'"sebenarnya aku merasa malu pula nak menceritakan masalah aku ni pada korang...", bilang badli secara berterus terang. "kenapa pula kau merasa malu?... kami ni kan kawan serumah kau... kalau kau susah kami akan tulung kau...", kata alex perlahan lahan. "ya... betul tu...", sokong kumar di sebelah alex. badli diam. dia membiarkan waiter yang menghantarkan makanan mereka menghidangkan makanan di atas meja. sebaik saja waiter itu beredar dari situ barulah badli bersuara pada rakan rakan serumahnya, "aku rasa masalah aku ni berat sangatlah... aku tak nak korang merasa terbeban pula dengan masalah aku ni...", kata badli berterus terang. "oh... jadi kau tak nak share masalah kau dengan kita urang?", soal kumar seraya memakan roti canainya. "maybe next time sajalah aku share masalah aku tu pada korang berdua... aku nak korang menikmati makanan korang tu dulu...", bilang badli setelah dia berfikir sejenak. "hm... ikut suka hati kaulah... tapi kalau kau rasa nak share masalah kau tu kau share saja pada kami... manalah tahu kot kot kami bulih tulung kau...", kata alex. "yalah... by the way, thanks alex sebab kau dan kumar sudi bawa aku keluar minum petang pada petang ni...", kata badli. "oh kau tak perlu ucapkan terima kasih pada aku pula.... ini idea si alex lah ni... dia yang mengajak kita datang ke sini... dia kata ini ialah cara dia menyambut housemate baru. so thats why dia ajak kita keluar makan makan kat warung ni...", kata kumar seraya meminum lemon teanya. alex di sebelahnya tersengih macam kerang busuk. "tak payah berterima kasih sama aku lorh... ini hanya small matter saja, maaa... by the way, kau betul betul ke tak nak menikmati roti canai bersama kami ke, li? kalau kau nak aku bulih order sepiring roti canai untuk kau...", alex bersuara sambil mengunyah roti canai di dalam mulutnya. "no thanks... aku cuma nak minum fresh orange aje petang ni...", balas badli perlahan lahan. "hm... ikut suka hati kaulah...", alex pun kembali berbual bual dengan kumar. hanya badli seorang saja yang tidak banyak cerita sebab dia masih memikirkan masalahnya yang belum selesai itu. dia cuma memendamkan semua masalahnya dalam lubuk hatinya.
*** *** ***
pagi itu alex pegi ke tempat kerajanya. sampai di tempat kerajanya dia bertembung dengan puan liza dalam lif. "selamat pagi puan...", sapa alex dengan penuh hormat. "selamat pagi, lex... oh... aku lupa pula nak bagitahu sama kau... pagi ni kita akan ada meeting pertama bersama deputy chief editor baru kita tu... dia kata dia nak kau jadi setiausaha sementara bagi menggantikan tempat si nancy yang tiba tiba minta cuti sakit secara mendadak tu. kau di tugaskan untuk menaip minit mesyuarat kita kali ini....", kata puan liza dengan pantas. "apa???... aku di suruh menaip minit meeting kali ni?!", soal alex sambil jari telunjuknya di tunjukkan tepat ke dadanya. "auk bah... dia bilang macam tu sama aku petang kelmarin dalam wassap...", kata puan liza dengan wajah yang serius. "aduuhh... aku ni kan 'intern' baru dalam syarikat ni... takkanlah aku di suruh jadi secretary dalam meeting pula...", gerutu alex tak puas hati. "tak apa... ini cuma sementara saja bah... si nancy kan tiba tiba saja minta cuti sakit dari pagi kelmarin so thats why cik avanisha nak kau gantikan tempat dia pagi ni...", terang puan liza. "oh... baiklah...", balas alex dengan berat hati.
