Di pagi yang tak seberapa indah, Humaira membuka matanya dari tidurnya yang panjang.
Kemarin petang mereka semua sudah pun pulang dari korea dalam pukul 5.30 petang.
Lepas saja solat isyak semalam, dia terus rebah atas katil dan tidur. Waktu subuh dia bangun untuk solat subuh lepastu dia tidur balik sampai lah pukul 11 pagi.
Macam biasa, Humaira bangun dari katilnya dan pergi masuk bilik mandinya untuk mandi.
»
Selepas selesai memakai baju itu dan ini, dia turun ke dapur untuk makan. Lapar!
"Best tidur?" Perli Puan Hani yang sedang masak untuk makan tengah hari.
Humaira tersengih. "Best sangat ma!"
Puan Hani menggelengkan kepalanya.
"Dalam dulang tu ada masih nasi goreng yang mama masak tadi. Makan tu lah dulu." Beritahu puan Hani.
"Okay."
» »
Selepas selesai makan,dia pergi ke biliknya semula untuk mengemas barang-barang yang telah dibawanya selama seminggu di korea tu.
Beg luggage nya dibuka dan mengeluarkan segala pakaiannya yang telah dipakai untuk disasah. Barang mandinya disimpannya semula di dalam bilik mandinya.
Lepas itu dia beralih kepada beg sikut yang dibawanya sewaktu field trip nya.
Phone nya dikeluarkan dari beg tu. Dari semalam dia tak keluarkan phone dia tu. Letih sangat.
"Alaa lowbat lah pula." Rungut Humaira kerana phone nya habis bateri. Dia mengeluarkan charger phone nya untuk charge phone nya yang lowbat tu.
Humaira mencari sesuatu lagi pada beg nya tu. "Mana aku punya powerbank?" Soalnya pada dirinya sendiri bila dia tak menemui di mana powerbank yang telah dibawanya.
Dia mula panik. Kedua tangannya diangkatnya untuk menekup kedua belah pipinya. "Tak kan tinggal kot?!" Ujar Humaira dengan panik dan terus mencari-cari lagi sekali pada beg sikutnya dan juga beg luggage nya.
"Subhanallah Humaira! Mana kau letak powerbank tuuu??!!" Ujarnya dengan penuh risau lagi.
Powerbank tu mahal tau! Sayang kalau hilang!
Dia mula memikir di mana dia simpan powerbank nya tu. Dia yakin yang dia tak tertinggalkan powerbank tu sebab dia ingat dia ada keluarkan powerbank nya tu sewaktu di kapal terbang lalu-
Danial!
Humaira menepuk tangannya bila dia baru ingat di mana powerbank nya tu.
Powerbank tu ada Pada Danial!
Sewaktu mereka dalam kapal terbang nak balik, Danial ada meminjam powerbank nya!
Terus Humaira menyarungkan tudungnya dan keluar dari rumahnya untuk menuju ke rumah sebelahnya.
Humaira mengetuk pintu dan tidak lama tu nenek Imah membuka pintu.
Humaira senyum. "Nek, ada Danial tak?"
"Eh ada je. Kenapa Maira nak jumpa? Eh masuk lah dulu Maira. " Nenek Imah menjemputnya masuk dan Humaira pun masuklah. Lalu nenek Imah menutup pintu semula.
"Maira baru ingat yang Danial ada pinjam powerbank Maira. And mungkin dia terlupa nak balikkan semula kot." Kata Humaira.
Nenek Imah meng-oohh. "Dani ada kat belakang, kat swimming pool kot. Maira boleh lah cari dia kat sana."
YOU ARE READING
Hadirnya Cinta
RomanceCinta? Tak pernah terlintas untuk perempuan remaja yang bernama Nur Humaira Dahlia merasai perasaan tu. Tapi tanggapan itu berubah ketika hadirnya seorang lelaki yang merupakan jiran barunya, Muhammad Danial Rayyan. _ start : 3 dec 2018 end : 11...