ALEX 7

372 13 2
                                    

keesokan paginya alex bangun awal untuk pergi keraja. sudah dua hari bah dia indak pergi keraja. tentu orang atasannya akan marah padanya sebab dia cuti macam itu saja tapi dia indak peduli. kalau dia kena buang keraja banyak lagi keraja lain dia bulih cari, begitu fikirnya. so alex tenang tenang saja ketika dia pergi keraja pagi itu. sampai saja di tempat kerajanya dia lihat cik nancy ak lanting secretary dalam team redaksi majalah elite sedang melangkah keluar dari dalam keretanya. dia nampak anggun pagi tu. dengan baju blouse pinknya dan skirt pendek hitamnya paras lutut sudah cukup membuatkan alex terpegun melihatnya. "hai... cik nancy.... selamat pagi...", sapa alex cuba menyapa perempuan berbangsa iban itu. tanpa menghiraukan sapaan alex tu, nancy terus saja berjalan meninggalkan tempat tersebut. apabila alex melihat perempuan itu indak membalas sapaannya alex terpaksa buat muka kelat macam cicak tertelan kapur. sudah banyak kali dia menyapa itu perempuan tapi 'sumbung'nya masih juga tahap gaban. "agaknya dia memang di lahirkan menjadi perempuan yang 'sumbung' kot?... ahh!... apa apa sajalah....", bisik hati kecil alex. perlahan lahan dia mengorak langkah meninggalkan kawasan parking lot tersebut. baru saja dia melangkah masuk ke dalam office tempat dia bekeraja tu tiba tiba bahunya di tepuk orang dari belakang. "wei... alex... baru hari ni kau pergi keraja... ke mana kau menghilangkan diri, dua hari indak datang keraja?", soal suatu suara. dia terus menoleh ke belakangnya. kelihatan puan liza merangkap senior editor majalah elite itu sedang berjalan di belakangnya.

"oh... maafkan aku puan liza... aku sakit kepala dari hari isnin tu sama hari selasa kelmarin sebab itulah aku indak datang bekeraja...", terpaksalah si alex berbohong. "oh yakah?.... sakit kepala betul betul kah? atau sakit kepala action action saja?", soal puan liza dengan wajah yang serius sekali. kali ini dia berhenti betul betul di depan 'intern'nya yang baru bekerja dua bulan lamanya dalam syarikat penerbitan majalah tersebut. alex terpaksa berhenti melangkah di situ. dia berdiri macam kambing hitam pula. "er... mana ada sakit kepala action action puan... aku betul betul sakit kepala dalam dua hari tu lorh... hampir saja aku ke'pengsan' sebab sakit kepala...", dalih alex. "oh yakah?... kalau sakit kepala mana surat sakitnya?....", soal puan liza. "oh... er... aku indak pergi ke klinik semalam puan sebab aku cuma makan ubat panadol dan berehat di rumah...", balas alex perlahan lahan. "oh baiklah... aku terima alasan kau tu tapi lain kali kau jangan buat alasan yang sama lagi... ini kira last warning, ye.... lain kali kalau kau cakap sakit lagi tapi indak ada surat sakit dari doktor yang mengesahkan kau jatuh sakit, kau akan ku adukan pada tuan benjamin presiden syarikat ni... kau mesti ingat tu!...", kata puan liza dengan garangnya. "baiklah puan... aku akan ingat apa yang puan katakan tu...", balas alex cepat cepat. "okay, tugas kau pagi ni ialah kau pergi ke syarikat penyiaran TV star.... selepas tu kau serahkan dokumen penting ni pada pihak syarikat penyiaran TV star tu sebab mereka akan berurusan dengan kita dalam proses pengiklanan majalah elite kelak...", kata puan liza memberikan arahannya. dia menyerahkan satu sampul surat besar ke tangan alex. perlahan lahan alex mengambil sampul surat besar berwarna coklat keperangan itu. "ingat... jangan sampai tercicir pula dokumen tu...", pesan puan liza lagi. "oh baiklah puan...", balas alex dengan pantas sekali

