"haish... teruk betul kau ini, badli... tinguk... kawan aku tu dah merajuk dah... dia terus tinggalkan rumah ni...", kata kumar sebaik saja dia berada di dekat badli. "peduli apa aku... siapa suruh kau tak bagi tahu kawan kau tu yang kita cuma bulih bagi tumpangan untuk dia buat sementara waktu saja... kalau tinggal terus tu tak bulih sebab takut nanti puan sarimah akan marah. maklumlah dia indak tahu pun yang kawan kau tu mahu tinggal kat sini...", balas badli seraya mengunyah nasi dalam mulutnya. "yelah... takkanlah sebab itu pun kau bercakap marah marah depan dia... tak baik betul perangai kau ni...", kata kumar dengan perasaan yang bengang. "oh... jadi kau marah sama akulah ni?", soal badli mula bengang. dia berdiri menghadap wajah kumar. "janganlah korang bergaduh... tak baik bergaduh depan rezeki.... mari kita makan sama sama...", alex cuba menenangkan hati dua orang rakan serumahnya itu. "aku tak puas hati sama kaulah, badli...", kata kumar meluahkan apa yang terpendam di dalam hatinya. "apa yang kau tak puas hati, hah?... cakap!... aku nak dengar...", bentak badli dengan marah. "sudahlah tu... jangan bergaduh... aku tak suka tinguk korang bergaduh...", alex terpaksa berdiri di tengah tengah dua urang rakannya itu. "kau ke tepi dulu lex... biar aku cakap sama si badli ni... biar dia tahu apa yang ada dalam hati aku ni...", kata kumar seraya menolak alex dari pandangan matanya tapi alex tetap indak mahu berganjak. dia masih berdiri di tengah tengah mereka. "kalau ye pun janganlah korang bergaduh macam ni... aku tak suka korang bergaduh... kita ni kan tinggal dalam satu rumah... jangan kerana perkara kecik macam ni pun korang bergaduh dan bermasam muka... tak baik macam tu tau...", pujuk alex pada kumar. "biarkan dia cakap apa yang dia nak cakap alex... biar aku dengar apa yang menyebabkan dia rasa tak puas hati sama aku ni...", bentak badli di sebelah alex. "guys... bulih tak korang settlekan perkara ni secara baik baik?... jangan bergaduh sampai berbentak bentakan dan bertumbuk...", tutur alex cuba meleraikan pergaduhan itu. "siapa cakap kami mau bertumbuk pula?... kami tak bertumbuk pun...", bantah kumar dengan dahi yang berkerut. "tapi kenapa tangan kau tu kau genggam erat erat macam nak tumbuk urang saja...", soal alex seraya menunjukkan tangan kumar yang tergenggam erat. perlahan lahan kumar membuka genggaman tangannya. "kumar... badli... aku sebagai kawan korang tak suka tinguk korang saling bermusuhan. kalau bulih aku nak kita tinggal dalam satu rumah dalam keadaan yang aman dan damai. jangan biarkan perkara kecik macam tu merosakkan hubungan di antara kita... aku anggap korang macam adik beradik aku tau.... kalau korang bergaduh aku akan merasa susah hati... so, tolonglah jangan bergaduh dalam rumah ni... tolonglah ye...", alex bersuara seraya meletakkan lengan kirinya di atas bahu kumar. manakala lengan kanannya pula di letakkan di atas bahu rakannya badli. badli terdiam. begitu juga dengan kumar. "sudahlah tu... mari kita makan...", kata alex seraya mengajak mereka makan bersamanya. tanpa banyak soal mereka pun duduk makan bersamanya. alex terpaksa duduk makan di tengah tengah mereka. alex tersenyum lembut bila dia lihat kumar dan badli mula makan di sebelahnya tanpa bergaduh lagi.
malam itu selepas makan malam alex terus saja melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. dia berbaring di atas katilnya sambil memikirkan masalah yang di hadapinya. "kalau aku terima lamaran si avanisha tu macamana pula dengan tuan benjamin? apakah dia mampu terima aku sebagai menantunya? atau dia akan marah?... kalau aku tak terima lamaran si avanisha tu aku akan di buang kerja... haishhhh... susah betul nak selesaikan masalah ni...", gerutu alex seorang diri. ketika dia berfikir fikir itu dia teringatkan nenek yayan. "mungkin nenek yayan bulih bantu aku untuk selesaikan masalah ni kot...", alex pun mula menghubungi nenek yayan di kampungnya tapi panggilannya indak di jawap. "mungkin nenek dah tidur tak?...", alex membuat andaiannya sendiri. dia tinguk jam di dinding. tepat menunjukkan pukul 9 malam. "haish... takkanlah jam sebegini dia sudah tidur pula...", gerutu alex sendirian. dia cuba call neneknya tapi masih tak ada jawapan. alex merasa indak sedap hati. dia rasa dia perlu pulang ke kampungnya untuk menjenguk neneknya pagi esok. dia berfikir nak ambik cuti emergency untuk satu hari saja. dia sebenarnya bimbang juga memikirkan neneknya tinggal seorang diri di kampung tu. tanpa banyak soal dia pun terus mengirim pesanan ringkasnya pada puan liza. indak lama kemudian dia mendapat reply dari puan liza. "cik avanisha cakap dia tak mau kasi kau cuti sebab dia mahu kau ada di pejabat sepanjang minggu ni...", begitulah bunyi mesej yang di kirimkan oleh puan liza padanya. "apa?... takkanlah cuti satu hari pun dia indak mau kasi... tak guna betul si avanisha tu...", gerutu alex seorang diri. akhirnya terbaring di atas katil dalam keadaan yang sakit hati.
keesokan harinya alex pergi ke pejabat dengan mood yang tak begitu baik. dia terus masuk ke dalam office avanisha dengan wajah yang marah marah. "hai alex sayang...", sapa avanisha dengan tersenyum tapi sapaan dan senyumannya indak di balas oleh alex. "eh... avanisha... kenapa kau tak aku kasi cuti satu hari ar?", soal alex dalam nada suara yang indak puas hati. "aku sengaja tak bagi kau cuti sebab aku tak nak kau lari dari berhadapan dengan aku...", kata avanisha dengan tersenyum lebar. "apa maksud kau yang kau tak nak aku lari dari berhadapan dengan kau pula?", soal alex dengan bengang. "maksud aku macam ni... aku tak nak kau cuti walau sehari pun sebab jikalau kau cuti sehari aku akan merindui kau...", kata avanisha sambil melirikan matanya. "oh come onlah... takkanlah sampai macam tu sekali...", alex mengeluh sambil memutarkan bola matanya. "yeah... i tell you the truth sayang... kalau sehari tak bertemu dengan kau aku akan merindui kau macam orang gila...", tutur avanisha seraya berjalan menghampiri pemuda itu. dia berdiri dekat dengan alex. terpaku alex di buatnya. "you know what?... you are everything for me...", tutur avanisha pada alex dengan suara yang lembut. tangannya mula memeluk leher alex. belum pun sempat alex bersuara tiba tiba saja pintu bilik pejabat itu di buka orang dari luar. kelihatan tuan benjamin melangkah masuk ke dalam bilik office anak perempuannya itu. langkah kakinya terhenti apabila dia lihat avanisha sedang memeluk leher alex....
YOU ARE READING
ALEX (18)
RandomSinopsis: Mengisahkan seorang pemuda bernama Alex yang sedang berusaha mencari kekasih atau jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. dalam memilih perempuan yang sesuai untuk di jadikan kekasih atau jodohnya dia terpaksa menghadapi pelbagai masalah...