ALEX 21

157 6 2
                                    

"oh by the way... alex, tulung kau kasi tahu sama si kumar tu yang bilik sewanya terletak di hujung koridor sana tu.... aku indak dapat lama lama ni... laki aku marah aku karang kalau aku lambat... bah... aku pegi dulu, ya...", sempat lagi puan sarimah melaung dari muka pintu rumah sewa tersebut. alex cuma menganggukkan kepalanya. sebaik saja puan sarimah beredar meninggalkan rumah sewa mereka, badli pun cepat cepat angkat kaki dari di situ. "ada apa yang tak kena dengan pemuda melayu tu ar?... dia macam sumbung saja sama aku....", tutur kumar dengan dahi yang berkerut. "dia bukannya sumbung. dia mungkin tengah bad mood kot sebab itulah dia jadi macam tu. bah... mari ku bawa kau ke bilik kau...", kata alex seraya menarik tangan kumar menuju ke sebuah bilik yang terletak indak jauh dari situ. "ini bilik kau, okay?", alex menunjukkan bilik kosong tersebut pada pemuda berbangsa tamil itu. "oh... okay...", balas kumar perlahan lahan. dia meletakkan begnya di atas katil yang ada di situ. "kat mana dapur, bilik mandi dan bilik tandas pula?", soal kumar ingin tahu. "mari aku tunjukkannya pada kau...", cepat cepat alex membawanya keluar dari situ. "ini ruang dapur sama ruang makan... itu bilik tandas dan sebelah tu pula bilik mandi...", kata alex seraya menunjukkan ruang dalam rumah tersebut pada rakan barunya itu. "kalau kau nak masak kau masaklah kat atas stove aku ni tapi dengan satu syarat bila gas dalam tong ni habis kita sama sama bayar. kau bayar separuh dan aku bayar separuh... amacam kau setuju tak?", soal alex seraya memandang sekilas ke arah wajah pemuda tamil itu. "orait... tak de masalah punya... yang penting dapur ni sentiasa berasap...", kata kumar sambil tersengih menampakkan gigi putihnya. "ya betul tu...", balas alex seraya tersenyum lebar. mereka pun mula berbual bual dengan riangnya.

"kau nak keluar dengan aku, tak?... kita pergi makan kat luar.. ini adalah salah satu cara menyambut kehadiran rakan baru dalam rumah ni...", kata alex seraya bersandar di dekat pintu dapur. "bulih juga tu... bah... mari kita pergi...", cepat cepat kumar mengekori alex dari belakang. ketika mereka berjalan melintasi ruang tamu rumah itu alex menghampiri badli yang sedang duduk menonton TV saat itu. "Er... kami nak keluar pegi makan makan kat warung mamak ali ni... kalau kau nak join makan dengan kita urang marilah ikut kita urang sekali... aku belanja korang makan hari ni...", alex memberanikan dirinya untuk bersuara. badli memandang wajah alex. kemudian dia memandang wajah kumar pula. "marilah ikut kami, li... marilah...", kata alex. "yelah... yelah....", akhirnya badli pun menganggukkan kepalanya. dia bangun lalu dia meng'off'kan TV yang ada di depan matanya itu. kemudian dia berjalan masuk ke dalam bilik tidurnya. tidak lama kemudian dia pun muncul dengan membawa dompet di tangannya. mereka pun melangkah keluar dari dalam rumah sewa tersebut. masing masing membonceng motorsikal sendiri. "kita pegi makan kat restoran mamak ali ya... sana ada banyak makanan yang sedap sedap...", kata alex dengan pantas. "baiklah...", balas kumar sepatah. badli cuma menganggukkan kepalanya. enjin motosikal di hidupkan secara serentak. tidak lama kemudian motorsikal mereka meluncur laju meninggalkan tempat itu.

