"avanisha!...", tuan benjamin bersuara dengan suara yang tegang. "oh papa...", avanisha bersuara dalam nada suara yang terkejut. alex cepat cepat membuka pautan tangan avanisha di lehernya. "apa yang korang buat tu?", soal tuan benjamin sedikit marah. "oh... er... kami tak buat apa apa tuan... kami cuma berbual bual kosong saja...", kata alex dengan pantas sekali. "berbual kosong?... korang tak nampak macam berbual kosong pun...", tuan benjamin bersuara sambil melangkah menghampiri mereka berdua di situ. "er... maaf ya... aku minta diri dulu... aku nak pergi ke tandas ni...", kata alex. belum pun sempat avanisha menghalangnya, alex terus beredar dari situ. sebenarnya alex indak mahu tuan benjamin marah padanya sebab itulah dia terus angkat kaki dari situ. ketika dia menutup daun pintu bilik pejabat tersebut sayup sayup kedengaran perbualan di antara avanisha dengan papanya. alex pun memasang telinganya untuk mendengar butir perbualan mereka.
"apa yang kau buat dengan si alex tu tadi ar?", soal tuan benjamin pada anak perempuannya itu. "sebenarnya aku nak berbual dengan alex tentang hubungan kami...", kedengaran avanisha menjawap soalan papanya. "hubungan?... hubungan apa pula ni?", soal tuan benjamin. "hubungan cinta... sebenarnya kami sedang bercinta sekarang ni, pa dan kami berkira kira hendak bertunang dan berkahwin dalam waktu yang terdekat ni...", kata avanisha dengan berani. alex yang mendengar butir perbualan avanisha dengan papanya itu merasa sungguh terkejut. dia tidak menyangka avanisha begitu berani berterus terang pada papanya. "avanisha!... apa yang kau merepek ni?...", soal tuan benjamin pula. "aku tak merepeklah, papa... aku cakap betul ni... hari tu kan papa nak aku kahwin dengan seorang lelaki, kan?... so alex is my future husband, pa...", kata avanisha. "apa??.... alex tu ialah future husband kau???...", tuan benjamin bersuara dalam nada suara yang terkejut. "ya pa... buat pengetahuan papa kami akan bertunang bulan depan... itu pun jika tidak ada aral melintang...", balas avanisha. "hah???....", tuan benjamin bersuara dalam nada suara yang terkejut. alex yang mencuri dengar perbualan itu menelan air liurnya tatkala dia mendengar tuan benjamin bersuara dalam nada suara yang terkejut.
"kenapa?... papa merasa terkejut ke?", soal avanisha pula. "memang papa merasa terkejut... kenapa kau pilih si alex tu jadi future husband kau pula?", soal tuan benjamin dalam nada suara yang tegang. "sebab dia lelaki yang baik, pa... dia bukan seperti lelaki lain yang aku kenali sebelum ni... dia lain daripada yang lain...", balas avanisha dengan suara yang tegas. "avanisha... kau jangan bergurau dengan papa okay... perkahwinan bukan perkara yang bulih di buat main main...", tuan benjamin bersuara dengan suara yang tegang sekali. "aku tak bergurau dan aku tak main mainlah, pa... aku cakap serius ni... aku nak berkahwin dengan alex... I really love him...", tutur avanisha dengan nada suara yang tegas. "oh... jangan jadi bodohlah, avanisha... kau akan rosakkan masa depan kau dengan berkahwin bersama lelaki miskin macam si alex tu...", kata tuan benjamin dengan marah sekali. berdesing telinga alex ketika dia mendengar tuan benjamin berkata begitu pada anak gadisnya. terasa dirinya begitu hina di mata bossnya hanya kerana dia adalah lelaki miskin. "avanisha, kau dengar sini baik baik... papa tak nak kau bercinta dengan si alex tu... dia anak orang miskin. hidup kau akan susah jikalau kau bersuamikan dia...", kata tuan benjamin dengan marah sekali. "aku tak peduli jikalau dia anak orang miskin, papa. aku sanggup berkahwin dengannya biar apa pun yang terjadi... yang penting aku bahagia bersama dengannya pa...", bidas avanisha. "jangan kau buat perkara yang memalukan papa, okay.... kau satu satunya anak perempuan papa. jangan kau cuba jatuhkan air muka papa ni dengan mengahwini lelaki miskin yang macam tu...", marah tuan benjamin. "oh... jadi papa mahu aku jaga air muka papa saja, begitu?... tapi siapa yang mahu menjaga hati dan perasaan aku?... papa bukannya peduli sangat tentang hati dan perasaan aku selama ni...", avanisha bersuara dalam nada suara yang tegang sekali. suaranya berbaur kesedihan. dia seperti hendak menangis pula. dari suaranya saja alex dapat merasakan kesedihan itu. dalam diam alex merasa kasihan pada avanisha. papanya langsung indak mendengar perkataan anaknya itu.
"avanisha... jikalau kau anak yang baik kau dengar cakap papa ni. kau jangan lagi bercinta dengan si alex tu... dia tu memang tak sesuai untuk kau. lagi pun papa tak suka si alex tu... jikalau kau berkeras ingin berkahwin dengannya juga papa tak akan mengaku yang kau anak papa... kau kena ingat tu...", bentak tuan benjamin dengan marah. "sampai hati papa buat nisha macam ni... papa jahat!... papa jahat!...", bentak avanisha dengan marah dan sedih. dia menangis teresak esak. "klik...", kedengaran daun pintu itu di buka orang dari dalam. cepat cepat alex berlari menuju ke suatu sudut yang agak terlindung indak jauh dari situ. kemudian dia cuba mengintai ke arah pintu bilik pejabat tersebut. kelihatan avanisha berlari keluar dari dalam bilik pejabat itu sambil menangis. "avanisha!!... avanisha!!...", kelihatan tuan benjamin berdiri di ambang pintu sambil memanggil anaknya tapi avanisha indak menghiraukannya. dia terus berlari meninggalkan premis itu sambil menangis teresak esak. alex merasa sedih dan kasihan melihat perempuan itu. dia dapat rasakan kesedihanyang di alami oleh avanisha. dalam diam dia tidak menyangka cinta avanisha begitu mendalam terhadap dirinya. perlahan lahan alex melangkah keluar dari tempat persembunyiannya tiba tiba, "alex!!...", kedengaran suatu suara bergema di belakangnya. langkah kaki alex terhenti di situ juga. alex menoleh ke belakang. kelihatan tuan benjamin berdiri indak jauh dari situ. "oh shit!....", bentak alex di dalam hati. dia indak menduga yang lelaki itu terpandang akan kelibatnya di situ. "ada apa tuan?", alex terpaksa menyahut panggilan lelaki itu dengan bermanis muka, padahal dalam hatinya, dia rasa indak senang bah sama majikannya itu. "masuk ke office aku sekejap... aku nak berbincang sesuatu dengan kau...", kata tuan benjamin seraya melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya. mahu indak mahu alex pun terpaksa melangkah masuk ke dalam bilik pejabat lelaki tersebut. "duduklah...", pelawa tuan benjamin. perlahan lahan alex duduk di atas kerusi yang ada di situ. alex merasa indak keruan di saat tuan benjamin merenung tajam ke arahnya. alex jadi indak sedap hati di buatnya.
YOU ARE READING
ALEX (18)
RandomSinopsis: Mengisahkan seorang pemuda bernama Alex yang sedang berusaha mencari kekasih atau jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. dalam memilih perempuan yang sesuai untuk di jadikan kekasih atau jodohnya dia terpaksa menghadapi pelbagai masalah...