ALEX 34

115 4 4
                                    

"kenapa kau ketawa pula?", soal alex dengan sedikit rasa malu. maklumlah dia kena ketawa oleh si avanisha. dalam diam dia rasa macam urang palui pula ketika itu. "kau ni 'cali' betullah... kau minum air tu macam urang yang sebulan indak pernah minum air. lepas tu air tu tersembur keluar dari mulut kau macam spray... kau buat aku ketawa saja... hahaha...", avanisha ketawa sambil menutup mulutnya. "sebenarnya aku merasa terkejut bah masa kau cakap tadi tu... itu sebabnya aku jadi macam ni...", balas alex dengan jujur. dia menghisap rokok di tangan bagi menghilangkan perasaan indak menentu dalam dirinya. "aku tahu kau terkejut... tapi tak apa, at least aku dah luahkan apa yang terbuku di hati ini... sebenarnya tujuan aku mengajak kau datang sini ialah aku nak melamar kau jadi suami aku... itu pun jikalau kau sudi...", tutur avanisha dengan wajah yang serius sekali. "uhukkk... uhukk... uhukk....", alex terbatuk batuk kecil sebaik saja dia terdengar perkataan dari mulut perempuan itu. "kenapa pula kau terbatuk batuk ni?", soal avanisha dengan penuh prihatin. dia menggosok gosok belakang alex. "oh nothing... i'm okay... i'm okay...", tutur alex cuba untuk berhenti dari terus terbatuk. sebenarnya dia merasa terkejut juga bila avanisha terang terangan mengajak dia menjadi suaminya pula. "walaweh... berani betul perempuan ni... siap melamar aku jadi laki dia lagi tu... mungkin dia bergurau kot?", begitu kata hatinya. "hahahaha...", tiba tiba saja alex ketawa. "kenapa kau ketawa pula?", soal avanisha kehairanan. "gurauan kau ni cali betullah... buat aku ketawa saja... hahahaha...", alex ketawa dan ketawa. "wei... aku tak berguraulah... aku cakap betul ni... honestly, aku nak kau jadi suami aku. kita kahwin hujung tahun ni ya...", kata avanisha dengan wajah yang serius. alex terus saja berhenti ketawa apabila dia tinguk wajah avanisha kelihatan serius semacam. "iye ke?... ingatkan kau bergurau tadi...", kata alex kebodohan pula. "dalam perkara ni aku indak bergurau bah... aku nak kita rasmi jadi sepasang suami isteri kelak... bulih kan?", soal avanisha dengan berani.

"kau betul betul serius ke kau nak melamar aku jadi suami kau ni?... kau dah fikir masak masak?", tutur alex perlahan lahan. "aku dah fikir masak masak lex... lagi pun papa aku ada suruh aku cari bakal suami aku beberapa minggu yang lalu. dia kata aku perlukan seorang suami yang bulih di harapkan untuk menjaga aku... so aku fikir kaulah lelaki yang sangat sesuai untuk di jadikan sebagai suamiku?... bulih kan kalau kita kahwin hujung tahun ni?", soal avanisha dalam suara yang lemah lembut. sempat lagi memegang dan meramas ramas tangan kiri alex. dalam diam alex merasa indak keruan pula. "mak aih... dia meramas ramas tangan aku pula...", kata alex dalam hatinya. "aku tahu kau masih merasa terkejut dengan perkataan aku ini tapi percayalah aku mengatakan perkara ni dengan seikhlas hati aku... aku ingin kita hidup bersama... kalau bulih kita bertunang dulu baru kita kahwin...", kata avanisha dengan wajah yang serius. "woah... woah... woah... nanti dulu... nanti dulu... kau nak kita bertunang dan lepas tu berkahwin??...", soal alex cukup terkejut. "yelah... kenapa? kau tak suka or tak cintakan aku ke?", soal avanisha ingin tahu. "bukan... bukan macam tu... tapi ini terlalu mendadaklah avanisha...", tutur alex dengan dahi yang berkerut. "apa yang mendadak pula?...", soal avanisha pula. "yelah kan... tiba tiba saja kau cakap yang kau jatuh cinta padaku dan lepas tu kau mengajak aku berkahwin dengan kau pula padahal kita bukannya rapat sangat pun sebelum ini...", kata alex dengan pantas. "like i said to you alex... i fell in love with you for the first time i saw you... itu maknanya cinta pandang pertama... cinta pandang pertama tak semestinya memerlukan perhubungan yang rapat untuk ianya bertumbuh mekar di sudut hati. perasaan cinta itu lahir dari dalam hati di saat mata bertentangan mata. di saat hati berbicara bahawa inilah urang yang di cari selama ini...", tutur avanisha dengan lembut. "nanti dulu avanisha... kau dengar dulu apa yang aku nak cakap ni... perkahwinan bukan perkara yang bulih di buat main main okay... ini adalah perkara yang serius...", kata alex dengan tegas. "yalah... aku tahu perkara ini adalah perkara yang serius thats why aku mengajak kau datang ke sini untuk berbincang mengenainya... aku nak kau tahu yang aku sudah bersedia untuk menjadi isteri kau... itu pun jikalau kau sudi menerima kehadiranku dalam hidup kau. so macamana sudi tak kau berkahwin dengan ku? kalau kau sudi aku akan kasi tahu papa tentang perkara ini and then kita tunang dan kahwin...", tutur avanisha pula.

"look, avanisha i dont know what to say... this is way too drastic... i cannot give you any answer right now...", tutur alex masih dalam nada suara yang cukup terkejut. "aku tahu kau masih merasa terkejut tentang perkataanku ini tapi tak apa aku akan bagi kau masa untuk kau mempertimbangkan lamaran aku ni... aku akan bagi kau masa sehingga hujung minggu ni untuk mempertimbangkannya.... aku nak hari isnin ni kau sudah ada jawapannya, samada kau nak jadi suami aku ke atau pun indak. jikalau kau mahu jadi suami aku, kau akan ku berikan kasih sayang dan segala harta bendaku menjadi milik kau... tapi jikalau kau tak nak jadi suami aku kau akan di berhentikan kerja dan kau tak di benarkan menjejakkan kaki kat syarikat aku tu lagi....", kata avanisha dengan perlahan lahan. alex merasa semakin terkejut di saat dia terdengar perkataan perempuan itu. "bunyinya macam mengugut urang saja ni...", bisik hati alex tak keruan tapi dia terpaksa buat wajah selamba depan mata perempuan itu. "baiklah... aku akan mempertimbangkannya dulu...", akhirnya alex bersuara lemah. "good... i'll be waiting for your answer after this weekend...", tutur avanisha sambil meminum fresh orangenya. alex hanya terdiam selepas itu. dia rasa selera makannya hilang entah ke mana. dia biarkan avanisha makan dan minum didepan matanya tapi dia hanya makan sedikit saja. sebenarnya dia merasa susah hati apabila dia mendengar syarat yang di kenakan oleh avanisha ke atas dirinya. selepas dia keluar lunch dengan avanisha dia pun terus saja masuk ke dalam pejabat.

ALEX (18) Where stories live. Discover now