sampai saja di bandar alex pun terus parking motosikalnya betul betul di hadapan warung mamak ali yang berada di tepi jalan itu. kumar menanggalkan topi keledarnya. begitu juga dengan kumar dan badli. perlahan lahan mereka melangkah masuk ke dalam warung mamak ali yang sangat sibuk itu. mereka duduk di salah satu meja yang ada di situ. "korang nak order apa ar? biar aku yang belanja korang kali ni...", kata alex seraya duduk di atas sebuah kerusi yang ada di situ. sebaik saja seorang waiter tiba di situ dia pun terus mengorder makanan. kumar turut mengorder makanannya. diurang order roti canai bersama kari. manakala badli pula hanya meng'order' minuman fresh orange saja. apabila dia di suruh mengorder makanan lain dia hanya menggelengkan kepalanya. alex dan kumar berbual sambil bergurau senda tapi badli cuma diam saja dekat diurang dua. alex perasan yang badli kini berubah sikap. dia menjadi seorang yang pendiam sejak dua tiga hari kebelakangan ini. alex memandang wajah rakannya. barulah alex perasan yang wajah rakannya kelihatan pucat sedikit. "li, kenapa kau diam saja ni? kau ada masalah di tempat keraja kau tu ke?", soal alex ingin tahu. badli menggeleng gelengkan kepalanya. "habis tu kenapa kau senyap saja?... dulu kau tak macam ni... dulu kau suka bergurau sama aku tapi kenapa dalam dua tiga hari ni kau berubah sikap?... apakah kau masih berkecik hati dengan teguran aku hari tu?... kalau kau masih merasa kecik hati pasal tu maafkan aku ya...", tutur alex perlahan lahan. "aku tak kecik hati pun pasal teguran kau itulah... aku cuma ada masalah sikit... itu saja...", balas badli. "masalah apa?", soal alex ingin tahu.

badli diam. dia tak menjawap soalan alex. "macam ni sajalah... kalau kau ada masalah lebih baik kita keluar malam ni untuk berhibur supaya hilang juga masalah tu dari dalam otak kau... amacam kau setuju tak dengan cadangan aku ni?", sampuk kumar secara tiba tiba pula. "thats a bad idealah, kumar... orang ada masalah kau ajak dia pegi bersukaria pula... apa daaa?....", rungut alex sambil memutarkan bola matanya. "yelah kan... manalah tahu dengan menari nari di kelab malam tu sambil minum arak semua masalah kita akan hilang...", kata kumar pula. "hilang sekejap saja tu kawan. selepas kau keluar dari dalam kelab malam tu masalah kau akan kembali menghantui diri kau buat selama lamanya. kecuali kau sendiri settlekan masalah kau tu barulah otak kau tu ringan sikit...", kata alex dengan wajah yang serius. "iye ke?....", kumar mengangkat kening kirinya. "yelah... kau ingat keseronokan yang kau dapat dalam kelab malam tu berkekalan lama ke? mana ada? dari sana hidup kau bulih hancur bah jikalau kau indak pandai mengawal diri dan menjaga diri kau sendiri...", kata alex panjang lebar. "huinaaa... panjangnya syarahan kau tu... amma appa aku pun bulih ke'pengsan bila diorang dengar syarahan kau tu...", kumar bersuara seraya menggeleng gelengkan kepalanya. alex ketawa apabila kumar berkata begitu padanya. badli pun turut ketawa apabila dia mendengar perkataan rakan serumahnya itu. "tak sangka ya, kau ni pandai bergurau juga... aku ingatkan kau seorang yang pendiam dan cerewet dalam soal memilih kawan...", komen badli setelah tawa mereka terhenti. "memang aku pandai bergurau pun tapi aku indak sumbung bah kalau sama urang. urang saja selalu sumbung sama aku...", balas kumar. "oh... maaflah pasal tadi tu... aku bukannya sumbung sama kau. aku cuma bad mood sebab aku ada masalah peribadi sikit...", tutur badli. senyumannya hilang sebaik saja dia teringatkan masalah peribadinya. "sebenarnya apa masalah kau ni ar?...", soal alex ingin tahu. "jikalau aku kasi tahu sama korang pun belum tentu korang akan dapat menulungku...", kata badli perlahan lahan. "kenapa kau cakap macam tu pula?", soal alex dengan dahi berkerut. badli diam. dia menarik nafas berat.

ALEX (18) Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang