ALEX 65

86 4 0
                                    

"jadi kau nak apa sebenarnya ni?...", soal dato chai ingin tahu. "sebenarnya aku nak minta tolong dari kau... kalau kau tak keberatan aku nak pinjam wang dari kau untuk bayar hutang aku tu...", kata tuan benjamin perlahan lahan. "berapa banyak yang kau nak pinjam?", soal dato chai ingin tahu. "sebanyak RM800 000...", kata tuan benjamin perlahan lahan. "banyaknya...", dato chai bersuara dalam nada suara yang sedikit terkejut. "tolonglah aku... aku betul betul perlukan bantuan kau ni...", kata tuan benjamin dengan segera. "begini sajalah... biar aku berbincang dengan anak lelaki aku tu dulu sebab syarikat perhotelan ini akan ku serahkan kepadanya di suatu hari nanti. jadi dia harus tahu tentang perkara ini...", kata dato chai perlahan lahan. "oh i see... kalau macam tu jikalau dia bersetuju hendak menolong aku, tolong bagitahu aku secepat mungkin ya... aku betul betul perlukan wang ni kalau tidak aku dan anak aku akan di bunuh oleh ah long tu...", kata tuan benjamin dalam keadaan terdesak.

"okay, aku akan bagitahu kau secepat mungkin...", balas dato chai. "kalau macam tu aku pergi dulu ya... aku nak balik ke rumah selepas ni...", kata tuan benjamin seraya bangkit dari tempat duduknya. "baiklah...", dato chai bersuara sambil menganggukkan kepalanya. mereka bersalaman seketika. selepas itu tuan benjamin beredar dari situ. alex segera bersembunyi di sebalik sudut yang agak tersembunyi indak jauh dari situ. sebaik saja tuan benjamin meninggalkan premis itu alex pantas melangkah masuk ke dalam pejabat papanya. "eh... alex?... kenapa kau datang ke sini?", soal dato chai kehairanan. dia hairan sebab anak lelakinya tiba tiba datang ke situ. "saja datang nak jenguk papa...", balas alex seraya duduk di atas kerusi yang ada di situ. "ooh begitu... selalunya anak papa tak suka datang ke pejabat ni...", dato chai bersuara sambil tersengih. "saja buang boring papa... anyway tuan benjamin cheng ada datang ke pejabat papa tadi kan?", soal alex dengan wajah yang serius. "eh... macamana kau tahu nama lelaki tu ialah tuan benjamin cheng?", soal dato chai kehairanan. sebenarnya dia hairan sebab alex tahu nama penuh rakan lamanya itu. padahal dia indak pernah pun memperkenalkan kawannya itu pada alex. apabila alex terdengar soalan papanya itu dia terpaksa mencari idea bagaimana dia hendak menjawap soalan papanya itu. dia indak mahu papanya tahu yang tuan benjamin itu adalah bekas majikannya.

"tadi masa aku masuk ke dalam premis ni aku nampak lelaki tu bercakap dengan receptionist kat lobi depan tu. dia cakap namanya benjamin cheng. dia nak berjumpa dengan papa. so dari situlah aku tahu namanya... by the way, kenapa tuan benjamin tu datang berjumpa papa di sini?", soal alex pura pura indak tahu apa apa. padahal dia tahu bah semuanya tu. "oh begitu... sebenarnya benjamin cheng tu kawan papa masa di bangku sekolah dulu... dia datang nak minta tolong dari papa...", balas dato chai perlahan lahan. "minta tolong?... apa yang dia nak minta tolong dengan papa?", alex bersuara berpura pura indak tahu apa apa. "dia nak pinjam duit dari papa sebanyak RM800 000...", jelas dato chai. "apa?... RM800 000?... dia nak buat apa dengan duit sebanyak tu?", soal alex masih berpura pura indak tahu apa apa. "dia nak bayar hutangnya dengan ah long... dia kata syarikat dia mengalami kerugian dan bakal muflis. jadi dia minta papa tolong dia pinjamkan duit untuk bayar semua hutangnya pada ah long. jika dia tak bayar hutangnya tu dia dan anak gadisnya akan di bunuh oleh ah long tu... memandangkan kau akan papa lantik menjadi pengarah baru di syarikat perhotelan ni hujung bulan ni jadi papa nak berbincang dengan kau tentang...", belum pun sempat dato chai menghabiskan perkataannya alex terus memotong perkataannya. "woah... woah... woah... nanti dulu papa... papa nak lantik aku jadi pengarah syarikat perhotelan ini hujung bulan ni??...", soal alex cukup terkejut.

