setelah siap menaip minit mesyuarat yang di suruh oleh avanisha tadi alex pun terus menghantarkannya ke bilik office anak majikannya itu. baru saja alex membuka pintu bilik pejabat tersebut dia bertembung dengan avanisha di muka pintu. akibatnya avanisha hampir saja terjatuh kerana terlalu terkejut. alex terus merangkul pinggang ramping avanisha. cepat cepat avanisha memegang erat lengan sasa alex. mereka saling berpandangan. avanisha merenung tajam ke dalam anak mata alex. alex terpegun di saat mereka berbalas renungan. tiba tiba, "ehemmm!!!....", kedengaran seseorang berdehem di belakang mereka. bagaikan tersedar dari alam khayalan, alex pun terus menoleh ke belakangnya. kelihatan tuan benjamin cheng berdiri di belakang mereka berdua. "oh... tuan presiden...", alex cepat cepat melepaskan perempuan tu dari pelukannya. avanisha hampir saja terjatuh di atas lantai. nasib baik dia sempat mengimbangi tubuh badannya, kalau indak mungkin dia akan terjatuh di atas lantai. "kurang asam betul kau ni, lex... ada ke patut kau lepaskan aku macam tu saja... nasib baik aku tak jatuh tadi...", bisik avanisha ke dalam telinga alex tapi alex buat buat indak tahu pula. dia terpaksa berwajah selamba di depan wajah majikannya itu. "apa yang telah terjadi ni? kenapa pula kau berada di sini, alex?", soal tuan benjamin ingin tahu. "oh...maaflah tuan, aku cuma nak hantarkan minit mesyuarat ni pada cik avanisha sebab itulah aku berada kat sini...", balas alex serbasalah. kertas minit mesyuarat yang di maksudkannya di serahkannya pada avanisha. "iya ke? tapi kenapa korang berpelukan pula?", soal tuan benjamin kehairanan. "oh... er... itu... sebenarnya aku hampir tersandung dan terjatuh tadi. nasib baik alex pantas merangkul pinggangku. kalau indak, mungkin aku sudah jatuh tadi...", kata avanisha cepat cepat. "betul ke apa yang kau cakap tu?", soal tuan benjamin ragu ragu. "betul pa... aku tak bohonglah...", balas avanisha dengan bersungguh sungguh.
"memang betul apa yang anak tuan cakapkan tu... aku nampak dia hampir terjatuh di lantai tadi. itu sebabnya aku cepat cepat merangkul pinggangnya supaya dia indak jatuh ke atas lantai...", balas alex. "hm... yelah tu... kalau kau betul betul tulung dia baguslah tu... tapi kalau kau sengaja nak peluk peluk anak gadis aku ni, jaga kau...", tutur tuan benjamin dengan wajah yang serius. "gulp!...", alex menelan air liurnya sebaik saja dia terdengar perkataan majikannya itu. "apa yang papa cakap ni? alex betul betul tulung aku tadi. dia bukannya sengaja nak peluk aku... kan lex kan?....", avanisha bersuara sambil melirik ke arah alex. "ya... ya... betullah tu...", balas alex serbasalah. dia sebenarnya merasa gerunlah ketika dia tinguk wajah tuan benjamin yang garang semacam tu. "er... aku pegi dulu ya tuan...", cepat cepat alex beredar dari situ. tak tahan dia di renung lama lama oleh tuan benjamin yang berwajah garang itu. di pertengahan jalan dia bertembung dengan siti yang berjalan di ruang koridor itu. akibatnya dia terlanggar perempuan tu. habis jatuh barang yang dibawa oleh gadis itu. "haish... kau ni lex jalan macam indak ada mata saja...", marah siti ain sebaik saja dia di langgar oleh alex. "oh sorry... sorry... aku indak sengaja bah... sorry...", cepat cepat alex berjalan membelakangi gadis itu. "hishh... bikin jatuh barang aku saja si alex tu... bukannya dia nak tulung ambik barang aku yang jatuh ni... dia terus jalan macam urang yang tersampuk polong... tak guna punya lelaki...", rungut siti ain sambil memungut barang barangnya yang terjatuh tadi. alex terdengar perkataan gadis tu tapi dia indak peduli. sebenarnya dia merasa bercelaru bah masa tu. itu yang buat dia tak ada hati nak tulung perempuan tu ambik barang barang dia yang jatuh tu. "hm... yelah tu... kalau kau betul betul tulung dia baguslah tu... tapi kalau kau sengaja nak peluk peluk anak gadis aku ni, jaga kau...", masih terngiang ngiang lagi perkataan tuan benjamin tu di cuping telinganya. alex mula berfikir panjang. tuan benjamin seperti indak suka jikalau dia berada dekat dengan anak gadisnya. dia seperti marah kalau dia melihat avanisha 