setelah makan bersama sama badli terus melangkah masuk ke bilik tidurnya. begitu juga dengan kumar. alex seorang saja yang mencuci pinggan mangkuk di dapur. selepas siap kerjanya mencuci pinggan mangkuk dan mengelap meja makan dia pun melangkah ke ruang tamu. dia mula menonton TV seorang diri di situ. ketika dia sedang leka menonton TV tiba tiba, "tuk... tuk... tuk...", kedengaran pintu rumah sewa mereka di ketuk urang dari luar. perlahan lahan alex membuka pintu rumah tersebut. alangkah terkejutnya dia bila dia tinguk seorang yang amat di kenalinya tercatuk di muka pintu rumah sewanya itu. "hai alex...", sapa luciana lembut. siap tersenyum manis lagi tu. belum pun sempat alex bersuara tiba tiba gadis itu mencium pipinya dan terus memeluknya. "oh i really missed you...", tutur luciana dengan lembut. "woah... woah... woah... wait the minutes... kenapa kau tiba tiba datang ke sini ni?", soal alex macam indak senang dengan kehadiran gadis itu di situ. dia cepat cepat meleraikan pelukan gadis itu. "i datang ni cuma nak berjumpa dengan youlah sayang... i really missed you...", kata luciana dengan lembut. "oh... tak payahlah kau berjumpa dengan aku lagi luciana... hubungan kita sudah lama berakhir so tak perlu kau sibuk sibuk datang menganggu aku kat sini...", tutur alex cukup bengang dengan gadis itu. "memanglah hubungan kita dah lama berakhir tapi i masih mencintai you, alex... salah ke kalau i masih mencintai you?", soal luciana sambil merenung wajah kekasih lamanya itu. "luciana kau jangan buat aku marah okay... jikalau aku kata hubungan kita sudah berakhir thats mean its over forever... jadi tak perlu lagi kau menagih cinta dariku sebab hatiku sudah tertutup untuk bercinta lagi... so aku sarankan lebih baik kau pergi dari sini sebelum aku naik angin satu badan...", marah alex. "tapi lex... tapi...", belum pun sempat luciana bersuara alex terus menutup daun pintu rumah sewa tersebut. "alex... just let me talk to you for a while, pleeease.....", kedengaran suara luciana masih bergema di luar pintu rumah itu. "just go away luciana... i dont need you in my life anymore...", sahut alex di balik daun pintu tersebut. "alex....", luciana seperti menangis ketika dia menyebut nama bekas kekasihnya itu. alex hanya diam menyendiri di sebalik muka pintu itu. dia sengaja membiarkan luciana di muka pintu rumah sewanya. sesekali dia memerhatikan gerak geri luciana melalui jendela kecil yang terletak indak jauh dari situ. dia lihat luciana beredar dari situ sambil menangis seorang diri. alex sedar gadis itu mencarinya setelah dia bosan dengan kekasih kayanya yang kat UK tu. luciana memang macam tu. dia selalu mencarinya apabila dia putus cinta dengan lelaki lain. baginya gadis seperti luciana indak perlu di beri muka sangat sebab dia tahu perangai luciana teruk macam syaitan. itulah sebabnya dia indak mahu berhubungan dengan gadis tersebut. selepas itu alex terus saja melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. dia mahu tidur awal pada malam itu sebab dia mahu bangun awal pagi esok untuk pergi ke tempat kerjanya.
*** *** ***
keesokan harinya alex bersiap untuk pergi ke tempat kerjanya seperti biasa. Ketika dia lalu depan pintu bilik tidur rakannya badli dia lihat pintu bilik tidur badli seperti terbuka sedikit. dia pun berhenti lalu dia memegang tombol pintu tersebut. dia berkira kira hendak menutup pintu tu tapi dia tak jadi berbuat demikian apabila dia ternampak badli masih berbaring di atas katilnya. alex berfikir sejenak. "eh... dia tak jadi pergi klinik ke pagi ni?... kenapa dia masih berbaring di atas katilnya?", alex mula tertanya tanya. perlahan lahan dia membuka pintu bilik badli kemudian dia melangkah masuk ke dalam bilik tidur tersebut. dia lihat badli berselimut dari hujung kaki sampai ke paras lehernya. "dia kesejukan kot?...", teka hati kecil alex. "li... bangunlah... dah pagi dah ni...", alex cuba membangunkan rakannya tapi rakannya masih juga indak terjaga dari tidurnya. dia memegang tangan kiri badli yang tergeletak keluar dari bawah selimut itu. tangan pemuda tersebut terasa panas semacam. "li... bangun li...", alex menggoncang perlahan tangan pemuda tersebut. "hmmmm...", badli menggumam lemah. "kau demam ke ni?...", soal alex seraya memeriksa suhu badan badli dengan menyentuh dahi rakannya itu. suhu badan badli terasa panas semacam. "ya....", balas badli sepatah. matanya masih tertutup rapat. "kalau kau demam pergilah berjumpa dengan doktor...", kata alex. "tak nak...", balas badli dengan lemah. "aik... bukankah petang kelmarin kau cakap padaku yang kau nak pergi ke klinik tapi kenapa sekarang kau tak nak pergi ke klinik pula?", soal alex dengan dahi yang berkerut. "aku dah tak larat nak pergi ke klinik, lex... tubuh aku terasa lemah...", balas badli masih dalam nada suara yang lemah.
