ALEX 45

115 3 1
                                    

ketika alex sedang berdiri di luar bangunan tersebut dia terasa hendak buang air kecil pula. dia pun pergilah mencari tandas awam yang berdekatan. ketika dia sedang mencari tandas awam di belakang premis kedai yang ada di situ tiba tiba saja dia rasa seperti ada orang mengekorinya dari belakang. alex memberhentikan langkah kakinya dan menoleh ke belakang. kelihatan seorang lelaki pura pura berdiri sambil bercakap di mobile phonenya. tingkah laku lelaki tersebut agak mencurigakan tapi alex cuba untuk bersikap tenang. padahal dalam hatinya dia dah rasa lain macam dah. alex kembali semula melangkah tapi dia dapat dengar dengan jelas derap langkah kaki lelaki itu mengekorinya dari belakang. alex mempercepatkan langkah kakinya. semakin cepat dia melangkah semakin cepat pula derap langkah lelaki itu mengekorinya dari belakang. sebaik saja alex berada di belakang premis kedai yang agak tersembunyi itu alex pun segera memberhentikan langkah kakinya. dia menoleh ke belakang. tiba tiba saja lelaki itu meluru ke arahnya lalu cuba menumbuknya tapi alex cepat cepat mengelak. "hey... kenapa kau tiba tiba saja menyerang aku ni?", soal alex cukup terkejut tapi soalannya indak di jawap oleh lelaki tersebut. malah lelaki itu berusaha menyerangnya secara bertubi tubi. alex terpaksa membalas serangan lelaki itu demi mempertahankan dirinya. mereka saling berbalas tumbukan dan pukulan.

walau pun lelaki itu puas kena tumbuk tapi lelaki itu masih juga mahu menyerang alex. ini membuatkan alex merasa cukup bengang sekali. "hey... apa masalah kau ni, hah?!... kenapa kau serang aku ni?", soal alex seraya menumbuk dada lelaki itu dengan buku limanya. lelaki tersebut terjatuh di atas tanah. alex pantas menerkam ke arah lelaki yang terbaring di atas tanah itu. dia duduk di atas dada lelaki tersebut sambil menumbuk wajah lelaki itu secara bertalu talu. "arghhhh....", lelaki itu mengerang kesakitan setelah diaa puas di tumbuk oleh pemuda cina tersebut. "bagaimana rasanya? sakit kan?... selagi kau indak bagi tahu aku apa sebabnya kau serang aku, aku akan terus tumbuk wajah kau ni sampai berkecai...", bentak alex dengan marah sekali. "baa... baiklah... aku akan bagitahu kau...", akhirnya lelaki tersebut bersuara. itu pun dalam keadaan kesakitan yang amat sangat. alex pun berhenti dari menumbuk wajah lelaki tersebut. "cepat!... katakan sekarang juga apa sebabnya kau menyerang aku?!...", bentak alex dengan wajah yang bengis sekali. "se... sebenarnya a... aku di u... upah oleh tuan benja... min untuk memukul kau... dia suruh aku pu... pukul kau se... sebab dia tak su... suka kau men... dekati anak perempuannya....", kata lelaki itu dalam kepayahan dan kesakitan. "apa????!... dia upah kau pukul aku?", soal alex cukup terkejut. "ya...", balas lelaki itu dalam kesakitan. "baiklah... di sebabkan kau di upah oleh boss kau yang tak berhati perut tu aku akan lepaskan kau kali ini tapi tolong katakan pada boss kau tu yang aku indak berniat pun hendak musnahkan masa depan anak perempuan dia. malah aku akan cuba membahagiakan anak perempuannya tu biar pun aku ni urang miskin. anyway, aku terpaksa mengahwini anak perempuan boss kau tu sebab anak perempuan boss kau tu sedang hamilkan anak aku...", tutur alex seraya melepaskan cengkamannya dari leher lelaki tersebut. perlahan lahan dia menarik tangan lelaki itu supaya dia berdiri semula. "apa? cik avanisha sedang hamilkan anak kau?", soal lelaki itu dalam nada suara yang terkejut sekali. dia indak menduga anak perempuan bossnya tu bulih hamil pula sedangkan perempuan tu belum pernah berkahwin sebelum ini. jikalau tuan benjamin tahu tentang hal ini sudah tentu dia akan merasa marah. "yalah... by the way, sebelum kau pergi, aku nak kau serahkan surat perletakan jawatan aku ni pada tuan benjamin. tolong katakan padanya yang aku indak berminat lagi bekerja di syarikatnya tu...", kata alex dengan pantas. dia menyerahkan surat perletakan jawatannya pada lelaki melayu tersebut. selepas itu lelaki tersebut terus beredar dari situ.

