avanisha merenung wajahnya di cermin. dia kelihatan ayu dengan berpakaian gaun berwarna putih. pakaian tersebut di beli oleh papanya untuk pergi ke majlis perlantikan bakal suaminya itu. "papa... aku rasa aku tak nak pergilah...", kata avanisha sebaik saja papanya muncul di ambang pintu bilik tidurnya. "kenapa kau cakap macam tu pula?...", soal tuan benjamin agak terkejut. "aku tak berapa suka pergi ke majlis keramaian macam tu...", jawap avanisha dengan jujur. "kau indak boleh cakap macam tu... kau mesti datang ke majlis tu dengan papa... kalau tidak buruk padahnya...", gertak tuan benjamin dengan wajah yang serius sekali. "tapi pa...", perkataan avanisha terus di potong pantas oleh tuan benjamin, "tak ada tapi tapi lagi... kau mesti ikut papa ke majlis tu... ini untuk kebaikan kau juga...", tutur tuan benjamin dengan tegas sekali. mahu indak mahu avanisha terpaksa juga bersiap untuk datang ke majlis itu dengan papanya. setelah siap berpakaian avanisha pun keluar dari bilik tidurnya dengan di iringi oleh papanya itu. "kau jangan bimbang nisha... kali ini hidup kau akan senang... bakal suami kau pasti dapat membahagiakan hidup kau sebab dia kaya raya orangnya...", kata tuan benjamin seraya melangkah menuruni anak tangga ke tingkat bawah. avanisha melangkah di sebelahnya dengan perasaan yang bercelaru. dia sebenarnya merasa dua dua hati hendak pergi ke majlis perlantikan tapi demi menyenangkan hati papanya dia terpaksa juga pergi biar pun dengan hati yang berat sekali.
*** *** ***
"papa... kalau tuan benjamin dan anak gadisnya datang nanti papa yang tolong sambut diorang dulu ya... aku akan muncul sebaik saja tiba acara perlantikanku tu nanti... boleh kan papa?", soal alex pada papanya, dato chai. "eh... kenapa pula macam tu?... ini kan majlis perlantikan kau. takkanlah papa yang terpaksa melayan semua orang termasuk bakal bapa mentua kau tu...", soal dato chai kehairanan. "alah... papa ni... aku nak buat kejutan pada semua orang... terutamanya pada tuan benjamin cheng yang sombong tu...", kata alex dengan pantas. "apa?... apa kau cakap tadi?", soal dato chai ingin tahu. "oh nothing... just forget about that... anyway, aku merasa sungguh gembira pada hari ni... indak lama lagi aku akan bertemu dengan bakal isteri aku...", kata alex sambil tersenyum lebar. "betul ke kau nak berkahwin dengan anak gadis tuan benjamin tu, alex? kau belum lagi bertemu dan berkenalan dengan gadis itu... indak kah kau terfikir yang kau buat keputusan ni secara melulu...", sampuk datin mei ling di sebelah suaminya. "indak, ma... sebenarnya kami sudah lama bertemu dan berkenalan sebelum ini... aku saja yang malas hendak bagitahu mama dan papa...", jelas alex perlahan lahan. "oh yakah?... sejak bila pula awak bertemu dan berkenalan dengannya? kami tak tahu apa apa pun...", soal dato chai kehairanan. "semuanya berlaku ketika aku bekerja di syarikat penerbitan majalah elite...", balas alex dengan wajah yang selamba.
"apa?... kau pernah bekerja di syarikat penerbitan majalah kawan papa tu ke?", soal dato chai agak terkejut. "ya... masa tu aku hidup berjauhan dari mama dan papa... sebenarnya tujuan utama aku melarikan diri dari rumah kita dulu cuma satu iaitu aku ingin hidup berdikari. lagi pun aku teringin nak merasa bagaimana hidup dalam keadaan yang susah. thats why aku melarikan diri dari rumah kita dulu dan tinggal bersama dengan nenek di kampung. dari situlah aku belajar untuk hidup susah macam orang lain. tak sangka pula dalam keadaan aku yang miskin dan papa kedana tu ada juga gadis yang sukakan aku. gadis yang aku maksudkan ialah anak gadis tuan benjamin cheng. dia sanggup melarikan diri bersamaku dan tinggalkan segala kekayaan ayahnya hanya kerana dia mahu hidup bersama aku di kampung. malah dia sanggup melamar aku walau pun dia tahu aku ini orang miskin. dari situlah aku dapat membuat kesimpulan bahawa tak semua perempuan dalam dunia ini inginkan kekayaan dan kesenangan hidup semata mata. buktinya anak gadis tuan benjamin sudi menerimaku apa adanya. itu tandanya dia mencintaiku dengan segenap hatinya. ini membuatkan aku merasa terharu dan sekaligus jatuh cinta padanya...", jelas alex panjang lebar.
