pagi itu semua urang sudah berkumpul di bilik mesyuarat bagi membentangkan kertas cadangan masing masing. mereka tahu sebentar lagi avanisha akan meminta mereka membentangkan idea atau cadangan mereka bagi menambah baik majalah elite bagi edisi yang terbaru buat kali ini. alex pun sudah bersiap sedia dengan kertas cadangannya. dia indak lagi menjadi tukang menaip minit mesyuarat mereka kali ini sebab nancy setiausaha mereka hadir dalam mesyuarat pada pagi ini. indak lama kemudian avanisha pun muncul di dalam bilik mesyuarat itu. "di persilakan semua urang duduk... selamat pagi semua... seperti mana yang korang sedia maklum kita bermesyuarat pada pagi ini untuk membentangkan kertas cadangan bagi menambah baik majalah elite edisi yang terbaru pada kali ini... baiklah di persilakan cik nancy bacakan dahulu minit mesyuarat kita yang lalu kemudian barulah kita proceed kepada pembentangan kertas cadangan masing masing....", kata avanisha dengan wajah yang serius. nancy pun bangun lalu membacakan minit mesyuarat yang di sediakan oleh alex tempohari. selepas minit mesyuarat di bacakan avanisha mula menyuruh mereka membentangkan kertas cadangan masing masing seorang demi seorang. "okay, kita mulai dari puan liza dulu...", avanisha memberikan arahannya. puan liza pun bangun dari atas kerusinya. "aku ada 3 cadangan bagi menambah baik majalah ini... cadangan pertama ialah aku rasa lebih baik kita sediakan column bagi wanita muslim sebab fesyen bagi wanita muslim pun perlu di ketengahkan dalam majalah ni supaya semua wanita muslim bulih mendapat tips mengenai pemakaian muslimah yang terbaru. cadangan kedua aku rasa kita patut letak ruangan tips kecantikan. kita bulih tunjukkan cara bagaimana caranya bermake up dengan betul. contohnya membentuk alis mata dan sebagainya. cadangan ketiga aku rasa kita patut sediakan ruangan kuiz kecantikan bagi para pembaca supaya mereka tak bosan masa membaca majalah ni... itu saja cadangan dari aku buat kali ini. sekian terima kasih...", puan liza bersuara lalu duduk di tempat duduknya.
avanisha mencatit semua cadangan itu ke dalam kertas
di tangannya. "okay, giliran kak rozita pula...", avanisha bersuara perlahan lahan. "aku ada dua cadangan saja... cadangan pertama, cover majalah elite perlu ada trademark dia sendiri... maksud aku mesti ada tanda khas 'trademark' pada setiap keluaran majalah elite. di sini aku ada sediakan beberapa contoh trademark yang sesuai untuk di letakkan di bawah cover majalah tu supaya majalah elite nampak lain sikit dari majalah yang lain.... ianya mempunyai 'trademark'nya yang tersendiri. anyway, cik avanisha, bulih pilih mana satu daripada contoh trademark yang aku print out ni...", kak rozita menyerahkan contoh trademark tersebut pada deputy chief editornya itu. "baiklah... teruskan dengan cadangan kau yang seterusnya...", avanisha bersuara perlahan lahan. "cadangan kedua ialah apa kata kalau kita promotekan majalah kita ni di dalam internet... maklumlah ramai muda mudi zaman sekarang lebih suka online di internet. tak kiralah dalam phone atau pun laptop mereka pasti akan online pada setiap hari. so aku cadangkan supaya kita buat satu promosi video kat U-tiub. manalah tau video majalah kita tu bulih viral dalam U-tiub, siapa tahu kan... bah itu saja cadangan dari aku... terima kasih...", kata kak rozita pula. "baiklah... sekarang giliran suzy pula yang bentangkan cadangannya...", avanisha memberikan arahannya. "aku cuma ada satu cadangan saja... urm... apa kata kalau kita buat column khas temu-bual ringkas dengan pereka fesyen yang telah berjaya... sudah tentu ramai urang akan tertarik hati hendak membacanya...", kata suzy. "oookay, di persilakan jenny membentangkan kertas cadangannya...", avanisha bersuara memberikan arahannya. "aku pun hanya ada satu cadangan. aku fikir lebih baik kita buat ruangan gossip bagi model model... tentu ada urang mahu membaca tentang gossip gossip ni...", kata jenny pula. "ooh... kalau pasal bergossip memang nombor satulah kau tu...", sampuk mohd rusdi dari atas kerusinya. semua yang lain ketawa mengekek. "ehemmm... tulung serius sikit ya... kita sedang bermesyuarat ni...", tegur avanisha seraya berdehem kecil. mereka pun terdiam di tempat duduk masing masing."so mohd rusdi kau ada cadangan apa apa tak bagi menambah baik majalah ni?", soal avanisha ingin tahu. "ada... aku cuma ada satu cadangan saja... apa kata kalau kita buat ruangan gambar artis artis tempatan yang suka berfesyen. contohnya macam aznita sarawak yang suka bertukar tukar fesyen pakaiannya tu. kita bulih buat gambar fesyen baju apa yang di pakainya pada awal tahun penglibatannya dalam dunia perfileman sehinggalah ke hari ini... kadangkala gambar fesyen pakaian artis tempatan bulih menjadi ikutan muda mudi pada masa kini tau... thats why aku cadangkan supaya ada ruangan seperti itu di dalam majalah kita ni...", jelas mohd rusdi panjang lebar. "siti ain pula macamana? kau ada idea nak share dengan kami di sini?", soal avanisha pada gadis melayu bertubuh kecil itu. "oh... aku cadangkan majalah kita ni perlu ada contest untuk para pembaca... kita buat contest pertandingan fesyen pakaian mengikut tema. contohnya bulan ni kita buat pertandingan fesyen pakaian ber'kebaya'... so pasti ramai urang akan send gambar mereka bergaya dalam baju kebaya masing masing. siapa yang pandai menggayakan baju kebayanya dalam gambarnya maka dia akan menang. itu saja cadangan aku cik...", tutur siti ain panjang lebar. "okay... now its your turn, alex...", avanisha memandang alex. perlahan lahan alex bangun dari atas kerusinya. "aku ada dua cadangan. pertama sekali aku cadangkan supaya ada ruangan fesyen bagi pihak lelaki dalam majalah ni. Aku cadangkan ni sebab aku tengok dalam majalah fesyen ni indak ada satu pun fesyen pakaian untuk lelaki di selitkan dalam majalah ni. paling paling pun fesyen pakaian perempuan saja yang di tonjolkan dalam majalah ni... jadi jikalau ada fesyen pemakaian bagi lelaki di selitkan di dalam majalah ini sudah tentu ramai lelaki akan tertarik hati hendak membaca majalah ini... bukan saja kaum perempuan yang membelinya kaum lelaki pun turut membelinya... okay, cadangan aku yang kedua ialah apa kata kalau kita buat ruangan untuk fesyen ranggi bagi muda mudi belasan tahun pula. yelah kan aku selalu tinguk dalam majalah ni ada fesyen bagi perempuan perempuan dewasa saja. tak ada fesyen pakaian bagi remaja perempuan belasan tahun. bukankah bagus kalau ada fesyen bagi remaja perempuan dan remaja lelaki dalam majalah ni. so ramai urang akan membeli majalah ini di masa yang akan datang sebab ianya multi fesyen. ada fesyen bagi perempuan dewasa, fesyen bagi lelaki dewasa dan juga fesyen bagi muda mudi di luar sana... jikalau cadangan aku ni di terima baik oleh pihak pengurusan sudah tentu majalah kita ni akan menjadi rebutan ramai...", kata alex panjang lebar. avanisha hanya tersenyum sebaik saja apabila dia mendengar cadangan alex itu. "not so bad, alex... i like your ideas. anyway, aku sudah mendengar semua cadangan korang tu... aku rasa ada cadangan yang bulih di terima dan ada juga cadangan yang indak bulih terima. cadangan yang bulih di terima ialah ruangan pemakaian bagi muslimah. tentang tips kecantikan tu masih bulih di pertimbangkan tapi kalau pasal kuiz kecantikan tu rasanya tak perlu kot sebab tak semua urang suka jawap kuiz kuiz ni so cadangan tu kena reject... sebaiknya ruangan kuiz yang kau sebut tu lebih baik di gantikan dengan tips pemilihan pakaian ke sesuatu majlis dan sebagainya. okay pasal trademark tu aku rasa bulih juga tu tapi tanda trademark ni perlu di usulkan pada presiden syarikat ni sebab dia yang tentukan samada majalah ni perlukan trademark atau pun indak. by the way, cara promosi yang kau sebutkan tadi tu bulih juga di buat tapi lebih baik kita buat promosi dengan menggunakan billboard di tepi jalan ataupun buat promosi di kaca TV. itu lebih efektif daripada mempamerkannya di dalam internet atau pun U-tiub saja...", avanisha berhenti bersuara buat beberapa ketika. dia membaca semua catatan yang di catitnya di dalam kertas di tangan.
"cadangan tentang menemubual pereka tempatan tu pun kira bagus juga. ianya masih bulih di pertimbangkan. tentang membuat ruangan gossip tu aku rasa itu indak payah di buat sebab ada banyak risiko yang kita akan tanggung jikalau gossip kita tu indak betul. silap hari bulan syarikat kita pula yang kena saman gara gara gossip indak betul. so cadangan ni kena reject. cadangan mohd rusdi tadi agak menarik. ianya tentang gambar artis tempatan dengan fesyen pakaiannya dari awal penglibatannya dalam dunia seni dan seterusnya. cadangan tu bulih di terima. tentang contest pakaian bertema tu pula bulih juga di buat tapi kita nak bincangkan tentang hadiah si pemenang kelak bila dia menang... and last sekali aku bersetuju dengan cadangan alex tu. kita perlu sediakan ruangan fesyen untuk kaum lelaki. begitu juga dengan ruangan fesyen untuk pihak remaja. kita perlu ketengahkan fesyen pakaian yang terkini agar semua fesyen pakaian kelihatan agak 'up to date'. kita mesti ikut trend semasa barulah kita tahu pakaian apa yang perlu kita tonjolkan di dalam majalah elite kali ini. okay sekarang kita akan meneruskan perbincangan kita mengenai tugas masing masing. kali ini aku nak semua urang buat kerjanya sendiri. jangan pula ada urang yang curi tulung dan suruh urang lain buat kerjanya. itu indak baik... aku cakap ni sebab aku ternampak salah seorang daripada kakitangan di sini memaksa alex buat kerjanya padahal itu ialah kerjanya sendiri...", kata avanisha dengan wajah yang serius. semua urang terdiam di tempat duduk mereka. manakala alex pula terkejut sebaik saja dia terdengar perkataan avanisha itu. dia indak menyangka bahawa perempuan itu tahu yang dia sering di jadikan 'kuli batak' oleh beberapa urang pekerja di dalam pejabat tersebut...
YOU ARE READING
ALEX (18)
RandomSinopsis: Mengisahkan seorang pemuda bernama Alex yang sedang berusaha mencari kekasih atau jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. dalam memilih perempuan yang sesuai untuk di jadikan kekasih atau jodohnya dia terpaksa menghadapi pelbagai masalah...