama... thats why dia suruh kumar memberitahu kau macam tu...", terang alex. "tak apalah... aku akan pergi dari sini malam ini juga...", kata johnny aka joanne pula. "tapi kalau kau pergi dari sini kau tinggal dengan siapa pula?", soal kumar ingin tahu. "aku akan tinggal dengan kawan kawan mak nyah aku... diorang pasti akan tulung aku...", kata johnny aka joanne seraya mengambil semua pakaiannya lalu di masukkan ke dalam beg sandangnya. "tapi joanne....", kata kata kumar di potong pantas oleh johnny aka joanne. "its okay kumar, its okay... i think i can manage myself... kau dan alex dah banyak tulung aku selama ini... aku amat menghargainya... baiklah aku pergi dulu, bye...", perlahan lahan johnny aka joanne beredar dari situ. alex dan kumar mengekorinya dari belakang. johnny aka joanne terus saja berjalan keluar dari rumah itu tanpa menoleh ke belakang lagi. tinggallah alex dan kumar di ambang pintu rumah sambil memerhatikan lelaki pondan itu berlalu pergi sehingga ianya hilang dari pandangan mata mereka berdua.
YOU ARE READING
ALEX (18)
AcakSinopsis: Mengisahkan seorang pemuda bernama Alex yang sedang berusaha mencari kekasih atau jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. dalam memilih perempuan yang sesuai untuk di jadikan kekasih atau jodohnya dia terpaksa menghadapi pelbagai masalah...