di sepanjang perjalanan menuju ke kampung alex avanisha terpaksa duduk di belakang alex sambil memegang beg pakaiannya. satu setengah jam kemudian mereka pun tiba di bandar rembau. ketika mereka sampai di situ jam sudah menunjukkan pukul 10:35 malam. alex menghentikan motosikalnya di depan sebuah warung tepi jalan. dia mengajak avanisha masuk ke warung itu. setelah mereka mengorder makanan dan minuman alex duduk bersandar di kerusinya sambil berpeluk tubuh. dia memerhatikan wajah avanisha. "kenapa kau perhatikan aku macam tu?... make up aku rosak ke?", soal avanisha ingin tahu. dia meraba raba wajahnya. "tak juga... make up kau okay je... cuma aku tinguk kau macam letih saja ni...", tutur alex. "eh... aku indak letih bah... aku okay saja ni...", balas avanisha dengan pantas. padahal dia merasa letih sekali ketika itu. maklumlah ini first time dia naik motorsikal dalam perjalanan yang jauh macam tu. biasanya dia naik kereta mewah papanya jikalau berjalan jauh seperti itu tapi demi menjaga hati dan perasaan alex dia pun terpaksa berdalih.
"bohong.... aku tahu kau berbohong... sebenarnya kau letih tapi kau indak mau mengakuinya... buktinya tubuh badan kau saja nampak letih dan indak bermaya. so aku fikir lebih baik kita bermalam kat bandar ni dengan menyewa sebuah bilik motel yang berhampiran. kita akan meneruskan perjalanan awal pagi besok....", tutur alex dengan wajah yang serius sekali. "hm... baiklah...", balas avanisha perlahan lahan. indak lama kemudian makanan dan minuman yang di order pun sampai. mereka mula menjamu selera di situ sambil berbual bual. "thanks alex sebab kau sudi terima aku dalam hidup kau... aku bersyukur kepada ilahi sebab Dia mempertemukan aku dengan seorang lelaki yang baik hati macam kau...", ucap avanisha dengan lembut. "sebenarnya aku bukannya baik hati sangat pun... aku buat ni pun sebab aku nak anak dalam kandungan kau tu selamat... kalau ikutkan hati aku ni aku sebenarnya belum bersedia lagi nak berkahwin dengan mana mana perempuan dalam dunia ni... memandangkan kau tengah hamilkan anak aku maka aku pun terpaksa berkahwin dengan kau...", ucap alex dengan wajah yang kelat sekali. avanisha terdiam seketika. mungkin dia terkilan ketika dia mendengar perkataan alex itu tapi dia cuba untuk mengorakkan senyuman. itu pun senyuman yang di buat buat.
"whatever... yang penting aku bulih berkahwin dan hidup bersama dengan kau buat selama lamanya...", ucap avanisha perlahan lahan. "yelah tu.... harap saja kau indak menyesal berkahwin dengan urang miskin macam aku ni...", tutur alex seraya mengeluarkan rokok era dari dalam poket seluar jeansnya. dia menghidupkan hujung rokok itu dengan lighter di tangan. avanisha mengambil sebatang rokok dari dalam kotak rokok tersebut tapi tangannya di tepis oleh alex. "kau indak bulih merokok...", larang alex dengan tegas sekali. dia cepat cepat mengambil kotak rokoknya itu dari atas meja lalu di masukkannya ke dalam poket seluar jeansnya. "kenapa pula?", soal avanisha cukup terkejut. "sebab kau tu hamil.. kau indak bulih merokok selama kau hamil. merokok indak baik bagi kesihatan janin dalam kandungan kau tu...", tutur alex dengan pantas. "ouwhh... tapi aku nak merokok... tolonglah bagi aku hisap rokok tu sekali saja...", avanisha bersuara separuh merayu. "tak bulih... aku indak benarkan...", tutur alex dengan wajah yang serius. "tapi...", perkataan avanisha terus di potong pantas oleh alex. "jikalau kau mahu menjadi isteriku kau mesti ikut perkataanku... aku ni bakal suami kau... kau mesti dengar dan turuti segala