ALEX 33

122 5 3
                                    

lunch time pun tiba, alex masih lagi sibuk membuat kerjanya, "its a lunch time you now... you better get out from here before someone ask you to do their work during lunch time...", tutur suatu suara bergema di sebelahnya. alex mendongakkan kepalanya. kelihatan avanisha berdiri indak jauh dari meja kerjanya. "eh... ini lunch time ke?", soal alex pura pura indak tahu yang masa itu ialah masa lunch time. "dahlah tu... kau offkan dulu laptop kau tu... mari temankan aku pegi lunch sama sama...", gesa avanisha dengan manja. "aku belum habis buat kerja aku ni lorh...", tutur alex perlahan lahan. "alah... nanti sajalah kau buat kerja kau tu... cepatlah sikit... aku dah lapar dah ni...", sekali lagi avanisha menggesanya. "oh baiklah...", balas alex dengan nada suara yang berat sekali. dia meng'off'kan laptopnya lalu dia bangun dari tempat duduknya. tanpa rasa segan silu avanisha terus memegang pergelangan tangan alex lalu dia menarik alex supaya beredar dari situ. "bulih tak kau jangan pegang tangan aku ni... nanti rakan sepejabat kita fikir yang kita ni bercintalah pula...", kata alex separuh berbisik. dia tinguk beberapa kawan sepejabat yang lain mula pandang semacam ke arah mereka. ini termasuklah si suzy dan si jenny minah kepoh dalam office tu. kalau diorang bergossip pasal diorang berpegangan tangan tu habislah dia. "tak payahlah kau fikirkan sangat apa yang urang lain fikirkan...", tutur avanisha seraya menarik tangan alex dengan sekuat hatinya. mahu indak mahu alex pun terpaksa ikut perempuan tu dari belakang.

"papa kau tahu ke yang kau nak keluar lunch dengan aku ni?", soal alex dengan dahi yang berkerut. "kenapa pula kau tanya soalan macam tu?", soal avanisha sambil melangkah menuju ke pintu lif yang terletak indak jauh dari situ. "yelah kan... manalah tahu papa kau...", belum pun sempat alex menghabiskan perkataannya tiba tiba, "avanisha...", kedengaran suatu suara bergema di belakang mereka. perlahan lahan avanisha menoleh ke belakang. begitu juga dengan alex. alangkah terkejutnya diorang bila diorang lihat tuan benjamin sedang melangkah di ruang koridor tersebut. cepat cepat alex merentap tangannya dari pegangan tangan avanisha. dia sebenarnya indak mahu tuan benjamin marah padanya apabila dia tinguk diorang berpegangan tangan. "oh papa... er... aku nak keluar pergi lunch ni... er... talk to you later ya, pa...", cepat cepat avanisha beredar dari situ. dia terus melangkah masuk ke dalam pintu lif yang baru saja terbuka luas di depan matanya. "alex... cepatlah masuk...", gesa avanisha pada alex tapi alex masih lagi berdiri di situ. sebenarnya alex merasa serbasalah pula meninggalkan majikannya di situ tanpa mengucapkan sebarang perkataan. lagi pun dia lihat tuan benjamin pandang semacam ke arah mereka berdua. "selamat tengahari tuan... er...", belum pun sempat alex bersuara tiba tiba saja tangannya di tarik pantas oleh avanisha menuju ke dalam lif. sebaik saja alex berada di dalam perut lif pintu lif itu pun terus tertutup rapat. "nisha... aku rasa papa kau tak suka aku keluar lunch dengan kaulah...", tutur alex dengan wajah serius. "kenapa pula kau cakap macam tu?", soal avanisha ingin tahu. "papa kau pandang aku macam nak makan aku saja... mukanya masam mencuka apabila dia tinguk kita berjalan keluar bersama...", tutur alex. "takkanlah dia marah pula... kau pun tahu papa aku tu kan serius urangnya...", avanisha bersuara dengan wajah selamba. "iyalah aku tahu dia serius urangnya tapi aku dapat rasakan yang papa kau tu tak suka tinguk kita berduaan macam ni...", tutur alex lagi. "alah... kau jangan fikir macam itulah... papa aku tak marah pun... dia cuma bad mood saja tu... dahlah tu, jangan di fikirkan sangat perkara macam tu... anyway, biar aku belanja kau lunch hari ni ya...", tutur avanisha dengan lembut. dia tersenyum mesra pada alex. mahu indak mahu alex terpaksa membalas senyuman gadis itu.

