HC | 26

4.8K 182 11
                                    

Seminggu sudah berlalu. Humaira dan ahli keluarga pun sudah balik semula ke rumah mereka.

Hari ni mereka sekeluarga hendak beraya ke rumah jiran sebelah dan lepastu ke rumah jiran-jiran yang berhampiran lagi. Lagipun nenek Imah ada mengadakan rumah terbuka.

Sejak text Humaira dan Danial hari tu, mereka tak ada ber-text langsung lagi. Bercakap depan-depan pun belum.

Entahlah. Kenapa dengan dua orang budak tu. Kejap rapat macam aur dengan tebing. Eh betul ke tak penggunaan peribahasa(?) tu untuk ayat ni? Entah abaikan. Lepastu kejap dibuat macam orang yang tak di kenali.

Mereka sekeluarga pun keluar dari rumah dan menuju ke rumah sebelah.

Banyak kereta yang diparkir pada rumah sebelahnya ni. Kalau kereta sudah banyak, apa lagi orang yang di dalam kan?

Tuan Rashid mengetuk pintu lalu membuka pintu dan memberi salam.

Atuk Rahim yang hampir dengan pintu tu menjawab salam dan menjemput mereka masuk. Dia juga suruh terus menjamu hidangan.

"Ramainya belah keluarga si Danial ni...." Gumam Humaira bila dia menapak masuk rumah sambil melilau orang sekilingnya dan juga mencari bayangan Danial.

"Looking for me?"

Humaira sedikit terhinjut apabila dia terdengar suara seorang membisik dari arah belakangnya. Dia terus menoleh ke belakang dan nampak Danial dengan wajah selambanya sambil mengendong seorang bayi perempuan yang comel.

"Kau ni! Eh mana ada aku cari kau." Kata Humaira dengan jelingan.

Danial mencebik. "Ye lah tu."

Mata Humaira memandang bayi perempuan yang sedang digendong oleh Danial tu. "Aaaaa comelnya!! Baby siapa ni?" Ujarnya dengan senyuman lebar dan mengelus lembut pipi bayi tu.

"Ni anak mak ngah aku." Jawab Danial dan turut tersenyum kecil melihat kelakuan Humaira tu.

"So dia ni kirakan cousin kau lah eh? Apa nama dia? Dah berapa bulan umur dia ni? " Soal Humaira bertalu-talu dan mula memigang tangan kecil bayi tu.

"Yup cousin and her name is Zara Arisha. We call her Risha by the way. And dia ni baru 7 bulan. " Jawab Danial.

"Uuuu cantik nama dia kan, Risha? Kan kan." Lepas je Humaira kata tu, bayi itu terketawa dengan comel!

Humaira terketawa geli hati melihatnya. Danial juga turut tergelak kecil dan senyum. Haihh, murah senyuman dia hari ni. Agak-agak pasal si Humaira atau Risha tu eeh? ;)

"Do you want to hold her?" Tanya Danial. Humaira terus mendongak melihat Danial dengan matanya seakan bersinar. "Nak nak!"

Danial mengunjukkan Arisha padanya dan Arisha pun dah berada di dakapan Humaira. "Rishaaa, kenapa comel sangat ni huh huh??" Ujar Humaira dengan geram lalu mencium-cium pipi gebu Risha tu. Comel sangat!

Danial hanya melihat interaksi dorang berdua tu dengan senyuman. Dia mengeluarkan phone dia dari poket baju cara melayunya tu membuka camera lalu dia menangkap beberapa keping gambar dorang dua tu. Humaira memang tak sedar apa yang telah dilakukan oleh Danial kerana terlalu asyik dengan Risha.

Tanpa dorang sedar, di sudut lain...

"Timah,siapa perempuan dengan si Dani tu?" Soal seorang lelaki yang seperti sebaya dengan nenek Imah tu. Dia tu abang kepada nenek Imah.

"Tu anak jiran sebalah. Humaira nama dia. Baik orangnya. Sebaya dengan si Dani juga lah." Jawab nenek sambil melihat dorang dua tu.

"Jarang aku tengok Danial nak senyum macam tu lagi,Timah..." Kata abang nenek Danial tu.

