ketika alex sedang leka menonton TV kelihatan avanisha melangkah keluar dari bilik mandi dengan hanya berkemban dengan tuala saja. alex indak mahu melihat tubuh avanisha yang sedikit terdedah itu. jadi dia cuba memfokuskan perhatiannya pada skrin TV yang ada di depan matanya. avanisha tahu alex berpura pura sedang menonton TV padahal dia tahu alex sedang berusaha untuk indak melihat ke arahnya. perlahan lahan avanisha duduk di sebelah alex dengan hanya berkembankan tuala di tubuhnya. "kenapa kau duduk dekat aku ni? kau belum pakai pakaian kau lagi tu...", tegur alex seraya mengengsotkan punggungnya jauh sedikit dari perempuan itu. "kenapa salah ke kalau aku duduk sekejap dengan kau?", soal avanisha separuh menggoda. "tak salah pun... cuma aku nak kau pakai pakaian kau tu dulu...", tutur alex dengan pantas. "tapi kalau aku tak nak pakai pakaian dan buka tuala ni macamana?", soal avanisha seraya membuka ikatan lilitan tuala di tubuhnya. "eh... eh... jangan... jangan... kau pergi pakai pakaian kau tu dulu...", kata alex melarangnya. cepat cepat dia menahan tangan perempuan tu dari terus membuka lipatan tuala di tubuhnya. "kenapa ni? kau takut aku buka tuala ni ke?...", soal avanisha sambil tersengih. "bukan takut cuma tak baik buka tuala depan lelaki yang bukan laki kau secara sah...", balas alex dengan pantas. "eleh... alim alim kucing saja kau ni... hari tu kau buka baju aku tanpa di suruh pun...", tutur avanisha pula. "itu masa aku mabuk, okay... sekarang aku dah tak mabuk so tolong jaga kelakuan kau tu sikit...", bidas alex.
"alah... aku cuma ingin bermesra dengan kau... itu pun tak bulih ke?", tangan avanisha mula menjalar di tubuh alex. cepat cepat alex menepis tangan perempuan itu. "bulih tak kau jangan menggangguku?... aku nak tinguk TV ni...", gerutu alex separuh geram. avanisha mencebikkan bibirnya. dia melangkah sambil menghentakkan kakinya. "mungkin dia marah kot... oh whatever...", bisik alex dalam hatinya. dia cuba menumpukan perhatiannya ke atas skrin television. avanisha mula memakai pakaiannya. setelah siap berpakaian kemas dia terus baring di atas katil dan berpura pura tidur. alex membiarkan avanisha tidur dulu. apabila dia tinguk avanisha seperti sudah tidur dia pun meng'off'kan television. perlahan lahan dia mengambil sebiji cushion lalu di letakkannya sehelai tuala di atas lantai. kemudian dia berbaring di atas tuala tersebut. dia malas hendak tidur bersama avanisha so dia pun tidur di situ.
*** *** ***
pagi yang indah. alex membuka matanya secara perlahan lahan. alangkah terkejutnya dia apabila dia tinguk avanisha berbaring di sebelahnya sambil memeluk tubuhnya. ada air liur lagi keluar dari mulut perempuan tu. "what the hell???... wei... bangunlah!... wei!...", bentak alex dengan kuat sekali. avanisha tersedar dari lenanya. "ohh... ada apa?... ada apa?... ada kebakaran ke?", soal avanisha separuh mamai. "kebakaran kepala otak kau... yang kau tiba tiba tidur bersama aku ni kenapa, hah?... dah tu pula air liur basi kau melekat kat bahu aku ni... euwww... gelinya...", alex bersuara dalam nada suara yang jengkel. "oh maaflah... mungkin aku sleep walker semalam kot... itu sebabnya aku tertidur kat sebelah kau...", dalih avanisha pula. padahal dia sendiri yang pergi tidur dekat alex tu. bukannya dia sleep walker pun. "yelah tu... macamlah aku percaya sangat cakap kau tu...", tutur alex separuh geram. avanisha tersengih macam kerang busuk pula. sedikit pun dia indak merasa marah biar pun alex marah marah padanya. "ahh!... aku mau tidur baliklah... mata aku mengantuk ni...", avanisha kembali berbaring. "wei... hari dah siang lorh... mari kita bersiap untuk balik ke kampung...", gesa alex seraya menarik tangan avanisha supaya bangun dari tidurnya. "alah!... aku nak tidurlah... pleaseeee... aku letih dan mengantuk ni...", tutur avanisha dalam nada suara yang separuh merengek. dia merengek macam baby pula. "wei... kau ingat kau tu kat rumah mewah kau lagi ke, hah? kau bulih tidur sampai ke tengahari, begitu?... no waylah... bila kau ingin menjadi bini aku, kau kena ikut apa yang aku cakap... kau kena bangun awal... tak bulih tidur macam puteri raja lagi...", marah alex. "yelah... yelah...", akhirnya avanisha pun mengalah. dia pun bangun. "pergi cuci gigi kau tu dan mandi... sekejap lagi kita akan meneruskan perjalanan kita ke kampungku...", perintah alex. mahu indak mahu avanisha pun terpaksa beredar dari situ.
