alex sampai di rumah sewanya sepuluh minit kemudian. bukannya apa dia racing bah tadi masa dia membonceng motorsikalnya tu. jadi perjalanan yang sepatutnya memakan masa 20 minit tu jadi laju sampai sepuluh minit di buatnya sebab motorsikalnya di pecutnya macam mahu terbang ke langit pula. nasib baik tak ada pihak JPJ yang nampak dia memecut tanpa henti di dekat traffic light tadi. kalau ada pihak JPJ yang nampak, alamatnya sudah tentu dia kena saman. apa apa pun dia sudah selamat sampai di rumah sewanya dengan jayanya. "aik... napa muka monyok macam monyet baru lepas kena pukul ni?", tegur kawan serumahnya si badli. dia baru saja keluar dari bilik tidurnya. mungkin dia baru saja bangun dari tidurnya. rambut pun berserabai macam sarang burung yang terkena torpado pula. "its none of your business....", balas alex dengan muka kelatnya. perlahan lahan dia melangkah menuju ke dapur. dia hendak mencari makanan untuk mengisi perut yang kosong tapi sekali di bukanya tudung dulang tu satu makanan pun indak ada kat situ. "hm... hampeh...", bilang alex sambil menggaru garu kepalanya yang tidak gatal. "awak lapar, eh?", tegur badli di ambang pintu dapur tersebut. "yelah... kau tak masak lagi ke?", soal alex seraya memandang wajah rakan serumahnya itu. "aku belum masak lagi lorh... aku baru saja bangun pagi...", balas badli sambil tersenyum menampakkan giginya yang kuning macam gigi kuda itu. "baru bangun pagi?... weh... kau tak tahu ke ini dah tengahari dah kawan oiii....", si alex bersuara sambil menggeleng gelengkan kepalanya. "weh... apa susah kau masak bah itu mee maggi... sedap bah itu...", kata badli sambil menjuihkan bibirnya ke arah sebungkus mee maggi yang ada di atas meja tidak jauh dari situ. "huh.... makan mee maggi saja yang kau tahu...", gerutu alex seraya mengambil sebiji periuk untuk menanak nasi. "hehehehe...", si badli ketawa kecil di belakangnya. perlahan lahan dia beredar dari situ.
alex mula menanak nasi di atas stove ketika phonenya berbunyi nyaring. dia pun terus menjawap panggilan di phonenya tanpa melihat siapakah si pemanggil di hujung talian. "hello...", sapanya sambil tangannya sibuk memusing tombol stove itu. "hello sayang... you di mana ni?... you masih dalam tandas tu lagi ke?", kedengaran suara elina bergema di hujung talian. "oh... er.... aaahhhh.... i sakit perutlah sayang.... sakit yang memulas mulas ni... ahhhh... aahhhh...", alex pura pura mengerang kesakitan. padahal dia bukannya sakit perut pun. dia saja nak kelentong perempuan mata duitan tu. "alah... lamanya nak tunggu you ni... nanti semua makanan ni i pulun habis tau...", bilang elina macam geram pula. "oh... you nak pulun itu semua makanan ke? wokay... wokay... you pulun saja itu semua makanan sampai habis ya sayang... jangan tinggalkan satu pun untuk i... i betul betul sakit perut ni... i think i dah kena cirit biritlah.... aduiiiii.... sakiitnyaaa... ouwwhhhh....", alex mengerang kesakitan. "sakit perut apanya?.... berlakon saja lebih... hehehehe....", sampuk satu suara di belakangnya. terkejut betul alex apabila dia tengok si badli berdiri di belakangnya sambil ketawa mengekek. "tak guna punya kawan...", gerutu alex marah. dia terus saja mengambil sudip lalu di kejarnya kawan melayunya tu dari belakang. "siapa tu?... kenapa dia cakap macam tu?... you kat mana sebenarnya ni sayang?", kedengaran suara elina mula marah padanya. "oh.... er.... i think i need to go now... wokay, talk to you next time... bye...", cepat cepat alex mematikan talian phonenya. dia mengejar badli dengan marahnya. "wokay... wokay... wokay... aku tahu kau sedang marah padaku sebab aku mengganggu kau tadi tapi sekarang aku minta maaf pada kau... aku cuma bergurau saja tadi tu...", kata badli sambil ketawa kecil. "bergurau tu bergurau juga tapi janganlah sampai mengganggu orang ketika orang sedang bercakap di telefon... itu biadap namanya tu...", tutur alex sedikit marah.
