ALEX 51

113 2 0
                                    

"apa yang kau buat tu?", kedengaran satu suara menegurnya dari belakang. alex pun segera menoleh ke belakangnya. kelihatan avanisha melangkah menghampirinya di situ. "oh nothing... aku cuma nak ambik angin kat luar ni...", balas alex perlahan lahan. "bulih kan kalau aku duduk kat sebelah kau?", soal avanisha dengan lembut. "kalau kau nak duduk, duduklah...", kata alex. perlahan lahan avanisha duduk di sebelahnya. "kenapa ni? kau macam tak happy saja...", tegur avanisha. "sebenarnya aku bimbanglah nisha... aku bimbang nanti di suatu hari kelak papa kau akan berjaya menjejaki kita di sini...", tutur alex meluahkan perasaannya. "bimbang? oh... janganlah bimbang macam tu sekali... kita tak akan apa apalah selepas ini... kau percaya saja cakap aku ni...", kata avanisha dengan pantas. "tapi bagaimana jikalau papa kau menjejaki kau ke kampung ini? bagaimana jikalau dia memaksa kau tinggalkan aku pula?", soal alex dengan dahi yang berkerut. "oh itu tak akan terjadilah...", balas avanisha sambil menggeleng gelengkan kepalanya. "macamana kau begitu yakin yang papa kau tak akan buat benda macam tu? jikalau dia tahu pasti dia akan paksa kau pulang ke bandar bersamanya semula...", tutur alex masih bernada bimbang. "alex... stop worrying like that, okay... papaku tak akan buat perkara bodoh macam tu lagi... aku tahu dia tak akan buat apa apa ke atas kita sebab aku dah tinggalkan surat pada dia supaya dia jangan mencariku dan mengganggu kita lagi...", balas avanisha dengan penuh yakin.

alex terdiam selepas itu. "lex... jangan banyak fikir lagi... kita pasti akan hidup bahagia selamanya... apatah lagi jika anak dalam perutku ini di lahirkan bertambah lagi kebahagiaan yang kita kecapi...", ucap avanisha dengan lembut. dia memegang erat tangan alex sambil meletakkannya di atas perutnya. "aku dan anak kita akan hidup bersama kau selamanya sayang... percayalah cakap aku ni...", tutur avanisha lagi. alex terkedu seketika. dia tak tahu nak cakap apa. "kenapa kau diam pula?", soal avanisha sambil memandang wajah alex. "i'm speechless... sebenarnya inilah pertama kali aku bertemu dengan seorang gadis yang beriya iya sangat nak berkahwin dengan aku... padahal aku bukannya kaya raya seperti lelaki lain tu...", kata alex perlahan lahan. "aku tak pentingkan kekayaan lex... aku cuma mahu cinta yang sejati dari lelaki yang aku kasihi... bagiku cinta itu penting dari segala galanya...", balas avanisha dengan lembut. alex menelan air liurnya. perkataan avanisha itu sedikit sebanyak menyentuh hatinya.