"oh... begitu... tak sangka pula kau ada strategi untuk mencari jodoh kau sendiri... apa apa pun papa merasa bangga dengan kau, alex... kau ingin hidup susah padahal kau di lahirkan dalam keluarga yang kaya raya. memang dahulu mama dan papa berfikir mungkin kau melarikan diri dari rumah gara gara masalah keluarga kita yang kucar kacir masa tu tapi tak sangka pula kau mahu hidup susah dan berdikari. yang lebih mengejutkan papa ialah kau berjaya mencari seorang gadis yang betul betul mencintai kau biar pun kau hidup dalam serba kekurangan. bagi papa itu suatu keajaiban...", kata dato chai dengan perasaan bangga. "ya... ia memang suatu keajaiban... apa apa pun aku mohon restu dari mama dan papa agar aku dapat berkahwin dengan anak gadis tuan benjamin tu kelak...", kata alex perlahan lahan. "kami akan merestuinya jikalau itu akan membahagiakan hidup kau...", kata dato chai sambil tersenyum lebar. mamanya pula menganggukkan kepala tanda dia merestui niat alex itu. "oh... thanks mama, papa... koranglah yang terbaik...", alex segera memeluk kedua orang tuanya dengan hati yang gembira. "ehemmm... dato, kereta dato sudah sampai... driver dato sedang menunggu dato di luar sana...", kedengaran salah seorang butler di situ bersuara perlahan lahan. "oh terima kasih, benson... tolong bawa briefcase aku ni ke dalam kereta tu ya...", kata dato chai seraya meleraikan pelukannya. dia menyerahkan briefcase di tangan pada butlernya itu. lelaki itu pun terus membawa briefcase tersebut ke dalam kereta. mereka mula melangkah meninggalkan rumah agam yang besar dan cantik itu.
*** *** ***
di dalam perjalanan menuju ke syarikat perhotelan five star holding berhad itu avanisha duduk sambil melentokkan kepalanya dekat dengan cermin kereta. ketika itu fikirannya bercelaru. entah macamana tiba tiba saja kereta tersebut berhenti secara mendadak di dekat traffic light itu. akibatnya "bukkk!...", kedengaran kepala avanisha terhantuk kuat di dekat cermin kereta tersebut. avanisha merasa kepalanya berdengung dan sakit secara tiba tiba. "aduiii....", dia merintih kesakitan. "kau tak apa apa kan nisha?", kedengaran papanya tuan benjamin bersuara di sebelahnya. "aku kat mana ni?...", avanisha bersuara sambil memegang kepalanya yang terasa sakit itu. "kau dalam kereta dengan papalah...", balas tuan benjamin dengan pantas. tiba tiba avanisha teringat akan sesuatu. "alex... di mana alex papa?", soalnya secara mendadak. tuan benjamin terkejut sebaik saja dia terdengar anak gadisnya menyebut nama lelaki yang di bencinya itu. "apa?... ingatan kau sudah pulih ke hah?", soal tuan benjamin mula curiga. "papa... jawap pertanyaan nisha ni... alex di mana? apa papa sudah buat pada alex?", soal avanisha agak cemas sekali. dia mula teringat bagaimana dia dan alex di tepi pantai di pukul dan di kerjakan oleh gangster jalanan tak guna itu. dia tahu pasti papanya yang mengupah gangster gangster tersebut untuk memisahkan mereka berdua. "apa yang kau merepek ni?", soal tuan benjamin mula marah. "papa... apa papa dah buat pada alex? jawap pertanyaan nisha ni papa...", soal avanisha mula menangis. tuan benjamin diam membisu. dia memandu keretanya tanpa memandang wajah anak gadisnya itu. "kenapa ingatan kau boleh datang balik dalam waktu yang sesak macam ni?", soal tuan benjamin cukup marah. "apa yang papa cakap ni?... apa yang telah terjadi pada alex dan papa nak bawa aku ke mana ni?", soal avanisha bertalu talu. "kau diam... kau tak boleh bertanya pasal si alex yang tak guna tu... buat pengetahuan kau, papa akan bawa kau berjumpa dengan bakal suami kau yang kaya raya. so lebih baik kau lupakan si alex yang miskin tak guna itu...", bentak tuan benjamin sambil menggetapkan giginya.
