ALEX 18

219 10 2
                                    

keesokan harinya alex pegi bekeraja seperti biasa. pagi itu mereka ada mesyuarat tergempar. mereka ingin bermesyuarat tentang statistik penjualan majalah elite yang semakin menurun dalam dua tiga bulan kebelakangan ini. ketika dia sampai di bilik mesyuarat kelihatan avanisha sudah duduk di tempat duduknya dengan di temani oleh papanya. sempat lagi dia menghadiahkan senyuman mesranya pada alex tapi alex buat tak tahu saja. dia duduk di tempat duduknya yang paling belakang sekali. ketika alex sedang duduk seorang diri di tempat duduknya tiba tiba datang pula luciana di situ. terkejut beruk si alex apabila dia tinguk luciana berdiri depan matanya. siap tersenyum meleret lagi tu. "katakan padaku alex yang kau masih cinta padaku...", kata luciana dengan lembut. "wei... apa pula kau tiba tiba datang ke sini ar?... aku indak panggil kau datang sini tadi lorh...", marah alex. "aku datang sebab aku nak tahu apakah kau masih mencintaiku?...", soal luciana masih tersenyum meleret. "aku tak cintakan kau lah... kau pergilah dari sini...", alex cuba menghalau perempuan tu tapi perempuan tu masih juga berdiri di depan matanya. dia macam tak mau tinggalkan alex seorang diri kat situ. "katakan saja yang kau masih cintakan aku...", kata luciana dengan lembut. dia melangkah menghampiri alex. alex mula berundur ke belakang. tiba tiba saja dia terlanggar seseorang di belakangnya. sekali dia menoleh ke belakangnya kelihatan elina tersenyum lembut padanya. "ya... katakan saja yang kau juga cintakan aku, lex...", kata elina pula. "wei... kenapa pula kau tiba tiba muncul kat sini ar?...", soal alex cukup terkejut. elina tidak menjawap tapi dia tersenyum meleret pula. gerun rasanya bila dia berdiri di tengah tengah dua orang bekas kekasihnya itu. belum pun sempat dia berbuat sesuatu tiba tiba muncul pula avanisha kat situ. perempuan tu datang menghampirinya. "katakan yang kau juga cintakan aku, lex...", kata avanisha pula. alex terpaksa berdiri kaku macam seekor tikus yang ketakutan di saat dia melihat kucing garang berada di sekelilingnya. alex bertambah takut bila dia lihat tiga orang perempuan itu ingin memeluk dan mencumbui dia. "ohhh... indak... aku indak cintakan korangggg!... indaakkkk!!!!!", jerit alex dengan sekuat hatinya. tiba tiba, "alex!!!!...", kedengaran namanya di sebut urang. alex terus saja terjaga. dia lihat semua urang pandang semacam ke arahnya. rupa rupanya dia sedang bermimpi sebentar tadi. entah macamana dia boleh tertidur semasa mereka bermesyuarat pagi itu pun dia sendiri tidak tahu.

"apa sudah jadi dengan kau alex?... tiba tiba saja kau menjerit macam orang gila tu?", tegur tuan benjamin padanya. semua mata tertumpu ke arahnya. begitu juga dengan sepasang mata bundar milik avanisha. masing masing tercengang bila melihat dia menjerit sebentar tadi. cepat cepat alex bangun dari atas kerusinya. malu betul alex bila semua orang pandang semacam ke arahnya. "er... maaf tuan... er... saya minta diri dulu... aku nak pergi ke tandas sekejap...", tutur alex serbasalah. dia beredar dari situ dalam keadaan yang tergesa gesa. "sialan betul... macamana aku bulih tertidur semasa aku berada di dalam bilik mesyuarat tu tadi?... aduuuhh... buduh betullah aku ni...", marah alex pada dirinya sendiri. dia melangkah cepat cepat menuju ke bilik tandas yang terletak di hujung koridor tersebut. sampai di bilik tandas lelaki dia pun terus mencuci wajahnya. dia memasang paip lalu wajahnya di cuci dengan air paip tersebut. mimpi yang di alaminya sebentar tadi masih terbayang jelas di matanya. dia tidak tahu kenapa dia mendapat mimpi seperti itu. apakah itu bermakna yang hidupnya akan terus di ganggu oleh 3 urang perempuan dalam mimpinya tu?... "haishhh... minta minta janganlah jadi macam tu....", gerutu alex seorang diri di dalam tandas lelaki itu tiba tiba, "apa maksud kau jangan jadi macam tu ar?", soal suatu suara. terkejut betul alex apabila dia tinguk avanisha berdiri di belakangnya sambil berpeluk tubuh. "oh... aku bermimpi lagi ke ni?... haish... wake uplah alex!... wake up!...", alex bersuara sambil menampar pipinya dengan tangannya sendiri. "wei... kau tak bermimpi lagilah... kau di dunia realiti sekarang...", kata avanisha dengan wajah yang serius sekali. alex segera menoleh ke belakangnya. memang betul avanisha berdiri tepat di belakangnya.

"tapi... tapi kenapa kau berada di dalam bilik tandas lelaki ni pula?... urang perempuan indak bulih masuk ke dalam bilik tandas lelaki ni bah...", tutur alex separuh bengang. "hey... tiada sesiapa pun kat sini. so tak salah kan kalau aku masuk sekejap dalam bilik tandas lelaki ni... sebenarnya aku cuma nak tahu apa masalah kau ni. tiba tiba saja kau menjerit semasa kita bermesyuarat tadi...", soal avanisha dengan wajah yang serius. "aku cuma bermimpi saja. anyway I'm okay now... kau pergilah bermesyuarat dengan papa kau tu dulu...", alex cuba mendorong belakang perempuan tu supaya dia pergi dari situ tapi avanisha mengelakkan diri dari di dorong keluar. dia terus pegang tangan alex. "kalau kau ada masalah cakap saja padaku alex... kau jangan cuba sembunyikan masalah kau tu...", kata avanisha sambil merenung wajah alex dengan renungan mata yang tajam sekali. "look avanisha... I am okay now... tak payahlah kau sibuk sibuk pasal aku ni...", kata alex dengan wajah yang serius sekali. "betul ke ni kau tak apa apa?...", soal avanisha dengan penuh prihatin. "ya... betul... aku tak apa apa... kau pergilah masuk ke dalam bilik mesyuarat tu dulu... nanti papa kau cari kau lagi tu...", kata alex dengan pantas sekali. "are you sure?", soal avanisha lagi. "yeah I'm sure....", balas alex perlahan lahan. "okay...", barulah avanisha melepaskan tangan alex. baru saja alex hendak beredar dari situ tiba tiba tangannya di tarik oleh avanisha. "ada apa lagi ni?...", soal alex separuh bengang. tanpa di duganya avanisha terus mencium bibirnya. sekali lagi alex terkejut. indak sempat pula dia mengelak. "okay... now you can go...", avanisha bersuara seraya meleraikan pelukannya. "what thats for?", soal alex kebingungan. "thats will make you feel better.... I think so... okay I've gotta go now. talk to you later...", cepat cepat avanisha melangkah keluar dari situ. alex masih berdiri kat situ. maklumlah dia masih merasa terkejut dengan tindakan berani avanisha itu. bukan sekali dia kena cium oleh perempuan tu. ini dah 3 kali dia kena cium oleh perempuan tersebut. sebenarnya alex indak mengerti kenapa perempuan tu suka sangat mencium bibirnya. apakah avanisha sudah jatuh cinta padanya atau pun dia cuma ingin mempermainkan perasaannya. entahlah... dalam diam alex mengeluh seorang diri...

ALEX (18) Where stories live. Discover now