ALEX 71 (TERAKHIR)

254 5 1
                                    

mereka melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat yang terletak di hujung koridor tersebut. kelihatan dato chai, datin mei ling dan tuan benjamin sedang duduk menunggu mereka di situ. "duduk...", dato chai mengarahkan mereka berdua duduk di atas kerusi yang ada di situ. perlahan lahan mereka berdua pun duduk di atas kerusi masing masing. "baiklah... sebelum kita memulakan perbincangan ini aku nak korang bertenang dulu. tujuan aku ajak korang berbincang ni ialah aku nak korang berbincang untuk menyelesaikan masalah korang dengan baik...", kata dato chai. selepas itu dia memandang wajah rakan lamanya itu sambil menghela nafas panjang. "ben... betul ke apa yang aku dengar sebentar tadi?... maksudku betul ke kau yang menghalang percintaan mereka berdua sehingga menyebabkan alex terlantar di hospital dan janin dalam kandungan avanisha kau gugurkan. betulkah semuanya tu?...", soal dato chai ingin tahu. "ya... betul chai... aku minta maaf sebab berlaku kejam terhadap anak kau dan juga anak aku sendiri... sekarang aku betul betul merasa malu dan menyesal di atas apa yang telah terjadi...", kata tuan benjamin dengan wajah yang sedih. "kau memang tak berhati perut... kau sanggup menggugurkan janin dalam kandungan avanisha gara gara kau fikir aku ini anak orang miskin... kau memang seorang lelaki yang jahat!...", bentak alex dalam nada suara yang marah. tuan benjamin menundukkan kepalanya. "ya... memang aku akui aku ni seorang lelaki yang jahat tapi sekarang aku dah menyesal... aku minta maaf alex... aku minta maaf... aku sanggup sujud di kaki kau asalkan kau sudi memaafkan kesalahanku...", tutur tuan benjamin seraya berdiri lalu sujud di hadapan alex dengan perasaan yang bersalah.

alex terkesima apabila dia melihat lelaki itu sujud di hadapan matanya. dia indak menyangka tuan benjamin yang sombong dan angkuh itu akhirnya sujud di kakinya. "alex... maafkanlah dia... dia sudah menyesal tu...", kata datin mei ling dari tempat duduknya. "ya... maafkan dia, alex...", kata dato chai pula. "aku boleh maafkannya tapi dengan satu syarat...", kata alex perlahan lahan. "apa syaratnya alex?", tuan benjamin bersuara seraya mendongakkan kepalanya. "syaratnya kau mesti merestui hajat kami yang ingin berkahwin dalam waktu yang terdekat ni...", kata alex dengan wajah yang serius. "baiklah... aku akan merestui hajat korang yang ingin berkahwin tu asalkan korang berdua dapat hidup bahagia, itu sudah cukup baik...", kata tuan benjamin perlahan lahan. "betul ke ni papa?", soal avanisha cukup terkejut. dia dan alex saling berbalas pandangan dan senyuman. "betul... apa apa pun papa nak minta maaf pada kau nisha di atas apa yang telah terjadi...", kata tuan benjamin pada anak gadisnya itu. "aku dah maafkan kesalahan papa tu...", balas avanisha dengan lembut

"aku pun dah maafkan kesalahan kau... bangunlah...", alex bersuara seraya membangunkan lelaki tersebut. "oh terima kasihlah sebab korang berdua sanggup memaafkan kesalahanku...", tuan benjamin bersuara seraya memeluk pasangan itu. "alex, mulai dari hari ini aku nak kau panggil aku papa sebab aku akan jadi bapa mertua kau...", tutur tuan benjamin kepada alex seraya meleraikan pelukannya. "baiklah... papa...", balas alex agak janggal. namun dia cuba untuk membiasakan dirinya dengan menyebut lelaki itu sebagai papanya. maklumlah tuan benjamin ialah bakal bapa mertuanya so dia terpaksa terima hakikat itu. "nah... macam itu barulah bagus... korang berdamai juga akhirnya... apa apa pun papa gembira sebab perbincangan kita berjalan dengan lancar...", kata dato chai sambil tersenyum lebar. "ya... apa yang telah terjadi tu biarkanlah ianya berlalu pergi... yang penting kita semua dapat hidup bahagia dan aman damai...", sampuk datin mei ling pula. mereka saling berbalas pandangan dan senyuman. "sekarang mari kita pergi ke ruangan lobby... aku ada pengumuman istimewa yang hendak di umumkan kepada semua hadirin...", kata alex sambil tersenyum lebar. "apa yang ingin kau umumkan tu?", soal avanisha ingin tahu. "adalah... mari ikut aku sayang...", alex bersuara seraya memegang tangan kiri avanisha. dia menarik gadis itu keluar dari situ. dato chai dan isterinya turut melangkah di belakang mereka dengan di ekori oleh tuan benjamin dari belakang.

