"morning...", balas alex sepatah. avanisha tersenyum manja. dia ingin mencium bibir alex tapi alex cepat cepat mengelak. "eiii... bau busuk bah mulut kau ni... pergi cuci gigi kau tu dulu...", kata alex seraya menutup hidungnya dengan tangannya sendiri. padahal dia tak nak avanisha mencium bibirnya. nanti tak pasal pasal pula nafsunya terangsang di awal pagi yang indah itu. kalau nafsunya terangsang lain pula jadinya. "alah... aku nak bermesra dengan kau pun tak bulih...", tutur avanisha separuh geram. "dah... dah... dah... kau pergi mandi dan gosok gigi kau tu dulu... aku nak pergi ke dapur. aku nak siapkan sarapan pagi untuk kita berdua...", cepat cepat alex bingkas bangun. dia terus melangkah pergi dari situ. mahu indak mahu avanisha pun terpaksa pergi ke bilik mandi untuk mandi dan berus gigi.
sampai saja di dapur alex lihat sarapan pagi mereka sudah siap terhidang di atas meja. dia hanya mengambil dua biji cawan untuk dirinya dan avanisha. dia sengaja melarikan dirinya ke dapur sebab dia tak nak avanisha terlalu mesra dengannya. kalau terlebih mesra lain pula jadinya. dia duduk di situ sambil memikirkan mimpi ngerinya semalam. dia langsung indak dapat tidur semalaman gara gara dia memikirkan mimpi ngeri tersebut. dia indak tahu kenapa dia bermimpi macam tu. dalam diam dia mula berfikir panjang. "hai... gorgeous... kau tengah fikir apa tu?", sergah suatu suara dengan keras sekali. "oooh.... ", terkejut betul alex saat itu. kuih cucur pisang yang di pegangnya terus terjatuh di atas meja. avanisha hanya mentertawakannya. "haish... kau ni asyik buat aku terkejut sajalah...", tutur alex separuh geram. "alah... janganlah marah, sayang... aku bergurau saja...", kata avanisha seraya ketawa kecil. alex lihat avanisha sudah siap berpakaian kemas. siap bermake up lagi tu. "aik... kau dah bersiap... aku belum lagi apa apa ni...", kata alex pula. "eh... mestilah... kita kan nak pergi keluar ke bandar selepas ni... kau dah lupa ke?", balas avanisha seraya duduk di sebelah alex. bau minyak wangi yang di pakai oleh perempuan itu menusuk rongga hidung alex. perlahan lahan alex bangun. "kalau macam tu aku pergi bersiap dulu... kau tunggu aku kat sini...", kata alex lalu beredar dari situ.
alex mandi dengan fikiran yang masih kacau bilau. dia langsung tak bulih lupakan mimpi ngeri yang di alaminya malam kelmarin. dia berharap semoga mimpi itu indak menjadi kenyataan. setelah dia mandi dia pun mula bersiap secara ala kadar. setelah berpakaian kemas dia pun meninggalkan bilik tidurnya itu. ketika dia sedang berjalan menuju ke ruang dapur kedengaran sebuah lagu inggeris berkumandang dari radio tua neneknya. alex tahu pasti avanisha yang memasang radio tua neneknya itu. langkahnya terhenti apabila dia melihat avanisha menari seorang diri di ruang dapur tersebut. tariannya agak menarik dan sensual. alex terpaku di situ memerhatikan gerak tari bakal isterinya itu. dia tidak menyangka yang avanisha begitu pandai menari. avanisha berhenti menari apabila dia melihat alex sedang berdiri memerhatikannya indak jauh dari situ. tanpa di duga avanisha terus saja menarik tangan alex. "lets dance with me...", ajak avanisha seraya mengenyitkan matanya. mahu indak mahu alex pun terpaksa menari bersama dengan perempuan tersebut. mereka menari sambil ketawa dengan riangnya. entah kenapa alex merasa begitu gembira saat itu pun dia sendiri indak tahu. yang dia tahu avanisha membuatkannya ketawa gembira di saat hatinya di landa gelisah. senyum dan tawa avanisha betul betul membuatkan dia lupa tentang mimpi buruknya malam kelmarin. dalam diam alex berharap sangat dia dapat bersama dengan avanisha buat selama lamanya sebab dia tahu hanya avanisha seorang saja yang bulih membuatkan hatinya merasa gembira semula.
mereka berhenti menari apabila mobile phone milik avanisha berbunyi nyaring. dia pantas menjawap panggilan di mobile phonenya. "hello..." *diam sekejap* "oh... kau lusiana... apa khabar? kau sihat ke?", * avanisha terdiam seketika. alex mula memasang telinganya apabila nama bekas kekasihnya itu di sebut oleh perempuan itu *. "oh... ya, betul... sekarang aku bersama dengan alex di kampungnya... kami merancang hendak berkahwin indak lama lagi... anyway, aku nak jemput kau datang ke majlis makan makan perkahwinan kami hujung bulan ni. aku juga nak kau jadi saksi bagi perkahwinan kami kelak. kau boleh turunkan tanda tangan kau di atas sijil perkahwinan kami bagi mewakili pihakku sebab aku dah tak ada siapa siapa lagi nak di harapkan selain daripada kau kawan aku sendiri...", kata avanisha panjang lebar. terkejut betul alex apabila dia mendengar perkataan avanisha itu. "apakah dia sudah gila? dia suruh si lusiana datang di hari perkahwinan kami. dah tu pula dia cakap yang dia bersama aku di kampung ini... aduuhhh... kalau lusiana laporkan hal ini pada tuan benjamin, habislah aku di kerjakan oleh lelaki yang tak guna tu... haish... macamana ni?!...", fikiran alex kembali kacau bilau. belum pun sempat avanisha menghabiskan perkataannya yang seterusnya alex terus saja merampas mobile phone perempuan itu dari tangannya. "hey... kenapa kau merampas phone aku tu pula?", soal avanisha cukup terkejut. "nisha... kenapa kau cakap pada lusiana yang kau ada bersama aku di kampung ini??... nanti dia laporkan hal ini pada papa kau, habis kita nanti tau!...", tutur alex dalam nada suara yang gelisah. dia mula melangkah sambil mundar mandir di hadapan avanisha. "takkanlah lusiana sampai hati nak buat macam tu pula...", balas avanisha dengan penuh yakin. "macamlah kau kenal sangat hati budi si lusiana tu. kau tahu tak dia tu indak bulih di percayai sangat...", tutur alex dengan wajah yang serius sekali. "kenapa kau cakap macam tu pula?... kau pernah berkenalan dengan lusiana ke sehinggakan kau berani mengatakan yang dia indak bulih di percayai...", soal avanisha.
hampir saja alex bilang macam ni, "aku kenal hati budi dia lebih daripada kau bah sebab dia ialah ex-girlfriend aku...", tapi perkataan itu tersekat di kerongkongannya. "kenal tu taklah berapa kenal tapi tak baik kalau kita terus mempercayai perkataan urang lain dengan begitu mudah sekali. takut nanti kita pula yang di khianati oleh urang tu...", kata alex dengan separuh berdalih. sengaja dia berdalih sebab dia indak mahu avanisha tahu yang dia pernah bercinta dengan lusiana kawannya tu. "yeah... whatever... apa apa pun aku berharap sangat yang lusiana akan menjadi saksi aku di hari perkahwinan kita tu kelak sebab tak ada siapa siapa lagi yang di harapkan selain daripada dia...", kata avanisha perlahan lahan. "aku tak setuju lusiana jadi saksi perkahwinan sebelah pihak kau...", kata alex seraya menggeleng gelengkan kepalanya. "kenapa pula?... dia kan kawan aku...", kata avanisha seraya merenung wajah alex. "memanglah dia kawan kau tapi takkanlah tak ada sanak saudara kau yang bulih jadi saksi sebelah pihak kau pula?... sebaiknya kau suruhlah uncle kau ke... aunt kau ke atau pun siapa siapa saja yang bulih jadi saksi kau...", kata alex cuba mengubah fikiran bakal isterinya itu. "tapi aku tak ada sanak saudara yang terdekat lagi. kalau ada pun mereka tinggal jauh dari negara m'sia ni...", balas avanisha dengan wajah yang serius. "tapi avanisha aku tak suka lusiana jadi saksi sebelah pihak kau...", kata alex dengan wajah yang semakin tegang. "kenapa pula?", soal avanisha dengan dahi yang berkerut. "sebab... sebab...", alex bersuara dalam kepayahan. payah betul dia nak luahkan perkara yang sebenarnya. kalau avanisha dapat tahu yang lusiana tu ex girlfriend dia, habislah dia. "cakaplah apa sebabnya?...", gesa avanisha. "sebab dia...", perkataan alex terhenti di situ juga. dia menggaru belakang tengkuknya yang indak gatal. "sebab dia apa alex?!...", bentak avanisha seraya berpeluk tubuh. alex terkejut sebaik saja dia di bentak seperti itu. akibatnya tanpa di sedari mulutnya terus saja menuturkan perkataan yang tak sepatutnya di ucapkannya, "sebab dia ex girlfriend aku!...", apabila avanisha mendengar perkataan alex itu dia merasa sungguh terkejut dan marah sekali. "apa?... apa kau cakap tadi? cuba kau ulang sekali lagi...", avanisha mula merenung wajah alex dengan tajam sekali. "gulp...", alex menelan air liurnya. dia tahu sekejap lagi pasti puting beliung yang ada di depan matanya itu berpusar ganas ke arahnya.
YOU ARE READING
ALEX (18)
RandomSinopsis: Mengisahkan seorang pemuda bernama Alex yang sedang berusaha mencari kekasih atau jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. dalam memilih perempuan yang sesuai untuk di jadikan kekasih atau jodohnya dia terpaksa menghadapi pelbagai masalah...