alex sampai di kawasan bangunan penyiaran stesen TV new star yang tersergam indah di pinggir bandar itu. dia terus saja masuk ke dalam bangunan tersebut untuk menyerahkan sampul surat warna coklat keperangan itu pada pihak yang berkenaan. setelah dia siap menghantarnya dia pun terus melangkah keluar dari dalam bangunan yang sibuk itu. perlahan lahan dia membonceng motorsikalnya. baru saja dia mahu sematkan helmet di atas kepalanya tiba tiba saja mobile phonenya berbunyi. terpaksalah dia menjawap panggilan di mobile phonenya tu. "hello...", alex bersuara sepatah. "wei... alex, kau sudah beli itu makanan sama minuman yang aku suruh kau beli tadi tu kah?", soal suatu suara di hujung talian. dia tahu itu ialah kak rohani. "belum lagi...", balas alex dengan ringkas. "wih... kau belilah makanan tu cepat sikit... aku nak bersarapan pagi ni... tadi aku tak sempat bersarapan pagilah...", kata kak rohani di hujung talian. "ya... cepat kau beli makanan dan minuman untuk kami juga...", kedengaran suara mohd rusdi dan siti ain bergema di hujung talian. Alex hanya memutarkan bola matanya. hampir saja dia cakap macam ni pada diorang... "kalau kamurang kebulur sangat mahu bersarapan pagi kamurang sendiri bah pergi beli apa yang kamurang mau beli... ini suruh orang lagi...", tapi mulutnya terkunci rapat. dia biarkan saja diorang tu menyuruh dia membeli makanan dan minuman setiap kali dia pergi keraja. macamlah dia tu kuli batak diorang pula. "bah... kenapa kau senyap sudah? kau dengar kah cakap kami urang ni?", kedengaran perempuan tu bersuara di dpalam mobile phonenya. "iya... aku dengar bah cakap kamurang tu... kamurang jangan bimbang lorh... sekejap lagi aku akan belikan barang makanan yang kamurang pesan tu... aku lagi sibuk hantar dokumen ke syarikat penyiaran TV ni... okay, bye...", cepat cepat alex mematikan talian di mobile phonenya. malas betul dia melayan diorang tu lagi. "baru saja aku lambat sikit beli makanan untuk diorang aku pula di marahi... sialan betul... nanti aku letak tahi cicak dalam makanan diorang tu baru tau...", gerutu alex sendirian.
dia menyematkan helmet di atas kepalanya. kemudian dia memasang enjin motorsikalnya. motorsikal yang di boncengnya mula meluncur laju meninggalkan tempat itu. tidak lama kemudian dia sampai dekat dengan bangunan syarikat penerbitan majalah elite. sebelum dia masuk ke dalam bangunan itu dia singgah sekejap di warung yang berdekatan. dia membeli makanan dan minuman untuk kak rohani, mohd rusdi dan juga siti ain. selepas itu dia berjalan meninggalkan warung tersebut. dia melangkah masuk ke dalam pejabat team redaksi majalah elite. semua orang mula sibuk dengan pekerjaan masing masing. alex melangkah menuju ke meja kak rohani lalu di serahkannya bungkusan makanan di tangan kepada wanita itu. "thanks...", cepat cepat kak rohani mengambil bungkusan makanan tersebut dari tangan pemuda itu. dia terus makan tanpa mempedulikan kehadiran alex di situ. perlahan lahan alex beredar dari situ. dia melangkah menuju ke meja mohd rusdi dan juga siti ain. dia meletakkan bungkusan makanan yang di belinya tadi di atas meja dua insan itu. "oh thanks so much lex...", ucap siti ain seraya meraih bungkusan makanan tersebut. dia tersenyum lebar. "thanks lex...", ucap mohd rusdi di sebelahnya. "you are welcome...", balas alex. perlahan lahan dia beredar dari situ. dia melangkah lalu duduk di atas mejanya. baru saja dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi datang pula si jenny kat situ. "kau tolong semak semua texts yang aku taip di dalam artikel ni... puan liza suruh aku buat tadi tapi aku tak ada masa lah nak semak balik artikel ni... kau tolong aku ya...", cepat cepat jenny menyerahkan artikel yang baru di taipnya pada alex. terpaksalah alex mengambil artikel itu. hampir saja dia cakap, "weh.... ini kerja ko bah, apasal pula aku yang di suruh buat kerja ko ni?", tapi itu dalam minda dia saja. dia hanya diam ketika perempuan tu menyuruh dia menyemak artikel tersebut. macamlah dia tu editor texts pula... sepatutnya artikel tu di semak oleh puan liza sebab dia kan senior editor dalam team redaksi majalah elite tapi dia pula yang di suruh buat semua kerja tu. dengan berat hati alex pun mula menyemak artikel tersebut.