"tapi papa aku cintakan alex... aku ingin hidup bersama dengannya... papa tak boleh memaksa aku berkahwin dengan lelaki kaya tu...", balas avanisha sambil menangis. "peduli apa aku dengan cinta semu kau tu... yang penting kau dapat berkahwin dengan orang kaya. so kau indak lagi hidup merempat macam orang miskin...", kata tuan benjamin dengan marah sekali. "papa sudah gila!... papa gila dengan harta dunia... papa ingat harta dunia tu boleh di bawa mati ke, hah?", bentak avanisha dengan marah sekali. "memanglah harta tak boleh di bawa mati tapi sekurang kurangnya kita boleh hidup senang dalam dunia jikalau kita kaya raya...", balas tuan benjamin sambil memandu keretanya. "you know what? aku tak akan berkahwin dengan lelaki kaya tu biar pun papa bawa aku berjumpa dengan lelaki kaya tu. aku akan malukan papa di muka umum...", gertak avanisha pula. "jangan pula kau buat papa marah nisha, nanti buruk padahnya...", gertak tuan benjamin pula. "peduli apa aku... papa bukannya nak dengar perkataan aku pun...", kata avanisha dengan marah. "kau jangan melawan cakap papa tau... papa yang membesarkan kau so kau jangan kurang ajar pada papa...", bentak tuan benjamin marah. dia memegang pergelangan tangan kanan avanisha dengan kuat sekali. "kali ini kau mesti ikut apa yang papa cakap... ini untuk kebaikan kau juga...", kata tuan benjamin separuh geram. "lepaskan tangan aku... sakitlah...", avanisha bersuara sambil cuba melepaskan tangannya tapi tuan benjamin masih indak melepaskan tangannya. dia menggenggam erat tangan avanisha sehinggakan gadis itu menyeringai kesakitan. "aku tak akan lepaskan tangan kau selagi kau berdegil... aku sanggup buat apa saja agar kau ikut cakap aku...", kata tuan benjamin dengan wajah yang garang. avanisha terpaksa diam membisu. dia menahan kesakitan di tangannya. tidak lama kemudian mereka pun sampai di tempat yang di tuju.
suasana di ruang lobby syarikat perhotelan five stars holding berhad kelihatan begitu meriah sekali. ramai tetamu jemputan yang hadir ke majlis perlantikan pengarah baru itu. ini termasuklah tuan benjamin dan anak gadisnya avanisha. alex memerhatikan avanisha dari tingkat atas bangunan tersebut. gadis itu kelihatan cantik dalam pakaian gaun putih yang di pakainya. tuan benjamin pantas menarik tangan anak gadisnya itu untuk masuk ke dalam bangunan tersebut. "akhirnya kau datang juga sayang... oh... betapa aku merindui kau selama ini... terubat juga rindu di hati ini... avanishaku sayang, sekejap lagi kau akan ku lamar menjadi isteriku yang sah... biarlah kita menjadi sepasang suami isteri yang bahagia buat selama lamanya...", bisik alex dalam hatinya. perlahan lahan dia melangkah meninggalkan ruangan pejabatnya. dia sudah indak sabar lagi hendak bertemu dengan gadis yang amat di cintai dan di rinduinya selama ini.
YOU ARE READING
ALEX (18)
RandomSinopsis: Mengisahkan seorang pemuda bernama Alex yang sedang berusaha mencari kekasih atau jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. dalam memilih perempuan yang sesuai untuk di jadikan kekasih atau jodohnya dia terpaksa menghadapi pelbagai masalah...