sebaik sahaja mereka berada di dalam restoran itu mereka pun terus order makanan bersama sama. selepas tu mereka duduk di atas kerusi meja yang terletak di dekat kaca besar restoran tersebut. "so, apa yang kau ingin bincangkan padaku?", soal alex memulakan bicara. "aku ingin berbincang tentang masa depan kita dan masa depan anak kita ni...", tutur avanisha dengan wajah yang serius. "kau betul betul yakin ke yang anak dalam kandungan kau tu ialah anak aku?", soal alex dengan dahi yang berkerut. "ya... memang ini anak kau alex... aku berani bersumpah yang anak ni ialah anak kau... kalau kau tak percaya cakap aku ni kita boleh buat ujian DNA bila anak ni dah lahir kelak...", tutur avanisha dengan wajah yang serius. "sebenarnya aku cuma inginkan kepastian. itu saja... by the way, papa kau dah tahu ke yang kau sudah berbadan dua...", tutur alex perlahan lahan. "belum... kalau dia tahu dia pasti akan merasa marah....", kata avanisha. alex terdiam seketika. "begini sajalah.... aku rasa lebih baik kau bagitahu papa kau dulu... dia berhak mengetahui perkara ini...", kata alex perlahan lahan. "tapi aku tak berani lex... aku takut papaku marah padaku...", tutur avanisha. "nak buat macamana lagi kan kau harus berterus terang dengannya juga...", kata alex dengan wajah yang serius. "aku tak boleh lex... aku takut nanti tak pasal pasal pula dia suruh aku gugurkan baby ni...", kata avanisha pula. alex terdiam lagi. dia menggaru kepalanya yang indak gatal. "jadi kau nak kita kahwin lari begitu sajakah?", soal alex. "yalah... aku memang bertujuan hendak mengajak kau kahwin lari... hanya itu saja jalan penyelesaian bagi masalah kita ni...", kata avanisha.
"kalau kita kahwin lari sudah tentu papa kau akan marah. macamana kalau dia call polis dan tuduh aku yang culik kau pula?....", soal alex dalam nada suara yang tegang sekali. "takkanlah dia tuduh kau macam tu sekali...", balas avanisha. "yelah kan mana tahu dia tiba tiba saja tuduh aku macam tu. bukankah naya jadinya tu...", kata alex. avanisha diam. air mata mengalir di pipinya. "jadi kau tak nak kahwin dengan aku?", soal avanisha dalam nada suara yang sebak sekali. "bukan macam tu. memang aku nak kahwin dengan kau sebab kau dah hamil anak aku tapi masalahnya papa kau tu... dia pasti akan marah pada kita jikalau kita kahwin lari macam tu saja...", tutur alex dengan pantas. "jadi macamana lagi ni?...", soal avanisha. dia mengesat airmata yang mengalir di pipinya. alex teringat akan perkataan neneknya yang menyuruh dia membawa avanisha ke kampungnya untuk berbincang mengenai masalah tersebut. "macam ni sajalah... kita berbincang dulu dengan nenek aku... aku rasa nenek aku pasti ada jalan penyelesaiannya...", kata alex. "baiklah tapi biar aku balik ke rumah aku dulu... aku nak packing barang barang aku...", kata avanisha dengan pantas. "baiklah... sebaiknya kau jangan bawa kereta mewah kau tu ke kampungku... kau bawa saja beg pakaian kau ke sini dan kau tumpang teksi ke sini. biar aku bawa kau balik ke kampung aku dengan motosikal aku tu... aku tak nak papa kau mengekori kau secara diam diam...", kata alex dengan wajah yang serius. "baiklah...", balas avanisha sepatah. dia indak menangis lagi tapi dia mula tersenyum pada alex. "thanks alex sebab kau sudi mengahwiniku...", tutur avanisha sambil memegang tangan kiri alex. "aku terpaksa mengahwini kau kerana aku kasihankan anak dalam kandungan kau tu... lagi pun aku tak nak di tuduh orang sebagai lelaki yang indak tahu bertanggungjawab...", kata alex dengan wajah yang serius. "apa apa pun aku berterima kasih pada kau sebab kau sudi menerimaku apa adanya. itu sebabnya aku semakin sayang pada kau...", ucap avanisha perlahan lahan. dia mula meramas ramas tangan alex dengan lembut. alex biarkan saja tangannya di ramas oleh perempuan tu. padahal dalam hatinya dia rasa galau semacam. sebenarnya dia merasa takut tuan benjamin mencari anak perempuan kesayangannya itu.
