ALEX 67

76 6 1
                                    

pagi yang indah. alex sedang memandu keretanya ketika dia lihat seorang lelaki pondan sedang duduk di tepi jalan. dia seperti kenal lelaki pondan itu. "eh... bukankah itu johnny ak gimang?....", alex pantas memberhentikan keretanya di tepi jalan. dia berjalan menuju ke arah lelaki lembut yang kelihatan sedih itu. "joanne - johnny?....", tegur alex. lelaki itu segera mengangkat wajahnya. dia kelihatan baru lepas menangis. cepat cepat dia membuka rambut palsu yang di pakainya. "alex?... alex chai ke tu?... oh... i'm so glad to see you again...", johnny aka joanne terus bangun dan memeluk alex dengan erat sekali. ketika dia memeluk alex dia menangis pula. "ouwhhh... kenapa kau menangis pula? whats wrong?", soal alex kehairanan. "aku baru saja di buang kerja dari kelab malam 69... now i'm jobless and homeless... iskk... iskkk...", tangis johnny aka joanne dengan sedih sekali. "oh... kasihan... jadi sekarang kau nak pergi ke mana ni?", soal alex. "aku tak tahu... aku buntu sekarang ni...", kata johnny aka joanne dengan sedih. "begini sajalah, kau kerja terus di syarikat perhotelan papa aku as an office boy... papa aku pasti akan terima kau bekerja sebab office boy di pejabat papa aku dah berhenti kerja so i think you better come with me now...", kata alex. "tunggu sekejap... kau offer aku bekerja di syarikat perhotelan papa kau tu ke?", soal johnny aka joanne. "yep...", balas alex sepatah. "tapi aku tak tahu pun yang kau ada papa yang kaya raya dan ada syarikat perhotelan sendiri...", kata johnny aka joanne pula.

"memang ramai orang tak tahu tentang perkara itu sebelum ini. maklumlah aku dah lama merahsiakan identiti keluargaku sendiri tapi sekarang aku indak mau merahsiakannya lagi...", terang alex perlahan lahan. "oh... i see...", johnny aka joanne menganggukkan kepalanya perlahan lahan. "tapi sebelum tu aku nak kau berjanji pada aku...", alex bersuara sambil memandang wajah lelaki lembut itu. "berjanji... berjanji apa pula?", soal johnny aka joanne ingin tahu. "kalau kau bekerja di syarikat perhotelan papa aku tu aku nak kau ubah penampilan kau ni... kau jangan lagi pakai pakaian orang perempuan... aku nak kau pakai pakaian lelaki sebab kau tu lelaki. bukannya perempuan...", kata alex berterus terang. johnny aka joanne terdiam seketika. "oh baiklah... yang penting aku dapat pekerjaan dan tempat tinggal...", kata johnny aka joanne dengan pantas. "so i can call you johnny, not joanne anymore... is that okay to you?", soal alex. "okay...", balas johnny perlahan lahan. "kalau macam tu kau ikut aku sekarang... aku akan hantar kau ke syarikat papa aku. selepas itu aku akan menghantar kau ke hostel pekerja yang terletak tidak jauh dari syarikat perhotelan papa aku tu... so kau akan dapat pekerjaan dan juga tempat tinggal...", kata alex dengan pantas. "oh thanks alex... i really need this... anyway, you are my lifesaver...", kata johnny dengan riangnya. dia pun melangkah masuk ke dalam kereta alex dengan membawa beg pakaiannya. alex pun memandu keretanya menuju ke syarikat perhotelan papanya.

