Danial dan Humaira keluar dari kereta selepas mereka sampai je kat sekolah.
Ya, mereka pergi sama-sama ke sekolah mengikut kereta puan Hani.
Kenapa? Sebab semua pelajar Muntazar ABHS disuruh terus je ke sekolah Munawwarah AGHS. Yang asrama pula, ada disediakan bas untuk ke sini.
So Humaira offer kat Danial nak ikut dia sekali ke tak dan Danial terima je lah.
Humaira memakai jubah bewarna hitam dan shawl labuh warna hitam. All black from head to toe!
Danial pula memakai jubah hitam. Matchy matchy gituu. Mak aaii hampir je Humaira tergugat melihat Danial tadi bila dia melihatnya tapi dia cepat-cepat menepis rasa tu.
Mereka berdua pun berjalan beriringan menuju ke dewan besar.
Waktu mereka sampai sana, terlihat dah banyak pelajar Muntazar ABHS. Pelajar Munawwarah AGHS banyaknya masih di kelas kot tapi ada lah dalam 20 lebih perempuan kat situ juga.
"Maira!" Panggil seseorang.
Humaira menoleh ke arah siapa yang memanggilnya tu. "Eeh hai koraaang!!"
Kawan-kawan Humaira! Terus dia berlari anak ke arah mereka. Danial pula hanya mengikutnya saja.
"Koraaaang! Awal korang datang kat sini?" Soal Humaira bila dia menghampiri kawan-kawannya yang duduk pada kerusi-kerusi yang disediakan pada kemah-kemah sana tu.
Kawan-kawannya tersengih.
"Sajaaaa." Balas Naurah.
"Saja keee nak cari boipren?" Seloroh Humaira dan tersenyum sinis.
"Eeehh apa pula?! Tak kuasa kami! Saja lah semangat! Tak boleh ke?!"
Humaira tergelak. "Ya laahh, kite main-main je lah. Jangan lah y'alls merajuuukss..." Kata Humaira dengan suara yang digedik-gedikkannya. Nak minta penampor?
"Gedik lah kau." Kata Qaisara bergurau.
"Dengan korang je. Muah!" Gurau Humaira lagi.
Danial yang melihat kelakuan Humaira tu tergelak kecil. Terus Humaira menoleh ke arahnya dengan dahi berkerut.
"Apa gelak-gelak?!" Soal Humaira bengang.
Danial terus membuat muka dinginnya balik. "Bila masa aku gelak?" Tanyanya balik.
Humaira menggulingkan matanya. "Duhh. And kau buat apa kat sini? Bukan kau sepatutnya pergi kumpul pelajar sekolah kau ke?"
Danial melihat jamnya. "Oh yea. Lupa. Okay bye. " Lepas dia kata tu terus dia meninggalkan mereka.
Baru je Humaira nak menoleh ke arah kawan-kawannya...
"Muntazar students! Ikut aku!" Danial mengarah dengan suara yang lantang kepada pelajar Muntazar yang ada kat sana.
Humaira dan kawan-kawannya terus terperanjat dengan suara Danial tu.
"Giler basar rupanya suara dia tu. Selama ni straaaaaaight je!" Kata Humaira dengan nada terkejut.
"Weii, kau kenal dia ke? Kami perasan yang dari kau sampai sini, dia dengan kau je." Soal Harisah hairan.
"Jiran aku. Dia datang sekolah dengan aku." Balas Humaira.
Kawan-kawannya mengangguk faham kecuali Nafeesa. Kan dia dah tahu.
"Tapi hensem dohh dia tu." Puji Qaisara.
Harisah mengangguk terus. "Macam ada kacukan pula tu!"
"Ayah dia orang London." Kata Humaira dengan nada selamba.
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceCinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya seorang lelaki yang merupakan jiran barunya, Muhammad Danial Rayyan. _ start : 3 dec 2018 end : 11...