ketika dia sedang berjalan masuk ke dalam pejabat itu untuk meletakkan beg sandangnya di atas meja tiba tiba saja datang pula kak rohani kat situ. terkejut betul alex apabila perempuan itu berdiri betul betul di depan wajahnya. nasib baik kakinya sempat 'brek' semasa bertembung dengan perempuan tu kalau tidak mungkin dia terjatuh di atas tubuh perempuan tu kot. paling teruk lagi jika dia terpeluk perempuan tu ketika jatuh. weh... bulih heboh satu pejabat karang gara gara dia terjatuh dan terpeluk perempuan 'andartu' tu. "er... selamat pagi, lex... aku dengar kau keluar untuk menghantar dokumen tu nanti, kan?", soal kak rohani. "ya....", balas alex dengan ringkas. "bah... tolong belikan aku kueh dan air milo kat warung bawah sana tu... aku tak sempat beli tadilah...", kata kak rohani sambil menyerahkan beberapa keping wang kertas ke tangannya. hampir saja alex bilang sama itu perempuan, "mentang mentanglah aku ni 'intern' baru kat pejabat ni aku pula yang ko jadikan sebagai kuli ko untuk membeli makanan dan minuman untuk ko setiap hari... manyak cantik muka ko...", tapi itu cuma dalam hati dia saja. manalah dia berani bilang macam itu sama itu perempuan. maklumlah itu perempuan kan reporter dalam team redaksi majalah elite so dia terpaksalah akur apabila di suruh oleh perempuan tu. baru saja alex mau angkat kaki dari situ muncul pula si mohd rusdi aka fotographer yang tinggi lampai tu bersama dengan siti ain staf redaksi. mereka sedang berdiri di depan wajahnya sambil menghulurkan wang kertas ke arahnya. "belikan aku kueh sama minuman... macam biasa, okay?...", kata mohd rusdi perlahan lahan. "aku pun sama...", kata siti ain yang bertubuh kecil itu. mahu tidak mahu alex pun terpaksa menganggukkan kepalanya. dia mengambil semua wang kertas itu lalu di masukkannya ke dalam poket seluar jeansnya. dia mula melangkah keluar dari pejabat tersebut. ketika dia melangkah masuk ke dalam pintu lif yang terletak tidak jauh dari situ kelihatan beberapa orang pekerja lain melangkah masuk ke dalam lif tersebut. di antaranya ialah suzy dan juga jenny. diorang ialah reporter yang paling kecoh dalam pejabat mereka. "selamat pagi... korang nampak cantik pagi ni...", sapa alex cuba berbasa basi. padahal dia tahu bah si suzy dan si jenny tu 'sumbung' tahap gaban.

"yelah tu...", balas si suzy dengan memutarkan bola matanya. manakala si jenny pula buat muka kelat macam cicak tertelan kapur. alex terdiam selepas itu. malas betul dia bersuara apabila ada orang yang indak peduli apa yang dia cakap. dia tahu mereka pasti tak akan melayannya. maklumlah intern baru macam dia tak layak bercakap dengan pekerja senior macam diorang tu. "eh!... suzy, kalau indak salah kan ada deputy chief editor baru akan bekerja dalam team redaksi majalah kita ni tau...", si jenny mula membuka cerita. "eh... siapa deputy chief editor kita yang baru tu ar?", soal suzy ingin tahu. "entahlah... kalau dia seorang lelaki sudah tentu wajahnya kacak, kan? mungkin dia kacak macam lee jong suk pelakon korea tu...", kata si jenny dengan riangnya. "yelah... kalau dia handsome macam pelakon korea tu, aku pasti akan tackle dia habis habisan...", kata si suzy pula. "weh... aku akan tackle dia dululah...", balas si jenny di sebelahnya. "hey... kau jangan kacau daunlah pula... yang handsome macam pelakon korea tu aku yang punya, okay...", bidas si suzy pula. "hekeleh... kalau bercakap pasal pelakon korea pasti ada saja perempuan yang kegatalan...", gerutu alex di belakang mereka. "apa???!!!... apa kau cakap tadi?", soal suzy mula marah. dia memandang wajah alex dengan marah sekali. begitu juga dengan jenny. "gulp...", alex menelan air liurnya. takut betul dia apabila dia melihat suzy dan jenny memandang ke arahnya macam orang yang hendak 'telan' dia pula. dia tahu sekejap lagi dua orang perempuan tu akan bertukar menjadi badai puting beliung yang sangat dahsyat. "tingg!...", kedengaran pintu lif berbunyi secara tiba tiba. serentak dengan itu pintu lif terbuka luas. cepat cepat alex melangkah keluar dari situ. "woi... alex!... woi!... tunggulah!... woi!....", si suzy dan si jenny memanggilnya tapi alex buat buat tak dengar saja. dia terus berlari keluar dari dalam bangunan tersebut. malas betul dia melayan dua perempuan tu lagi. maklumlah sekejap lagi diorang akan bertukar menjadi puting beliung so sebelum dia terkena badai puting beliung yang hebat tu lebih baik dia melarikan diri dari situ. dia terus melompat naik ke atas motorsikalnya tanpa menghiraukan suzy dan jenny yang terjerit jerit memanggilnya macam orang gila kat situ....

ALEX (18) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang