malam itu selepas makan malam alex melangkah keluar untuk mengambil angin malam. sengaja dia duduk lama lama kat luar sebab dia mahu merokok sambil menenangkan fikirannya. dia duduk di dekat perdu pokok sena sambil merenung bulan di langit. menurut kata neneknya mereka bulih berkahwin tapi bukan berkahwin di dalam gereja. dia merasa sedikit terkilan sebab dulu dia memang ada cita cita hendak berkahwin di gereja tapi apa bulih buat dia dan avanisha memang tak bulih berkahwin di gereja gara gara si avanisha sudah pun berbadan dua. dalam diam alex mengeluh sendirian. ketika dia sedang duduk sendirian di situ tiba tiba saja mobile phonenya berbunyi nyaring. dia pun menjawap panggilan di mobile phonenya itu.
"hello..."
"hello... lex, aku ni badli..."
"oh... kau li... apasal kau call aku ni?"
"eh... kau ada balik ke bandar K.K kah hari tu?",
"ada tah pulang tapi aku indak terus pegi ke rumah sewa kita tu... aku cuma berjumpa dengan seseorang di bandar. lepas tu aku balik ke kampung semula. anyway ada urang cari aku ke?... puan sarimah cari aku ke?"
"ya... puan sarimah ada tanya bila lagi kau bayar sewa bilik kau tu... dan lagi ada seorang lelaki kaya ni pakai kereta volvo datang cari kau petang tadi..."
alex terus terbangun. dia terkejut apabila dia terdengar perkataan dari mulut rakannya itu. alex yakin lelaki kaya itu ialah tuan benjamin. sudah tentu dia sekarang sedang sibuk mencari anak perempuannya itu.
"kau tahu tak siapa lelaki kaya yang mencari aku tu?"
"dia kata dia majikan kau... dia tanya kau di mana? aku cakap kau di kampung kau..."
"jadi kau ada bagitahu dia alamat kampung aku?"
"tak... aku bukannya tahu alamat kampung kau pun..."
"oh syukurlah... nasib baik kau tak tahu alamat kampung aku ni... kalau kau tahu dan kau bagitahu dia tentang kampung aku ni... hm... alamatnya tak lama lagi mampuslah aku..."
"kenapa kau cakap macam tu pula? kau macam ada masalah saja ni. sebenarnya apa yang telah terjadi ni?""begini li... kau tahu kan hari tu aku ada cerita sama kau yang si avanisha anak gadis majikan aku tu melamar aku jadi suami dia tapi masalahnya sekarang papa dia tu melarang kami berkahwin. si avanisha pula memberontak lalu dia ajak aku kahwin lari sama dia..."
"apa?... kahwin lari?"
"ya... kahwin lari ke siami di negara hailand... tapi nenek aku melarang kami ke sana. dia suruh kami berkahwin saja kat office JPN tu dengan menandatangani surat perkahwinan bersama sama..."
"bulih ke macam tu?"
"nenek aku kata bulih. yang penting kami ada saksi untuk turunkan tandatangan bagi merestui perkahwinan kami tu..."
"ada saksi ke sebelah pihak si avanisha tu?"
"belum lagi... aku tengah fikirlah ni siapa yang mahu jadi saksi bagi pihak avanisha... menurut kata nenek aku sebenarnya papa si avanisha tu yang perlu turunkan tandatangan di surat perkahwinan kami tu tapi memandangkan dia tak setuju dengan perkahwinan ini maka nenek menyarankan kami mencari saksi yang terdekat. contohnya macam bapa saudara dia ke atau pun sepupu dia ke...",
"oh... jadi macamana pula dengan kau? kau belum ada saksi juga ke?"
"Oh... aku ada saksi... nenek aku yang akan jadi saksi bagi pihak aku... cuma si avanisha tu saja yang belum ada saksi..."
"macam ni sajalah apa kata kalau kau suruh si avanisha tu cari sepupu dia untuk menjadi saksi dia. itu pasti tak akan jadi masalah punya..."
"hm... mungkin bulih jadi juga tu... nanti aku tanya sama avanisha samada dia ada sepupu ke atau pun indak... anyway, macamana kau dengan si kumar kat sana?... korang OK ke?"
"mana ada OK... K.O tu adalah..."
"maksud kau?"
"kami sering bergaduh... dia tak mahu kalah jikalau berbahas tentang sesuatu perkara dengan aku... pendek kata kami tak serasi... thats why kami jarang berbual sekarang ni. dia buat hal dia sendiri, aku pun buat hal aku sendiri... kami tak bertegur sapa macam dulu lagi..."
"aik... kenapa sampai macam tu sekali?... apa yang telah terjadi ni? bulih tak kau ceritakannya padaku?""sebenarnya si kumar tu selalu bawa lelaki pondan or mak nyah bermalam di rumah sewa kita ni... aku pun mulalah syak yang si kumar ni ialah lelaki gay. maklumlah hampir ke semua kawan lelaki yang di bawanya balik ke rumah sewa kita ni rata ratanya mak nyah atau pun pondan. itu yang membuatkan aku merasa marah ni... so aku pun menegur dia supaya dia jangan asyik membawa kawan kawan pondan dia balik ke rumah sewa kita ni tapi dia marahlah pula. kami pun bergaduh. last last kawan pondan dia tu pun berambus tinggalkan kami. bukan main marah lagi dia sama aku. siap tumbuk perut aku lagi tu... nasib baiklah ini rumah sewa puan sarimah... jikalau ini rumah aku sendiri sudah pasti dia dah lama aku halau keluar dari rumah ni...",
"sabar li... sabar... jangan terlalu ikutkan emosi kau tu..."
"memang aku tengah bersabarlah ni... thats why aku terpaksa hadap muka masam dia tu setiap hari. kalau ikutkan hati aku ni kan aku tak nak hadap muka masam dia tu lagilah..."
"sebaiknya kau jangan layan sangat emosi kau tu... kau minta maaf saja dengan dia biar pun kau tahu kau tak ada salah pada dia... dengan cara ini dia akan berbaik semula dengan kau..."
"macamana nak berbaik dengan dia sedangkan dia tak nak bercakap dengan aku lagi?..."
"hm... tak apalah... maybe dia akan berbaik semula dengan kau jikalau kau rajin bertegur sapa dengan dia kot..."
"hm... tak tahulah... aku sebenarnya sudah malas nak bercakap dengan si kumar tu lagi... dia bukannya 'supporting' macam kau pun..."
"ya... aku tahu... tapi kau kena bersabar saja dengan dia tu... lambat laun korang pasti akan berbaik semula..."
"yeah whatever... by the way, kau tahu tak di mana sudah si avanisha tu berada sekarang?... bapa dia macam tengah mencari dialah..."
"haish... bukankah aku dah cakap sama kau tadi yang dia ajak aku kahwin lari dengan dia... thats mean dia ada bersama aku sekarang ni... dalam erti kata yang lain dia lari tinggalkan papa dia dan tinggal bersama aku di kampung ni...""apa?... biar betul kau ni..."
"aku cakap betullah ni..."
"Eh... berani betul kau bawa lari anak gadis urang..."
"Wei... bukan aku yang bawa lari anak gadis tuan benjamin tu ya... anak dia sendiri yang melarikan diri tinggalkan papanya yang teruk itu..."
"Haish... jikalaulah tuan benjamin tahu anak gadis dia melarikan diri dan tinggal bersama kau sudah tentu dia akan merasa marah..."
"memang pun dia merasa marah... buktinya dia ada hantar urang upahan untuk pukul aku selepas aku berjumpa dengan avanisha di bandar K.K tempohari..."
"jadi kau betul betul kena pukullah hari tu?"
"ya... tapi aku tak apa apa sebab aku dapat mempertahankan diriku..."
"oh... syukurlah kalau macam tu... jadi korang memang akan tetap berkahwin ke?"
"entahlah li... sebenarnya aku ni dua dua hati bah nak kahwin dengan si avanisha tu..."
"apasal pula?"
"pertama si avanisha tu tengah hamil sekarang ni... aku tak pasti samada anak dalam kandungan dia tu anak aku ke atau pun anak urang lain. kedua aku belum bersedia lagi nak berkahwin dengan si avanisha tu... ketiga aku takut papa si avanisha tu upah urang lain untuk datang pukul aku lagi... tapi nenek aku tu pula suruh aku berkahwin dengan si avanisha. dia kata aku bulih jadi suami yang baik untuk avanisha tapi apabila aku memikirkannya balik... haish... semakin berserabut pula otak aku ni di buatnya...""hehehe... bertenang kawan... bertenang... take a deep breath, ok? hehehe..."
"tak guna betul kau ni, li... kau ketawakan aku pula..."
"eh... aku sebenarnya ketawa happy bah apabila aku dengar bff aku ni nak berkahwin indak lama lagi... kahwin dengan anak urang kaya lagi tu... beruntunglah kau lex... tak macam aku ni sampai umur 30 tahun lebih pun masih lagi belum kahwin kahwin..."
"yelah tu..."
"okaylah i've got to go now... aku nak keluar sekejap nak beli rokok dulu..."
"baiklah... just take care of yourself, li..."
"baiklah tapi jangan pula kau lupa menjemput aku ke majlis makan makan korang tu nanti... itu pun jikalau korang nak buat majlis makan makan semasa korang kahwin tu nanti..."
"oh... itu sudah tentu... kaulah urang pertama yang akan ku panggil ke majlis makan makan kami tu nanti..."
"yelah tu... okay, good luck and good bye my friend..."
"bye..."
perbualan mereka pun terhenti di situ juga. alex memasukkan mobile phonenya di dalam poket seluarnya. dia indak menyangka yang badli masih ingat lagi pada dirinya biar pun mereka cuma rakan serumah saja. buktinya badli masih call dia biar pun dia tak pernah call lelaki tersebut. baginya badli memang seorang kawan yang setia dalam persahabatan.
YOU ARE READING
ALEX (18)
RandomSinopsis: Mengisahkan seorang pemuda bernama Alex yang sedang berusaha mencari kekasih atau jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. dalam memilih perempuan yang sesuai untuk di jadikan kekasih atau jodohnya dia terpaksa menghadapi pelbagai masalah...