baru saja alex sampai di tandas awam mobile phonenya berbunyi nyaring. dia menjawab panggilan di mobile phonenya. "hello...", sapanya sambil melangkah masuk ke dalam tandas. "hello... nisha ni... sayang kat mana ni?", soal avanisha lembut di hujung talian. "aku kat tandas ni... kau tunggu aku kejap okay?", tutur alex. "baiklah...", balas avanisha sepatah. alex pantas mematikan talian mobile phonenya. selepas membuang air kecil dia kembali semula ke restoran tempat dia berjanji untuk menunggu avanisha. dari jauh lagi dia nampak avanisha menunggunya dengan beg pakaiannya. perlahan lahan alex menghampiri perempuan itu. "eh... alex, kenapa dahi kau ni ada luka pula?", soal avanisha cukup terkejut. "eh.... ada luka ke?", soal alex pula. sebenarnya dia indak sedar pun dahinya luka masa tu. mungkin dahinya berdarah akibat di pukul dengan kayu oleh lelaki jahat itu sebentar tadi. "yelah... ada darah ni... kenapa dahi kau berdarah?", soal avanisha seraya mengelap darah yang mengalir di atas dahi pemuda itu dengan tisu di tangannya. "oh... aku terjatuh di atas lantai tandas sebentar tadi. maklumlah lantai tandas tu licin sangat.... itulah yang sampai berdarah ni...", dalih alex pula. padahal dia indak mau avanisha tahu yang dia di pukul dan di tumbuk oleh urang upahan papanya yang tak guna tu. "bohong!... mustahil juga luka terjatuh sampai lebam berdarah macam ni... macam kesan di pukul urang dengan benda keras saja ni...", avanisha bersuara dengan dahi yang berkerut. dia seperti indak percaya dengan apa yang di katakan oleh lelaki tersebut. "iya... aku cakap betullah ni...", dalih alex lagi. "oh... janganlah kau berbohong padaku, alex... aku tahu kau bercakap bohong padaku... lebih baik kau cakap jujur saja padaku... apa yang sebenarnya telah terjadi ni?", soal avanisha dengan penuh prihatin. "okay... alright... I will tell you the truth... buat pengetahuan kau, papa kau ada mengupah urang jahat untuk pukul aku hanya kerana aku mendekati kau...", tutur alex dengan wajah yang serius.

"apa???!!!... papa aku upah urang untuk pukul kau?", soal avanisha dalam nada suara yang cukup terkejut sekali. "yalah... nasib baik aku ada belajar tae kwan do sikit sikit dengan atuk aku semasa aku kecil dulu kalau indak sudah tentu aku dah jadi mayat sekarang ni...", balas alex dengan pantas. "oh... aku indak menyangka yang papa aku sanggup buat benda jahat macam ni pada kau...", tutur avanisha dalam kegeraman. "nak buat macamanalah kan... papa kau memang teruk betul orangnya. so, memang betul betul ke kau nak kahwin lari dengan aku ni?", soal alex dengan wajah yang serius. "yelah... aku sanggup buat apa saja untuk hidup bersama kau... thats why aku sanggup packing semua barang barang aku ni untuk ikut kau pulang ke kampung kau tu...", kata avanisha dengan pantas. "you dont have any second thoughts?", soal alex seraya mengangkat kening kirinya ke atas. "kenapa kau tanya soalan macam tu padaku pula?... I dont have any second thought lorh... no matter what will happen, I will always be with you...", ucap avanisha dengan wajah yang serius. "oh really?... kau tak menyesal ke nanti? manalah tahu di suatu hari nanti kau menyesal sebab berkahwin dengan urang miskin macam aku ni?", soal alex sengaja menduga perempuan itu. "aku tak menyesallah... aku buat ini demi masa depan kita dan anak kita...", kata avanisha lagi. "oh... jadi kau betul betul nekad?.... aku tanya ni sebab selepas kau ikut aku pulang ke kampung aku tu there's will be no turning back, okay?....", ucap alex dalam nada suara yang serius sekali. "okay... aku nekad nak ikut kau ke mana saja kau pergi... yang penting aku dapat hidup bersama kau...", ucap avanisha dengan pantas. "okay... jika itu yang kau mahu... aku akan bawa kau pergi dari sini tapi jangan pula kau menyesali keputusan yang kau buat ni ar....", tutur alex dengan wajah yang serius. "ya.... ya.... cepatlah kita pergi dari sini... nanti papa aku suruh urang upahannya yang lain pula untuk pukul kau...", tutur avanisha dengan pantas. "hm.... baiklah....", perlahan lahan alex mengangkat beg pakaian perempuan tu. "banyaknya barang yang kau bawa ni... kita kan naik motor. mana bulih bawa barang banyak sangat... lainlah kalau kita naik bas ekspres....", kata alex seraya memutarkan bola matanya. "tak apa... aku bulih letak beg pakaian aku tu kat atas pangkuan aku...", balas avanisha. "hm... as your wish... tapi jangan pula kau merungut nanti.... perjalanan kita ni memakan masa 3 jam tau...", kata alex pula. "3 jam?... lamanya... tentu kampung kau tu jauh kan?", avanisha bersuara dalam nada terkejut. "memang jauh pun...jikalau kau penat sebab terpaksa memangku beg pakaian kau tu, kita terpaksalah berehat sekejap di pekan merbau...", balas alex. "oh okay....", kata avanisha perlahan lahan. "mari kita pergi sekarang....", tutur alex. "baiklah...", balas avanisha seraya menganggukkan kepalanya. mereka pun beredar dari situ.

ALEX (18) Where stories live. Discover now