alex baru saja hendak beredar dari situ tiba tiba mobile phonenya berbunyi nyaring. dia pun menjawap panggilan di mobile phonenya itu. rupa rupanya itu ialah panggilan videocall dari bekas kekasihnya elina. kelihatan wajah elina yang sedang menangis terpapar jelas di skrin mobile phonenya. "hello... apa tujuan you call i ni elina?... bukankah kita sudah break up tempohari?", soal alex sedikit bengang. "alex!... tujuan i call you ni ialah i nak pastikan betul ke you dah tak cintakan i lagi?", soal elina sambil menangis. "ya.... i tak cintakan you elina...", balas alex dengan wajah selamba. "kenapa alex?... kenapa?...", soal elina dengan sedih. "bukankah i dah terangkan pada you tempohari yang kita ni memang indak serasi...", balas alex. "tapi i tak rasa macam tu... you sengaja nak break up dengan i sebab you sudah ada perempuan lain, kan?", soal elina sambil mengesat air mata di pipinya. "oh... i tak ada perempuan lainlah...", alex bersuara seraya memutarkan bola matanya. "habis tu kenapa you tiba tiba nak break up dengan i ni?", soal elina masih menangis. "elina... how many time i told you, kita memang indak serasi, okay...", kata alex dengan wajah yang serius.
"kalau macam tu lebih baik aku bunuh diri sajalah...", kata elina seraya menggenggam erat sebotol racun paraquat di tangannya. "wei... you jangan buat kerja gila tu, elina...", bentak alex. "i tak peduli samada kerja yang i buat ni gila ke atau pun indak... you know what, alex? i sudah kehilangan orang yang i sayangi so tak ada maknanya i hidup di muka bumi ini lagi...", tutur elina seraya membuka penutup botol racun paraquat di tangannya. kemudian dia menebuk lubang do tengah tengah penutup keselamatan racun rumput itu dengan pisau lipat di tangannya. "elina!... kenapa you buat macam tu hah? takkanlah gara gara you putus cinta dengan I, you sanggup bunuh diri pula.... tindakan you tu salah tau...", alex bersuara dalam nada suara yang bengang sekali. "peduli apa i... you yang buat i macam ni... you dah musnahkan impian i untuk hidup bersama you... you dah buat i kecewa dan terluka... jadi biar i bunuh diri depan mata you... baru puas hati you...", tutur elina dengan penuh emosi. alex jadi serbasalah sebaik saja dia melihat gadis itu ingin meminum racun rumput tersebut. "biar betul minah sekor ni...", bisik hati alex tak keruan. "eh... nanti dulu elina... nanti dulu... you berada kat mana sekarang ni?", soal alex dalam nada suara yang sedikit cemas.
"buat apa you nak tahu i berada kat mana sekarang?", soal elina dengan kening kirinya terangkat ke atas. "sebab i nak tahu... sebenarnya i nak berjumpa dengan you...", balas alex dengan pantas. "kalau tujuan you nak berjumpa dengan i supaya memujuk i jangan minum racun ni jangan haraplah i akan mendengar perkataan you tu... you know what? hati i ni dah sakit tau... jiwa i dah cukup merana di sebabkan you... mati mati i sangkakan yang you akan tetap mencintai i buat selama lamanya tapi sangkaanku meleset sama sekali... biar i minum racun ni sekarang ju....", belum pun sempat elina habis bercakap tiba tiba racun di tangannya di rampas orang. "eh... jangan minum racun tu, lina... jangan minum racun tu...", kelihatan seorang lelaki muncul di situ dengan memegang erat tangan elina. elina tidak jadi meminum air racun tersebut sebab lelaki tersebut telah merampas racun itu dari tangannya. "lina kau tak boleh minum air racun tu... nanti kau akan mati...", kedengaran lelaki tersebut bersuara sambil memegang erat tangan elina erat erat. "indak!... biarkan I mati!... lepaskan I!... lepaskan I!...", jerit elina dengan sekuat hatinya. namun jeritannya indak di endahkan. lelaki tersebut masih memegang erat tangan elina dengan sekuat hatinya. "er... encik tolong lepaskan dia!...", alex bersuara melalui mobile phonenya. lelaki tersebut terdengar perkataan alex dari mobile phone gadis itu. maklumlah mobile phone tersebut terletak tidak jauh dari situ. cepat cepat dia mengambil mobile phone milik elina lalu dia bercakap pada alex, "er... maaf, encik ni siapa?", soal lelaki tersebut.
