ALEX 57

91 5 0
                                    

suasana di sekelilingnya begitu gelap sekali. alex indak tahu di manakah dia berada saat itu. semuanya terlalu gelap sehingga dia indak tahu ke mana dia harus melangkah. ketika dia berada di situ dia terdengar suatu suara... "alex...", kedengaran namanya di panggil orang. alex cuba memasang telinganya. "alex...", sekali namanya di panggil orang. "avanisha...", sahut alex tapi sahutannya tidak berbalas lagi. dia terasa bahunya di pegang orang. "avanisha... avanisha...", hanya itu saja yang terkeluar dari bibirnya. serentak dengan itu dia membuka matanya. dia lihat yang dirinya berada di atas katil. hos kecil melekat kemas di atas lengan kirinya. ada beg darah tergantung di atas kayu penggantung di sebelah kirinya. dia cuba bangun tapi dia di tahan oleh seseorang. "jangan banyak bergerak... kau harus banyak berehat...", kata suatu suara. dia mengalihkan pandangan matanya ke arah datangnya suara itu. kelihatan nenek yayan berdiri di sebelah kanan katil tersebut. "nek... aku kat mana ni?...", soal alex ingin tahu. "kau berada di hospital lex... ada orang terjumpa kau terbaring di atas tanah... sebenarnya apa yang telah terjadi?... mana perginya avanisha?", soal nenek yayan ingin tahu. mahu indak mahu alex pun terpaksa menceritakan segala galanya pada neneknya itu. "oh begitu ceritanya...", kata nenek yayan sebaik saja dia mendengar cerita dari mulut cucunya itu. baru saja alex ingin membuka mulutnya tiba tiba pintu bilik wad itu di buka orang dari luar. kelihatan sepasang suami isteri melangkah masuk ke dalam bilik wad tersebut. di sebelah mereka kelihatan dua orang pegawai polis turut melangkah masuk ke dalam bilik wad itu. "mama?... papa?...", alex terkejut sebaik saja dia melihat dua orang insan yang sudah lama di tinggalkannya itu. "oh sayang... kau tak apa apa ke?... kami datang ke sini sebaik saja inspektor halimi dapat mengecam wajah kau ketika mereka menemui kau terbaring di atas pantai tu. dia yang menghubungi kami dan memberitahu kami yang kau telah di masukkan ke hospital...", kata mamanya datin mei ling. dia terus memeluk alex yang terbaring di atas katil itu. terpinga pinga pula alex di buatnya. "sebenarnya mama terlalu rindu pada kau sayang... sudah lama kau tinggalkan kami tanpa sebarang khabar berita...", kata datin mei ling lagi.

"papa pun rindukan kau, alex...", ucap dato chai seraya memeluk anaknya itu. mereka berdua kelihatan sangat bersyukur sebab akhirnya mereka berjaya menemui anak mereka yang sudah lama menghilangkan diri itu. "nanti dulu... macamana inspektor halimi tahu yang aku ini anak korang berdua pula?", soal alex kehairanan. "sebenarnya inspektor halimi tu kawan lama papa kau sebab itulah dia dapat mengecam wajah kau dan menghubungi kami. dia yang memberitahu kami tentang diri kau... apakah kau tak suka kami datang ke sini?", soal puan mei ling dengan nada suara yang sedikit terkilan. "bukannya tak suka... cuma aku merasa hairanlah kenapa tiba tiba korang muncul di depan mataku pula... setahu aku selama aku menghilangkan diri korang tak pernah pun mencari aku...", kata alex dengan penuh emosi. dato chai dan datin mei ling terdiam selepas itu. "jangan cakap macam tu pada ibu bapa kau lex... diorang datang pun sebab diorang masih prihatin dan sayang pada kau...", tegur nenek yayan di sebelahnya. "prihatin apa?... sayang apa?... masa aku lari dari rumah mana diorang sibuk nak cari aku... bila aku hampir mati dan tinggal nyawa nyawa ikan barulah diorang datang mencari aku... itu pun setelah pihak polis menghubungi mereka...", kata alex melepaskan geramnya. "sudahlah tu lex... yang lepas jangan di kenang lagi... diorang dah datang ke sini untuk menjenguk kau. jadi tolong jangan keruhkan lagi keadaan ini...", kata nenek yayan pada cucunya itu. "betul apa yang nenek kau cakapkan tu... yang lepas jangan di kenang lagi... kami datang untuk meminta maaf di atas sikap kami yang selalu mengabaikan kau dulu... kami harap semoga kau dapat memaafkan kesalahan kami tu...", kata dato chai dengan nada suara yang perlahan lahan. alex terdiam di atas katilnya. nenek yayan menjeling ke arahnya. "alex... maafkanlah mereka...", kata nenek yayan di sebelahnya. "oh baiklah... aku maafkan korang... tapi jangan pula korang abaikan aku selepas ni...", kata alex dengan wajah yang serius. "kami janji indak akan mengabaikan kau lagi...", balas datin mei ling. "baguslah kalau korang sudah berbaik sekarang...", kata nenek yayan dalam nada suara yang gembira.

"mak pun ada di sini?...", dato chai menghampiri wanita tua tersebut. "ya... sebenarnya alex tak lari ke mana... dia lari ke rumah mak dan tinggal bersama mak bertahun lamanya sehinggalah korang bertemu dengannya pada hari ini...", kata nenek yayan perlahan lahan. "mak... maafkan kami sebab selama ini kami indak datang menjenguk mak di kampung... maafkan kami mak...", kata dato chai seraya memeluk tubuh ibu kandungnya itu. "ya mak... tolong maafkan kami...", kata datin mei ling dengan nada suara yang sedih pula. dia pun memeluk tubuh ibu mertuanya itu. "mak sudah lama memaafkan kesalahan korang. mak pun ingin minta maaf pada korang sebab mak menghalang perkahwinan korang dulu... sekarang mak sedar kesalahan mak tu...", kata nenek yayan dengan wajah yang sedih. "ya... kami maafkan kesalahan mak...", kata dato chai sambil memeluk tubuh ibunya itu. mereka saling berpelukan di situ. alex yang memerhatikan mereka turut merasa terharu.

"syukurlah kepada Tuhan sebab Tuhan sudah memakbulkan doa mak selama ini. keluarga kita yang bercerai berai di suatu ketika dahulu kini bersatu semula... mak gembira dapat bertemu dengan korang pada hari ini... jikalau Tuhan ambil nyawa mak hari ini pun mak tak kisah sebab mak dah dapat kemaafan dari korang berdua...", ucap nenek yayan dalam nada suara yang hiba. "jangan cakap macam tu mak... kami ingin mak hidup lebih lama di dunia ini...", kata dato chai pula. "yelah... yelah...", balas nenek yayan sambil tersenyum lebar. "eheemmm... korang dah habis cakap ke?", kedengaran suatu suara bergema di situ. "eh... maaflah tuan... kami terlupa pula yang tuan berdua nak soal siasat anak kami... er... silakan tuan... kami menunggu di ....", kata dato chai pada dua orang anggota polis yang sudah lama berdiri indak jauh dari situ. dia dan isterinya melangkah keluar dari situ. nenek yayan ingin melangkah pergi dari situ tapi dia di tahan oleh alex. "er... nek, bulih tak kalau nenek menemani aku di sini?", soal alex pada neneknya itu. "bulih juga tu...", mahu indak mahu nenek yayan pun terpaksa duduk di sebelah cucunya itu. sesi soal siasat pun di mulakan...

ALEX (18) Where stories live. Discover now