"memang betul cover depan majalah tu perlu kelihatan menarik supaya orang tertarik hati nak beli majalah tu sebab cover depannya cantik tapi tak semestinya cover majalah yang cantik bulih membuat orang tertarik hati nak membelinya. orang lebih suka tengok isi di dalam majalah tu jika di bandingkan dengan cover depannya... kalau cover depannya kelihatan menarik tapi isi kandungan majalah tu membosankan buat apa kan? lebih baik buang dalam tong sampah saja... anyway, korang tahu tak kenapa statistik penjualan majalah elite menurun sejak kebelakangan ini? sebab isinya kurang menarik. aku tengok ada artikel dalam majalah ni indak menyentuh soal fesyen yang sebenarnya... korang tahu kan ini ialah majalah fesyen tapi topik atau isu yang korang tulis ter'keluar' dari dunia fesyen yang sebenarnya. contohnya macam artikel tentang makanan dalam edisi terakhir bulan lepas... hello!!!!... ini bukan majalah tentang makanan okay!... ini adalah majalah fesyen. so kalau majalah fesyen mesti ada tips mengenai cara pemilihan pakaian yang sesuai contohnya pergi ke majlis makan malam dan sebagainya. tapi apa yang aku tengok dalam majalah elite keluaran bulan bulan yang lepas ni ianya langsung indak menyentuh soal fesyen pun. gambar dan ilustrasi dalam majalah ni pun langsung indak menarik... tak ada lagi ke gambar pertunjukan fesyen yang di anjurkan oleh pihak pereka fesyen tempatan kita untuk di pamerkan di dalam majalah ni? kalau tak ada pun korang cubalah menghadiri mana mana pertunjukan fesyen di luar negara untuk di pamerkan dalam majalah ni supaya majalah ni nampak 'happening' sikit dan satu lagi aku nak tanya pada korang ni... kenapa korang tidak pergi bertanya pada mana mana pereka fesyen tempatan untuk menemubual mereka tentang fesyen pakaian rekaan mereka yang terbaru? kenapa korang indak cari pengusaha kain batik untuk di temubual secara eksklusif supaya fesyen kain batik pun bulih di tonjolkan di dalam majalah ni?...", soal avanisha sambil berjalan di depan meja mesyuarat dengan wajah yang serius. semua orang diam membisu. masing masing indak tahu mau cakap apa.
"aku tanya ni sebab apa yang aku perhatikan dalam setiap edisi majalah yang lepas semua topik yang di paparkan kurang menarik. terutamanya isi kandungan artikel itu sendiri. tak ada sesi temubual bersama model terkenal. tak ada gossip tentang model tempatan. tak ada tips cara pemakaian yang betul dan sebagainya. pendek kata ianya indak menyentuh dunia fesyen yang sebenarnya. so pada meeting kali ni aku akan mengagihkan 10 edisi majalah keluaran bulan yang lalu pada korang semua untuk di semak di rumah. dengan cara ini korang sendiri akan tahu apa kelemahan korang yang sebenarnya....", kata avanisha seraya mengagihkan majalah elite keluaran bulan bulan yang lalu pada semua yang menghadiri meeting tersebut. ini termasuklah alex sendiri. avanisha kembali ke tempat duduknya setelah semua urang telah mendapat 10 edisi majalah elite yang di maksudkannya itu."aku nak korang semak semua isi kandungan dalam sepuluh keluaran majalah elite ini... tugas korang ialah aku nak korang cari kelemahan dan kekurangan yang ada di dalam setiap majalah ini... kemudian aku nak korang cari idea yang baru bagaimana caranya nak buat majalah ni kelihatan lebih menarik dari keluaran majalah bulan lalu...", kata avanisha dengan tegas. "sila catitkan cadangan baru korang tu di dalam kertas cadangan korang... korang akan serahkan kertas cadangan baru korang tu padaku apabila kita bermesyuarat pada awal pagi jumaat ini... jadi korang ada 4 hari untuk mencari kelemahan korang tu dan buat kertas cadangan bagi meeting yang seterusnya... so meeting kita hanya sampai di sini saja sebab aku ada hal nak di uruskan selepas ini...", kata avanisha dengan suara yang tegas. selepas itu dia bangun dari tempat duduknya. semua urang bangun dari tempat duduk masing masing. mereka tunduk hormat pada perempuan itu. alex pun turut berbuat demikian. avanisha pun terus melangkah pergi dari situ tapi sebelum dia meninggalkan bilik meeting itu sempat lagi dia berkata kepada alex, "lex, tulung siapkan minit mesyuarat kita ni and then kau serahkannya padaku di bilik pejabatku petang nanti ya....", bilang avanisha pada pemuda itu. alex hanya menganggukkan kepalanya. kemudian avanisha beredar dari situ.
