ALEX 3

622 12 0
                                    

"mana Alex, hah?", tanya elina dengan garangnya. badli tersengih macam kerang busuk. "indak tahu... mungkin dia masih berada di bandar kot...", balas badli sambil tersengih kat depan pintu macam orang palui. "bohong!... aku tahu bah alex berada di dalam rumah ni... buktinya ini kasut Alex, bukan?", bentak elina sambil mengangkat kasut nike milik pemuda tersebut. "oh... memanglah itu kasut Alex tapi dia kan banyak kasut... bukan itu saja kasutnya... maksud aku, dia pergi ke bandar tadi dengan memakai kasut lain ler...", bilang si badli dengan suara yang pantas. "bohong!... kau sengaja berbohong padaku....", bentak elina dengan wajah yang marah sekali. "eh... aku tak bohong... aku cakap betul ni...", badli sekali lagi berdalih depan perempuan tu. perempuan tersebut menggetapkan giginya. geram betul dia pada lelaki itu. "aku terdengar suara kau di dalam telefon tadi lah... aku tahu kau dan alex berkomplot hendak mempermainkan aku...", soal elina dengan marah. "eh... mana ada...", balas badli pula. elina terus merempuh masuk ke dalam rumah macam gajah yang garang pula. badli terjatuh di tepi pintu rumah apabila dia di tolak oleh perempuan tu dengan sekuat hatinya. "aduiii.... mak... sakitnya...", keluh badli sebaik saja lengan kirinya terkena pintu rumah sewanya itu. dia tidak menyangka elina yang bertubuh kecil macam semut tu boleh merempuh dia macam seekor gajah pula. "mana alex?... mana perginya lelaki tak guna tu?", marah elina sambil berjalan mundar mandir di ruang tamu pemuda tersebut.

"aku sudah bilang sama kau si alex indak ada di sini bah... dia masih berada di bandar...", tutur badli perlahan lahan. "bohong!... aku indak percaya apa yang kau bilang tu... biar aku cari lelaki tak guna tu sampai dapat...", bilang si elina tanpa memandang wajah lelaki itu. dia sudah naik angin satu badan. rasanya mau saja di cekik cekiknya leher si alex kalau dia bertemu dengannya kelak. maklumlah dia di tinggalkan seorang diri kat restoran tadi. pas tu dia juga yang terpaksa bayar semua harga makanan yang di ordernya. baginya Alex patut di 'ajar' cukup cukup. dia mula mencari kekasihnya itu di dalam rumah sewa tersebut. sementara itu kelihatan Alex di landa perasaan gelisah apabila dia mendengar elina membentak bentak si badli macam orang gila pula. memang sah perempuan tu sudah bertukar menjadi 'puting beliung' sekarang dan dia harus melarikan diri dari terus menjadi mangsa 'puting beliung' tersebut. perlahan lahan dia membuka pintu mandi itu. kemudian dia berjalan keluar dari situ. dia fikir lebih baik dia melarikan diri dari rumah sewanya ikut pintu belakang. dia pun terpaksa berlari keluar ikut pintu belakang rumah sewanya. tiba tiba, "hey!... alex!... tunggu aku... hey!...", kelihatan elina berlari mengejarnya dari belakang. alex terpaksa berlari dengan sekuat hatinya. indak mahu dia di marahi oleh perempuan mata duitan itu. sewaktu dia melarikan diri tu dia bertembung dengan mak cik salmah jiran sebelah rumahnya yang kebetulan sedang mengangkat kain dari jemuran.