Senyuman nenek melebar. "Kan? Semenjak ada si Humaira tu, Dani tu taklah pendiam lagi dan senyuman dia tu dalam sebulan dah boleh katakan beberapa kali dia senyum. Walaupun hanya senyuman kecil. "
Peeerrggh so maksudnya selama ni dalam berbulan-bulan tu memang payah orang nak tengok dia senyum weeii.

Abang dia menyiku perlahan lengan nenek Imah dengan sengihan. "Bakal isteri cucu ke?"

Nenek tergelak. "Eh boleh juga! Amiin!"

Kembali kepada Danial dan Humaira.

Tiba-tiba ada seorang menepuk bahu Danial dari sebelah kanan. "Eh pak ngah." Tegur Danial dengan senyuman bila dia tahu Pak ngah yang menepuk bahunya tu.

"Wait, did you... just... smile?!" Soal Pak ngah dia terkejut apabila dia nampak senyuman Danial tu.

Danial terus menghilangkan senyumannya dan dia berdehem. "Mana ada.." Tipunya.

"Ayy jangan nak tipu pak ngah eh. I did saw you smile." Kata pak ngah lagi dengan mata dikecilkannyan.

Danial menggulingkan matanya. "Yeaa yeaa I smiled, happy?" Kata Danial dengan datar lalu matanya kembali melihat Humaira dan Arisha tu. Humaira sekarang tengah membuat eksperasi muka yang lawak tapi tetap comel kepada Arisha dan ketawa. Adegan ini sekali lagi membuat Danial tersenyum dan tergelak kecil lagi.

Pak ngah mengikut arah mata Danial tu dan tengok seorang perempuan iaitu Humaira dengan anak buahnya. Pak ngah melopong dan kembali melihat Danial yang tersenyum tu. Pak ngah nya mula tersengih. Dia mula menepuk-nepuk bahu Danial. "Ooohh patutlaaahh...senyum² sekarang nii, dah ada girlfriend eeh!"

Dengan itu, Danial terus menoleh ke arah pak ngah dia tu dengan eksperasi yang agak terkejut. Humaira yang sedang sibuk dengan Arisha tu pun terdengar apa yang dikatakan oleh pak ngah dia tu dan turut terhenti lalu terus menoleh ke arah dorang dua. Apalah jauh sangat jaraknya. 1 meter je kot!

"Apa pak ngah ni! Bukan lah..." Ujar Danial dengan nada terkejut dan sekali lagi membuat pak ngah dia terkejut. Bukan pasal Humaira tu bukan girlfriend dia tapi sebaaaab...

"Masha allah! Dani! You have your emotions back!" Kata pak ngah dia dengan teruja. Nasib dia tak menjerit kalau tak buat malu je.

Danial membuat muka tak percaya dengan kelakuan pak ngah nya tu. 'Dingin sangat kah muka aku sebelum ni sampai pak ngah cakap macam tu? Memang langsung takde eksperasi kat muka aku ke sebelum ni?' Danial kata dalam hati.

Well uum yes Danial.

Humaira hanya melihat dorang berdua dengan hairan. Tiba-tiba nenek datang menegur Humaira. "Maira dah makan ke?" Soal nenek.

Humaira tersengih dan menggeleng. "Belum hehe."

"Laaa, kenapa?" Soal nenek lagi.

"Ni tadi dia sibuk dengan Risha dari tadi." Danial tiba-tiba menjawabkan. Dah habis kot bercakap dengan pak ngahnya tu.

"Dani pula sibuk senyum melihat Humaira ni." Balas pak ngah nya lagi dengan sengihan.

Danial mendengus dan mengunjukkan tangannya kepada Humaira untuk mengambil Arisha semula. "Jom Risha,pergi dari pak ngah ni. Aah and Maira, pergilah makan. Family kau maybe dah nak siap makan tu. Bye." Kata Danial dengan riak poker face nya. Heh dah kembali dah muka tu lalu melangkah ke arah lain yang jauh dari pak ngahnya tu.

Nenek hanya menggeleng dan terus saja membawa Humaira ke tempat makanan di hidangkan.

Pak ngah pula masih dengan senyumannya. "Hah abang kenapa senyum-senyum ni?" Soal seorang perempuan iaitu isterinya.

"Hahaha takde lah..." Balas pak ngahnya dan menarik lengan isterinya tu untuk tempat makanan juga.

Hadirnya CintaWhere stories live. Discover now