ALEX 16

206 9 0
                                    

malam itu alex tidak pergi ke mana mana lagi. dia makan nasi seorang diri di dapur. badli sudah lama keluar merayap di waktu malam yang dingin itu. mungkin dia sudah pergi bersuka ria di kelab malam bersama kekasih barunya tu kot. alex langsung tidak ada mood hendak keluar bersuka ria pada waktu malam yang dingin itu. setelah apa yang telah terjadi pada dirinya dia rasa macam serik pula hendak pergi bersuka ria di kelab malam. bukannya apa, dia indak mau peristiwa yang sama terulang kembali. apabila dia teringatkan peristiwa yang terjadi tempohari dia merasa sungguh malu sekali. maklumlah dia tidur telanjang bersama seorang perempuan. anak majikan tempat dia bekerja lagi tu. jikalaulah tuan benjamin tahu rahsia dia sudah tentu lelaki tua itu akan menghalau dia keluar dari syarikat penerbitan majalah tempat dia bekerja. tentu dia akan kehilangan pekerjaannya. apabila dia teringatkan semuanya itu tiba tiba saja selera makannya hilang entah ke mana. ketika dia sedang duduk seorang diri di dapur tiba tiba mobile phonenya berbunyi dengan nyaringnya. dia pun terus menjawap panggilan di mobile phonenya itu.
"hello...."
"hello... sayang... aku ni, avanisha... bah, bila lagi kau datang ke sini? bukankah aku dah cakap pada kau tadi yang kau harus datang ke kelab malam retro untuk bersuka ria denganku malam ni...",
"maaf... aku tak nak pergi ke sana..."
"kenapa pula?"
"aku tak ada mood nak keluar malam ni... aku letih dan aku nak berehat..."
"hey... kau sudah lupakah yang IC kau ada di tangan aku?.... jikalau kau indak datang aku tak akan bagi balik IC kau ni... biar kau jadi macam pendatang asing yang indak ada IC..."

alex terdiam di tempat duduknya. dia terlupa pula yang IC nya di curi oleh perempuan yang indak berguna itu. dia menggetapkan giginya. geram betul dia pada perempuan itu.
"kau dengar tak apa yang aku cakap ni?"
"dengar..."
"habis tu kenapa kau senyap macam tunggul kayu pula?... cakaplah yang kau akan datang berjumpa dengan aku di sini... aku menunggu kau ni..."
"yelah... yelah... aku akan datang ke sana...",
akhirnya alex mengalah. "yes....", kedengaran avanisha bersuara dalam keriangan. belum pun sempat perempuan tersebut bersuara lagi alex terus saja mematikan talian mobile phonenya. dengan perasaan yang malas sekali dia terpaksa bersiap secara ala kadar. setelah berpakaian kemas dia pun melangkah keluar dari dalam rumah sewa tersebut. malam itu dia terasa malas pula hendak membonceng motorsikalnya. dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke pusat bandar. maklumlah kawasan perumahannya terletak tidak jauh dari bandar so tak jadi masalah baginya jikalau dia berjalan kaki menuju ke pusat bandar. di sepanjang perjalanan menuju ke pusat bandar alex berfikir bagaimana caranya dia mengelakkan diri dari terus di goda oleh perempuan itu. maklumlah avanisha sangat suka menggodanya. "macamana jikalau si avanisha tu menggoda aku lagi?... haish.... macamana ni?...", alex bercakap seorang diri. sesekali dia menggaruk kepalanya yang indak gatal. dia tak ubah macam orang gila yang bercakap seorang diri di tepi jalan pula. "jikalau perempuan tu memaksa aku minum beer sampai mabuk and then dia bawa aku balik ke rumahnya semasa aku indak sedarkan diri lagi, habislah aku nanti... haish... tak naklah aku pisang berbuah dua kali...", gerutu alex sambil menggeleng gelengkan kepalanya. jikalau IC nya tu bukan dokumen peribadinya yang penting sudah tentu dia indak akan pergi berjumpa dengan perempuan gatal tu tapi itu dokumen pentingnya. kalau hilang mana lagi dia nak cekau duit bayar pihak JPN untuk buat IC baru. maklumlah dia tengah pokai masa tu... tiba tiba lamunannya terhenti sebaik saja mobile phonenya berbunyi nyaring. dia tahu itu ialah avanisha. dia terpaksa menjawap panggilan dari perempuan tersebut. "ya... ada apa lagi?", soal alex dalam nada suara yang malas sekali. "bila lagi kau datang ke sini? aku sudah lama menunggu kau ni...", kedengaran suara avanisha bergema di hujung talian. dia sudah macam indak sabar lagi hendak bertemu dengan alex. "sekejap lagi aku akan sampai bah... kau tunggu saja aku di sana...", balas alex dengan malas. "okay, i will be waiting for you...", avanisha bersuara dengan manjanya. "yelah tu...", balas alex separuh geram. talian di mobile phone di putuskannya. kemudian dia kembali meneruskan perjalanannya

