HOSPITAL NEVER WALK ALONE
Yoonji masih didalam bilik kecemasan.. Doktor² banyak yang keluar masuk.. Yena pulak diletak bahagian bilik pesakit kerana pengsan..
Yoongi masih tak henti menangis.. Dia terasa dirinya teruk apabila dia baru memarahi adiknya.. BTS,Sehun,Vernon,Hanbin dan Daniel baru sampai.. Jimin dan Hoseok memujuk Yoongi yang masih menangis.. Hanbin dan Vernon memujuk Mingyu yang masih menyalahkan dirinya kerana rasa bersalah dekat Yoonji..
Jungkook yang masih termenung..
Jin dan Namjoon cuba menenangkan Jungkook..Keluarga Min pun sampai .."Yo-yoongi-.. Yoonji.."..Pn.Min mula laa menangis melihat Yoongi yang asyik menangis.. Tuan Min cuba pujuk isterinya yang menangis sedih pada anak bongsunya.. Tak sangka juga,Joongki dan Junki pun datang dengan gelabah ke arah mereka..
"Mana Yoonji!!"..tanya Junki abang sulung nya yang melihat Yoongi yang lemah asyik menangis.. Doktor pun keluar dari bilik kecemasan..
"Doktorr macam mana?!"..tanya Junki dekat Doktor yang baru saja merawat Yoonji.. Doktor tu hanya menunduk..
"Berita baiknya, Yoonji selamat.."..kata Doktor yang bernama Doktor Choi Seunghyun itu..
Semua seperti lega mendengar.."Tapi..berita buruknya..Yoonji koma, Dia tak dapat sedar kan diri.. Maafkan saya hanya itu saja yang saya mampu buat..Kita berdoa laa supaya Yoonji cepat sedar.."..kata Doktor Choi sambil tersenyum kelat..
Jungkook terus pergi ke arah pintu kecemasan.. Jungkook tak dapat menahan airmatanya.. Dia terus menangis tanpa menghirau mereka..
Junki dan Joongki cuba menenangkan Jungkook yang terjatuh lemah itu..Yang lain hanya, berdiam dan cuba menahan.. Yena yang pengsan sudah sedar.. Dia menangis dengan teresak-esak.. Taehyung memeluk Yena untuk menenangkan nya..
+++
Dua bulan berlalu..
Yoonji ditempatkan dibilik VIP,Yoonji masih tidak sedarkan diri.. Doktor memberi mereka melawat Yoonji yang hanya baring dikatil masih dengan mata tertutup..
Keluarga Min dahulu masuk dan melawat Yoonji,yang lain hanya tunggu diluar seperti biasa.. Selepas keluarga Min habis melawat,baru mereka masuk untuk melawat Yoonji..
"Yoonji ahh~"..Yena berkata dengan suara serak nya.. "Aku rindu kau~"..Yena mencium dahi sahabatnya itu.. "Aku sunyi kat sekolah tau..Aku macam orang lain,Aku tak macam dulu..Aku banyak berdiam diri.. Ramai cikgu tegur aku sebab aku jadi pendiam"..kata Yena sambil pegang tangan Yoonji..
Yang lain tahan diri mereka,ingin menangis mereka apabila Yena berkata begitu..Sungguh sedih melihat Yoonji yang masih terbaring dan tertutup mata saja.Kepalanya dibalut dengan pembalut putih..Yena sudah mengalirkan air matanya ditangan Yoonji.. Tak dapat menahan melihat rakannya baiknya jadi sebegini..
Taehyung menarik Yena untuk keluar dari bilik ini.. Yena pun mengikut Taehyung keluar..Mereka tahu Yena akan menangis bila berjumpa Yoonji.. Jungkook yang hanya mendiamkan diri sahaja..
"Yoonji Ah~ cepat bangun tau..kami rindu saeng baik macam kau"..kata Jin mewakili mereka.."Ha'ah..kau adalah saeng yang baik tapi nakal.."..kata Namjoon tersenyum..
"Aku rindu tengok kau yang selalu ceria kat sekolah dan pelajar paling gangster kat sekolah.."..kata Jimin yang tersenyum dengan airmatanya ditahan.. "Aku ingat time kau di Prom Night masetu..Kau tak habis² cakap congrats kat aku"..kata Hoseok.. Yoongi mula menekup mulutnya supaya dapat ditahan..
YOU ARE READING
BECAME A NERD GIRL +J.J.K+
FanfictionYoonji adalah seorang yeoja yang menyamar dirinya sebagai nerd..Dia masuk ke sekolah barunya kerana ingin berubah sikap lama nya kepada menjadi sikap seorang budak nerd.. Tetapi Yoonji seorang yeoja yang agak tidak mudah jatuh cinta.. Kadang² ada ya...