tanpa mereka sedari ada sepasang mata sedang memerhatikan mereka indak jauh dari situ. dia terus call seseorang,
"hello boss..."
"hello... ada apa?",
"aku nampak anak boss bertemu dengan pemuda tu lagi..."
"diorang di mana sekarang..."
"diorang kat restoran mcdonald jalan kuchai...",
"kau perhatikan mereka dulu. jikalau mereka berpisah haluan kau terus saja belasah si malaun tu cukup cukup. lepas tu kau bagi amaran keras padanya, jangan sekali kali dia cuba mendekati anak perempuan aku tu lagi. jikalau dia masih mengganggu avanisha dia pasti akan terima padahnya... paham?",
"paham boss..."
"baiklah... kau jalankan saja tugas kau tu... aku akan berikan kau habuan selepas kau menjalankan tugas kau tu..."
"baiklah boss... jangan bimbang... aku akan jalankan tugas aku dengan sebaik mungkin..."
"okay... kau datang jumpa aku selepas kau jalankan tugas kau tu.."
"alright boss..."
talian mobile phone di matikan. dia kembali memerhatikan sepasang kekasih itu.setelah mereka makan dan minum alex dan avanisha mula meninggalkan restoran tersebut. "aku balik dulu ye... tapi kau mesti tunggu aku di sini... aku akan kembali dengan membawa beg pakaianku...", kata avanisha pada alex di sebelahnya. dia memegang tangan kiri alex dengan erat sekali. entah kenapa kali ini alex indak menarik tangannya dari genggaman tangan perempuan itu. malah dia membiarkan saja avanisha memegang tangannya. "aku sudah indak sabar lagi hendak hidup bersama kau... I really love you...", tutur avanisha dengan lembut. dia masih berdiri di sebelah alex walaupun mereka lama lama berdiri di luar restoran itu. rasanya avanisha macam indak mau berpisah dengan alex pula walaupun hanya seketika. alex hanya diam membisu. sebenarnya hatinya terasa galau saat itu. dia takut sekali memikirkan kemungkinan tuan benjamin tahu rancangan mereka yang hendak berkahwin lari tu. kalau dia tahu habislah dia... "lex... kau dengar tak apa yang aku cakapkan ni?", soal avanisha kuat kuat di telinganya. alex terkejut dari lamunannya. "apa?... apa kau cakap tadi?", soal alex pula. "aku cakap aku sudah indak sabar lagi hendak hidup bersama kau... I really love you...", ucap avanisha. serentak dengan itu dia mencium bibir alex. terkedu alex di buatnya. "kau tunggu aku kat sini dulu ye... aku pergi sekejap aje ni. lepas aku packing barang barang aku tu aku pasti akan datang ke sini semula...", kata avanisha. "hm... baiklah...", balas alex. perlahan lahan avanisha melepaskan pegangan tangannya. kemudian dia beredar dari situ. alex terpaksa menunggunya di situ.
YOU ARE READING
ALEX (18)
RandomSinopsis: Mengisahkan seorang pemuda bernama Alex yang sedang berusaha mencari kekasih atau jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. dalam memilih perempuan yang sesuai untuk di jadikan kekasih atau jodohnya dia terpaksa menghadapi pelbagai masalah...