'rapat' dengannya. nampak sangat lelaki itu indak berapa suka padanya. dalam diam alex merasa sedikit terkilan. namun dia simpankan saja perasaan terkilan itu di lubuk hatinya. sebaik saja habis waktu bekeraja dia pun segera meninggalkan bangunan syarikat tempat dia bekerja. Ketika dia sedang berjalan meninggalkan bangunan tersebut tiba tiba, "lex...", kedengaran namanya di panggil urang. dia terus menoleh ke belakangnya. kelihatan avanisha datang menghampirinya di situ. "ada apa lagi ni, cik avanisha?", soal alex ingin tahu. "aik... sejak bila pula kau panggil aku cik avanisha ni?... kita kan kat luar pejabat sekarang so tak perlulah kau terlalu formal dengan aku... just call me nisha okay?... tak pun kau boleh call aku dengan panggilan sayang...", avanisha bersuara sambil tersenyum menggoda padanya tapi alex indak memberikan sebarang reaksi. dia berdiri sambil menyandang beg sandangnya di atas bahu. "yeah whatever... anyway, just tell me what do you want?", soal alex ingin tahu. "aku cuma nak ajak kau keluar jalan jalan dengan aku malam ni... kita pergi makan makan ya...", tutur avanisha dengan lembut. "aku rasa aku tak bulih keluar dengan kaulah...", balas alex dengan nada suara yang dingin sekali. "kenapa pula?... kita bukannya pegi ke kelab malam pun...", avanisha bersuara dengan pantas. "aku tak nak sebab aku tak mahu papa kau tahu yang aku keluar bersama kau. nanti tak pasal pasal pula dia marah padaku...", tutur alex dengan jujur.
"kenapa kau macam takut pada papaku pula?... dia takkan tahu apa apalah...", tutur avanisha. "aku tak bulih keluar dengan kau, nisha... kau ajaklah kawan kawan lelaki kau yang lain untuk keluar bersama kau...", tutur alex. "aku tak ada kawan lelaki lainlah... aku cuma ingin keluar bersama kau...", kata avanisha. "haish... kalau papa kau tahu kau keluar dengan aku sudah tentu dia akan merasa marah...", tutur alex serbasalah. perempuan tu memang sengaja nak mengundang masalah. "taklah... dia tak akan tahu kita keluar sama sama malam ni... kau jangan bimbang... aku akan kelentong papa aku tu sehingga dia percaya yang aku keluar makan malam dengan kawan perempuan aku...", kata avanisha dengan lembut. "yelah tu... tapi macamana kalau dia upah private investigator untuk menyiasat pergerakan kau malam nanti... tentu naya jadinya tu...", alex bersuara perlahan lahan. "ahh... takkanlah papa aku tu sanggup upah private investigator untuk siasat pergerakan aku pula... kau ni macam-macam sajalah... bah, macamana jadi tak kau keluar dengan aku malam ni?", soal avanisha ingin tahu. "sorrylah nisha... aku memang betul betul indak bulih keluar bersama kau malam ni... aku ada janji dengan housemate aku untuk menonton wayang bersamanya di rumah malam ni... so next time saja kita keluar sama sama ye?... bulih kan?", kata alex berdalih pula. sengaja dia cari alasan macam tu supaya avanisha indak memaksa dia keluar makan malam bersamanya pada malam itu. "hm... baiklah tapi lain kali kalau aku ajak kau keluar makan bersama ku kau jangan bagi banyak alasan lagi, ya... kalau kau buat alasan lagi, jaga kau...", avanisha bersuara dengan wajah yang serius. "whatever... okay, i've gotta go now... see you next time, bye...", cepat cepat alex beredar dari situ sebaik saja dia ternampak tuan benjamin berjalan keluar dari bangunan syarikat 3 tingkat itu. alex indak mau lelaki itu ternampak dia berbual dengan avanisha. bukannya apa dia takut bah majikannya itu marah padanya lagi. so demi mengelakkan suasana yang indak di ingini berlaku di depan matanya lebih baik dia saja berambus dari situ. "eh... alex... aku belum habis cakap lagilah...", avanisha memanggil pemuda itu tapi alex buat buat indak dengar pula. dia cepat cepat membonceng motosikalnya. indak lama kemudian motosikalnya terus saja meluncur laju meninggalkan tempat itu.
YOU ARE READING
ALEX (18)
RandomSinopsis: Mengisahkan seorang pemuda bernama Alex yang sedang berusaha mencari kekasih atau jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. dalam memilih perempuan yang sesuai untuk di jadikan kekasih atau jodohnya dia terpaksa menghadapi pelbagai masalah...