"wokay... wokay... i am sorry, wokay?.... janganlah marah... just calm down my friend...", ucap badli perlahan lahan. alex tidak jadi marah. dia duduk di atas kerusi yang ada di situ. badli pun duduk di sebelahnya. "sebenarnya kau tengah berlakon dengan siapa tadi tu?", soal badli ingin tahu. "elina....", balas alex sepatah. dia meng'off'kan mobile phonenya. simkad di dalam phone di tariknya keluar. dia sengaja berbuat demikian agar elina tidak menghubunginya lagi. "kenapa kau berlakon sakit perut pula? itu berbohong namanya tu...", tutur badli di sebelahnya. "aku sengaja berbuat begitu sebab aku tak mampu belanja dia makan makanan mahal di restoran tu... tadi dia ajak aku keluar untuk makan di restoran. bila sampai di sana aku kena tunggu dia pula... sampai satu jam lebih aku tercatuk kat situ macam orang bodoh. pas tu dia datang terus cakap sorrylah i datang lambat... terpaksalah aku bermanis muka depan wajah dia. kalau ikutkan hati memang aku marah masa tu tapi demi menjaga hatinya aku terpaksa buat muka manis macam gula gula lollipop...", cerita alex perlahan lahan. badli hanya ketawa padanya. "hahahaha... kau ni.... itu pun kau kelentong dia juga ke?", kata badli dalam derai tawanya. "iyalah... kalau aku bilang, eh... aku marah ni sebab kau datang lambat tentu dia akan marah... so aku pun terpaksalah buat muka manis macam gula gula lollipop....", balas alex lagi.
"yelah tu... lepas tu apa yang telah terjadi?", soal badli. "aku suruhlah dia order makanan... dia pun mula mengorder makanan... sekali dia order bukan main banyak lagi makanan yang di ordernya tu... aku terkejut macam beruk... yelah... badan dia kecik macam semut, sekali dia order makanan walaweh mengalahkan orang yang berbadan besar macam tong drum pula... dia order makanan macam macam... sampai penuh satu meja tu dengan makanan...", cerita alex lagi. "O M G... biar betul.... perempuan tu order makanan sampai penuh satu meja??...", soal badli cukup terkejut. "iyalah...", balas alex sepatah. "mak aih... kuatnya girlfriend kau tu melantak... perut gajah kah, apa?", badli bersuara dalam nada suara yang terkejut. "itulah yang menyebabkan aku lari tinggalkan dia kat restoran tu... maklumlah aku tak mampu bayar semua makanan yang di ordernya tu...", kata alex dengan wajah yang selamba. "kadang kadang bergeliga juga otak kau ni kan.... pandai sungguh kau kelentong perempuan tu... hahaha...", badli ketawa di sebelahnya. "boleh di katakan bergeliga juga... hahaha....", balas alex sambil ketawa. tiba tiba, "tuk tuk... tuk tuk...", kedengaran seseorang mengetuk daun pintu rumah sewa mereka. alex dan badli saling berpandangan seketika. "alex!... buka pintu ni...", kedengaran suara elina di luar pintu rumah sewa mereka. cepat cepat alex bingkas bangun dari tempat duduknya. "alamak... perempuan tu dah datang ke sinilah... kau tolong bagitahu kat dia yang aku tak ada kat sini... kau cakap saja pada dia yang aku masih berada di bandar...", bisik alex pada rakannya itu. "oh baiklah...", balas badli. alex pun terus berlari masuk ke dalam bilik mandi yang terletak tidak jauh dari situ. badli mula membuka pintu rumah sewa mereka. kelihatan elina berdiri di depan pintu rumah dengan wajah yang merah padam menahan amarah di dalam dada...
AUTHOR NOTE: Sorry sebab mizz pi update story baru ni pula. next time aje mizz update 3 story yang lain tu ya.... harap korang sabar menunggu. p/s: sabar itu sebahagian daripada iman... (hehehe)
YOU ARE READING
ALEX (18)
RandomSinopsis: Mengisahkan seorang pemuda bernama Alex yang sedang berusaha mencari kekasih atau jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. dalam memilih perempuan yang sesuai untuk di jadikan kekasih atau jodohnya dia terpaksa menghadapi pelbagai masalah...