perkataanku. itu pun jikalau kau mahu aku jadi suami kau tapi jikalau kau indak mau menuruti perkataanku aku akan batalkan rancangan perkahwinan kita tu dengan serta merta...", tutur alex pula. "oh... tolong jangan batalkannya.... aku janji aku indak akan menghisap rokok lagi...", cepat cepat avanisha bersuara. "betul ke cakap kau ni?", soal alex sengaja menduga perempuan tersebut. "betul....", balas avanisha dengan pantas. "baguslah kalau macam tu... sebenarnya aku memang indak suka bakal bini aku hisap rokok.... anyway, jikalau aku sudah berkahwin dengan kau kelak aku pun akan berhenti merokok... itu pun jikalau kita betul betul sudah jadi sepasang suami isteri kelak...", tutur alex perlahan lahan. "betul ke ni?", soal avanisha macam indak percaya pula. "iyalah... tak kanlah aku bohong kau pula...", tutur alex. Avanisha pun terdiam selepas itu. mereka makan dan minum bersama sama
usai saja mereka makan dan minum di situ. alex pun membawa avanisha ke sebuah motel yang terletak indak jauh dari warung tersebut. setelah berjumpa dengan penyambut tetamu yang sedang duduk di kaunter mereka pun mula melangkah menuju ke bilik motel yang terletak di hujung bangunan tersebut. sebaik saja mereka melangkah masuk ke dalam bilik motel itu alex pun meletakkan beg pakaian milik avanisha di atas lantai. Dia lihat avanisha berbaring di atas katil. mungkin perempuan tu letih agaknya. jadi dia pergi ke bilik air. alex membuka baju tshirtnya. tubuhnya terasa melekit dengan peluh. dia fikir lebih baik dia mandi saja sebelum dia masuk tidur. Ketika alex sedang membuka pili air tiba tiba pintu itu di buka urang dari luar. kelihatan avanisha berdiri di muka pintu bilik air tersebut. alex pantas mengambil tuala mandinya dan tutup bahagian alat kelaminnya. "hey... apasal kau buka pintu tu pula? aku sedang mandilah!....", marah alex. avanisha tersenyum padanya. "bulih kan aku mandi bersama kau?", soal avanisha separuh menggoda. "apa???... kau nak mandi bersamaku?!", soal alex cukup terkejut. "yelah... rasanya tak ada salahnya jikalau kita sama sama mandi sebab kita kan tak lama lagi akan berkahwin...", tutur avanisha pula. "indak bulih!!... kita belum lagi sah menjadi sepasang suami isteri... so you better get out from here...", bentak alex. mahu indak mahu avanisha pun terpaksa menutup pintu bilik air tersebut. alex kembali mandi seorang diri di dalam bilik air itu. selepas mandi dia melangkah keluar dari dalam bilik air tersebut. kelihatan avanisha menunggunya di depan pintu bilik air dengan wajah yang masam mencuka. dia memegang sehelai tuala di tangannya. mungkin dia pun hendak mandi juga. tanpa berbicara sepatah kata pun padanya avanisha pun terus melangkah masuk ke dalam bilik air tersebut. alex hanya diam saja di situ. perlahan lahan dia melangkah menuju ke beg sandangnya. dia menarik keluar sehelai tshirt dan seluar jeans dari dalam begnya itu. dia mula memakai pakaiannya. alex tahu avanisha marah padanya sebab dia indak benarkan perempuan tu mandi bersamanya. alex cuba untuk indak terlalu memikirkan perkara tersebut. usai saja dia memakai pakaiannya dia pun duduk di atas kerusi sofa yang ada di situ. TV di pasang. kemudian dia mula menonton TV seorang diri di situ
![](https://img.wattpad.com/cover/161774973-288-k501966.jpg)
YOU ARE READING
ALEX (18)
RandomSinopsis: Mengisahkan seorang pemuda bernama Alex yang sedang berusaha mencari kekasih atau jodoh yang paling sesuai untuk dirinya. dalam memilih perempuan yang sesuai untuk di jadikan kekasih atau jodohnya dia terpaksa menghadapi pelbagai masalah...