alex terpaksa membuat persiapan sebelum meeting di mulakan. maklumlah intern baru sepertinya terpaksa bekerja bertungkus lumus buat itu dan ini dalam office. padahal itu bukan tugas dia yang sebenarnya. apabila ramai urang dalam office tu suruh dia buat itu dan ini dia pun terpaksa juga buat semua kerja tu. setelah siap semuanya, dia pun duduk di tempat duduknya. "woahh!!!...", avanisha menyergah alex dari belakang. "mak datuk!!...", latah alex. terkejut betul alex saat itu sampai melatah pula dia. avanisha ketawa di sebelahnya. "hahaha... kau ni lex... asyik melatah saja kau ni kan... macam urang perempuanlah pula...", avanisha ketawa mengekek. sempat lagi dia menggeletak pinggang kiri alex dengan tangannya. tak sempat pula alex mengelak. akibatnya dia kegelian dan dia menggeliat seperti seekor cacing. makin ketawalah avanisha apabila dia tinguk alex menggeliat seperti seekor cacing. "haish... kau ni kan... asyik mengganggu aku saja...", kata alex dalam kegeraman. kalaulah si avanisha tu macam kertas mau saja dia renyuk renyuk perempuan tu dalam genggaman tangannya tapi malangnya avanisha bukannya kertas. "janganlah marah ye sayang... nanti cepat tua tau...", avanisha bersuara seraya mengenyitkan mata kirinya. alex hanya menggetapkan giginya dalam kegeraman. avanisha terus berhenti mengganggu pemuda itu apabila dia tinguk ramai staf yang lain mula melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat tersebut. cepat cepat dia melangkah menuju ke tempat duduknya. mesyuarat berjalan dengan lancar sekali. cuma alex seorang saja yang terkial kial menulis ringkasan butiran mesyuarat di dalam laptopnya.
"apa cadangan korang untuk membuat majalah ni kelihatan menarik?", soal avanisha ingin tahu. "apa kata kalau kita buat cover depannya gambar sekumpulan remaja berpakaian seksi... tentu ramai urang tertarik hati nak baca majalah kita ni nanti...", usul jenny dengan penuh bersemangat. "cadangan lain?", soal avanisha sambil memandang wajah semua staffnya yang lain. "urm... aku cadangkan supaya kita ambik gambar pelakon tempatan untuk cover depan majalah kali ni... tentu ramai urang tertarik nak baca majalah kita tu nanti....", cadang suzy pula. "ada lagi cadangan lain?", soal avanisha. "erm... aku rasa lebih baik kalau kita ambik model terkenal untuk cover majalah kita kali ni... maklumlah majalah ni kan tentang fesyen so kita kena tonjolkan wajah model terkenal bagi menarik perhatian urang ramai di luar sana untuk membeli majalah ini...", cadang siti ain pula. "tiada cadangan lain lagi ke?", soal avanisha dengan wajah yang serius. "urm... aku cadangkan kita ambik penyanyi tempatan untuk jadi cover girl majalah kita supaya ianya kelihatan menarik di lihat urang...", cadang kak rohani pula. "kenapa korang asyik bercakap tentang cover depan majalah saja, hah???!... korang tak terfikir ke nak bagi cadangan bagaimana nak menambah baik column yang sedia ada tu? tak ada ke cadangan untuk menambah baik artikel yang sedia ada dalam majalah tu??... aku tanya ni sebab selama ini aku perhatikan apa yang korang tulis dalam majalah tu semuanya indak menarik langsung!...", bentak avanisha secara tiba tiba. semua majalah elite edisi lama yang sudah di semaknya di hempaskan di atas meja. terkejut betul semua urang yang ada di dalam bilik mesyuarat itu. mereka terus diam menikus di tempat duduk masing masing. alex terkejut sebaik saja dia tinguk perempuan tu tiba tiba saja naik angin satu badan. dia indak menyangka yang avanisha bulih jadi garang macam tu sekali. dia tak ubah macam papanya pula. garang semacam...
YOU ARE READING
ALEX (18)
OverigSinopsis: Mengisahkan seorang pemuda bernama Alex yang sedang berusaha mencari kekasih atau jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. dalam memilih perempuan yang sesuai untuk di jadikan kekasih atau jodohnya dia terpaksa menghadapi pelbagai masalah...