ketika dia sedang sibuk membuat pekerjaannya tiba tiba, "perhatian semua...", kedengaran suatu suara bergema di depan bilik pejabat yang berhawa dingin itu. semua mata tertumpu ke arah datangnya suara tersebut. kelihatan tuan benjamin cheng iaitu presiden syarikat penerbitan majalah elite berdiri di hadapan mereka semua. kelihatan seorang perempuan muda berdiri di sebelahnya. perempuan itu memakai topi jenis 'lady like' berwarna hitam. hampir separuh daripada wajahnya indak kelihatan kerana di tutupi bahagian tepi topi besar tersebut. yang cuma kelihatan ialah bahagian hidung dan mulutnya saja. dia memakai gaun berwarna hitam. semua orang yang berada di dalam pejabat itu berdiri di dekat meja kerja masing masing. "buat pengetahuan korang, syarikat kita akan mendapat seorang deputy chief editor yang baru. dia akan memantau dan menyelenggarakan setiap urusan dalam team redaksi majalah elite mulai dari hari ini... perkenalkan anak perempuan saya, namanya cik avanisha benjamin... dia akan menguruskan semua kerja kerja penghasilan majalah elite pada masa yang akan datang ni... di harapkan semua team redaksi majalah elite akan memberikan kerjasama bagi chief editor kita yang baru ini...", kata tuan presiden benjamin cheng sambil tersenyum lebar. perlahan lahan anak perempuannya itu membuka topi besar yang tersemat di kepalanya. "hai semua... nama aku avanisha benjamin... aku gembira kerana dapat bekerjasama dengan korang semua...", kata perempuan itu sambil tersenyum menampakkan sebaris giginya yang putih bersih itu. terkejut betul alex apabila dia tinguk perempuan tersebut. macam mau ke'pengsan' saja dia ketika dia tinguk itu perempuan.
"alamakkkk!!!!!.... perempuan itu lagi???.... haish... apasal pula dia jadi chief editor yang baru dalam team redaksi majalah ni???... aduhhh... mak... di mana aku nak sembunyikan muka aku ni?.... kalau dia tahu aku berada di sini sudah tentu dia akan mengganggu aku lagi...", soal alex serba tak kena. dia terus menyembunyikan wajahnya dengan buku di tangannya. takut betul dia kalau kalau perempuan tu ternampak dia kat situ. alex lihat semua orang pergi bersalaman dengan perempuan tu tapi dia masih berdiri di dekat mejanya. cepat cepat dia mengambil mobile phone miliknya lalu di dialnya nombor phone kawannya badli. "hello...", kedengaran suara kawannya badli menjawap panggilan phonenya. "badli... matilah aku kali ini...", alex bersuara dalam nada suara yang cemas sekali. "kenapa dengan kau ni? suara kau cemas semacam aje...", soal kawannya badli. "perempuan yang bernama avanisha tu ada kat tempat kerja aku nilah...", balas alex dengan cemas sekali. "so?...", badli menyoal secara acuh tak acuh. "so... i'm in a big trouble now...", balas alex dengan pantas sekali. "trouble? maksud kau?...", soal badli di hujung talian. "dont you get it?... aku dalam dilema sekarang sebab aku tak mahu bertemu dengan perempuan tu lah...", kata alex. "kenapa perempuan tu berada di tempat keraja kau pula?", soal badli kehairanan. "dia jadi chief editor kat tempat keraja aku ni...", balas alex sambil menutup wajahnya dengan buku di tangannya. "nak buat macamana lagi kan... terpaksalah kau bekeraja dengan perempuan tu.... jikalau kau tak nak bertemu dengannya hari ni pasti besok lusa kau akan bertemu dengannya juga...", badli bersuara di hujung talian. belum pun sempat alex bersuara tiba tiba saja buku di tangannya di tarik oleh seseorang. kelihatan tuan benjamin cheng iaitu presiden syarikat penerbitan majalah elite sedang berdiri di depan matanya. anak perempuannya avanisha berdiri di sebelahnya. alex hanya tersengih macam seekor monyet yang kedapatan mencuri pisang orang lain pula. "alex???....", perempuan bernama avanisha itu bersuara dalam nada suara yang terkejut sekali. "yeah... its me... alex...", balas alex macam orang palui. siap tunjuk 'peace' lagi dengan tangannya tu. semua mata kini tertumpu ke arahnya. dia jadi serbasalah...
YOU ARE READING
ALEX (18)
RandomSinopsis: Mengisahkan seorang pemuda bernama Alex yang sedang berusaha mencari kekasih atau jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. dalam memilih perempuan yang sesuai untuk di jadikan kekasih atau jodohnya dia terpaksa menghadapi pelbagai masalah...