ALEX 58

98 2 0
                                    

"macamana doktor chong? Kerja kau tu sudah selesai ke ataupun belum?", soal tuan Benjamin ingin tahu. "ya... sudah selesai, tuan... janin tu sudah berjaya di keluarkan...", kata doktor chong sambil mengelap peluh yang mengalir di atas dahinya dengan sapu tangannya. "oh... baguslah kalau macam tu... ini upah kau... anyway, tolong kuburkan janin tu di mana saja tempat yang kau fikirkan terbaik untuk menguburkannya. aku tak nak anak aku tahu pasal janinnya tu. faham?...", kata tuan Benjamin seraya menghulurkan sampul surat berwarna perang pada doktor tersebut. "faham tuan...", kata Doktor chong sambil tersenyum lebar. dia mengambil sampul berwarna perang itu lalu di masukkan ke dalam poket bajunya. kemudian dia meletakkan janin yang malang itu ke dalam sebuah bekas yang ada di situ. Ketika mereka sedang berdiri di situ, tiba tiba, "ouuwhhh...", kedengaran suatu suara bergema memecahkan kesunyian di dalam bilik tidur itu. "tuan, anak perempuan tuan sudah sedar tu...", kata doktor chong separuh berbisik. Tuan Benjamin segera mengalihkan perhatiannya ke arah anak gadisnya yang baru saja membuka matanya. "oh syukurlah kau sudah sedar...", kata tuan Benjamin sambil menarik nafas lega. Dia menghampiri anak gadisnya itu. "aku berada di mana sekarang ni?", soal anak gadisnya ingin tahu. "kau berada di dalam bilik tidur kau sayang...", balas tuan benjamin sambil tersenyum lebar. "kau siapa?", soal anak gadisnya itu. Senyuman lebar di bibir tuan Benjamin terus hilang sebaik saja dia mendengar soalan tersebut. Dia dan doktor chong saling berpandangan seketika. "tak kenal aku?", soal tuan Benjamin dengan dahi yang berkerut. "Ya... aku tak kenal kau... siapa kau ni?", soal anak gadis itu ingin tahu. Sebenarnya dia betul betul tidak tahu siapakah lelaki yang tiba tiba muncul di depan matanya itu.

"namaku benjamin cheng. aku papa kaulah, sayang... takkanlah kau tak kenal dan tak ingat papa kau sendiri...", kata tuan Benjamin dengan pantas. "tapi kenapa aku tak kenal dan tak dapat ingat apa apa?...", soal anak gadisnya itu kebingungan. "apa maksud kau yang kau tak dapat ingat apa apa pula?", soal tuan Benjamin dalam nada suara yang sedikit gusar. "nanti dulu tuan, biar aku yang periksa anak perempuan tuan tu dulu...", kata doktor chong di sebelahnya. Tuan benjamin pun terpaksa memberikan laluan kepada doktor itu untuk memeriksa keadaan anak gadisnya itu. "er... cik, apakah cik masih ingat nama cik?... siapa nama cik?", soal doktor chong pada gadis itu. gadis itu terdiam seketika. Dia cuba mengingati siapa namanya tapi dia tak dapat ingat siapa namanya. "aku tak tahu nama aku...", balasnya dengan jujur. "cuba cik ingat apa yang telah terjadi ke atas diri cik beberapa ketika yang lalu... cik masih ingat lagi ke atau pun cik indak ingat apa apa...", soal doktor chong lagi. Sekali lagi gadis itu cuba mengingati apa yang telah terjadi ke atas dirinya tapi satu apa pun dia tak dapat ingat. Kepalanya terasa sakit apabila dia berusaha mengingati sesuatu tentang dirinya. "memang aku indak ingat apa apa...", kata gadis itu. "betul ni, kau indak dapat ingat apa apa?", soal doktor chong meminta kepastian. "Ya betul...", balas gadis tersebut.
Perlahan lahan dia melangkah menghampiri tuan Benjamin yang berdiri agak jauh sedikit dari situ. "Nampak gayanya anak gadis tuan ni mengalami amnesia. Ini mungkin di sebabkan bahagian dalam otaknya mengalami gegaran yang kuat akibat terkena pukulan benda yang keras. Aku ada periksa bahagian belakang kepalanya tadi. ianya seperti terkena pukulan benda yang keras...", kata doktor chong dalam nada suara yang separuh berbisik. "oh begitu... jadi tuan doktor macamana ni?... apakah dia akan terus begitu buat selamanya?", bisik tuan Benjamin ingin tahu. "tak semestinya dia akan terus begitu buat selamanya. Ingatannya akan kembali pulih di suatu hari nanti. Sebaiknya tuan bawalah dia ke tempat tempat yang boleh membuat dia teringat akan sesuatu supaya ingatannya cepat pulih seperti sediakala...", bisik doktor chong perlahan lahan. "ahh... biarlah dia begitu saja.... Aku rasa lebih baik dia tak ingat apa apa daripada dia ingat lelaki miskin yang tak guna tu...", bisik tuan Benjamin perlahan lahan. "maksud tuan?", bisik doktor chong dengan dahi yang berkerut. "none of your business... by the way, boleh tak kau tinggalkan kami bersendirian kat sini dulu?...", kata tuan benjamin pada doktor swasta tersebut. "okay... aku keluar sekejap. nanti aku akan datang semula untuk memeriksa keadaan anak perempuan tuan...", kata doktor chong. selepas itu dia melangkah meninggalkan bilik tersebut.

