ALEX 25

140 4 2
                                    

alex sampai di rumah sewanya tepat pada pukul 6:24 petang. dia lihat kumar baru saja sampai dari tempat kerjanya. "selamat petang kawan... kau baru balik ke?", sapa alex seraya membuka kasutnya. "yep... kau lapar ke? aku ada beli makanan untuk hidangan makan malam pada malam ni... so kita tak payah masak masak malam ni. kita terus makan saja...", tutur kumar seraya menunjukkan bungkusan plastik yang penuh dengan makanan yang di belinya dari warung tepi jalan. "eh... kau beli makanan pula?... hm... bulihlah tu...", alex senyum pada rakan serumahnya. mereka ingin membuka kunci pintu tapi pintu tu macam terbuka pula. "eh... pintu ni terbukalah... badli dah balik kot...", tutur alex seraya membuka pintu itu. dia lihat television terpasang tapi indak ada urang di ruang tamu tersebut. "eh... ke mana pula perginya si badli ni?", soal alex kehairanan. dia pun terus berjalan masuk ke dalam rumah dengan di ekori oleh kumar. ketika mereka masuk ke ruang dapur kedengaran bunyi air di flush dari dalam bilik tandas indak jauh dari situ. "oh... dia di dalam tandaslah tu...", kumar bersuara seraya meletakkan plastik berisi kari ayam di atas meja. alex mengambil pinggan untuk dirinya dan juga kumar. nasi keras dari dalam rice cooker di cedok dan di masukkan ke dalam pinggan masing masing. mereka duduk di atas kerusi dan mula makan bersama sama. ketika mereka sedang makan, kelihatan badli melangkah keluar dari dalam tandas. wajahnya kelihatan berkeriut sedikit. dia seperti urang yang menahan kesakitan. "kenapa dengan kau ni pula?", soal alex ingin tahu. badli indak segera menjawap. dia memandang wajah alex dan kumar silih berganti. "er... lex, bulih tak aku bercakap dengan kau sekejap?", soal badli pada rakannya itu. "bulih...", balas alex sepatah. "kau ikut aku sekejap...", badli bersuara seraya menarik tangan alex. tinggallah kumar seorang diri di ruang dapur itu.

alex terpaksa mengekori badli dari belakang. badli membawanya masuk ke dalam bilik tidurnya pula. "ada apa pula kau bawa aku dalam bilik tidur kau ni?", soal alex ingin tahu tapi soalannya indak di jawap. malah badli menutup pintu dan menguncinya pula. siap tutup tirai jendela lagi tu. "eh... kenapa kau kunci pintu dan tutup jendela tu pula?... sebenarnya apa yang ingin kau katakan padaku?", soal alex kebingungan. "sebenarnya aku nak tanya kau ni... aku rasa macam ada something wronglah dengan tubuh aku ni...", badli bersuara sambil membuka bajunya. "something wrong?... maksud kau?", soal alex tambah kebingungan. "beberapa bulan yang lalu ada ada kesan luka kat bahagian z*k*r aku ni... luka tu betul betul kat tepi lubang depan z*k*r aku ni... ianya seakan akan seperti ulser kecil pula. aku nak kencing pun terasa sakit. dah tu pula keluar air lendir yang berbau busuk... tapi aku indak peduli pasal tu sebab aku fikir itu cuma luka biasa aje... ianya hilang dalam beberapa minggu tapi selepas itu tumbuh pula kutil kecil di atas batang z*k*r aku ni... ianya seperti jerawat tapi ia kadang kadang gatal dan sakit. dah tu pula aku rasa macam tak berapa sihat sejak dua menjak ni. asyik demam dan ada ruam tumbuh di badan aku termasuklah di telapak tangan dan telapak kaki aku ni... aku indak tahu bah kenapa bulih jadi macam ni... kau rasa ini penyakit apa ar?", soal badli seraya menunjukkan badan, telapak tangan dan telapak kakinya yang terkena ruam itu. alex diam seketika. dia mula memerhatikan kesan ruam di tubuh badan rakannya itu. memang betul ada kesan ruam merah di tubuh, telapak tangan dan telapak kaki rakannya itu. tak cukup dengan itu badli ingin menunjukkannya sesuatu. dia membuka seluar dalamnya pula. "woah... woah... woah... nanti dulu... bikin apa pula kau buka seluar dalam kau tu?", soal alex dengan dahi yang berkerut. "aku cuma nak show kat kau kutil yang tumbuh kat batang z*k*r aku ni...", kata badli. "haish... kau ni... bikin apa kau kasi show z*k*r kau tu sama aku?... kau kasi show bah z*k*r kau tu sama doktor di klinik sana... manalah tahu dengan cara ini doktor bulih kesan penyakit kau dan dia bulih bagi kau ubat untuk sembuhkan penyakit kau tu...", kata alex dengan pantas.