tidak lama kemudian dia sampai di depan kelab malam retro. begitu ramai orang berbaris hendak masuk ke dalam kelab itu. maklumlah kelab malam tu memang terkenal di pusat bandar K.K. ramai orang datang menghiburkan hati di tempat tersebut pada waktu malam. alex terpaksa berbaris di luar kelab malam itu tapi ketika dia sedang berbaris di situ sekali lagi mobile phonenya berbunyi nyaring. avanisha call dia lagi. belum pun sempat dia cakap hello avanisha terus bertanya, "di mana kau sudah?...", alex terpaksa menjawap soalan perempuan itu. "aku berbaris kat luar kelab malam ni... ramai sungguh urang nak masuk ke dalam kelab malam retro ni...", tutur alex dengan wajah selamba. "okay...", balas avanisha sepatah. talian di mobile phonenya terus terputus secara mendadak. baru saja alex memasukkan mobile phonenya ke dalam poket seluar jeansnya tiba tiba, "hey kau!.... kau yang berjaket hitam tu...", kedengaran suatu suara bergema tidak jauh dari situ. alex mendongakkan wajahnya. kelihatan security guard di situ memanggilnya. berpasang pasang mata tertuju ke arahnya. "er... aku ke?...", soal alex macam urang palui pula. "yelah... kau boleh masuk ke dalam...", kata security guard yang bertubuh sasa itu. alex merasa hairan sekali. yelahkan ramai sungguh urang berbaris menunggu giliran di depan matanya tapi dia yang berdiri di belakang pula yang di suruh masuk ke dalam kelab malam itu. "pelik... pelik...", gerutu hati kecilnya tapi dia terus juga melangkah masuk ke dalam kelab malam itu. sampai di depan pintu masuk kelab malam retro kelihatan avanisha berdiri di dekat pintu sambil tersenyum padanya. "thanks norman... nah, ini untuk kau sebab kau tolong aku kali ini...", ucap avanisha pada security guard tersebut. dia memasukkan beberapa keping wang kertas ke dalam poket seluar jeans lelaki itu. "okay, no problem...", balas security guard itu sambil tersenyum lebar. rupa rupanya abang guard tu kena rasuah oleh avanisha. patutlah dia tiba tiba saja menyuruh alex masuk duluan ke dalam kelab malam itu. "eh... masuklah...", cepat cepat avanisha menarik tangan alex menuju ke ruang tarian kelab malam tersebut. bunyi muzik techno yang bising, di tambah lagi muda mudi yang ke'syiok'an menari bagaikan cacing kepanasan itu sudah cukup memeriahkan lagi suasana di dalam kelab malam tersebut.

"mari kita menari...", ajak avanisha sambil menggoyangkan pinggulnya perlahan lahan. "aku tak nak menarilah...", balas alex dengan wajah yang masam mencuka. "alah... marilah kita menari... pleaseeee....", rayu avanisha dengan manjanya. alex menggelengkan kepalanya. "aku tak ada mood nak menari... aku cuma nak minta IC aku tu balik... mana dia?... cepat bagi balik IC aku tu...", tutur alex dengan wajah yang serius. dia menadahkan tangannya di depan wajah avanisha. "sorry... aku tak akan bagi balik IC kau tu kalau kau tak nak menari dengan aku...", tutur avanisha dengan senyuman yang menggoda. "avanisha... aku dah kata tadi aku tak nak menari lorh... aku nak kau kasi balik IC aku tu sekarang juga...", tutur alex separuh geram. geram betul dia bila dia tinguk sikap avanisha yang semakin menjadi jadi itu. "oh... kau tak nak menari dengan aku, eh? okay... kalau macam tu lebih baik aku gunting saja kad IC kau ni dengan gunting aku ni...", perlahan lahan avanisha menarik keluar IC alex beserta gunting kecil yang di bawanya dari rumah. "oh... habislah IC aku tu nanti... aduhhh... masalah lagi ni..,.", bisik hati kecil alex tak keruan. avanisha berkira kira hendak menggunting kad pengenalan milik alex tapi alex cepat cepat menahannya. "okay... okay... okay... aku akan menari dengan kau tapi dengan satu syarat. kau mesti kasi balik kad IC aku tu selepas kita menari, okay?....", alex bersuara dengan pantas. "okay...", balas avanisha tersenyum lebar, tanda dia sudah menang dalam 'perbantahan' itu. dia mula menari dengan riangnya. mahu indak mahu alex pun terpaksa menari bersama perempuan tersebut

ALEX (18) Where stories live. Discover now