ALEX 17

216 7 0
                                    

setelah mereka puas menari avanisha terus menarik tangan alex ke sebuah meja yang ada kerusi sofa tidak jauh dari situ. sampai di sana avanisha terus mengorder sebotol air beer untuk mereka berdua. "kita minum beer dulu, ya...", ajak avanisha seraya tersenyum lembut pada alex di sebelahnya. alex cepat cepat menggelengkan kepalanya. "tak nak... aku dah nak balik dah ni... tapi sebelum tu aku nak kau kasi balik kad IC aku tu...", kata alex dengan wajah yang serius. "no way... aku tak akan kasi balik kau punya IC tu jikalau kau tak nak minum beer dengan aku malam ni...", kata avanisha pula. "wei... bukankah kau dah janji pada aku tadi yang kau akan kembalikan kad IC aku tu selepas kita menari tapi kenapa kau mungkir janji pula?...", soal alex cukup bengang sekali. "aku tipu kau bah tadi tu... mana mungkin aku kasi balik kau punya IC macam tu saja... kau kena temankan aku minum beer kat sini...", tutur avanisha sambil tersenyum lebar. "hey... kau ni seorang perempuan yang indak tepati janjilah... kau memang nak aku...", belum habis alex bercakap avanisha terus menyuakan segelas air beer ke mulutnya. alex cepat cepat mengelak daripada di paksa meminum air beer yang kekuningan itu. "maaf... malam ni aku tak nak minum... aku tahu tujuan kau suruh aku minum beer ni supaya aku minum sampai mabuk kan? guess what?... aku indak akan minum air beer lagi buat seumur hidup aku sebab air beer ni lah yang membuatkan aku kehilangan keterunaan aku tempohari... semuanya di sebabkan kau...", ucap alex dengan marah sekali. "apa?... kau tak nak minum beer sebab kau fikir kau sudah kehilangan keterunaan kau selepas kau minum air beer bersamaku tempohari, begitu?", soal avanisha seraya memandang wajahnya. "iyalah...", balas alex sambil memutarkan bola matanya

"hahahahaha....", avanisha ketawa sebaik saja dia mendengar jawapan ringkas dari mulut pemuda tersebut. "kenapa kau ketawa pula?", soal alex separuh geram. "kau ni 'cali' betullah... hahahahaha.... kau tak ubah macam perempuan yang takut kehilangan daranya pula... rilekslah alex ku sayang... teruna ke atau indak teruna ke itu indak pentinglah di zaman moden ni... kau ni... macam urang yang ketinggalan zamanlah pula... hahaha....", kata avanisha dalam tawanya. "bagi kau itu indak penting tapi bagi aku itu sangat penting, tau... keterunaan adalah satu aset penting bagi seorang lelaki sebelum dia berkahwin dengan perempuan yang di cintainya... jikalau keterunaan seorang lelaki sudah di ragut oleh orang lain apa lagi yang dia harus persembahkan pada isterinya di malam pertama mereka ar??... sama juga dengan kaum perempuan. dia pun harus menjaga mahkota kesuciannya sebagai hadiah yang akan di persembahkannya pada suaminya di malam pertama... jikalau ke'teruna'an dan 'dara' seseorang itu hilang sebelum di hari perkahwinannya maka tak ada lagi 'seri'nya pengantin baru tu. ianya sama seperti buah betik yang sudah di tebuk tupai tau...", terang alex panjang lebar. dia mengatakan begitu sebab itulah yang di ajar oleh nenek yayan padanya ketika dia berumur 18 tahun. nenek yayan lah yang selalu menasihati dia agar dia menjaga keterunaannya ketika dia bergaul dengan perempuan tapi kini semuanya sudah tidak dapat di jaga lagi. keterunaannya hilang dalam sekelip mata di sebabkan ulah si avanisha yang gatal miang itu. "jadi bagi kau keterunaan kau tu lebih penting dari segala galanya, begitu ke?", soal avanisha. "yalah... kau fikir aku ni macam lelaki lain ke yang indak mementingkan keterunaannya. aku bukan macam merekalah....", kata alex dengan wajah yang serius.

