"okay... mungkin kau tak paham kenapa aku tak nak kita melakukan hubungan seks tu kan?", soal alex setelah dia mendapat idea bagaimana nak terangkan maksud sebenarnya pada perempuan itu. "ya... memang aku tak paham pun... cuba kau terangkan sebabnya...", kata avanisha pula. "begini... kau sekarang tengah hamil kan?... so pada pendapat aku tak baik kalau kita buat hubungan seks pada awal kehamilan sebab takut nanti terjadinya sebarang komplikasi terhadap janin dalam kandungan kau tu. tak pasal pasal pula kau keguguran... itu yang membuatkan aku tak berani melakukan hubungan seks dengan kau selama kau hamil...", terang alex panjang lebar. "oh yakah?", soal avanisha dengan dahi yang berkerut. "yalah... lagi pun aku masih dalam proses untuk belajar mencintai kau... berilah masa untuk aku belajar mencintai kau... selepas tu barulah kita bulih berhubungan intim seperti suami isteri yang lain tu...", kata alex berterus terang. "maksud kau aku harus beri masa pada kau untuk belajar mencintaiku dulu?", soal avanisha inginkan kepastian. "ya... bulih kan?", soal alex perlahan lahan. "bulih... yang penting kau sudi berkahwin dengan aku, itu sudah cukup bagus dah... apa apa pun setelah aku melahirkan baby kita ni nanti aku nak kau melayan aku macam isteri kau sendiri. jangan pula kau masih menganggap aku macam kawan kau lagi... jika indak aku akan sekeh sekeh kepala kau ni karang...", tutur avanisha seraya mengetuk kepala bakal suaminya dengan tangannya. "aduhhhh... sakitlah... aduh", alex mengaduh kesakitan. dia cuba menangkis serangan isterinya dengan menghadang kepalanya menggunakan tangannya. "okay... okay... aku akan melayan kau macam permaisuri diraja selepas kau melahirkan anak kita nanti...", balas alex dengan pantas sekali. "betul ke ni?", soal avanisha. dia terus berhenti dari mengetuk kepala alex. "ya betul...", balas alex. "kalau macam tu baguslah... sayang my sweety honey... muahh...", sebuah ciuman lembut singgah di pipi kiri alex. Alex terkesima buat seketika. Mereka diam sambil merenung bulan dan bintang di langit. Beberapa minit kemudian, "okaylah... hari dah jauh malam dah ni... mari kita masuk ke dalam rumah...", ajak alex. "okay...", balas avanisha sepatah. perlahan lahan mereka beredar dari situ.
"kamurang mari sini...", panggil nenek yayan sebaik saja mereka melangkah masuk ke dalam rumah papan itu. "ada apa nek?", soal alex ingin tahu. "aku nak avanisha panggil sesiapa saja sebelah keluarga dia yang sudi menjadi saksi dia semasa korang menandatangani surat perkahwinan korang tu nanti. aku akan panggil ketua kampung kita untuk jadi saksi perkahwinan korang pada hujung bulan ini... nenek akan buat majlis makan makan bersama urang kampung di sini sempena menyambut hari perkahwinan korang tu nanti... sebaiknya korang pakailah baju pengantin semasa tiba majlis makan makan tu nanti biar pun korang tidak berkahwin di gereja supaya semua urang tahu yang korang sudah pun berkahwin...", kata nenek yayan. "bila tu nek?", soal alex ingin tahu. "pada 30hb april ni... segala perbelanjaan perkahwinan korang biar alex yang tanggung...", kata nenek yayan. "eh... kenapa pula alex seorang saja yang menanggung segala perbelanjaan perkahwinan kami tu? Biar aku yang tolong alex supaya perbelanjaan perkahwinan kami tu tidak membebankannya... buat pengetahuan nenek aku sendiri pun ada simpanan sendiri di bank lorh...", kata avanisha dengan pantas. "hm... ikut suka hati kaulah tapi korang harus pergi membuat permohonan kaveat di pejabat JPN dulu supaya pihak JPN sediakan apa yang patut. Apa apa pun nenek nak tanya korang ni... macamana dengan persediaan perkahwinan korang tu nanti? contohnya cincin perkahwinan korang dan pakaian pengantin yang korang nak pakai semasa perkahwinan korang tu nanti?", soal nenek yayan ingin tahu. "tentang tu nenek jangan bimbang lorh. biar aku dan alex saja yang menguruskannya. pagi esok aku akan mengajak alex turun ke bandar untuk mencari pakaian pengantin yang sesuai untuk kami berdua...", tutur avanisha. "hm... baiklah... sekarang korang bulih masuk tidur...", kata nenek yayan. "avanisha tidur di mana, nek?", soal alex ingin tahu. "biar dia tidur dengan kau... dia kan isteri kau...", kata nenek yayan. "tapi kami belum berkahwin lagi, nek...", kata alex tiba tiba pula. "oh... korang sudah lama berkahwin... buktinya korang sudah ada anak dalam perut tu... apa lagi yang korang malukan?... korang tidur saja dalam satu bilik tu...", kata nenek yayan. mahu indak mahu alex pun terpaksa membawa avanisha masuk ke dalam bilik tidurnya.
