ALEX 64

76 3 0
                                    

tuan benjamin berdiri di luar balkoni rumahnya. dia berfikir samada dia hendak menghubungi rakan lamanya itu atau pun tidak. ketika dia teragak agak hendak menelefon sahabat lamanya dia tertekan pula nombor phone rakan lamanya itu. "hello...", kedengaran suara sahabat lamanya di hujung talian. "oh... hai... dato chai... aku ni ben... kawan lama kau dulu di universiti malaya. kau masih ingat aku lagi tak?", soal tuan benjamin dengan pantas. "ya... ya... aku masih ingat... kau apa khabar sekarang?", kedengaran suara dato chai menjawap soalannya. "khabar tak berapa baik...", balas tuan benjamin perlahan lahan. "khabar tak berapa baik? maksud kau?", soal dato chai ingin tahu. "biasalah... dalam kehidupan ni ada up and downnya sendiri... anyway aku dengar business perhotelan kau sudah maju sekarang...", kata tuan benjamin seraya duduk di atas kerusi yang ada di dekat balkoni rumahnya itu. "bulih tahanlah... by the way macamana kau tahu yang aku buat business perhotelan ni?", soal dato chai ingin tahu. "kau kan best friend aku... mestilah aku tahu segala perkembangan kau tu... cuma kau seorang saja yang tak ambik peduli pasal aku... lepas habis belajar kat universiti malaya, kau dah tak hubungi aku lagi... kau macam dah lupa padaku pula...", kata tuan benjamin dalam nada sedikit terkilan. "ouwh... bukannya macam tu... aku cuma tak ada masa nak hubungi kau sebab aku tengah sibuk dengan business dan projek aku kat syarikat aku tu sebab itulah aku tak hubungi kau di sana... apa apa pun kau tetap kawan baik aku. by the way, apa kata kalau kau datang berjumpa dengan aku di pejabat aku lunch time nanti... kau tahu kan di mana syarikat aku?...", kata dato chai. "yeah aku tahu sebab aku pernah terbaca tentang syarikat kau dalam suratkhabar baru baru ni... sebenarnya aku pun nak berjumpa dengan kau...", balas tuan benjamin sambil tersenyum lebar. "kalau macam tu kita berjumpa di pejabat aku kira kira pukul 12.10 tengahari nanti...", kata dato chai. "okay... i will meet you there...", balas tuan benjamin ringkas. "baiklah... oh by the way, i've gotta go now... talk to you later, bye...", kata dato chai. talian di matikan. tuan benjamin tersenyum lebar. dia berharap sangat rancangannya yang ingin minta pertolongan dari sahabatnya itu akan berjaya kelak

*** *** ***

tengahari itu seperti yang di janjikan tuan benjamin bertemu dengan dato chai pejabatnya. kebetulan pada waktu yang sama kelihatan alex melangkah keluar dari dalam keretanya. dia berdiri seketika di hadapan syarikat milik papanya itu. tujuan dia datang ke situ cuma satu. dia ingin bertemu dengan papanya dan sekaligus melihat syarikat milik papanya itu. ketika dia sedang berdiri di situ tiba tiba saja dia lihat ada sebuah kereta BMW berhenti tidak jauh dari situ. alex kenal betul kereta itu. kalau indak salah itu ialah kereta milik tuan benjamin. dia sering melihat tuan benjamin pakai kereta tu ke mana saja dia pergi. cepat cepat dia bersembunyi di sebalik pokok pokok bunga yang menghiasi ruang koridor di situ. nasib baik tuan benjamin tidak tahu yang dia ada di situ. dia lihat lelaki itu melangkah masuk ke dalam syarikat milik papanya. alex mula berfikir panjang. dia indak tahu kenapa lelaki tersebut tiba tiba datang ke pejabat papanya di waktu tengahari yang panas terik itu. dia mula mengekori lelaki tersebut dari belakang secara senyap. alex lihat tuan benjamin menghampiri receptionist yang bertugas di situ. "cik... saya nak bertemu dengan dato chai...", ujar tuan benjamin dengan lembut. "ya... encik ada buat appointment dengan dato ke?", soal receptionist itu. "ya... tolong bagitahu dia yang aku benjamin cheng nak berjumpa dengannya...", ujar tuan benjamin dengan tegas. "baiklah... tunggu sebentar...", receptionist itu pantas menghubungi dato chai di pejabatnya. "er... encik bulih berjumpa dengannya sekarang... dia berada di tingkat 4. bilik pejabatnya terletak yang hujung koridor...", kata receptionist yang tinggi lampai itu. "baiklah... terima kasih...", perlahan lahan tuan benjamin beredar dari situ. dia melangkah masuk ke dalam lif yang terletak indak jauh dari situ. alex terpaksa membiarkannya pergi dahulu. kemudian dia masuk ke dalam lif yang lain pula dengan tujuan untuk mengekori lelaki tersebut. dia ingin tahu apa sebenarnya tujuan tuan benjamin tiba tiba datang ke syarikat papanya itu.

