ketika dia sedang berdiri di situ tiba tiba saja pintu rumah mereka di ketuk orang dari luar. "haish!... siapa pula yang ketuk pintu tu?...", bisik alex dengan penuh tanda tanya. mau indak mau alex pun terpaksa melangkah menuju ke pintu rumah tersebut. perlahan lahan dia membuka pintu rumah itu tapi alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat puan sarimah berdiri di depan matanya. siap unjukkan tangan dia lagi tu. "bah... mana bayaran sewa bulanan kamurang bulan ani?... aku udah lama menunggu ni...", puan sarimah tuan punya rumah bertanya sambil unjukkan tangannya ke muka alex. hampir saja muka alex terkena hujung jari tangan perempuan yang penuh dengan gelang emas tu. nasib baik dia berdiri jauh sedikit dari perempuan tu. jikalau tidak mungkin batang hidungnya pun terkena pada hujung jari tangan perempuan tersebut. "oh puan sarimah... er... maaflah... aku belum terima gaji lagi ni, puan... er... mungkin hujung minggu ni kot baru aku terima gaji... jikalau aku dah terima gaji nanti aku akan bayar, ye puan?...", kata alex sambil tersengih sengih macam kerang busuk. "bah... mana tia si badli kawan mu atu? aku mau berjumpa sama ia...", kata puan sarimah dalam loghat melayu kadayannya. "maaflah puan... si badli indak ada di sini... dia keluar ke bandar tadi...", bohong alex. "apa?... keluar ke bandar? tapi anak aku si mail cakap si badli baru balik rumah bah tadi... siap bawa perempuan lagi tu... bah mana si badli?... aku datang ke sini nyamu mau check.... mun ia membawa perempuan kat rumah ani aku kan menghalau ia keluar dari rumah ani... rumah ani bukannya rumah tempat buat maksiat ar...", kata puan sarimah separuh bengang.
"bila masa pula si badli bawa balik perempuan ke sini?... jangan jangan anak puan si mail tu tersalah lihat kot... si badli betul betul indak ada dalam rumah ini lah...", balas alex berbohong lagi. "mana mungkin anak aku tersalah lihat... jangan jangan kau ni berbohong sama aku, eh....", puan sarimah memandang serius ke wajah alex. "eh... aku indak bohong bah...", balas alex pula tapi belum pun sempat dia habis cakap... "ouwhh... ohh... ohh... ohh... buatlah lagi sayang... i nak lagi...", kedengaran suara orang merintih ke'syiok'kan di dalam bilik tidur badli. "bah... apa suara urang yang merintih rintih tu? itu bukan suara badli kah?", soal puan sarimah mula curiga. "apa? suara badli? eh... bukanlah.... itu suara TV jiran sebelah rumah... diorang tu tengok TV mesti pasang volume TV besar besar sampai membingitkan telinga... maklumlah puan jiran sebelah rumah tu kan pekak badak so dia pun tengok TV dengan volume suara yang besar...", dalih alex pula. "tapi suara tu datang dari dalam rumah inilah... ", puan sarimah mula tercangak cangak di ambang pintu rumah tersebut. alex terpaksa menghalangi perempuan itu sambil berdiri tepat di muka pintu. "oh... tak adalah puan... puan salah dengar kot... mana ada orang dalam rumah ni... aku seorang saja bah dalam rumah ni... puan tunggu sekejap ya biar aku berteriak pada jiran sebelah rumah tu supaya diorang kasi kurangkan sikit volume suara TV diorang tu... hoiiii!!!!... setan!!!... hoiiiiii!!!!!.... senyaplah hoiii!!!!... jaga jaga ada polis datang meronda ni!... karang di tangkapnya kamurang barulah padan muka kamurang tu!!!....", jerit alex dengan lantangnya. suara suara ke'syiok'an tadi terus hilang entah ke mana. "eh... apa pula yang kau merepek ni ar?... aku bukannya polis lorh...", marah puan sarimah. alex tersengih sengih macam kerang busuk. sebenarnya dia berusaha menutup rahsia kawannya yang suka bawa perempuan tidur dalam rumah sewa mereka tu bah. itulah sebabnya dia terpaksa berbohong demi kawan serumahnya yang tak guna tu.
