"Aish! Bosan laaahh!" Rungut seorang gadis remaja. Bosan weyh bosan weeeyy bosaaaan!! Korang pernah tak? Waktu hari sekolah, nak cuti. Tapi waktu cuti, bosan lah pula!
Apa patut aku buat eh? Phone? Tengah charging. Tidur? Tak ngantuk. Tengok kdrama kat laptop? Semua dah aku tengok! Ada lah yang aku belum tengok... but belum download! Hah! Try tengok tv. Okay tengok tv kat ruang tamu di tingkat bawah je lah.
Gadis remaja tu mengangkat tubuhnya yang sedang baring atas katilnya dan melangkah keluar dari biliknya untuk ke ruang tamu di tingkat bawah.
Dia lah, Humaira. Nama panjang dia Nur Humaira Dahlia binti Abdul Rashid. Semua orang panggil dia Humaira atau lebih singkat Maira. Umur dia masih 15 tahun. Tapi nak masuk 16 tahun pada bulan Disember.
Humaira mempunyai rupa yang boleh dikategorikan cantik. Tapi semua orang kata dia comel kerana mempunya pipi pau yang membuatkan dia comel. Dia juga berkulit putih macam orang korea gitu. Bila dia tersangatlah malu yang teramat, pipi dia merona merah. Sesuai sangat dengan namanya, Humaira. Berpipi merah.
Humaira ni juga boleh dikatakan tinggi bagi umur dia. Ketinggian dia 162 cm. Dia taklah kurus sangat, taklah chubby,just a normal healthy body.
Humaira seorang yang– entahlah. Sikap dia tak menentu sebenarnya. Dia bukan gila cuma, alaaa biasa lah perempuan kan. Ada macam-macam perangai.
Tapi kalau lebih perinci, Humaira adalah seorang periang, banyak cakap– tapi dengan orang dia rapat je lah. Kalau dengan orang dia tak rapat,heh hampeh. Tetibe je jadi pemalu dan pendiam. Taklah diam sangat just disebabkan sikapnya yang pemalu tu buat dia jadi pendiam.
Hah! Satu fakta tentang Humaira ni, dia ada habit cakap seorang diri dan kadang-kadang tercakap apa yang dia fikirkan walaupun she didn't meant to let it out.
"Uhuk uhuk!" Tiba-tiba Humaira terbatuk ketika dia turun tangga untuk ke ruang tamu. Dia memberhentikan langkahnya. "Ada orang sebut nama aku ke? Atau cakap pasal aku? " Gumam Humaira.
Dia mengecilkan matanya. "Tsskk, apa-apa je lah. Mungkin ada habuk kot." Katanya bersendirian dan menyambung langkahnya untuk ke ruang tamu.
Apabila dia menapak ke arah ruang tamu, takde sesiapa. Sebab? Semua ahli keluarganya tengah jalan. Dia je malas nak jalan. Tengok? Dia sendiri yang bosan seorang di rumah.
"Menyesal pula aku tak ikut diorang." Kata Humaira dengan wajah cemberut sewaktu dia duduk kat sofa lalu mencapai remote astro dan menekan ke channel 395.
"Yas! Cafe Amor!" Humaira bersorak kecil bila dia dapati Cafe Amor sedang disiarkan. Best okeyh.
» »
Knock knock!
KNOCK KNOCK!!
"oi ayam kau hijau!" Latah Humaira kerana terkejut. "Siapa pula tu?" Soal Humaira sendirian.
Knock knock!
"Kejap!" Jerit Humaira lalu berjalan ke pintu utama. Dia melihat dari jendela yang terletak siring pintu. Ye lah, aurat weyh. Kalau yang kat luar tu bukan mahram adoh.
"Ohh babah mama dan yang lain rupanya..." Gumam Humaira dan membuka pintu. Ye lah sebelum tu berkunci.
"Apa sal lama sangat buka pintu ni?" Kata Adik perempuannya dengan muka masam dan masuk ke dalam rumah diikuti adiknya yang seorang lagi tu dan juga ibubapa nya.
Hah nak bagitau ni, Humaira ni anak yang ke satu dan dia ada 2 lagi orang adik perempuan.
Adik dia yang lahir selepas dia ni bernama Nur Huda Safiyyah. Dia ni 12 tahun.
Adik dia yang bongsu pula bernama Nur Hanan Sofia. Masih 7 tahun je.
"Alah, sorry lah. Tengok tv tadi hehe." Kata Humaira dan tersengih.
"Apa je kamu buat kat rumah tadi Maira?" Soal mama Humaira. Mama dia ni cantik orangnya. No wonder lah si Humaira cantik. Tengok mamanya hoho. Nama mama dia Nur Hani.
"Hah apa je kamu buat tadi Maira? Seronok seorang di rumah? " Soal babah Humaira pula. Bapa dia pun apa kurangnya? Handsome juga yo.
Humaira memuncungkan mulutnya. "Bosan lah pula... menyesal tak ikut. Tak ada nak di buat tadi selain tengok tv tu."
"Hahaha nah, siapa suruh tak ikut tadi!" Kedua Tuan Rashid dan Puan Hani ketawa.
Humaira masih dengan muncungnya.
"Hmm nah makanan. Salted egg chicken. Your favourite right?" Kata Puan Hani sambil mengunjuk bungkusan makanan tu.
Humaira lantas tersenyum dan mengambil bungkusan. "Thank you! " Kata Humaira lalu melangkah ke ruang makan– untuk makan.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceCinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya seorang lelaki yang merupakan jiran barunya, Muhammad Danial Rayyan. _ start : 3 dec 2018 end : 11...