"tapi aku malu bah berjumpa dengan doktor...", kata badli. "eh... apasal pula kau malu berjumpa doktor ni?", soal alex sambil memandang wajah rakannya itu. "aku malu nak tunjukkan z*k*r aku ni pada urang lain. terutamanya doktor sebab itulah aku indak pergi ke klinik selama ini...", balas badli. "haish... kau ni, badli... buat apa kau malu berjumpa dengan doktor?... kalau kau malu jumpa doktor nanti penyakit kau tu semakin teruk tau...", tutur alex dengan wajah yang serius. "ya... aku tahu bah itu tapi menurut pandangan kau apa penyakit aku yang sebenarnya ni?", soal badli ingin tahu. "penyakit kelamin kot... sebaiknya kau pergilah berjumpa dengan doktor... takut nanti penyakit kau tu bertambah melarat...", tutur alex berunsurkan nasihat. badli diam membisu. dia memandang wajah alex. "lex... kau jangan bagi tahu sama urang lain tentang masalah kesihatan aku ni ya... aku malu bah kalau urang tahu penyakit aku ni... apatah lagi jikalau ianya berkaitan dengan penyakit kelamin...", kata badli perlahan lahan. "jangan bah kau bimbang... aku tak akan bagi tahu sama urang tentang perkara ni... aku bukannya bermulut tempayan...", kata alex dengan wajah yang serius. "aku tahu kau masih bulih di harapkan... kalau sama urang aku indak berani bagitahu masalah aku ni... terutamanya pada kumar kawan serumah kita yang baru tu... aku tak nak dia fikir aku yang bukan bukan jikalau dia tahu masalah aku ni... anyway, hanya kau seorang saja yang tahu masalah aku ni... aku belum bagitahu masalah aku ni pada family aku di kampung...", kata badli perlahan lahan. "eh... kenapa kau indak kasi tahu family kau pasal penyakit kau ni pula?", soal alex dengan dahi yang berkerut. "aku tak nak diorang susah hati memikirkan aku... thats why aku tak sampai hati nak bagitahu diorang pasal penyakit aku ni...", kata badli. "haish... kau ni... jangan macam itulah... kau kena bagitahu diorang pasal penyakit kau tu... manalah tahu diorang bulih cari ubat tradisional dari kampung untuk mengubati penyakit kau tu...", saran alex. "lain kali saja aku kasi tahu diorang pasal penyakit aku ni... aku nak pastikan dulu apa penyakit aku ni... mungkin pagi esok aku tak akan pergi bekerja... aku fikir aku nak pergi ke klinik...", tutur badli setelah berfikir sejenak. "aaa.... baguslah tu... daripada kau tertanya tanya seorang diri kat rumah ni lebih baik kau berjumpa doktor...", kata alex pula. "thanks lex sebab kau sudi dengar masalah aku ni...", kata badli perlahan lahan. "you are welcome... anyway, kalau kau dah dapat tahu hasil pemeriksaan doktor kat klinik tu tulung jangan lupa bagitahu aku, ya...", kata alex. "baiklah... aku akan bagitahu kau selepas aku berjumpa dengan doktor pagi esok...", balas badli perlahan lahan. dia terus memakai baju tshirtnya semula. tiba tiba, "tuk... tuk... tuk...", kedengaran pintu bilik tidur badli di ketuk urang dari luar. badli pun terus membuka pintu bilik tidurnya. kelihatan kumar berdiri di muka pintu sambil tersengih macam kerang busuk. "korang dah habis bermeeting ke kat dalam tu?", soalnya seraya tersenyum menampakkan giginya yang putih bersih itu. "oh... kenapa kau tanya soalan macam tu pula?", soal badli ingin tahu. "korang tak nak makan ke?... kari ayam yang aku beli tadi tu dah semakin sejuk lorh... marilah makan sama sama dengan aku...", ajak kumar pada dua urang rakan serumahnya itu. "hm... baiklah... mari kita pergi makan sama sama...", kata alex pada badli di sebelahnya. badli menganggukkan kepalanya. dia pun pergi makan di dapur bersama rakan rakannya itu. ketika mereka sedang makan badli indak dapat menghabiskan makanannya. selera makannya hilang entah ke mana. dia rasa macam nak demam pula. mulutnya terasa sakit, seperti ada ulser pula dalam mulutnya tapi dia gagahkan dirinya untuk makan bersama dengan rakan serumahnya biar pun dia rasa indak berapa sihat saat itu...

ALEX (18) Where stories live. Discover now