pagi yang indah. kelihatan alex sedang memandu keretanya menuju ke perumahan di mana terletaknya rumah sewa yang pernah di sewa sebelum ini. sebaik saja dia sampai di tepi pagar rumah sewa tersebut dia memberhentikan keretanya. perlahan lahan dia melangkah keluar dari dalam kereta Audi berwarna hitam itu. "eh... alex ke tu?", tegur suatu suara. alex mengalihkan perhatiannya ke arah datangnya suara tersebut. kelihatan kumar sedang berdiri di ambang pintu rumah sewa itu. "oh hai kumar... selamat pagi...", sapa alex seraya melangkah masuk ke halaman rumah sewa tersebut. kumar segera menghampiri rakan serumahnya itu. "eh... dari mana kau datang ni?... ke mana kau menghilang selama ini?... dari siapa punya kereta ni?... nampak macam baru saja...", soal kumar secara bertalu talu. "oh... aku pergi ke suatu tempat yang jauh hari tu... itu sebabnya aku tiba tiba menghilangkan diri... anyway, ini kereta papa aku...", balas alex separuh berdalih. dia sengaja berdalih sebab dia indak mahu pemuda tahu masalah yang di hadapinya selama ini.
"oh... begitu... tapi sejak bila pula kau ada papa ni? bukankah hari tu kau cakap yang papa kau dah meninggal dunia?", soal kumar kebingungan. "sorrylah sebab hari tu aku berbohong sama kau. sebenarnya papa aku masih hidup lagi... aku sengaja cakap dia sudah meninggal dunia sebab dia sudah lama indak peduli pasal aku... tapi sekarang dia sudah sedar akan kesilapannya sendiri dan dia mahu aku tinggal bersamanya. itulah sebabnya aku menghilangkan diri dalam beberapa hari ni...", jelas alex panjang lebar. "oh... begitu... jadi sekarang kau indak tinggal kat rumah ni lagi?", soal kumar ingin tahu. "ya... aku datang nak ambik semua barang barang aku... mana badli?", alex bertanya seraya memandang wajah kumar. "badli tak ada... dia dah keluar tadi...", jawap kumar. alex melangkah masuk ke dalam rumah sewa itu dengan di ekori oleh kumar. dia mula packing semua barang barangnya. "kau dah bagitahu puan sarimah tak yang kau indak lagi mau menyewa bilik ni?", soal kumar. "dah... tadi aku baru saja berjumpa dengan puan sarimah di rumahnya. aku dah bayar semua sewa bilik ni...", balas alex seraya mengemaskan ke semua kain bajunya di dalam beg. "oh baguslah kalau macam tu... anyway, sunyilah rumah ni kalau kau tak ada nanti...", kata kumar sedikit sedih. "kau bukannya kesunyian kat sini... badli kan ada...", balas alex sambil tersenyum. "badli tak sama macam kau... dia tu moody urangnya... susah betul kalau nak bergaul dengan urang moody semacam tu...", kata kumar dengan wajah serius. "memang betul badli tu moody urangnya tapi kalau kau pandai sesuaikan diri dengannya sudah pasti kau dan dia akan jadi kawan baik...", kata alex perlahan lahan. "maksud kau?", soal kumar ingin tahu. "maksud aku macam ni... kalau dia cakap kau dengar saja perkataannya dan balas dengan perkataan yang lembut. jangan berkasar dengannya or buat tak tahu. nanti dia marah dan merajuk sama kau. dia sebenarnya indak berapa suka bah kalau kau bawa kawan kawan mak nyah kau masuk ke dalam rumah ni. bukannya apa... dia cuma takut puan sarimah datang ke sini untuk buat spot check masa kau bawa mak nyah ke sini. maklumlah puan sarimah tak mahu rumah ni di jadikan sarang maksiat sebab itulah dia melarang kau membawa mak nyah ke sini...", jelas alex panjang lebar. kumar terdiam selepas itu. "macam ni sajalah... jikalau kau mahu housemate kau berkawan baik dengan kau cubalah kau bertoleransi sikit dengannya. fahamilah apa yang dia katakan. jangan asyik nak bergaduh saja... itu indak baik...", kata alex pada kumar. "aku bukannya nak bergaduh dengan dia... dia tu moody semacam aje jikalau dia bersama aku... aku memang nak berkawan dengan dia tapi jikalau dia asyik moody semacam, itu yang susah tu...", kata kumar perlahan lahan.
"sebaiknya kau minta maaf pada dia dulu lepas tu kau cakaplah yang kau indak lagi bawa mak nyah ke rumah ni lagi. tentu dia indak moody lagi sama kau...", kata alex pada kumar. "nanti aku akan minta maaf pada badli... aku harap dia akan memaafkan aku...", kata kumar. belum pun sempat alex bersuara tiba tiba, "aku dah lama maafkan kau kumar...", celah suatu suara. mereka segera menoleh ke arah datangnya suara itu. kelihatan badli melangkah menuju ke arah mereka berdua. "oh... kau dari tadi dengar perbualan kami eh?", kata alex sambil tersenyum lebar. "yep...", balas badli sepatah. "oh... aku gembira sebab kau sudi maafkan aku...", kata kumar dengan gembira. "yeah... tapi dengan satu syarat kau jangan bawa mak nyah kau tu lagi kat sini ya...", badli bersuara pada kumar. "yeah... aku berjanji...", balas kumar dengan riangnya. "kalau macam tu kita kawan...", badli bersuara seraya meletakkan tangannya di atas bahu kumar. "yeah... we are friend... tapi malangnya kita kehilangan kawan kita yang satu ni... for your information alex tak nak tinggal di rumah ni lagi. dia nak tinggal di rumah orang tuanya...", kata kumar pula. "oh this is too bad... aku fikir tadi kau datang ke sini nak tinggal dengan kami...", badli bersuara dalam nada suara yang sedikit hampa. "sorry li... aku terpaksa tinggal dengan urang tua aku sebab diorang nak aku tinggal dengan diorang...", balas alex seraya mengemaskan barang barangnya ke dalam kotak yang di bawanya. "kalau macam tu biar kami tolong kau packing semua barang barang kau ni...", kata badli. dia dan kumar mula menolong alex mengemas semua barang barangnya ke dalam kotak
setelah selesai mereka membawa ke semua kotak barang milik alex ke dalam kereta yang terletak di luar pintu pagar rumah tersebut. sebaik saja semuanya selesai alex pun melangkah keluar dari dalam rumah itu. ketika dia hendak meninggalkan tempat itu kelihatan mak cik salmah jiran sebelah rumah mereka baru saja keluar dari dalam rumahnya. "eh... alex... kau ke tu?", tegur mak cik salmah seraya berdiri di dekat pagar rumahnya. "ya... mak cik... apa khabar mak cik?", soal alex dengan suara yang agak kuat sedikit. "oh... mak cik sihat saja... sudah lama mak cik indak nampak alex kat sini... alex pergi ke mana selama ini?", soal mak cik salmah ingin tahu. "oh... aku sibuk mak cik... buat pengetahuan mak cik alu tak lagi tinggal kat sini lepas ni...", kata alex. "eh... kenapa pula?", soal mak cik salmah pula. "papa dia nak dia tinggal dengannya mak cik...", celah kumar dalam nada suara yang agak kuat. "oooh... begitu... baguslah tu... sekurang kurangnya kau ada peluang untuk menjaga papa kau di masa tuanya kelak... tak macam mak cik ni, terpaksa tinggal seorang diri kat rumah ni sebab mak cik tak ada anak... tak ada siapa yang nak jaga mak cik... jenguk mak cik pun tak ada lagi...", kata mak cik salmah dalam nada suara yang sedikit sedih. "ouwhh... mak cik jangan sedih macam tu... kumar dan badli kan ada... diorang bulih jenguk jenguk mak cik bila aku tak tinggal di sini lagi...", kata alex. "tapi taklah macam kau lex... dulu kau selalu bersembang dengan mak cik tapi bila kau tak ada nanti tak adalah orang nak bersembang dengan mak cik lagi...", kata mak cik salmah sedikit sedih.
"ouwhh... mak cik ni... buat aku sedihlah pula... macam ni sajalah apabila aku ada masa lapang lagi aku akan datang menjenguk mak cik di sini dan bersembang dengan mak cik... bulih kan?", soal alex dengan lembut. "oh bulih... kalau kau selalu datang jenguk mak cik pun bulih. yang penting kau jangan lupa kami di sini pula ya...", kata mak cik salmah. "ya... aku indak akan lupa korang semua di sini... by the way aku minta diri dulu mak cik...", alex bersuara sambil bersalaman dengan mak cik salmah. "ya... baik baik jalan alex...", kata mak cik salmah dengan lembut. alex memandang wajah badli dan kumar buat seketika. "aku pergi dulu li... umar...", kata alex perlahan lahan. "okay take a good care of yourself...", tutur badli seraya bersalaman dengan alex. "yeah... you too...", alex bersuara dalam nada sedikit sedih. sebenarnya dia berat hati hendak tinggalkan kawan kawannya yang selama ini di anggapnya seperti adik beradiknya sendiri. dia memeluk badli dan kumar sambil menahan kesedihan di hati. badli dan kumar turut memeluknya dengan hati yang sedih. selepas itu dia melangkah pergi meninggalkan tempat itu...
YOU ARE READING
ALEX (18)
RandomSinopsis: Mengisahkan seorang pemuda bernama Alex yang sedang berusaha mencari kekasih atau jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. dalam memilih perempuan yang sesuai untuk di jadikan kekasih atau jodohnya dia terpaksa menghadapi pelbagai masalah...