"ya... papa hendak buat majlis perlantikan kau sebagai pengarah baru di syarikat ni pada hujung bulan ni... anyway sudah tiba masanya papa bersara dari dunia business ni... papa sudah tua alex... kau yang sepatutnya menguruskan syarikat ini sebab kau adalah anak tunggal papa...", kata dato chai dengan wajah yang serius. "tapi papa...", belum pun sempat alex menghabiskan perkataannya dato chai pantas memotong perkataannya. "tak ada tapi tapi lagi alex.... kau kena tolong papa untuk uruskan syarikat ini sebab syarikat ini akan menjadi hak milik kau di suatu hari nanti... papa harap kau indak akan menghampakan harapan papa ni...", tutur dato chai dengan penuh harapan. "baiklah tapi aku akan menguruskan syarikat ini dengan satu syarat...", alex bersuara sambil merenung wajah papanya itu. "syarat?... syarat apa tu?", soal dato chai. "aku nak papa tolong tuan benjamin tu... kasi saja wang sebanyak RM800 000 tu kepadanya tapi dengan satu syarat. syaratnya dia harus membenarkan anak gadisnya berkahwin dengan aku...", kata alex dengan wajah yang serius. "apa?... kau sudah gila ke apa? kau belum lagi berkenalan dengan anak gadisnya tapi kau nak berkahwin dengan anak gadisnya pula... bagaimana jikalau anak gadisnya itu indak suka pada kau sudah tentu haru biru jadinya tu...", kata dato chai cukup terkejut dengan perkataan anak lelakinya itu.

"aku indak peduli... yang penting aku dapat berkahwin dengan anak gadisnya tu...", tekan alex dengan tegas. "sebenarnya apa yang membuatkan kau beria ia sangat hendak berkahwin dengan anak gadis benjamin cheng tu?... kau sudah kenal ke anak gadisnya tu?", soal dato chai ingin tahu. "papa jangan banyak tanyalah... papa ikut saja apa yang aku cakapkan ni... jikalau papa indak mau ikut syarat yang aku kenakan ni aku indak mau menguruskan syarikat ni sampai bila bila...", kata alex sambil berpeluk tubuh. "baiklah... papa akan ikut cakap kau tu tapi bagaimana jikalau anak gadis tuan benjamin indak mahu berkahwin dengan kau?", soal dato chai. "aku yakin dia pasti akan mengahwiniku papa... lagi pun kita sudah bagi papanya RM800 000 untuk bayar hutang mereka so diorang indak bulih menolak lamaran aku tu...", balas alex dengan penuh yakin. "hm... ikut suka hati kaulah... papa akan kasi benjamin duit sebanyak RM800 000 tu pada hujung minggu ni sebab dia perlukan duit tu secepat mungkin... by the way, jikalau kau ada masalah dengan anak gadis benjamin tu kelak kau jangan bagitahu papa masalah kau tu ya. papa malas nak dengar...", tutur dato chai memberikan peringatannya.

"apa apa ajelah papa... anyway, papa tolong bagitahu tuan benjamin yang dia di jemput untuk menghadiri majlis perlantikan aku sebagai pengarah baru di syarikat kita hujung bulan ni... suruh dia bawa anak gadisnya tu sekali... aku indak sabar lagi hendak bertemu dengannya...", kata alex sambil tersenyum. dia tahu sudah pasti tuan benjamin akan merasa terkejut apabila dia mendapat tahu yang alex di lantik menjadi pengarah syarikat perhotelan five star holding berhad itu. alex tahu ini adalah satu kejutan buat lelaki sombong dan angkuh itu. selepas ini sudah pasti tuan benjamin indak berani lagi menghina alex sebab alex yang di hinanya miskin dan indak layak mengahwini anak gadisnya kini sudah menjadi kaya raya. senyuman di bibir alex semakin lebar. kini tiba masanya untuk dia bangkit meraih apa yang ingin di capainya. dia yakin avanisha pasti akan menjadi miliknya buat selama lamanya. "avanisha, sabar sayang... aku pasti akan dapatkan kau semula...", bisik hati kecil alex dalam diam.

ALEX (18) Where stories live. Discover now