*** *** ***

petang itu kelihatan badli dan kumar sedang sibuk mencuci motorsikal masing masing. mak cik salmah pula sedang mengambil kain dari ampaian. sebuah kereta alfa romeo berwarna hitam berhenti depan rumah sewa mereka. badli dan kumar segera mendongak. kelihatan alex melangkah keluar dari dalam kereta tersebut. "eh... alexlah...", badli bersuara riang. dia terus bangun dan melangkah menuju ke arah pintu pagar rumah sewa itu. dia membuka pintu pagar itu perlahan lahan. alex segera di sambutnya dengan gembira. "wah... alex... segak betul kau sekarang...", tegur badli setelah dia memperhatikan pakaian rakannya itu. "biasalah... sekarang aku bekerja di syarikat papa aku and guess what?", alex bersuara sambil tersenyum lebar. "what?", soal badli ingin tahu. "johnny aka joanne dah bekerja kat office papa aku sebagai office boy...", kata alex. "apa?... joanne... maksud aku johnny bekerja di office papa kau sekarang?", soal kumar terkejut. "yep...", balas alex sepatah. "oh syukurlah... at least dia sudah mendapat pekerjaan yang tetap sekarang...", kata kumar sambil tersengih macam kerang busuk. ketika mereka sedang sibuk berbual bual muncul pula mak cik salmah di situ dengan membawa bakul kain jemurannya.

"eh... alex chai kan ni?", soal mak cik salmah sambil meletakkan bakul kain jemurannya di atas tanah. "ya mak cik... apa khabar mak cik?", soal alex seraya bersalaman dengan wanita tua itu. "oh khabar baik. wah... semakin kacak dan segak pula kau ini, lex...", soal mak cik salmah seraya tersenyum lebar. "oh... memanglah dia semakin kacak dan segak. maklumlah dia kan dah jadi orang kaya sekarang mak cik...", kata badli dengan nada suara yang kuat sedikit. "bukanlah orang kaya sangat mak cik... sederhana saja aku ni...", alex bersuara merendahkan diri. "tengoklah badli... biar pun dia kaya raya tapi dia masih juga cakap yang dia tak kaya sangat... kawan korang ni suka merendahkan diri lorh... itu yang membuatkan mak cik merasa kagum dengan kawan korang ni...", kata mak cik salmah pula. "yelah mak cik... apa apa pun ini buah tangan untuk mak cik...", alex menyerahkan seplastik buah buahan untuk wanita tua itu. "eh... kau bawa buah buahan untuk mak cik, lex?... terima kasih banyak banyaklah, lex... baik betul hati kau bagi mak cik buah buahan ni...", kata mak cik salmah dengan gembira. "sama sama mak cik... anyway, tujuan aku datang ke sini ialah aku nak bagitahu korang semua yang aku akan di lantik menjadi pengarah baru di syarikat perhotelan papa aku pada hujung bulan ni. kami akan adakan majlis perlantikan itu pada 31 bulan september ni. so aku nak menjemput korang semua datang ke majlis perlantikan aku tu nanti...", terang alex perlahan lahan. "apa?... kau akan jadi pengarah baru di syarikat perhotelan papa kau tu?... wah... ini berita baik ni...", kata badli cukup gembira. "yalah... ini memang berita baik... tahniah alex sebab kau akan menjadi pengarah di syarikat perhotelan papa kau tu...", kata kumar seraya menghulurkan tangan tanda ucapan tahniah pada rakannya itu. alex menyambut huluran tangannya. "ya... tahniah alex...", ucap badli pula. "thanks you guys...", alex bersuara seraya tersenyum lebar.

*** *** ***

hari yang di tunggu pun tiba. awal pagi lagi alex sudah bersiap sedia dengan pakaian tuxedo hitam dan seluar slack hitamnya. dia kelihatan bertambah segak apabila dia memakai tali leher yang sama warna dengan baju tuxedonya. rambutnya di sikat dengan rapi. dia kini tak ubah macam 'man in black' pula. serba kemas dan tampan. dia melangkah keluar dari dalam bilik tidurnya sambil tersenyum lebar. dia kelihatan begitu gembira hari itu. maklumlah tak lama lagi dia akan bertemu dengan gadis yang amat di rinduinya selama ini. "avanisha ku sayang... tak sabar rasanya aku bertemu dengan kau sayang... aku harap tiada lagi yang akan menghalangi hubungan cinta kita selepas ini...", bisik alex dalam hatinya.

ALEX (18) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang