ALEX 48

94 4 0
                                    

"aku dah siap...", avanisha bersuara sebaik saja dia selesai berpakaian kemas. kali ini dia tidak berpakaian seksi lagi. dia hanya berpakaian kasual dengan hanya memakai tshirt lengan pendek dan seluar track suit panjang. "macam tu barulah bagus... tak menjolok mata. bah mari kita pergi dari sini...", kata alex. tanpa berlengah lagi mereka pun beredar dari situ. alex segera berjumpa dengan receptionist yang berdiri di kaunter yang terletak tidak jauh dari bilik motel tersebut. setelah check out dari motel itu dia dan avanisha mula mengorak langkah meninggalkan tempat itu. mereka melangkah menuju ke arah motosikal milik alex. perlahan lahan alex membonceng motosikalnya. manakala avanisha pula duduk di belakangnya. dia memeluk tubuh alex erat erat. alex merasa tidak selesa. "boleh tak kalau kau jangan peluk aku kuat sangat macam tu? aku semput nafas nanti tau...", gerutu alex separuh geram. "oh baiklah...", balas avanisha perlahan lahan. tangannya tidak lagi memeluk erat pinggang alex. alex menarik nafas lega. "kita pergi bersarapan di warung tu dulu ya...", kata alex sambil menunjuk ke arah warung yang terletak di tepi jalan itu. "okay...", balas avanisha sepatah. alex pun menghidupkan enjin motosikalnya. tidak lama kemudian motosikal itu meluncur pergi dari situ. mereka singgah sebentar di warung itu untuk bersarapan pagi. ketika mereka duduk bersarapan di meja makan avanisha selalu saja mencuri pandang wajah lelaki idaman hatinya itu. alex perasan akan itu lalu dia pun bertanya, "kenapa kau asyik mencuri pandang ke arah aku ni?... ada something wrong ke?", soal alex dengan dahi yang berkerut. "tak... aku cuma rasa hairanlah kenapa kau bersikap dingin padaku? apakah kau selalu bersikap dingin terhadap semua perempuan?", soal avanisha ingin tahu. "sebenarnya aku bukannya bersikap dingin pada semua perempuan...", balas alex dengan wajah selamba.

"habis tu kenapa kau tak melayan aku dengan mesra ar?...", soal avanisha ingin tahu. "avanisha... fikiran aku buntu sekarang, okay... aku tak boleh melayan kau dengan mesra selagi masalah kita ni tak selesai...", alex bersuara dengan pantas. "kau jangan bimbanglah... kita akan hidup bahagia selamanya. itu pun jikalau kau melayan aku dengan baik dan mesra...", tutur avanisha. "yelah tu... macamlah kau tahu yang kita akan hidup bahagia selepas ni...", balas alex sambil menguis nguis nasi ayam yang di ordernya dengan sudu di tangan. "iya... aku dapat bayangkan yang kita akan hidup bahagia selamanya bersama baby kita ni...", kata avanisha siap berangan angan pula. alex hanya diam membisu. dia masih menguis nguis nasi ayam di dalam piringnya dengan sudu di tangan. sebenarnya dia indak tahu nak cakap apa. fikirannya kacau bilau masa tu. sebenarnya dia bimbang jikalau papa avanisha menghantar orang upahannya untuk mengganggu kehidupan mereka berdua. namun dia cuba untuk indak terlalu memikirkan hal tersebut. "alex... kenapa ni?...", soal avanisha. serentak dengan itu tangannya terasa di ramas dengan lembut. alex membiarkan saja tangannya di ramas lembut oleh avanisha

perlahan lahan dia mengangkat wajahnya lalu merenung wajah avanisha. "kau fikir papa kau tak akan upah orang lain untuk mengekori kita ke sini ke?", soal alex dengan wajah yang serius. "kenapa kau cakap macam tu pula?", soal avanisha ingin tahu. "aku takut papa kau upah orang untuk datang mengganggu kehidupan kita berdua... maklumlah dia ada upah seorang lelaki untuk pukul aku sebelum ini sebab itulah aku merasa bimbang....", akhirnya alex meluahkan perasaan bimbangnya. "jangan bimbanglah sayang... papa aku tak akan buat kerja bodoh macam tu lagi....", avanisha cuba untuk menghalau keluar rasa gundah di hati alex saat itu. "kau yakin ke dia takkan ulangi perbuatannya tu?", soal alex dengan dahi yang berkerut. "ya... aku yakin dia tak akan ganggu hidup kita lagi... apa apa pun mari kita habiskan makanan kita ni dulu... nanti makanan kita sejuklah pula...", tutur avanisha sambil memakan nasi ayamnya. alex pun diam selepas itu. mereka pun mula makan bersama sama.

setelah mereka siap bersarapan pagi di warung itu mereka kembali meneruskan perjalanan mereka. tidak lama kemudian mereka sampai di kampung alex. "kita dah sampai...", kata alex seraya membuka helmet hitam dari kepalanya. avanisha pun turut membuka helmet di kepalanya. dia memerhatikan rumah papan yang terletak di tepi anak sungai berbatu itu. pemandangan di persekitaran agak mempesonakan. sebenarnya inilah kali pertama dia menjejakkan kaki di kampung yang terletak di kawasan pedalaman seperti itu. "nek... kami dah balik...", kata alex seraya mengangkat beg mereka berdua ke rumah papan milik neneknya itu. avanisha mengekorinya dari belakang. "oh... syukurlah kau dah balik sayang...", kelihatan nenek yayan datang menyambut mereka di ruang tamu rumah tersebut. dia segera memeluk cucu kesayangannya itu. "nek... perkenalkan ini avanisha benjamin yang selalu saya ceritakan pada nenek tu...", alex bersuara seraya memperkenalkan avanisha pada neneknya. "oh... tak sangka pula orangnya cantik jelita macam ni...", kata nenek yayan menguntum senyuman.