Perlahan lahan tuan Benjamin menghampiri anak gadisnya yang masih terbaring di atas katil indak jauh dari situ. "betul ke kau indak ingat apa apa atau kau sengaja nak mempermainkan papa?...", soal tuan Benjamin inginkan kepastian. "ya... betul... aku tak ingat apa apa... anyway, betul ke kau ni papa aku?", soal gadis itu dengan dahi yang berkerut. "ya... memang betul aku papa kau... by the way, doktor chong mengatakan yang kau mengalami amnesia sebab itulah kau tak dapat ingat apa apa. Buat pengetahuan kau, nama sebenar kau ialah Avanisha Benjamin cheng. Sebagai buktinya ini ialah kad pengenalan kau...", kata tuan benjamin seraya menarik keluar kad IC anak gadisnya itu dari dalam dompet di tangan. kad IC itu di serahkan kepada anaknya itu. perlahan lahan gadis itu mengambil kad IC tersebut. Dia meneliti kad IC yang ada di dalam tangannya itu. barulah dia sedar yang nama betulnya ialah avanisha. "jadi namaku ialah avanisha tapi apa yang telah terjadi ke atas diriku sebelum ini?... kenapa aku di rawat di rumah dan kenapa pula aku perlu di tambah darah?...", soal avanisha ingin tahu. Matanya tertumpu ke arah beg darah yang tergantung di atas tiang penggantung di sebelah katilnya itu. kelihatan hos kecil bersambung dari beg darah itu menuju ke lengan kirinya.

"kau mengalami kemalangan di jalanraya awal pagi tadi. Doktor chong mengesahkan yang kau kehilangan banyak darah sebab itulah kau perlu di tambah darah... papa sengaja menyuruh doktor chong merawat kau di rumah kita sebab papa nak kau dapat rawatan yang lebih baik di rumah kita...", bohong tuan Benjamin pada anak gadisnya itu. "oh... Iya ke?...", soal avanisha ingin tahu. "iya... anyway, papa merasa sungguh gembira sebab kau kini berada di samping papa... papa betul betul rindukan kau sayang...", kata tuan Benjamin seraya memeluk anak gadisnya itu. avanisha hanya terdiam kaku di dalam pelukan lelaki tersebut. "apa apa pun papa nak kau tahu yang papa sayangkan kau lebih dari segala galanya. Sebab itulah papa berusaha melakukan apa yang terbaik untuk kau... by the way, papa ada rancangan yang terbaik untuk masa depan kau...", kata tuan Benjamin perlahan lahan. "rancangan apa pula tu?", soal avanisha ingin tahu. "setelah kau sembuh dan bertenaga semula papa akan menghantar kau ke sidney australy. Papa nak kau ambik bachelor dalam business management di university wellstone...", kata tuan Benjamin seraya meleraikan pelukannya. "nanti dulu... takkanlah aku harus pergi ke sidney australy dalam keadaan amnesia pula....", avanisha bersuara separuh memprotes. "kau jangan bimbang pasal tu. Everything is gonna be fine... yang penting kau dapat sambung kembali studies kau di university wellstone tu...", kata tuan Benjamin sambil tersenyum lebar. Avanisha terdiam selepas itu. "kau berehat dulu, ya... papa nak pergi mandi dulu...", kata tuan benjamin dengan lembut. dia meninggalkannya avanisha seorang diri di situ. Avanisha mula berfikir panjang. Dia tidak tahu apa yang sebenarnya telah terjadi ke atas dirinya. setiap kali dia mencuba untuk mengingati apa yang telah terjadi kepalanya akan terasa sakit. ini membuatkan avanisha merasa indak sedap hati. dia sebenarnya dapat merasakan seperti ada sesuatu yang indak kena...

ALEX (18) Where stories live. Discover now