indak lama kemudian dia sampai di tingkat 4. kelihatan tuan benjamin sedang berdiri di depan pintu pejabat dato chai. cepat cepat alex melangkah masuk ke dalam bilik pantri kecil yang terletak indak jauh dari situ. dia terpaksa bersembunyi dalam bilik pantri itu. indak lama kemudian pintu bilik pejabat papanya di buka orang. kelihatan dato chai berdiri di ambang pintu sambil tersenyum lebar. "oh baguslah kau dah datang ke sini... dah lama kita indak berjumpa...", dato chai bersuara seraya memeluk sahabat lamanya itu. "ya... nasib baik aku ada simpan nombor telefon kau tu kalau indak mungkin kita lost contact buat selama lamanya...", kata tuan benjamin sambil ketawa kecil. "tau tak pe... marilah masuk...", pelawa dato chai dengan riangnya. tuan benjamin pun melangkah masuk ke dalam pejabat rakannya itu. pintu pejabat di tutup rapat. Alex segera melangkah keluar dari bilik pantri dan dia terpaksa berdiri di muka pintu bilik pejabat papanya. dia mula mencuri dengar butir perbualan mereka dari sebalik pintu pejabat yang berhawa dingin itu

dia dengar tuan benjamin dan dato chai mula berbual dengan riangnya. mereka berbual tentang masa silam mereka ketika mereka menuntut di universiti dulu. selepas itu mereka berbual pelbagai isu semasa dan akhir sekali mereka berbual tentang business mereka. dato chai bercerita tentang businessnya yang semakin maju. manakala tuan benjamin pula menceritakan businessnya yang mengalami masalah itu. belum pun sempat dato chai bersuara mobile phonenya berbunyi nyaring. dia pun menjawap panggilan di mobile phonenya itu. setelah menjawapnya dia kembali meneruskan perbualannya dengan tuan benjamin.

"maaflah... isteri aku call aku tadi...", kata dato chai perlahan lahan. "eh... kau sudah berumahtangga ke?... kau kata dulu kau tak nak berkahwin sampai bila bila...", kata tuan Benjamin. "memang aku ada cakap macam tu tapi itu dulu masa aku tak kenal isteri aku. apabila aku kenal isteri aku tu aku pun terus saja jatuh cinta padanya dan berkahwin dengannya. by the way aku ada seorang anak lelaki...", balas dato chai sepatah. "oh... berapa umur anak lelaki kau tu sekarang?", soal tuan Benjamin ingin tahu. "26 tahun... kau dah kahwin dan ada anak ke?", soal dato chai ringkas. "ya... tapi isteri aku dah lama meninggal dunia. anyway, aku ada seorang anak perempuan... dia berumur 25 tahun sekarang...", balas tuan benjamin. "oh i see... berbalik pada topik perbualan kita tadi kau kata business penerbitan kau mengalami masalah. masalah apa tu?...", soal dato chai seraya memandang wajah rakannya itu. "ya betul... kami mengalami masalah kewangan... syarikat yang aku bina bertahun lamanya kini hampir muflis... beberapa bulan yang lalu aku ada pinjam duit dari pihak ah long dan sekarang pihak ah long tu memeras ugut aku. jika aku tak bayar hutang aku dengan bunganya sekali diorang akan bunuh aku dan anak gadisku...", kata tuan benjamin dengan wajah yang sedih sekali. "apa?... diorang nak bunuh kau dan anak gadis kau jikalau kau tak bayar hutang kau?", soal dato chai cukup terkejut. "ya... diorang akan datang menagih hutang dariku pada hujung minggu ni. masalahnya sekarang aku tak ada duit nak bayar hutang aku tu...", kata tuan benjamin dengan wajah yang semakin sedih. alex terkejut sebaik saja dia terdengar butir perbualan di antara papanya dan tuan benjamin saat itu. dia indak menyangka bekas majikannya itu ada masalah yang berat seperti itu.

ALEX (18) Where stories live. Discover now