"avanisha ini nenek yayan yang telah membesarkan saya selama ini...", kata alex seraya memperkenalkan neneknya pada avanisha. perlahan lahan avanisha datang lalu dia bersalaman dengan wanita tua tersebut. "apa khabar nek?", sapa avanisha dengan pantas. "oh... khabar baik... jemputlah duduk...", pelawa nenek yayan dengan ramah sekali. mereka pun duduk di atas kerusi kayu yang ada di situ. nenek yayan meninggalkan mereka berdua di situ buat seketika. indak lama kemudian dia muncul dengan membawa sejug air limau kasturi dengan sepiring ubi kayu untuk di makan. "maaflah... ini saja yang termampu nenek sediakan...", kata nenek yayan seraya duduk di atas kerusi kayu yang ada di situ. dia memberi segelas air limau kasturi pada avanisha. "tak apalah nek... ini sudah memadai...", balas avanisha menguntum senyuman. dia menyambut gelas berisi air limau kasturi itu lalu menghirupnya. begitu juga dengan alex. sebenarnya mereka terasa haus dan dahaga setelah mengharungi perjalanan yang jauh sebentar tadi. "nenek dengar kau berniat hendak berkahwin dengan cucu nenek... betul ke ni?", soal nenek yayan direct to the point. avanisha pantas menganggukkan kepalanya. "betul nek... aku memang hendak berkahwin dengan alex...", balas avanisha dengan bersungguh sungguh. "kenapa kau memilih cucu nenek? dia bukannya kaya raya pun...", tutur nenek yayan ingin tahu. "memang alex bukan kaya raya dengan harta tapi hatinya kaya dengan kebaikan nek. bagi saya alex seorang lelaki yang unik...", balas avanisha dengan jujur. "unik?... unik macamana tu?", soal nenek yayan seraya menguntum senyuman.

"maksudku dia indak seperti lelaki lain yang suka mengambil kesempatan ke atas perempuan yang lemah. dia pandai mengawal dirinya sendiri. dia seorang pekerja yang hard working dan committed di tempat kerja dan dia indak melawan perkataan orang lain biar pun ramai orang di tempat kerja kami tu selalu buli dia dengan menyuruh dia membuat semua kerja mereka tapi dia indak pernah merungut atau pun melenting... dia suka membantu urang dan dia indak suka bergaduh dengan urang biar pun urang selalu cari gaduh dengannya... pendek kata alex seorang lelaki yang baik pada pandangan mataku...", kata avanisha panjang lebar. "uhukkk!... panjang betul pujian kau tu, nisha... uhukk...", alex bersuara seraya terbatuk kecil. "eh... aku cakap yang betul kan...", balas avanisha. "yelah tu...", alex memakan ubi kayu di tangannya. nenek yayan hanya tersenyum saja ketika dia melihat mereka berdua. "jadi kau betul betul nekad hendak berkahwin dengan cucu nenek ni?", soal nenek yayan lagi. "ya nek... aku memang nekad kali ini. aku cuma minta restu dari nenek supaya membenarkan kami berkahwin...", balas avanisha dengan bersungguh sungguh. "jadi kau pula macamana alex? kau mahu berkahwin dengan avanisha ke?", soal nenek yayan pada cucunya itu. "semuanya terletak pada keputusan nenek. sebenarnya otak aku ni tengah berserabut sekarang ni...", balas alex. dia meminum air limau kasturi di dalam gelasnya secara perlahan lahan. "kalau macam tu korang kahwin sajalah. habis cerita...", kata nenek yayan secara tiba tiba pula. "uhukkk!... uhukkk...", tiba tiba saja alex terbatuk di tempat duduknya. kali ini dia betul betul batuk. air yang di minumnya tersembur keluar. cepat cepat dia mengesat mulutnya dengan kain perca miliknya. "haish... kenapa dengan kau ni, lex?... minum air pun kau bulih tersedak pula...", tegur avanisha seraya menggosok gosok belakang lelaki idaman hatinya itu. alex indak menghiraukannya. sebenarnya dia terkejut dengan keputusan neneknya tu. dia indak menyangka yang neneknya akan merestui perkahwinan yang di rancang oleh avanisha tu. mati mati dia fikirkan yang neneknya akan menentang perkahwinan yang di usulkan oleh si avanisha tu. rupa rupanya nenek dia pun turut bersetuju dia berkahwin dengan perempuan tu.

ALEX (18) Where stories live. Discover now