"nisha, aku nak tanya kau sesuatu ni...", alex bersuara perlahan lahan. "apa dia?...", soal avanisha ingin tahu. belum pun sempat alex bersuara tiba tiba, "ting!....", kedengaran pintu lif terbuka luas. cepat cepat avanisha melangkah keluar dari dalam lif sambil di tariknya tangan alex supaya beredar dari situ. terpaksa juga alex ikut perempuan tu dari belakang. avanisha masuk ke dalam kereta honda civicnya. "masuklah...", pelawa avanisha dengan lembut. alex pun melangkah masuk ke dalam kereta perempuan itu. avanisha mula memandu keretanya keluar dari kawasan underground parking di bawah bangunan syarikat milik papanya itu. "Sebenarnya sudah lama aku ingin keluar bersama kau tapi aku selalu tak berkesempatan berbuat demikian... baru hari ni hasratku tercapai... anyway, apakah soalan yang ingin kau tanyakan padaku sebentar tadi?", soal avanisha ingin tahu. "aku ada terdengar kau sebut pasal...", belum pun sempat alex menghabiskan perkataannya tiba tiba mobile phone milik avanisha berdering minta di jawap. perlahan lahan avanisha memerhatikan caller id si pemanggil. rupa rupanya itu ialah panggilan dari papanya. avanisha terus saja 'off'kan mobile phonenya. dia terasa malas pula hendak menjawap panggilan dari papanya itu. "eh... kenapa kau indak jawap panggilan di mobile phone kau tu?", soal alex di sebelahnya. "urang salah dial nomborlah tu...", dalih avanisha pula. padahal dia tahu papanya call dia masa tu. dia sengaja tak nak menjawap panggilan dari papanya sebab dia tahu apa tujuan papanya itu call dia masa tu. indak lama kemudian mereka pun sampai di restoran wonder food yang terletak di pinggir bandar KK. tanpa membuang masa lagi avanisha pun terus membawa alex masuk ke dalam restoran tersebut. sebaik saja mereka duduk di meja makan avanisha terus memesan makanan untuk mereka berdua. setelah memesan makanan avanisha pun mengajak alex berbual dengannya, "so apa yang ingin kau tanyakan padaku?", soal avanisha ingin tahu. "aku tanya apa maksud kau tentang lelaki idaman hati kau tadi tu? apakah kau anggap aku ni macam...", belum pun sempat alex menghabiskan perkataannya avanisha pantas memotong perkataannya. "ya... memang aku anggap kau macam lelaki idaman hatiku...", avanisha mengakuinya dengan jujur. alex merasa terkejut sebaik saja dia terdengar pengakuan ringkas dari mulut perempuan itu. dalam waktu yang sama dia macam indak percaya pula dengan apa yang di dengarinya saat itu. "I dont believe this... kau sengaja bergurau dengan aku kan?", alex bersuara sambil menggeleng gelengkan kepalanya. kebetulan pada waktu yang sama kelihatan waiter di restoran itu menghantarkan makanan dan minuman yang di order oleh avanisha sebentar tadi. alex pun cepat cepat meminum air pepsi cola yang di order sebab dia ingin merasai kedinginan air pepsi cola tersebut. maklumlah cuaca di tengahari itu terasa begitu panas sekali. "aku tak berguraulah lex... aku cakap yang betul ni... sejak pertama kali aku terpandang wajah kau aku sudah jatuh cinta pandang pertama dengan kau...", avanisha meluahkan isi hatinya pada pemuda tersebut. "surrrrrr....", terus tersembur keluar air pepsi cola dari mulut alex sebaik saja dia terdengar perkataan avanisha itu. ianya tersembur jatuh di atas meja. nasib baik avanisha indak kena semburan air pepsi cola dari mulutnya. kalau kena memang basahlah wajah perempuan tu di buatnya. "oh sorry... sorry... aku indak sengaja...", cepat cepat alex bangun. dia mengelap mulutnya dengan kertas tisu yang ada di atas meja itu. kemudian dia mengelap meja makan tersebut dengan menggunakan tisu di tangannya. avanisha hanya ketawa kecil melihatnya...

ALEX (18) Where stories live. Discover now