"aku indak percaya cakap kau ani... aku yakin si badli ada dalam rumah ani... bah sasar ke tepi kau dulu... biar aku masuk check dalam rumah ni... mun badli betul betul membawa perempuan ke sini awas dia... akan ku kerjakan dia cukup cukup...", kata puan sarimah dengan muka yang bengis sekali. dia cuba masuk tapi alex menghalangnya. "eh... eh... nanti dulu puan... puan tak boleh masuk...", alex bersuara sambil berdiri di depan wajah perempuan gemuk itu. "kenapa kau menghalang aku pula?... aku mahu check samada si badli ada dalam biliknya atu atau pun indak...", puan sarimah bersuara separuh bengang. "bikin apa puan check lagi? bukankah aku dah cakap tadi si badli betul betul indak ada dalam rumah ni...", kata alex dengan wajah yang serius sekali. "ahhhh!!!... aku indak percaya cakap kau ani... kau memang sengaja sembunyikan kawan kau atu sebab dia ada membawa perempuan ke dalam rumah ani, kan?...", tekan puan sarimah. dia menolak alex ke tepi kemudian dia melangkah masuk ke dalam ruang tamu itu. "mana ada puan... puan ni....", belum pun sempat alex menghabiskan perkataannya tiba tiba, "tuut-tuut... tuut-tuut... tuut-tuut...", kedengaran mobile phonenya berbunyi nyaring. puan sarimah segera menjawap panggilan di mobile phonenya itu. "hello..." *diam sekejap* "ya... ada apa..." *diam sekejap* "oohh... cik nak sewa rumah?... oh bulih... bulih... bulih... aku ada sebuah rumah kosong lagi untuk di sewa... kos sewa rumah boleh di runding..." *diam sekejap*. "kau nak berjumpa dengan aku ke?.... oh bulih... bulih... bulih... sekejap lagi aku akan turun pergi berjumpa dengan kau di sana... kau tunggu aku, ya... okay, bye...", cepat cepat puan sarimah mematikan talian di mobile phonenya itu. dia memandang wajah alex dengan pandangan mata yang serius sekali. "aku indak jadi check dalam rumah ni sebab aku ada urusan yang perlu di buat. anyway, kau kena ingatkan si badli tu jangan sekali kali dia bawa perempuan masuk ke dalam rumah ani... kalau sekali saja dia kedapatan membawa perempuan ke dalam rumah ani awas dia... aku indak segan segan menghalau dia keluar dari rumah ani... ingat tu!..", kata puan sarimah seperti memberikan peringatan pada alex pula. "ingat puan...", balas alex perlahan lahan. "oh by the way, kamurang mesti bayar sewa bulanan rumah ni pada penghujung minggu ni. jikalau kamurang lambat bayar sewa rumah, kamurang akan di halau keluar dari rumah ni... faham?", soal puan sarimah lagi. "faham puan...", balas alex seraya mengangguk anggukkan kepalanya. perlahan lahan puan sarimah beredar dari situ. alex duduk di atas kerusi sofa yang ada di situ. dia menarik nafas lega.
nasib baik perempuan tu indak jadi buat spot check dalam rumah tu. jikalau dia buat spot check tadi memang kenalah kawannya si badli tu. "klikk...", kedengaran pintu bilik tidur badli di buka orang dari dalam. kelihatan seorang perempuan berpakaian seksi berjalan keluar dari dalam bilik tidur badli. "er... I've gotta go now... talk to you later sayang... bye...", cepat cepat perempuan berambut panjang separas bahu itu berlari keluar dari situ. dia berlari masuk ke dalam keretanya yang di parking di luar rumah tidak jauh dari situ. alex memandang wajah badli dengan wajah yang tegang sekali. "wei... kawan kalau kau mau buat projek pun tolonglah jangan buat dalam rumah ni... kau kan tahu puan sarimah indak suka kita bawa perempuan tidur dalam rumah ni...", tutur alex sedikit bengang. "ya aku tahu...", balas badli dengan acuh tak acuh. "kalau kau tahu kenapa kau bawa perempuan tu ke sini lagi?... bukankah kau sengaja nak cari masalah?...", tempelak alex. "manalah aku tahu puan sarimah tiba tiba datang ke sini nak minta sewa dan lepas tu nak buat spot check pula... jikalau aku tahu sudah pasti aku tak akan bawa kekasih baru aku tu ke rumah ni...", kata badli dengan wajah yang selamba. "haish... teruk betullah kau ni badli... kalau kau kedapatan ngan perempuan tu tadi sudah pasti kau dan aku kena halau dari rumah ni...", tutur alex separuh bengang...
AUTHOR NOTE: sorry for the long delay. I've been busy lately. I dunno when I will update the other stories but you all need to wait ar... harap korang bersabar menunggu... okay see you all next time... ta-ta... ti- ti... tu-tu....
YOU ARE READING
ALEX (18)
AcakSinopsis: Mengisahkan seorang pemuda bernama Alex yang sedang berusaha mencari kekasih atau jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. dalam memilih perempuan yang sesuai untuk di jadikan kekasih atau jodohnya dia terpaksa menghadapi pelbagai masalah...