"apa apa pun aku nak berikan kau sesuatu...", avanisha bersuara seraya mengambil sesuatu dari dalam poket skirtnya. "aku nak kau pakai cincin ini sebagai tanda yang kau adalah milikku...", ucap avanisha seraya membuka sekotak kecil cincin emas khas untuk lelaki. terkejut betul alex sebaik saja dia melihat cincin itu. "weh!... apasal pula kau yang bagi aku cincin duluan? sebenarnya lelaki bah yang bagi cincin sama perempuan...", kata alex pula. "itu dulu... sekarang dah modenlah... kau pakai saja cincin ni...", kata avanisha seraya mengambil cincin itu dari dalam kotaknya. "mana bulih macam tu... sebaiknya kita saling bertukar cincin barulah 'ngam'... tak best kalau aku seorang saja yang pakai cincin di jari sedangkan kau indak ada cincin...", bidas alex. "jadi?", avanisha bersuara seraya memandang wajah alex. "jadi kau kena tunggu aku beli cincin emas untuk kau dulu. setelah kita turunkan tandatangan di atas sijil perkahwinan kita tu barulah kita bertukar cincin. amacam kau setuju tak dengan cadangan aku ni?...", soal alex. "setuju... tapi jangan pula kau bagi aku cincin emas...", kata avanisha seraya tersenyum. "kenapa pula?", soal alex kehairanan. "sebab aku tak suka cincin emas. kalau bulih aku nak cincin silver yang murah murah tu...", tutur avanisha. "bah kenapa kau bagi aku cincin emas yang mahal ni pula?... lebih baik kita pakai cincin silver untuk cincin perkahwinan kita...", kata alex. "tak apa... kau bulih pakai cincin emas ni tapi biar aku yang pakai cincin silver saja...", kata avanisha dengan lembut. "kenapa kau seorang saja yang
pakai cincin silver pula?", soal alex bertambah hairan. "sebab aku tahu bakal suami aku ni tak mampu beli cincin emas yang mahal mahal untuk aku... so aku tak kisah pun jikalau kau belikan aku cincin silver yang murah murah tu....", kata avanisha perlahan lahan. alex terkedu di saat dia mendengar perkataan dari mulut perempuan itu. rupa rupanya avanisha indak seperti semua perempuan pisau cukur yang di kenalinya sebelum ini. walaupun avanisha di lahirkan di dalam keluarga yang kaya raya tapi dia indak pentingkan harta benda di dunia ini. buktinya dia indak minta cincin emas yang mahal untuk cincin perkahwinannya. "betul ke ni?... biasanya perempuan sukakan cincin emas untuk cincin perkahwinan mereka...", kata alex perlahan lahan. "betul... aku lebih suka pakai cincin silver murah saja...", balas avanisha dengan lembut. "baiklah... tapi janganlah pula kau menyesal sebab dapat cincin silver murah tu nanti...", kata alex sambil tersenyum. "tak apa... its okay... janji aku dapat cincin dari bakal suami yang di kasihi...", ucap avanisha dengan lembut. dia memeluk erat lengan kiri alex dengan penuh manja. alex membiarkannya memeluk lengan kirinya. alex merenung wajah avanisha yang duduk di sebelahnya saat itu. "kenapa kau merenung wajahku macam tu?", soal avanisha ingin tahu. "sebenarnya aku nak cakap sesuatu pada kau...", kata alex perlahan lahan. "apa dia?", soal avanisha ingin tahu.

"sebenarnya aku belum lagi mengenali hati budi kau... bulih kan kalau selepas kita di sahkan jadi suami isteri tu aku nak kita berkawan dulu... maksud aku kita berhubungan macam kawan dulu...", kata alex perlahan lahan. "kenapa pula kau nak berkawan dengan aku setelah kita di sahkan menjadi sepasang suami isteri?", soal avanisha kebingungan. "macam ni... aku sebenarnya belum bersedia hendak berkahwin lagi... tapi memandangkan nenek aku tu nak kita berkahwin sebab kau tengah hamilkan anak aku so aku rasa kita harus berkahwin dulu tapi kita berhubungan seperti seorang kawan saja. sebenarnya aku nak mengenali kau dengan lebih mendalam lagi sebelum sampai ke tahap di mana kita bercinta seperti sepasang suami isteri yang lain tu...", kata alex perlahan lahan. "maksud kau?", soal avanisha bertambah bingung. "maksud aku... aku tak nak kita berhubungan kelamin setelah kita berkahwin kelak. aku nak kau lahirkan anak dalam kandungan kau tu dulu lepas tu barulah kita bulih berhubungan seperti suami isteri yang lain tu...", kata alex dengan penuh berhati hati. sebenarnya tujuan dia berkata begitu ialah dia indak mahu avanisha mengajaknya melakukan hubungan seksual sepanjang tempoh kehamilannya sebab dia takut itu akan mengganggu janin di dalam perut bakal isterinya itu. "oh... jadi maksud kau kita indak melakukan hubungan seks selama aku hamil begitu ke?", soal avanisha. "ya... selama tempoh kehamilan kau tu kita berkawan saja... sambil tu kita berusaha mengenali hati budi masing masing... amacam kau setuju tak dengan cadangan aku ni?...", soal alex dengan wajah yang serius. "aku tak setuju dengan cadangan kau tu...", kata avanisha pula. "kenapa kau tak setuju pula?", soal alex dengan perasaan geram. "sebab aku tak suka dengan cadangan kau tu...", kata avanisha. "haish...", alex mengeluh panjang.

   

ALEX (18) Where stories live. Discover now