"you know what?...", avanisha merenung wajah alex. "what?", soal alex sepatah. "kau lain daripada lelaki yang lain sebab itulah aku semakin sukakan kau...", kata avanisha sambil tersenyum menggoda. alex memutarkan bola matanya. "oohh... whatever... bah...mana IC aku tu?... kasi balik IC aku tu sekarang juga...", tutur alex dengan wajah yang serius sekali. "kalau aku indak mau kasi balik IC kau tu kau nak buat apa dengan aku?", soal avanisha sambil mengangkat kening kirinya. "aku... aku... aku... haishhh!!!... kau ni buat aku marahlah...", tutur alex cukup bengang sekali. "kalau marah... ciumlah aku... aku pasti akan kasi balik IC kau tu nanti...", avanisha bersuara seraya memuncungkan bibirnya ke wajah alex. matanya pula terkatup rapat. dia macam sudah ready hendak berciuman pula. "wei... kau sudah gila ke apa?... aku indak ada hati bah nak cium bibir kau tu... cepat!... kasi balik IC aku tu...", alex bersuara sambil menjauhkan wajahnya dari avanisha. "aku indak mau kasi kau punya IC ni sebab kau indak mau menciumku...", kata avanisha seraya menayangkan IC alex di depan wajah pemuda tersebut. alex cuba merampasnya tapi avanisha menyembunyikannya di belakang tubuhnya. "lebih baik kau kasi balik kad IC aku tu sebelum aku marah... kalau aku ma...", belum pun sempat alex menghabiskan perkataannya avanisha terus saja mencium bibirnya. terkejut betul alex di buatnya. tak sempat pula dia mengelak. "okay, done... nah!... ini kad IC kau...", avanisha bersuara sebaik saja dia selesai mencium bibir alex. kad IC yang ada di tangannya di serahkannya pada alex. alex hanya terpinga pinga saat itu. "kenapa kau bengong bengong lagi ni?... ambillah kad IC kau ni...", avanisha bersuara pada pemuda itu. perlahan lahan Alex mengambil kad IC nya. kemudian dia beredar dari situ.

alex melangkah pulang ke rumahnya dengan perasaan yang bercampur aduk. perasaan bengang, keliru, dan geram bercampur aduk di dalam hatinya. perbuatan avanisha yang menciumnya sebentar tadi menyebabkan dia merasa indak menentu. sebenarnya dia merasa hairan kenapa avanisha selalu saja mencium bibirnya. dia teringat lagi perempuan itu pernah mencium bibirnya di dalam bilik tidurnya. kemudian beberapa hari yang lalu perempuan tu hampir saja mencium bibirnya di bilik office tempat mereka bekerja dan malam ini perempuan tu menciumnya bibirnya di kelab malam pula. "haish.... gatal miang betullah si avanisha tu...", gerutu alex seorang diri. dia cuba melupakan peristiwa itu namun ianya masih terbayang di sudut ingatannya. dia masih teringat akan ciuman hangat dari bibir lembut avanisha. "oh shiiiittt... kenapa otak aku ni asyik teringat pasal tu pula???.... palui betullah otak aku ni...", marah alex seorang diri. dia memukul kepalanya dengan tangannya sendiri. tiba tiba, "eh... apa pasal pula kau pukul kepala kau macam tu?....", soal suatu suara. alex segera mengangkat kepalanya. kelihatan mak cik salmah jiran sebelah rumahnya berdiri tidak jauh dari situ. dia seperti hendak pergi membuang sampah di tepi jalan masuk ke kawasan perumahan yang sunyi sepi itu. "oh... mak cik... aku cuma tampar nyamuklah mak cik... banyak nyamuk atas kepala ni...", alex pura pura menampar 'nyamuk' yang di maksudkannya itu. "apa? nyanyuk?... kau cakap aku nyanyuk?... hey... aku indak nyanyuk bah... aku nampak bah tadi kau pukul kepala kau sendiri...", kata mak cik salmah pula. dia mula bercekak pinggang pula. mungkin dia marah sebab dia fikir alex cakap dia nyanyuk. maklumlah perempuan tua tu kan pekak badak sikit urangnya so apa yang urang cakap indak kedengaran betul betul di telinganya. "aduuhhhhh... bukan nyanyuk lah mak cik. aku cakap nyamuk!...", balas alex sambil menggeleng gelengkan kepalanya. "bah... aku dengar bah apa yang kau cakap tadi... kalau ya pun aku ni sudah tua janganlah kau sampai hati cakap aku ni nyanyuk... aku pelangkung kepala kau tu nanti tau... baru padan muka kau tu...", marah mak cik salmah sambil tunjukkan buku limanya. "adedehhh... lain urang cakap lain pula yang dia cakap... mak cik aku indak cakap pasal nyanyuklah... aku cakap pasal nyamuk... N-Y-A-M-U-K... nyamukkk!!!!...", alex terpaksa meninggikan suaranya sambil mengeja perkataan nyamuk di telinga perempuan tua itu. "ooooohhhh... ingatkan kau cakap nyanyuk tadi... oh, maaflah telinga mak cik ni ada masalah sikit. maaf ya...", mak cik salmah bersuara dalam nada suara yang serbasalah. "tak apa... lain kali cubalah dengar baik baik apa yang urang cakap...", kata alex pada perempuan tua itu. "apa?... udang kicap?... mak cik indak masak udang kicap hari ni... mak cik cuma masak sup ayam saja pagi tadi...", balas mak cik salmah sambil tersenyum lebar. "aduuh mak... lain pula yang dia cakap... ahhh!... malaslah nak layan mak cik ni... lebih baik aku pergi masuk tidur saja...", cepat cepat alex beredar dari situ. mak cik salmah tercengang cengang ketika dia melihat pemuda itu masuk ke dalam rumah sewanya dengan wajah yang marah marah. "aku ada salah cakap ke tadi?", soal mak cik salmah pada dirinya sendiri...

ALEX (18) Where stories live. Discover now