"kau tidur di atas katil... aku pula tidur di atas lantai...", kata alex perlahan lahan. "alah... takkanlah aku seorang saja yang tidur di atas katil ni...", rungut avanisha dengan mulutnya muncung macam bibir itik pula. "kita belum sah jadi suami isteri lagi. so kita kena tidur secara berasingan...", kata alex dengan wajah yang serius. avanisha pun terpaksa berbaring di atas katil tu seorang diri. alex berbaring di atas lantai sambil cuba melelapkan matanya. "kalau kita dah kahwin nanti jangan pula kau berbaring di atas lantai tu seorang diri... aku tak suka tidur sendirian macam ni buat selama lamanya...", kata avanisha dari atas katilnya. "ya, i know... kau jangan bimbanglah... lepas kita kahwin nanti aku akan tidur bersama kau di atas katil tu...", balas alex perlahan lahan. "pagi esok kau kena bangun awal, okay?... kita perlu ke bandar untuk beli barang keperluan bagi majlis perkahwinan kita tu nanti...", avanisha cuba mengingatkan bakal suaminya tentang apa yang harus mereka lakukan pagi esok tapi tiada sebarang respon dari alex. "alex... kau dengar tak apa yang aku cakapkan ni?", soal avanisha. "krohh... krohh... krohh...", kedengaran alex berdengkur di tempat tidurnya. "haish!... urang bercakap sama dia, dia tertidurlah pula...", rungut avanisha cukup geram sekali.
*** *** ***
tuan benjamin merasa sungguh marah apabila dia mendapat tahu anak perempuannya lari meninggalkan dia gara gara dia hendak hidup bersama lelaki miskin yang indak berguna itu. baginya ini adalah satu perkara yang betul betul menyakitkan hatinya. dia mengambil keputusan untuk mengupah sekumpulan gangster jalanan bagi menjejaki ke mana perginya anak tunggalnya itu. dia mahu avanisha kembali semula kepangkuan keluarganya. dia indak mahu avanisha terus bersama alex lelaki yang indak guna itu. dalam diam dia berdendam pada alex sebab pemuda itu begitu berani membawa lari anak gadis kesayangannya. kalau dia berjaya menjejaki alex dan avanisha sudah tentu dia akan pukul alex dengan tangannya sendiri. avanisha pula di bawanya lari keluar negara. begitulah rancangannya bagi memisahkan sepasang kekasih itu. jikalau dia indak berbuat sesuatu sekarang sudah tentu dia indak akan dapat balik anak gadis kesayangannya itu buat selama lamanya. so malam itu juga dia menelefon tai long ketua kumpulan gangster black scorpion untuk menjejaki di mana perginya anak gadisnya itu. dia mahu anak gadisnya di tangkap hidup hidup dan di bawa pulang ke rumahnya. manakala alex pula harus di bunuh. begitu katanya pada tai long ketua gangster kumpulan black scorpion. mereka akan di beri upah yang lumayan jikalau mereka berjaya menjejaki sepasang kekasih tersebut. tai long ketua gangster black scorpion itu terus saja menerima tugasan tersebut tanpa banyak soal.
![](https://img.wattpad.com/cover/161774973-288-k501966.jpg)
YOU ARE READING
ALEX (18)
RandomSinopsis: Mengisahkan seorang pemuda bernama Alex yang sedang berusaha mencari kekasih atau jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. dalam memilih perempuan yang sesuai untuk di jadikan kekasih atau jodohnya dia terpaksa menghadapi pelbagai masalah...