"alamak... mak cik... ketepilah!...", alex bersuara tapi perempuan itu tidak mendengar perkataannya sebab dia seorang perempuan yang pekak. akibatnya alex terlanggar bakul kain wanita itu. bakul kainnya terus terjatuh di atas tanah. "opocot!... mak kau ketot... opocot mak kau kentut!!!...", mak cik salmah melatah sebaik saja bakul kainnya terjatuh di atas tanah. "sorry mak cik, sorry...", laung alex sambil berlari. dia lihat elina masih mengejarnya dari belakang. dia tak ubah macam pontianak pula apabila dia berlari dengan rambutnya mengerbang di tiup angin macam tu. seram sejuk alex di buatnya. "habislah aku kali ini... habislah aku....", tutur alex berpeluh sakan. dia terpaksa berlari dengan sekuat hatinya. setelah dia berlari jauh agak dari situ, dia pun menoleh ke belakang. dia lihat elina sudah indak mengejarnya lagi. mungkin perempuan tu sudah merasa letih mengejar dia dari tadi kot. alex pun duduk berehat di dekat tembok yang terletak di tepi jalan raya tersebut. kakinya terasa letih sekali sebab dia terpaksa berlari lintang pukang tadi. nasib baik elina berhenti mengejarnya. kalau tidak mungkin mau patah juga kakinya berlari di sepanjang jalan tu. setelah rasa letihnya hilang, alex pun mula melangkah menuju ke pusat bandar yang terletak tidak jauh dari perumahan tempat dia tinggal sebab dia fikir lebih baik dia lepak di bandar saja daripada balik ke rumah sewanya. kalau dia balik sudah tentu elina akan menunggunya di sana. so dia pun terpaksa pergi ke bandar seorang diri.

ketika dia berjalan seorang diri di situ, dia ternampak satu tin kosong di tepi jalan. dia pun mula menyepak tin kosong itu secara perlahan lahan. "alahai... apalah nasib aku malam ni... dahlah elina berusaha nak perabihkan duit gaji aku tiap tiap bulan... aku terpaksa pula berhadapan dengan sikap panas barannya yang sebijik macam orang gila tu... kalaulah aku tahu dari dulu perangai dia sebijik macam perangai si lusiana tu lebih baik aku tak payah bercinta langsung dengan perempuan macam dia tu...", keluh alex seorang diri. dia berjalan sambil menyepak tin kosong tersebut. "alahai... bilalah aku akan mendapat kekasih yang sesuai dengan diri aku ni?.... dah bertahun lamanya aku mencari kekasih hati masih juga indak dapat dapat...", keluh alex lagi. sesekali dia menggosok gosok belakang tengkuknya. kereta yang lalu lalang di jalanan tidak di hiraukannya. dia terus melangkah sambil menyepak tin coca cola kosong di kakinya. tidak lama kemudian dia pun sampai di pusat bandar. fikirnya dia mahu lepak di luar sambil melihat bulan dan bintang di langit tapi indak jadi sebab dia rasa dia perlukan hiburan juga. so dia pun mengambil keputusan untuk pergi ke pub yang terletak tidak jauh dari situ

suasana di pub retro begitu bising sekali. alex duduk di depan kaunter bar sambil matanya memerhatikan lautan manusia yang menari macam cacing kepanasan di lantai tarian. dia terasa malas pula hendak menari malam tu. so dia duduk seorang diri di situ sambil minum beer di tangannya. ketika dia sedang duduk di situ datang pula seorang perempuan cantik di sebelahnya. bau minyak wangi yang di pakai oleh perempuan itu masuk ke dalam rongga hidungnya. "hai...", sapa perempuan tu dengan lembut. "hai...", balas alex acuh tak acuh. sejak dia sering bertemu dengan perempuan pisau cukur kebelakangan ini dia rasa macam ralat pula hendak berbual bual dengan perempuan lagi. "seorang diri ke?", soal perempuan tu lagi. hampir saja alex bilang macam ni, "woi... buta kah apa?... indak nampakkah aku satu orang saja kat sini?...", tapi itu dalam hati dia. dia tak berani bilang begitu sebab dia takut perempuan itu akan bertukar menjadi puting beliung macam elina. maklumlah orang perempuan ni kadangkala mudah naik angin satu badan bah. kalau naik angin satu badan habislah dia nanti. "ya....", balas alex sepatah. "boleh kan kalau aku duduk minum minum bersama kau?", soal perempuan tu dengan lembut. "boleh bah kalau kau mahu...", balas alex dengan selamba. dia pandang wajah perempuan tu. boleh tahan cantik juga perempuan tu. malah dia lebih cantik dari elina dan bekas kekasihnya lusiana. alex memang ada hati hendak mengurat perempuan tu tapi apabila dia berfikir mungkin perempuan itu ialah perempuan mata duitan macam elina dan lusiana, dia pun terpaksa bersikap dingin pada perempuan tersebut.

AUTHOR NOTE: Sorry once again... mizz terupdate story ni pula... actually minda mizz lebih tertumpu pada story ni sebab tu mizz update story ni dari dua story yang lain tu. maybe next time aje mizz update story yang dua tu lagi ya ;)

ALEX (18) Where stories live. Discover now