"kalau macam tu biar aku dan kumar bawa kau ke klinik pagi ni...", kata alex pula. "tapi korang kan perlu pergi kerja pagi ni...", badli bersuara perlahan lahan. "aku akan minta cuti sehari dari boss aku...", kata alex cepat cepat. kebetulan pada masa itu kumar sedang melintasi pintu bilik tidur badli jadi alex pun cepat cepat memanggil pemuda tersebut. "kumar...", panggil alex. perlahan lahan kumar melangkah masuk ke dalam bilik tidur tersebut. "ada apa lex?", soal kumar ingin tahu. "bulih tak kau tolong aku papah badli ke klinik pagi ni?... dia sakit tenat ni...", soal alex. kumar terdiam seketika. "kenapa dengan badli?", soal kumar ingin tahu. "dia demam panas. masalahnya dia tak dapat bangun sebab tubuhnya terasa lemah... so aku rasa lebih baik kita hantar dia ke klinik pagi ni...", kata alex dengan pantas. "oh baiklah...", balas kumar. mereka pun mula membangunkan badli dari atas katilnya tapi badli menghalang mereka dari berbuat demikian. "tak perlulah korang ambik cuti gara gara nak hantar aku ke klinik... biar aku sendiri pergi ke klinik tu nanti... korang pergilah kerja...", tutur badli pada dua urang rakan serumahnya itu. dia kini duduk di atas birai katilnya. "tapi macamana kau nak pergi ke klinik dengan tubuh kau yang lemah ni?", soal alex ingin tahu. "tak apa... aku bulih gagahkan diri untuk pergi ke klinik tu nanti... anyway, korang pergilah kerja. nanti boss korang marah kalau korang tak pergi kerja...", tutur badli perlahan lahan. "hm... as your wish... tapi kau jangan tak pergi ke klinik pula ar... jikalau kau tak pergi ke klinik, jaga kau...", alex bersuara berbaur ugutan. "yelah... yelah... kau jangan bimbang... aku akan pergi ke klinik nanti...", balas badli lemah. "baiklah... kamj pergi kerja dulu...", alex bersuara pada kumar di sebelahnya. tanpa membuang masa mereka pun beredar dari situ. ketika mereka berada di luar rumah kumar menggamit tangan alex. "kau rasa dia sakit apa ar?...", soal kumar dengan dahi yang berkerut. "entahlah...", balas alex pura pura indak tahu apa apa. "aku tinguk ada ruam merah kat wajah tangan dan kakinya tu... dia sakit demam campak ke?", soal kumar pula. "manalah aku tahu... apa apa pun aku perlu pergi ke tempat kerja dengan cepat ni... so talk to you later...", cepat cepat alex membonceng motosikalnya lalu motosikalnya meluncur laju meninggalkan tempat itu. tinggallah kumar terpinga pinga seorang diri di situ
alex sampai di tempat kerjanya tepat pada pukul 7 pagi. dia lihat semua urang sudah pun berada di meja kerja masing masing. alex melangkah ke ruang pantry untuk membancuh coffee bagi dirinya sendiri. dia berdiri bersandar di dinding sambil minum coffee panas di tangannya. otaknya ligat berfikir tentang rakannya badli. dia indak tahu apakah penyakit badli yang sebenarnya tapi simptom simptom yang di alami oleh pemuda itu jelas menunjukkan bahawa pemuda itu mengalami penyakit kelamin yang serius. "mungkinkah dia ada penyakit.... haish... takkanlah sampai macam tu sekali...", alex menggeleng gelengkan kepalanya. "kau bercakap dengan siapa tu?", kedengaran suatu suara bergema di sebelahnya. alex terus menoleh ke arah datangnya suara itu. kelihatan avanisha sedang berdiri indak jauh dari situ. "haish... dia lagi... macamlah tak ada urang lain lagi dalam office ni...", rungut alex dalam hatinya tapi dia terpaksa juga senyum pada gadis tersebut biar pun dia rasa malas betul bertembung dengan gadis itu. "eh... aku ada cakap apa apa tadi ke?", alex pura pura indak tahu apa apa. "yelah... kau ada cakap macam ni... mungkinkah dia ada penyakit?.... haish... takkanlah sampai macam tu sekali... itulah yang kau cakap tadi... kau cakap pasal apa sebenarnya ni?", avanisha bersuara seraya mengambil cawan dari dalam rak pinggan mangkuk yang ada di situ. "oh nothing... mungkin kau tersalah dengar kot...", balas alex pula. perlahan lahan avanisha membancuh secawan coffee untuk dirinya. kemudian dia berdiri bersandar di dinding dekat dengan alex. alex jadi indak keruan sebaik saja gadis itu berdiri bersandar dekat dengannya...
![](https://img.wattpad.com/cover/161774973-288-k501966.jpg)
YOU ARE READING
ALEX (18)
RandomSinopsis: Mengisahkan seorang pemuda bernama Alex yang sedang berusaha mencari kekasih atau jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. dalam memilih perempuan yang sesuai untuk di jadikan kekasih atau jodohnya dia terpaksa menghadapi pelbagai masalah...