alex pergi ke paip di sinki untuk mencuci lengan kirinya yang terkena air liur perempuan itu. setelah mencucinya dia mula memberus giginya di situ. setelah siap dia menunggu avanisha selesai mandi. sebaik saja avanisha melangkah keluar dari dalam bilik mandi itu dia pun cepat cepat melangkah masuk ke dalam bilik mandi tersebut. manakala avanisha pula memakai pakaiannya. kemudian dia mula bersolek di meja solek yang ada di situ. ketika dia sedang leka bersolek dia lihat alex melangkah keluar dari bilik mandi dengan tuala terikat di pinggangnya. avanisha memerhatikan tubuh sasa alex dari dalam cermin di depan matanya. dalam diam dia menghayati setiap lekuk tubuh lelaki yang di pujanya itu. dia mula berkhayal. alex indak perasan pun yang dirinya sedang di perhatikan oleh avanisha. dia memakai pakaiannya dengan tergesa gesa. maklumlah dia hendak balik ke kampungnya dengan segera. dia mahu bertanya pada neneknya apa yang harus mereka harus lakukan bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. sebenarnya fikirannya buntu ketika itu. dia tak tahu nak buat apa lagi. "kau dah siap ke?", soal alex ingin tahu. "aaa... apa?", avanisha terus tersedar dari alam khayalannya. "kau dah siap ke belum?", soal alex mengulangi pertanyaannya sekali lagi. "oh... sekejap lagi...", balas avanisha. dia kembali bersolek. sebenarnya dia sedang berkhayal tadi. dia teringin sekali hendak 'berasmara dana' dengan alex pada pagi itu tapi itu hanya dalam alam khayalannya saja. alex macam indak mahu melayannya biar pun dia menggoda lelaki itu dengan pelbagai cara. "mungkin aku kurang menarik di mata alex kot?", tiba tiba saja persoalan itu muncul di lubuk hatinya tapi avanisha cuba untuk indak terlalu memikirkannya. setelah dia siap bersolek dia pun bangun dari atas kerusinya. "aku dah siap dah ni...", kata avanisha dengan pantas. alex terpegun seketika sebaik saja dia tinguk penampilan avanisha yang seksi itu. di matanya perempuan tu semakin cantik dengan hanya memakai dress pendek macam gitu tapi ada satu saja masalahnya bagaimana avanisha menaiki motosikalnya nanti jikalau dia memakai dress pendek yang seksi tu. "er... kenapa kau tinguk aku macam tu pula?", soal avanisha ingin tahu. "oh... aku cuma merasa hairanlah kenapa kau pakai pakaian dress seksi macam tu sekali?... kita kan naik motor... bagaimana pula kau nak naik motor dengan hanya memakai dress pendek macam tu?", soal alex perlahan lahan. "oh ya tak ya juga kan... okaylah, kau tunggu aku sekejap... aku nak tukar pakaian aku ni dulu...", tutur avanisha. "hm... baiklah tapi jangan lama sangat ya...", balas alex. "baiklah...", cepat cepat avanisha membuka dressnya. depan mata alex lagi tu dia buka dress dia tu. "siottt... dia buka baju dia depan mata aku pula...", gerutu alex di dalam hatinya. dengan sepantas kilat alex mengalihkan perhatiannya ke arah luar jendela yang terletak indak jauh dari situ. dia sebenarnya indak mahu memerhatikan lekuk tubuh avanisha yang cantik dan gebu tu. nanti tak pasal pasal pula dia di buru oleh nafsu berahi yang sekian lama di tahan dan di bendungnya selama ini...
![](https://img.wattpad.com/cover/161774973-288-k501966.jpg)
YOU ARE READING
ALEX (18)
عشوائيSinopsis: Mengisahkan seorang pemuda bernama Alex yang sedang berusaha mencari kekasih atau jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. dalam memilih perempuan yang sesuai untuk di jadikan kekasih atau jodohnya dia terpaksa menghadapi pelbagai masalah...