"er... aku kawan dia... kau ni siapa?", soal alex ingin tahu. "maaf, aku ni luis, abang dia... sudah tentu encik tak tahu yang adik aku ni ialah pesakit jiwa yang baru keluar dari hospital bahagia sri perdana setahun yang lalu...", tutur lelaki tersebut dengan wajah yang serius. "apa?.... pesakit jiwa?", soal alex cukup terkejut sekali. "ya.... pesakit jiwa... adik aku ni di sahkan mengalami penyakit kejiwaan setelah dia di tinggalkan kekasih cinta pertamanya ketika dia berumur 22 tahun yang lalu. dia mengalami gangguan jiwa sebab tidak dapat melupakan kekasih lamanya...", terang luis abang kepada elina. terkejut betul alex ketika dia mendengar penjelasan dari mulut lelaki itu. "oh... jadi... jadi selama ini aku bercinta dengan perempuan gila kah?... oh patutlah dia macam orang gila ketika dia marah dan mengamuk tempohari... rupa rupanya dia ialah bekas pesakit jiwa.... haishhh.... buduh betullah aku ni, bercinta dengan urang gilalah pulak.... ", gerutu alex dalam hatinya. dia lihat elina masih meronta ronta di dalam rangkulan tangan abangnya. "maafkan aku encik... aku terpaksa 'hung up' dulu sebab aku nak hantar adik aku ni ke hospital bahagia sri perdana petang ini juga... maklumlah keadaannya sudah semakin parah ni... okay, thats it for now. bye...", talian di mobile phonenya terputus secara mendadak. alex hanya terpinga pinga sebaik saja talian di mobile phonenya terputus begitu saja.
dalam diam dia merasa simpati terhadap elina. walau pun dia sudah berpisah dengan perempuan itu namun dia masih ada perasaan simpati terhadap perempuan tersebut. maklumlah elina mengalami gangguan jiwa setelah di tinggalkan oleh kekasih pertamanya. mungkin juga elina mengalami gangguan jiwa yang sama setelah dia di tinggalkan oleh alex. jadi alex merasakan yang dia bertanggungjawab di atas apa yang telah terjadi. selepas habis waktu bekeraja alex pun pergi melawat elina di hospital bahagia sri perdana. ketika dia sampai di sana kelihatan elina sedang berbaring di atas katil dalam sebuah bilik pesakit yang ada di situ. dia berbaring di atas katilnya dalam keadaan badan yang terikat dengan tali kain. dia mungkin mengamuk sebentar tadi. jadi dia di ikat di atas katil tempat dia berbaring. dia kelihatannya seperti orang yang sedang tidur lena di atas katilnya. alex lihat abang elina iaitu luis sedang duduk di atas sebuah kerusi tidak jauh dari situ. dia duduk dalam keadaan tertidur di atas kerusinya. "mungkin dia kepenatan agaknya...", fikir alex dalam hatinya. jadi alex hanya berdiri saja memerhatikan elina yang terbaring di atas katil itu. dalam diam dia merasa kasihan pula pada elina. "maafkan aku elina... aku indak bermaksud hendak melukakan hati kau... dari dulu lagi aku cuma menganggap kau seperti kawan baik aku tapi kau yang memaksa aku mencintai kau. padahal aku indak bulih mencintai kau sebab pintu hatiku belum terbuka lagi untuk bercinta... so, maafkan aku elina... maafkan aku...", bisik alex perlahan lahan.
YOU ARE READING
ALEX (18)
RandomSinopsis: Mengisahkan seorang pemuda bernama Alex yang sedang berusaha mencari kekasih atau jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. dalam memilih perempuan yang sesuai untuk di jadikan kekasih atau jodohnya dia terpaksa menghadapi pelbagai masalah...