mereka kini berada di ruangan lobby yang sibuk. semua hadirin sedang sibuk menjamu selera. "perhatian semua hadirin, aku ingin membuat satu pengumuman penting di sini...", alex bersuara sambil di dekat microphone yang ada di situ. semua orang mula mengarahkan perhatian mereka ke arahnya. perlahan lahan alex menghampiri avanisha yang sedang berdiri indak jauh dari situ. perlahan lahan alex bertekuk lutut di atas lantai sambil menghulurkan sebentuk cincin emas bertatahkan berlian ke arah gadis itu. "avanisha benjamin, will you marry me?...", soal alex dengan lembut. avanisha merasa sungguh terkejut apabila dia melihat alex melamarnya di hadapan semua orang. dia indak menduga yang alex akan berbuat begitu padanya. "oh... yes, i will marry you...", ucap avanisha dengan wajah yang gembira sekali. dia mengambil cincin itu dari tangan alex dan semua orang yang hadir bertepuk tangan keriangan. "hadirin semua kami akan berkahwin pada hujung bulan ini... harap korang semua akan hadir di majlis perkahwinan kami itu kelak... sekian terima kasih...", ucap alex pada semua hadirin. selepas itu dia dan avanisha beredar dari situ. mereka ingin menghabiskan masa berdua-duaan. maklumlah mereka sudah lama berpisah jadi mereka mengambil kesempatan untuk berbual secara 'private'.

"alex... aku indak menduga kau akan melamarku di hadapan semua orang... aku merasa terkejut dan gembira...", kata avanisha sebaik saja mereka berdua bersendirian di dalam sebuah bilik office yang ada di situ. "aku sengaja buat begitu... aku saja nak buat kejutan untuk kau sayang...", ucap alex seraya mengenyitkan matanya. "terima kasihlah lex sebab kau sanggup buat semua ini untuk aku... apa apa pun aku indak menyangka yang kau ini anak orang kaya... anyway, kenapa kau tak bagitahu aku dari dulu lagi yang kau ni anak orang kaya?...", soal avanisha ingin tahu. "yang kaya tu ialah orang tua aku, bukannya aku... thats why aku tak bagitahu siapa siapa pun tentang perkara ni... lagi pun aku ada misi aku yang tersendiri. aku nak berdikari dan hidup susah macam orang kebanyakan. dalam waktu yang sama aku nak cari jodoh yang betul betul mencintaiku bukan kerana harta kekayaanku tetapi kerana cinta sejatinya padaku....", balas alex sambil tersenyum. "jadi sekarang kau sudah jumpa cinta sejati kau tu kan?...", usik avanisha seraya melirikkan matanya. "yep... kaulah cinta sejatiku sayang...", ucap alex dengan lembut. mereka saling berbalas renungan dan senyuman. kemudian mereka berpelukan dan berciuman di situ.

*** *** ***

hari yang di nantikan pun tiba. ramai orang yang hadir di majlis perkahwinan mereka berdua. alex sudah bersiap dengan pakaian tuxedo hitamnya. dia kelihatan tampan dan segak saat itu. kumar dan johnny menjadi pengapitnya di hari perkahwinannya. manakala badli pula di tugaskan menjadi DJ di majlis menjamu selera pada hari perkahwinannya itu nanti. indak lama lagi upacara perkahwinan mereka akan berlangsung di gereja katolik st john. sementara itu kelihatan avanisha berpakaian gaun putih yang cantik. dia di temani oleh pengapitnya iaitu suzy dan jenny. mereka juga kelihatan sungguh cantik dan menarik pagi itu. masing masing memakai gaun putih yang indah dan menawan. mereka kini berada di dalam perjalanan menuju ke gereja katolik st john indak jauh dari pusat bandaraya K.K. indak lama kemudian mereka pun sampai di tempat yang di tuju. dari jauh lagi kelihatan begitu ramai orang datang untuk meraikkan hari perkahwinan mereka di gereja tersebut. kelihatan tuan benjamin dan juga anak gadisnya avanisha beserta dua orang pengapitnya sedang berdiri di luar gereja. semua orang sudah duduk di tempat duduk masing masing. manakala alex dan dua orang pengapitnya berdiri di depan altar. muzik latar tema perkahwinan pun mula beralun di dalam gereja.

perlahan lahan tuan benjamin dan avanisha melangkah dengan di iringi oleh dua pengapit pengantinnya di belakang. dari jauh lagi avanisha dapat melihat alex berdiri di depan altar sambil tersenyum padanya. avanisha pun membalas senyumannya. semua orang di dalam gereja bangun bagi menghormati pihak pengantin perempuan yang sudah tiba di situ. sebaik saja mereka sampai di hadapan altar, alex pun terus menyambut tangan avanisha. mereka berdiri secara bertentangan di depan paderi yang berdiri indak jauh dari situ. paderi itu pun mula berbicara bagi memulakan acara itu. semua hadirin duduk diam di tempat duduk masing masing. acara tersebut berjalan dengan lancar. setelah mereka selesai mengucapkan ikrar perkahwinan untuk setia bersama sehingga ke akhir hayat, mereka pun di umumkan sebagai sepasang suami dan isteri yang sah. alex tanpa rasa segan silu terus saja mencium bibir isterinya. semua orang bersorak dan bertepuk tangan melihat mereka berpelukan dan berciuman di situ. "i love you alex...", ucap avanisha setelah mereka berciuman seketika. "i love you too sayang...", balas alex tersenyum manis. dia kembali mencium bibir isterinya tanpa menghiraukan orang lain di situ lagi. akhirnya mereka berdua dapat hidup bersama buat selama lamanya...

~ TAMAT ~

# akhirnya story ni dah selesai... mizz buat happy ending untuk you all semua. hope you all will like it... :)

ALEX (18) Where stories live. Discover now