ketika alex bangun dari tempat duduknya dia lihat suzy dan jenny macam merungut rungut di tempat duduk mereka. "huih... garang betul deputy chief editor kita tu kan... dia garang macam papanya juga...", rungut suzy dengan wajah kelatnya. "yelah... aku tak sangka pun si avanisha tu bulih jadi garang macam tu... dia garang macam singa pula...", komen jenny di sebelahnya. "korang jangan banyak cakap, eh... karang kalau avanisha terdengar rungutan korang tu dia bulih terus 'ngap' korang macam singa yang kelaparan tau... baru padan muka korang tu...", sampuk mohd rusdi pula. "haish... kau ni asyik menyampuk perkataan urang saja... meluat betul aku dengan perangai kau ni tau...", marah jenny pada pemuda melayu itu. mohd rusdi hanya ketawa kecil di sebelahnya. "jangan marahlah jenny... aku cuma bergurau saja tadi tu...", kata mohd rusdi. "ehemm... korang jangan asyik berbual dan bergurau senda... ini bukan masa untuk berbual dan bergurau senda... aku rasa lebih baik korang pergi semak semua majalah yang ada di tangan korang tu dan siapkan kertas cadangan korang tu sebelum meeting hari jumaat ni... ingat tu?", puan liza bersuara pada team redaksi yang lain. "faham puan...", balas mereka semua. mereka pun mula beransur pergi meninggalkan tempat itu. alex melangkah menuju ke meja kerajanya. baru saja dia duduk dia menerima panggilan dari seseorang. "hello...", sapa alex sepatah. "hello... sayang... do you missed me?", kedengaran suatu suara di hujung talian. alex merasa terkejut. dia kenal suara itu. kalau indak salah itu ialah suara luciana. dia indak tahu bagaimana perempuan tu bulih tahu nombor phone barunya. "eh... luciana, dari mana kau dapat number phone aku ni, hah?", soal alex cukup terkejut. "kawan kau si badli yang bagitahu aku nombor phone baru kau ni... anyway, i wanna tell you something...", tutur luciana di hujung talian. "apa lagi ni?... bukankah aku dah cakap yang kita sudah break up setahun yang lalu... kenapa kau datang mengganggu hidup aku lagi?", soal alex pula. "i tak bermaksud hendak mengganggu hidup you... i cuma nak bagitahu you yang i dah kembali semula ke Malaisia ni... i kembali ke sini sebab i nak bertemu dengan you...", ucap luciana dengan suara yang lembut. "buat apa kau nak bertemu dengan aku lagi?... anyway, bila masa pula kau kembali semula ke malaisia ni?... kau indak mahu lagi menetap di UK ke??", soal alex ingin tahu. "i baru saja tiba di airport KKI ni... sebenarnya i tak nak menetap di UK lagi... i ambik keputusan ni sebab i nak kembali semula bersama you...", ucap luciana di hujung talian. "apa?... apa kau cakap?... kau nak kembali padaku? oh... kau cuma bergurau saja kan?...", tutur alex cukup bengang sekali. "i bukannya ber... tuut-tuut... tuut-tuut... tuut-tuut...", belum pun sempat lusiana menghabiskan perkataannya kedengaran talian di mobile phonenya terputus begitu saja. "haishh...", alex mengeluh seorang diri. dia hairan apasal talian di mobile phonenya terputus secara mendadak. "mungkin lusiana kehabisan kredit kot?", bisik hati kecilnya tak keruan. "ahhh... lantak dialah!...", dengus alex seorang diri. dia kembali mencuba untuk melakukan pekerjaannya biar pun hatinya bercelaru saat itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/161774973-288-k501966.jpg)
YOU ARE READING
ALEX (18)
RandomSinopsis: Mengisahkan seorang pemuda bernama Alex yang sedang berusaha mencari kekasih atau jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. dalam memilih perempuan yang sesuai untuk di jadikan kekasih atau jodohnya dia terpaksa menghadapi pelbagai masalah...