ALEX 49

99 5 0
                                    

"betul ke ni nek?", soal alex macam indak percaya dengan apa yang di dengarinya saat itu. "yalah...", balas nenek yayan dengan wajah yang selamba. "nanti dulu nek... aku nak berbincang sesuatu dengan nenek dulu...", cepat cepat alex bangun dari tempat duduknya. dia menarik lengan kiri neneknya ke suatu sudut yang terletak indak jauh sedikit dari situ. "ada apa ni lex?", soal nenek yayan ingin tahu. "begini nek, aku sebenarnya dua dua hati bah nak berkahwin dengan si avanisha tu...", bisik alex dengan pantas. "kenapa kau dua dua hati pula?", soal nenek yayan kehairanan. "macam ni nek... si avanisha tu sedang hamil sekarang. masalahnya aku indak pasti samada anak yang di kandungnya tu anak aku atau pun anak lelaki lain... lagi pun papa si avanisha tu indak bersetuju dengan rancangan perkahwinan yang di rancang oleh avanisha tu sebab papanya indak suka sama aku. buat pengetahuan nenek papa si avanisha tu pernah upah urang untuk pukul aku gara gara aku keluar bersama anak perempuannya tu...", bisik alex dengan wajah yang serius. "apa?... betul ke ni?", soal nenek yayan dalam nada suara yang terkejut. "betul...", balas alex lagi. "kalau macam tu, susah betullah ni...", nenek yayan bersuara dalam nada suara yang berat sekali.

"jadi macamana ni nek?", soal alex ingin tahu. "biar nenek bertanya pada avanisha dulu...", perlahan lahan nenek yayan melangkah menuju ke tempat duduknya semula. alex mengekorinya dari belakang. "so semua sudah settle ke?", soal avanisha ingin tahu. "belum settle lagi... sebenarnya nenek nak tanya kau beberapa soalan lagi...", jawap nenek yayan seraya duduk di tempat duduknya. "soalan apa lagi ni nek?", soal avanisha ingin tahu. "nenek nak tahu apakah betul kau sedang hamil sekarang ni?", soal nenek yayan ingin tahu. "ya... dah masuk sebulan dah...", balas avanisha sepatah. "apakah anak dalam kandungan kau tu anak alex?", soal nenek yayan ingin tahu. "ya... memang betul ini anak alex...", jawap avanisha. "betul ke ni atau kau sengaja memerangkap cucu kesayangan nenek ni?", soal nenek yayan seperti meragui perkataan perempuan itu pula. "maksud nenek?", soal avanisha dengan dahi yang berkerut. "maksud nenek, kau tak ada muslihat lain ke di sebalik semuanya ni?", soal nenek yayan. "muslihat apa pula?", soal avanisha macam indak faham dengan perkataan dari mulut wanita tua itu. "yelah... manalah tahu anak dalam kandungan kau tu adalah hasil perhubungan kau dengan lelaki lain... di sebabkan lelaki itu indak mau bertanggungjawab di atas apa yang telah terjadi maka kau cuba memerangkap cucu aku dengan mengatakan bahawa anak di dalam kandungan kau tu adalah anak dia...", terang nenek yayan panjang lebar.

"eh... aku cakap yang betullah... memang ini anak alex... kalau nenek dan alex indak percaya padaku, aku akan suruh doktor kat hospital tu buat ujian DNA ke atas anak ini sebaik saja ianya di lahirkan kelak...", tutur avanisha dengan wajah yang serius. "baiklah... korang harus melakukan ujian DNA selepas baby tu di lahirkan kelak... apa apa pun nenek nak tanya kau pasal papa kau tu...", nenek yayan bersuara perlahan lahan. "kenapa nenek bertanya pasal papa aku tu pula?", avanisha mengerutkan dahinya. "nenek nak tahu apakah betul papa kau menentang keras rancangan kau yang hendak berkahwin dengan cucu nenek tu? nenek dengar papa kau siap upah urang lagi untuk pukul cucu kesayangan nenek tu...", soal nenek yayan ingin tahu. "ya... memang betul apa yang nenek dengar tu tapi nenek jangan bimbanglah. aku yakin yang papa aku indak akan upah urang untuk pukul alex lagi sebab aku sudah pun meninggalkan sepucuk surat pada papaku supaya dia berhenti mengganggu kehidupan kami. anyway, papa aku memang menentang keras rancangan aku ni. malah dia pernah mengugut aku jikalau aku berkahwin dengan alex dia indak lagi menganggap aku seperti anaknya tapi aku indak peduli semua tu sebab aku cintakan alex dengan sepenuh hatiku. aku cuma ingin hidup bersama alex buat seumur hidupku sebab alex adalah segala galanya bagiku...", tutur avanisha seraya memegang erat tangan alex. alex terdiam di saat tangannya di pegang erat oleh perempuan itu. dia biarkan saja avanisha memegang tangannya. tanpa di sedarinya nenek yayan sedang memerhatikannya dalam diam.

nenek yayan pun bangun dari tempat duduknya. dia memberi isyarat pada cucunya itu agar mengekorinya dari belakang. jadi alex pun bangun lalu mengekorinya dari belakang. mereka berdiri di sudut yang sama di mana mereka berdiri berbincang sebentar tadi. "ada apa nek?", soal alex ingin tahu. "aku rasa kau patut berkahwin dengan si avanisha tu...", kata nenek yayan separuh berbisik. "kenapa nenek cakap macam tu pula?", soal alex dengan dahi yang berkerut. "nenek rasa dia cakap yang betul pasal kandungannya tu... lagi pun dia mencintai kau dengan sepenuh hatinya... nenek dapat rasakannya dari cara dia pegang tangan kau dan menatap mata kau tadi...", bisik nenek yayan pula. "tapi nek aku belum bersedia lagi hendak berkahwinlah...", tekan alex dengan wajah yang tegang sekali.

"tak apa... lama kelamaan kau akan dapat melalui hidup berumah tangga dengan baik... nenek yakin kau akan menjadi seorang suami yang baik pada avanisha...", kata nenek yayan. "tapi nek...", belum pun sempat alex menghabiskan perkataannya nenek yayan sudah kembali ke tempat duduknya. "jadi macamana nek?", soal avanisha macam indak sabar pula. "nenek merestui perkahwinan korang tu tapi korang hanya bulih berkahwin dengan menandatangani surat perkahwinan di JPN... korang indak bulih berkahwin di dalam gereja lagi sebab korang sudah terlanjur sebelum berkahwin...", tutur nenek yayan dengan wajah yang serius. "oh... aku indak peduli pasal tu tapi betul ke nenek akan merestui perkahwinan kami ni?", soal avanisha macam indak percaya pula. "ya betul...", balas nenek yayan sambil menganggukkan kepalanya. "oh... terima kasih nek... terima kasih...", avanisha terus bangun dari tempat duduknya lalu di peluknya nenek yayan dengan hati yang gembira sekali. selepas memeluk nenek yayan avanisha meluru ke arah alex pula. "kau dengar tak tu lex?... kita akan berkahwin... kita akan berkahwin....", avanisha bersuara dengan gembira sekali. dia memeluk alex lalu di ciumnya pipi alex berulang kali. terpaku alex di buatnya. "i am so happy now alex... i am so happy...", tutur avanisha di telinga pemuda itu. alex terdiam kaku bagaikan patung cendana pula. dia indak tahu nak cakap apa lagi...

ALEX (18) Where stories live. Discover now