Cuti lagi!
Cuti bulan December datang lagi~
Humaira macam biasa lah eh, takde kerja, hanya tahu terlentang je atas katilnya tu.
Tiba-tiba fikirannya melayang terfikirkan Danial.
Kenapalah banyak-banyak orang,lelaki tu juga masuk dalam kepalanya tu.
Humaira teringatkan kejadian 2 hari lepas.
"Oh my gosh, sudah sudah lah terfikirkan tu! Aku malu wah maluuuuu!! Aish!" Gumam Humaira sendiri dan menekup mukanya dengan bantalnya.
Tak semana-mana dia menjerit dengan menutup bantal tu pada mukanya supaya tak berapa kedengaran.
Dia melalihkan bantal tu dari mukanya dan menekup pipinya. Fiiuuhh panas! Merah betul pipinya. Malu!!
Flashback
Waktu tu mereka berada di halaman belakang rumah Danial iaitu tempat swimming pool.
Mereka saja-saja je kat sana, melepak, bercerita itu ini.
Waktu tu mereka berdua berdiri tepi kolam renang, tapi jauh sikit lah.
"Wei Danial." Panggil Humaira pada Danial yang tengah mendongak memandang langit.
Danial kembali menolehnya. "Apa?"
Humaira menunjukkan phone nya. "Cuba kau baca ni dan cakap."
Danial membaca apa yang ada pada screen phone Humaira tu. "If you can say these 4 words fast out loud without getting tongue tied, you're a genius."
"Eye Yam Stew Pid." Ujar Danial dengan hairan. Beberapa saat baru dia faham dan terus memandang Humaira dengan tajam.
Danial berkira-kira membuat aksi ingin mencubit Humaira dengan tangannya dan itu membuatkan Humaira terus berlari kecil menjauhinya.
Humaira tak nampak yang sebenarnya tempat yang akan ditapaknya tu licin kerana air. Lacah.
Danial yang ternampak tu terus menegur Humaira. "Eeh Maira jangan lari-"
Humaira terasa panik bila dia terpijak tempat lacah tu, oh no! Aku akan jatuh! Dia hanya mampu menutup matanya dan menunggu masanya untuk tergelincir ke lantai ataupun termasuk ke dalam kolam renang tu.
Tapi impak tu tak terjadi pun, yang dia terasa hanya lah ada yang memigang sebelah lengannya dan badan belakangnya.
Humaira terus membuka matanya.
Terkejut sampai nak pengsan je rasanya dia bila Danial betul-betul hampir dengannya.
Danial rupanya tadi terus berlari ke arah Humaira dan menarik sebelah lengannya lalu belakang badan Humaira dipegangnya supaya mengimbangkan badan Humaira.
Jantung mereka berdua terus berdegup dengan laju.
Kedua mereka melihat masing-masing dengan mata terbuntang. Mereka menatap mata masing-masing.
Tapi Danial yang cepat sedar dan melepaskan Humaira darinya.
Danial cepat-cepat beristighfar dalam hati.
Humaira pun juga baru sedar. Pipinya mula memerah.
Kedua mereka terus berasa kekok.
"Uhh sorry.." Ucap Danial perlahan dan mengusap belakang tengkuknya. Matanya sedaya upaya tak melihat wajah Humaira.
Humaira tak tahu nak balas apa. Bukan salah Danial pun,malah dia menyelamatkan dirinya dari terjatuh tadi.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceCinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya seorang lelaki yang merupakan jiran barunya, Muhammad Danial Rayyan. _ start : 3 dec 2018 end : 11...